Wednesday, April 30, 2008

Forbidden kingdom


Saya ingin berkongsi bersama para pembaca mengenai sebuah cerita berasaskan kisah epik cina silam yang ditonton oleh saya dan rakan-rakan pada semalam di West Edmonton Mall.


Kehebatan kung fu dan kelincahan pergerakan barisan pelakon yang hebat sememangnya sudah terbayang di minda kami sebelum memasuki pawagam kerana cerita ini dibarisi oleh pelakon yang mantap seperti Jackie Chan dan Jet Li.

Namun begitu, filem ini tidak sehebat yang disangka oleh saya pada mulanya. Walaubagaimanapun, aksi kungfu oleh Jet Li dan Jackie Chan tetap menarik perhatian.

Filem ini sebenarnya berkisarkan tentang kisah Raja Monyet yang merupakan legenda pada masa silam. Namun begitu, Raja Monyet telah ditukar menjadi batu oleh Jade Warlods.

Sebenarya, dari segi kekuatan monyet ini mempunya kekuatan yang lebih hebat dari Jade Warlods tetapi dia ditipu ketika bertempur dengan jeneral tersebut.Dijadikan cerita, seorang remaja (anak mat saleh) telah dipilih sebagai manusia yang akan menyelamatkan raja monyet tersebut. Seperti biasa, perjalanan beliau untuk menyelamatkan monyet terbabit penuh dengan rintangan tetapi beliau dibantu oleh 3 orang sahabat yang pandai berkung fu.

Di akhir cerita (dah boleh jangka ending dia), monyet tersebut telah diselamatkan dan bertempur denga Jade Warlods. Dan seperti biasa, orang jahat iaitu Jade Warlods mati macam katak.

Trailer:






Rating: Serius saya cakap, cerita ini bosan.... tapi nasib baik ada Liu Yi Fei.



~~TyRoX~~

Cinta Tiga Segi......

Dalam blog ini ingin saya kupas mengenai lagu yang menarik perhatian saya sejak 2 bulan yang lalu. Lagu yang dimaksudkan oleh saya adalah lagu yang bertajuk "Cinta Tiga Segi"(ramai yang mengatakan lagu ini ciptaan allahyarham Hazwan, namun sehingga kini ia masih belum dibuktikan secara sahih)

Disini saya sertakan video lagu tersebut;



Sebelum saya mengorak langkah lebih jauh biarkan saya menceritakan perihal asal usul lagu ini..... Namun begitu, kesahihan cerita ini tidak dapat dipastikan oleh mana-mana pihak pada masa ini.

Asal usul lagu "Cinta Tiga Segi" (yang dipercayai oleh kebanyakan pihak)

Lagu ini merupakan lagu luahan hati Allaryarham Hazwan kepada bekas kekasihnya. Allahyarham Hazwan telah dikecewakan oleh bekas kekasihnya yang juga merupakan tunangnya dalam tempoh seminggu sebelum hari pernikahan mereka. Tunangnya membuat keputusan sedemikian kerana kehadiran kekasih lama dalam hidupnya. Dikhabarkan Allahyarham merasa kecewa yang amat sangat lalu bertindak di luar rasional manusia dengan bertindak membunuh tunangnya dan bekas kekasihnya. Sebaik sahaja membunuh pasangan kekasih terbabit, beliau menyerah diri kepada pihak berkuasa dan memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap dirinya. Sehari sebelum hari hukuman, beliau memohon satu permintaan terakhir kepada pihak penjara yang agak pelik berbanding mana-mana banduan ambang maut. Beliau memohon agar diberi kebenaran untuk merakamkan lagu khas untus bekas kekasihnya. Sesetengah pihak mendakwa beliau hanya menyerahkan skrip lagu berkenaan kepada rakan-rakannya sahaja.

p/s: terdapat banyak versi berkaitan cerita ini...Namun begitu ia mempunyai persamaan di mana Allahyarham Hazwan mati di tali gantung. Wallahuallam.


Tujuan saya menulis topik ini bukan bermaksud untuk memburukkan si mati(jika ia benar) mahupun cuba menyebarkan suatu cerita yang tidak(jika ia tidak benar dan hanya rekaan semata-mata).Namun ia lebih kepada minat saya kepada lagu ini sedap didengar oleh halwa telinga ini. Lantas saya pun tertarik untuk mengetahui secara mendalam mengenai lagu terbabit.
Text Color

--------Pendapat????

