Pages

Wednesday, June 25, 2008

Notis

Salam rakan pembaca,

Blog ini mungkin tidak dapat dikemaskini dengan kekerapan yang tinggi kerana saya sibuk dengan pekerjaan baru saya.

Harap maklum......

Wednesday, June 11, 2008

Jauh di mata...dekat di hati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada 8 Jun 2008, saya bersama rakan-rakan telah mengadakan perlawanan bola sepak sesama sendiri yang disertai oleh Encik Mazri sekeluarga. Ir Mazri merupakan seorang jurutera dari Malaysia yang bekerja di Edmonton, Alberta, Kanada. Beliau tiba di Edmonton sekitar bulan Januari 2007 dan bercadang untuk bermastautin secara tetap di Edmonton. Namun begitu, disebabkan masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan, beliau akan berpindah semula ke Malaysia. Saya agak terkejut apabila mendengar dari mulut beliau tentang hasratnya untuk bekerja kembali di Malaysia.

Masa berlalu begitu pantas tanpa kita sedari. Rupa-rupanya saya sudah meninggalkan bumi Malaysia hampir setahun. Ini juga bermakna hampir setahun saya tidak bersua muka dengan kaum keluarga dan sahabat handai. Sewaktu belajar di Sek. Men. Sains Alam Shah, saya hanya berjauhan dengan keluarga untuk tempoh maksimum selama 3 bulan sahaja.. Syukur alhamdullilah rintangan ini dapat dihadapi dengan mudah berkat ketabahan hati dan sokongan ahli keluarga....

Bola Sepak.

Sebenarnya perlawanan bola sepak yang dimaksudkan oleh saya sebentar tadi bukannya bertaraf liga mahupun kejohanan yang menawarkan hadiah bernilai ribuan ringgit tetapi ianya berbentuk riadah di waktu lapang. Selalunya, pada hari Sabtu atau Ahad (bergantung kepada kelapangan), saya dan rakan-rakan akan bermain bola sepak di sebuah taman awam berdekatan dengan rumah kami. Pada hari sabtu lalu, barisan pemain bola telah bertambah dengan kehadiran Encik Mazri sekeluarga. Sebaik sahaja Encik Mazri tiba di taman berkenaan, kami telah membuat pembahagian kumpulan pemain bola sepak.

Pasukan A
a) Saya
b) Encik Mazri
c) Ali Ashraf
d) Muhammad (Anak sulung Encik Mazri yang juga adik angkat Shakir)

Pasukan B
a) Muhaymin
b) Pko Rahman
c) Razly
d) Imran (Anak kedua Encik Mazri)

Pemain Pengacau
Huzaifah ( Anak ketiga Encik Mazri)

Pemerhati
Isteri Encik Mazri dan anak-anak kecilnya.



Memandangkan ruang untuk beraksi agak terhad dan bilangan pemain yang kecil, kami membuat keputusan untuk menjadikan batang pokok sebagai gol. Dalam erti kata lain, seseorang pemain perlu menyepak bola hingga mengenai batang pokok tersebut untuk mendapat jaringan gol. Disebabkan ketiadaan pengadil dan penjaga garisan, maka peraturan bola sepak seperti "offside" tidak diguna pakai.

Setelah bermain selama 5 minit, kami berhenti seketika atas permintaan Encik Mazri untuk meneguk air kosong. Setelah berehat selama 1 minit, aksi serang menyerang yang sengit berlaku antara kedua-dua pihak. Pada ketika itu, pasukan B telah menjaringkan 2 gol melalui penyerang sensasi mereka iaitu Pko Rahman dan Muhaymin. Namun begitu, pasukan B tidak berputus asa untuk mencari sebutir gol sebagai pembakar semangat. Akhirnya, Encik Mazri menjaringkan gol untuk pasukan B melalui umpanan oleh Ali Ashraf.

Setelah agak keletihan, kami pun mengambil rehat seketika sebelum melakukan pertukaran bahagian gol. Separuh masa kedua telah digunakan sebaik mungkin oleh pasukan A untuk mencari gol penyamaan. Namun begitu, kesilapan Muhammad meninggalkan gol telah menghadiahkan gol ketiga kepada Pasukan B. Kealpaan oleh pasukan B ketika meraikan gol ketiga telah digunakan oleh saya sendiri untuk menjaringkan gol yang kedua.

Ali telah mengatur taktik serangan baru untuk mengikat pasukan B iaitu dengan bertahan di gol dan melakukan serangan mengejut keatas gol lawan. Hasil taktik tersebut, Ali dengan bangganya telah menjaringkan gol penyamaan. Pasukan B juga telah menggunakan taktik yang sama setelah menyedari taktik serang habis-habisan untuk sebatang pokok hanya melemahkan pertahanan mereka secara tidak langsung. Selang beberapa minit, Pko telah menjaringkan gol keempat untuk Pasukan B namun kegembiraan itu tidak berpanjangan setelah Pasukan A berjaya mengikat kedudukan gol 4-4.

