Pages

Friday, May 30, 2008

Semester pendek

Saya baru sahaja menerima markah untuk peperiksaan pertengahan semester bagi subjek Matematik dan Bahasa Inggeris:


Matematik
Syukur Alhamdullilah kerana mendapat markah yang bagus. Saya lebih bersemangat untuk melakukan yang terbaik untuk peperiksaan akhir semester.

Bahasa Inggeris
Syukur kerana markah yang diperoleh tidak seteruk yang dijangka oleh saya sebaik sahaja selesai menjawab kertas ini. Namun begitu, saya kurang berpuas hati dengan pencapaian diri saya setakat ini. Kalau boleh saya teringin mendapat markah tiggi untuk bahasa inggeris seperti markah matematik. Saya percaya saya boleh melakukan sesuatu untuk mendapat markah yang lebih baik. Insya allah.



Azam: Kena banyak melibatkan diri dalam perbincangan kelas. Saya bukan batu atau pokok untuk berdiam diri sepanjang masa........


~~TyRoX~~

Sunday, May 25, 2008

Iron Man dan cerita disebaliknya



Pada hari khamis yang lalu saya berkesempatan untuk berkunjung ke West Edmonton Mall bagi menonton "Iron Man". Saya tidak perlu menceritakan sinopsis filem ini kerana sata percaya rakan pembaca boleh mengaksesnya menggunakan internet.



Pendapat saya

1. Saya kurang gemar dengan cara pengarah filem ini memperkenalkan watak utama bagi filem di awal cerita kerana ianya terlalu menonjol.
2.Seperkara lagi saya tidak bersetuju dengan tindakan pengarah filem memperkenal militan yang menculik watak utama filem ini. Sebenarnya saya tidak bersetuju dengan stigma yang cuba ditanam oleh para pengarah Hollywood tentang Islam dan pengganas..



Yang saya suka........

1. Kecanggihan komputer yang digunakan oleh watak utama.
2. Pergerakan kemudi di badan Iron Man ketika beliau terbang di udara.
3. Aksi Iron Man bersembunyi di bawah jet tentera.


Keseluruhan...

Cerita ini sangat menarik!!!!!!.


CERITA DI SEBALIK IRON MAN

Waktu Malam di Negara Barat( yang membuatkan saya risau)

1. Banyak orang-orang mabuk berkeliaran tanpa arah tujuan. Mereka ini mungkin mendatangkan bahaya kerana mereka tidak sedar mengenai perbuatan mereka. Kebanyakan orang-orang Barat gemar menghabiskan masa malam mereka di Pub untuk berparti terutamanya ketika hujung minggu. Ini budaya yang patut dijauhi oleh semua orang tanpa mengira agama kerana ARAK adalah raja kepada segala kejahatan.

2. Banyak orang-orang "HOMELESS" yang menagih wang dari pejalan kaki. Mereka akan mengatakan yang mereka memerlukan CAD 2.50 untuk menaiki bas awam. Namun, sebenarnya sebahagian dari mereka menggunakan wang terbabit untuk membeli dadah. Elakkan dari memberi wang kepada golongan ini dan berhati-hati dengan mereka kerana mereka boleh bertindak agresif.!!!!.

3.Disesetengah kawasan, terdapat "pelacur" yang setia menunggu pelanggan mereka. Mereka ini tanpa segan silu akan cuba menarik perhatian golongan sasaran mereka.


Namun begitu, terdapat ramai polis melakukan rondaan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini dari berlaku.


Sebaik turun dari bas, saya ternampak 3 buah kereta polis berhenti di hadapan sebuah PUB. Ini membuatkan saya menguatkan langkah untuk beredar dari perhentian bas itu ke perhentian yang lain. Kami terpaksa berlari untuk jarak yang saya rasa sekitar 2 km untuk ke perhentian bas yang dikehendaki. Namun begitu, penantian kami di situ hanya sia-sia kerana tiada bas bagi laluan berkenaan pada waktu berkenaan. Pada ketika itu saya terlintak untuk menendang Shakir kerana memberi maklumat yang salah mengenai jadual bas.

Akhirnya, saya dan piko membuat keputusan meredah kepekatan malam untuk pulang ke rumah. Syukur alhamdullilah, setelah berjalan selama 40 minit, kami selamat tiba di rumah pada pukul 2.20 am.




~~TyRoX~~

Tuesday, May 13, 2008

Sejarah gemilang mampu dicipta semula wahai muslimin...