Secara peribadi saya kurang mempercayai cerita di sebalik lagu misteri ini. Berdasarkan cerita asal, penyanyi ini merakamkan lagu tersebut bersama-sama rakan-rakannya di penjara yang berkaitan.

Sahih??

  1. Saya terpikir adakah benar pihak penjara boleh membenarkan allahyarham bertindak demikian. Buat pengetahuan semua, pihak penjara hanya boleh bertindak berdasarkan kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang Malaysia kepada agensi tersebut. Permintaan terakhir yang dibenarkan selalunya berupa bentuk makanan tetapi khinzir dan arak tidak dibenarkan sama sekali. Namun begitu, seorang rakan saya berpendapat tidak mustahil untuk pihak jabatan penjara bertoleransi atas nama kemanusiaan..
  2. Apabila saya mendengar lagu terbabit yang dikatakan sebagai versi asal penyanyi tersebut di penjara. Terlintas satu lagi soalan dalam hati saya,"Adakah ini suara Allahyarham?" Pada pendapat saya, si penyanyi benar-benar menjiwai lagu terbabit dengan baik sekali. Namun begitu, kualiti muzik dan suara tersebut seolah-olah ianya dirakamkan di dalam studio muzik dan bukannya di sebuah penjara


Pengajaran

  1. Cintai Allah S.W.T. dan Rasulllah S.A.W. melebihi dari segalanya dalam hidup kita. Ingatlah betapa cinta pada manusia itu hanya sementara. Jangan kita butakan hati kepada seorang wanita/lelaki sehingga hati semakin jauh dengan islam.
  2. Jagalah solat dan amal ibadat kita. Sesungguhnya amal ibadat yang baik dan sempurna boleh mengelakkan kita dari melakukan dosa kepada MAHA PENCIPTA dan juga kepada makhluk ALLAH yang lain.
  3. Kenali diri sendiri dan selalu ingatkan diri tentang tanggungjawab kita sebagai manusia di muka bumi ini.Sebagai contoh, kita boleh melihat melalui cerita di atas dimana apabila manusia tidak menghayati dan memahami tanggungjawab sebenar sebagai manusia di bumi ini. Sebagai insan, sudah tentu dia mempunya ibu dan ayah serta saudara mara yang lain. Jika beliau merupakan satu-satunya harapan ibunya bayangkan betapa luluh hati ibunya apabila beliau meninggalkan dunia ini. Dimana tempat untuk ibunya hendak bergantung harap lagi selepas ini? Janganlah kita membuat insan yang istimewa iaitu ibu kita menderita kerana perbuatan kita.
  4. Dendam hanya membawa bencana.... Benarkah tindakan membunuh dapat melepaskan geram di jiwa. Siapakah kita untuk mengambil nyawa insan lain atas nama cinta? Kita hanya insan biasa yang hina di dunia ini jika dibanding dengan Maha Pencipta.
  5. Pemuda harapan bangsa dan pemudi tiang negara. Bangkitlah semua dari tidur lena ciptaan musuh-musuh kita. CINTA kepada wanita/lelaki bukanlah satu keperluan asas tetapi hanya sebagai satu pengisian hidup kita sebagai insan di muka bumi ini.
  6. Cinta adalah kasih sayang dan kegembiraan. Apabila kita mencintai insan lain tidak semestinya kita mesti hidup bersamanya. Apa yang lebih penting ialah kegembiraan insan yang tersayang.
  7. Bersabarlah manusia kerana sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar dan ingatlah bahawa janji Allah itu adalah benar dan pasti....Apabila kita ditimpa ujian dan musibah percaya ada hikmah disebalik kejadian itu.




p/s:Sama-sama kita bermuhasabah diri dan perbaiki kelemahan diri supaya hati kita tidak jauh dari Allah. Kita doakan Al Fatihah kepada Allahyarham Hazwan,tunangnya dan bekas kekasihnya. Mudah-mudahan roh mereka dicucuri rahmat.



~~TyRoX~~