Rakan-Rakan yang dirahmati Allah sekalian,

Jika anda sedang bersenang lenang pada ketika ini, apa kata saudara/saudari ambil sedikit masa untuk bermuhasabah diri. Jangan kita terlalu alpa dengan kesenangan yang dikecapi kita dalam kehidupan seharian hingga kita terlupa tentang tanggungjawab kita sebagai seorang muslim di muka Bumi. Adilkah kita untuk bergoyang kaki di rumah sambil melihat perlawanan Manchester United malah kita bersorak meraikan kemenangan pasukan kegemaran kita sedangkan saudara kita di Palestin, Iraq dan Afghanistan bertempiaran melarikan diri daripada peluru pihak musuh. Lebih mengecewakan, kebanyakan generasi muda masa kini langsung tidak mengerti mahupun mengetahui nasib yang menimpa saudara-saudara muslim mereka. Golongan ini lebih suka ini mengikut rentak barat dalam kehidupan mereka sehingga agama mereka sendiri dipandang sepi. Sesungguhnya, agama mengajar manusia melakukan kebaikan dan beramal kepada Maha Pencipta. Semakin dekat hamba Allah itu kepada agamaNya, semakin beliau dengan Pencipta,semakin jauh beliau dari sebarang kemungkaran. Malah hadis sahih meriwayatkan "Sesungguhnya solat mencegah seseorang hamba Allah dari kemungkaran". Di dalam post ini saya menyelitkan 2 buah video mengenai sejarah Islam, kegemilangannya, kepincangan di kalangan umat islam pada hari ini dan cara - cara untuk mengatasinya.

Insya allah, video-video ini dapat membuka minda kita mengenai islam.






p/s: Saya amat berharap rakan-rakan dapat mengambil pedoman daripada video-video di atas walaupun hanya sedikit yang diperoleh oleh saudara/saudari. Biarlah sedikit namun kita berusaha untuk melakukan perubahan dalam kehidupan kita dalam mencari keredhaan Illahi. Dan ingatlah, bahawa tanggungjawab memelihara Islam bukan sahaja terletak kepada pemimpin-pemimpin kita malah ia harus dipikul oleh seluruh umat Islam sejagat. Jangan kita hanya berpeluk tubuh apabila melihat sesuatu musibah menimpa saudara Islam kita kerana ia termasuk dalam tanggungjawab sebagai seorang muslim.


~~TyRoX~~

Aurat?

Rakan-rakan yang dihormati sekalian,

Pagi tadi saya menerima emel dari rakan saya mengenai aurat. Saya rasa eloklah kiranya saya berkongsi maklumat ini bersama-sama rakan-rakan untuk dijadikan pedoman dalam kehidupan seharian kita.

Emel yang diterima daripada rakan saya

SATU ketika dulu, ramai mengatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil. Kononnya sebaik saja mengambil wuduk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus.


Apabila bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama, kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita Islam yang dikaitkan dengan maruah dan harga diri.

Di satu sudut lain, ada wanita Islam yang bertudung dan menyangkakan mereka sudah menutup aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, kemeja T menampakkan pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur 10 tahun.

Ada juga yang mengenakan tudung, tetapi memakai kain terbelah sehingga menampakkan peha, pakaian terbelah di dada, kemeja T berlengan pendek dan ada kalanya memakai skirt separas betis. Persoalannya apakah ciri pakaian menutup aurat bagi wanita Islam?

Aurat berasal daripada bahasa Arab, ‘Aurah’ yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)

Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib. Untuk memenuhi syarat menutup aurat, pakaian seseorang wanita mestilah memenuhi syarat berikut:

# Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan.

Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram).

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” (Surah al-Nur, ayat 31)

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).

Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat. Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman.

# Pakaian yang longgar.

Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak.

Syarat ini berdasarkan kepada kata Dahiyyah bin Khalifah al-Kalbi yang bermaksud: “Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain ‘qubtiyyah’ (sejenis kain yang nipis buatan Mesir), lalu Baginda berkata: “Bahagikan kain ini kepada dua, satu daripadanya dibuat baju dan bakinya berikan kepada isterimu.” Apabila aku berpaling untuk beredar Baginda berkata: “Dan suruhlah isterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya).”

Menurut Ibn Rusyd, ‘qubtiyyah’ ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ianya ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu, Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lain supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya.

# Pakaian yang tidak jarang.

Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya. Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah SAW berpaling dan mengatakan: “Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan kedua telapak tangannya.”

Teguran Rasulullah SAW terhadap Asma jelas menunjukkan bahawa pakaian yang jarang tidak memenuhi syarat menutup aurat bagi wanita baligh.

# Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah).

Apa yang dimaksudkan pakaian untuk bermegah ialah pakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan sehinggakan menarik perhatian orang lain serta menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya.

Ibn Umar meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang memakai pakaian bermegah-megah maka Allah Taala akan memakaikannya dengan pakaian yang serupa pada hari kiamat kelak kemudian ia akan dijilat api neraka.”

# Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir.

Pakaian yang menutup tubuh badan tidak dikira sebagai memenuhi ciri pakaian Islam jika menyerupai pakaian orang kafir. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW seperti diriwayatkan Ibn Abbas: “Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.”

Larangan menyerupai pakaian orang bukan Islam ini atas alasan ia boleh menjatuhkan martabat Islam dan penganutnya.

# Tidak bertabarruj.

Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolek. Ada juga yang mengatakan tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Kesimpulannya tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup.

Larangan ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama).” (Surah al-Ahzab, ayat 33)

Ayat itu petunjuk kepada isteri Nabi SAW supaya tetap di rumah dan tidak bertabarruj seperti orang jahiliah dulu. Konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka lebih luas meliputi perbuatan wanita mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki ajnabi.

Pakaian wanita menutup aurat mestilah memenuhi ciri disebutkan walau di mana mereka berada. Berdasarkan syarat itu juga dapat kita ukur sejauh mana wanita Muslimah sudah menutup aurat atau hanya bertudung saja seperti fenomena di Malaysia apabila ramai bertudung tetapi memakai pakaian tidak menepati syariat. Ia adalah fenomena pemakaian tudung kerana fesyen, ikut-ikutan, paksaan ataupun berdasarkan kejahilan dan bukannya ilmu Islam sebenar.



~~TyRoX~~

Saturday, May 10, 2008

Selamat Hari Ibu.....

Rakan-rakan sekalian,

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Hari Ibu" kepada ibu saya sendiri, Puan Asma Binti Salim dan juga kepada semua ibu-ibu di seluruh dunia. Saya sedar mungkin ucapan ini agak awal memandangkan Hari Ibu akan disambut pada 11 Mei ini namun saya khuatir kerana kesibukan saya mungkin tidak sempat untuk "publish" topik ini tepat pada masanya.
bersama ibuku di stesen keretapi Alor Star


Coretan

Saya ingin bertanya beberapa soalan kepada rakan-rakan sekalian...

1. Ingatkah kita tarikh lahir ibu kita?
2. Berapa agaknya nilai kasih sayang kita terhadap ibu jika dibandingkan dengan kasih sayang kita terhadap insan yang mulia ini?
3.Jika diberi pilihan antara kekasih dan ibu. Yang mana satukah menjadi pilihan kita?



Seperti biasa, soalan ni amat ringkas dan saya beranggapan rakan-rakan boleh menjawabnya dengan mudah sekali. . . . . .

Sebelum itu saya ingin berkongsi sebuah lagu ciptaan yusof islam yang berkisar mengenai insan bernama "IBU".




RAkan-rakan,

Mari kita mengambil sedikit masa untuk mengenangkan tentang jasa dan pengorbanan ibu kita terhadap kita. Ingatlah rakan-rakan, tanpa insan ini kita tidak akan merasa panas sang mentari malah kita tidak akan dapat menikmati keindahan ciptaan Allah S.W.T.

Pernahkah kita melilit bantal di perut kita selama 3 jam berturut-turut? Apakah rasanya membawa bantal itu ke mana-mana? Sudah tentu perit dan merimaskan. Tetapi ingatkah kita bahawa ibu kita mengendong kita di dalam rahimnya selama 9 bulan sebelum melahirkan kita ke muka bumi ini. Rakan saya pernah berkata "Biasa la kalo mengandung selama 9 bulan tue, dah mmg yang tue keja seorang perempuan". Indah benar kata-kata rakan saya ini yang seolah-olah memperlekehkan pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya.Sesungguhnya bercakap menggunakan air liur lebih mudah dari melakukan sesuatu benda.

SAyangilah ibu kerana tiada galang ganti bagi seorang insan yang mulia ini.

SELAMAT HARI IBU...


~~TyRoX~~