Setelah kedua-dua pasukan terikat pada kedudukann 4-4 untuk tempoh yang agak lama, kami semua bersetuju untuk bermain bagi mendapatkan gol penentu perlawanan. Setelah berasak-asak untuk mencari sebutir gol, Encik Mazri telah merembat bola tepat mengenai batang pokok milik pasukan B. Sebelum itu, Encik Mazri terpaksa menjatuhkan anaknya sendiri iaitu Huzaifah yang bertindak sebagai "pemain hantu" dalam perlawanan. Beliau digelar sedemikian kerana beliau bukan salah seorang pemain dalam perlawan tetapi tindakannya memeluk batang pokok pasukan B menyukarkan penyerang pasukan A merembat gol.

Dengan rembatan gol tersebut, pasukan A telah memenangi perlawanan agresif tetapi harmoni itu. Tahniah Pasukan A. Cuba lagi Pasukan B....

Sebaik sahaja tamat perlawanan, kami menjamah makanan ringan yang dibawa oleh isteri Encik Mazri. Inilah kelebihannya apabila bermain dengan orang yang bekeluarga. Mungkin komuniti kami tidak sebesar komuniti di Malaysia, namun ikatan kami disini amat kukuh. Walaupun penat bermain untuk tempoh yang agak panjang, tetapi kami semua bersyukur kerana tiada perkara buruk yang terjadi sepanjang aktiviti riadah terbabit.
Aksi sebelum berjuang

Encik Mazri dan anak-anaknya..

Aksi lipat penyerang pasukan B, Pko Rahman

Pasukan A sedang merancang taktik serangan

Aksi berirama.

Ali diasak hebat oleh Razly

Riadah...

Coretan

a)Penulis mengalami kekejangan otot di bahagian kaki sebaik sahaja menanggalkan kasut di rumah. Terima kasih kepada saudara muhaymin kerana membantu saya meredakan kesakitan tersebut.

b) Bola Nike yang digunakan adalah milik saudara muhaymin yang dibeli di South Edmonton Common. Buat pengetahuan, South Edmonton Common merupakan kawasan membeli belah yang menempatkan jenama-jenama yang terkemuka. Lebih menggembirakan, harga yang ditawarkan amat berpatutan sekali.

c) Gambar- gambar di atas di ambil menggunakan kamera milik Pko Rahman. Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang jurukamera profesional secara sambilan. Semoga berjaya.

d) Kami semua tidur keletihan sebaik sahaja tiba di rumah.... Satu- satunya insan yang tidak tidur pada waktu itu ialah PKO RAHMAN... Kenapa? Saya tidak tahu.


Penghargaan.

Penulis ingin merakamkam jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang turut serta dalam aktiviti riadah pada sabtu yang lalu. Saya juga berbesar hati kerana Encik Mazri sudi meluangkan masa untuk berhibur secara sihat bersama kami di bumi Edmonton. Terima kasih kerana membawa makanan ringan untuk santapan bersama selepas perlawanan.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang sudi membaca blog saya yang tidak seberapa ini. Sesungguhnya sokongan anda semua membuatkan saya lebih bersemangat untuk terus memberi nafas kepada blog "Pena Retak".

Sebagai seorang rakan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara PKO RAHMAN kerana sanggup meluangkan masa seketika untuk merakamkan detik-detik manis sepanjang aktiviti ini. Tanpa gambar yang diambil oleh beliau, saya yakin post saya pada kali ini akan kelihatan suram kerana setiap gambar membawa seribu makna.
Pko Rahman (Terima kasih untuk gambar-gambar di atas)


~~TyRoX~~

Saturday, June 7, 2008

"Transition"

"Goodbye Winter!!!!"

Saya masih ingat ucapan ini yang diungkapkan oleh pensyarah kejuruteraan komputer, Encik Paul Iglinski. Beliau kelihatan amat gembira kerana musim sejuk yang melampau di Edmonton sudah berakhir dengan kedatangan Musim Bunga dan Musim Panas.

Buat pengetahuan semua, musim sejuk di Kanada agak panjang berbanding dengan negara lain kerana kedudukannya yang hampir dengan kutub utara. Secara umumnya, musim sejuk di Kanada lebih panjang tempohnya berbanding tiga musim yang lain (Bunga,Panas, Luruh). Oleh kerana musim sejuk di sini agak panjang, penduduk disini akan melepaskan ketagihan mereka terhadap cahaya matahari dengan berjemur di bawah terik matahari.

Musim Sejuk.

a) Jika tidak salah saya, salji mula turun di Edmonton dalam bulan November 2007. Pada masa itu, saya dan rakan-rakan amat gembira kerana dapat bermain salji semulajadi buat kali pertama. Untuk tempoh seminggu, saya amat terhibur apabila dapat bermain dengan salji yang turun ketika menunggu bas untuk ke University of Alberta. Mangsa balingan bola salji saya pada ketika itu ialah Ali dan Muhaymin.

b) Setelah beberapa minggu, saya mula bosan dengan salji yang turun kerana apabila salji tersebut cair, pemandangannya tidak ubah seperti kubang yang menjadi tempat lepak kerbau-kerbau.

c) Ketika musim sejuk, saya mengalami masalah yang membuatkan saya rimas iaitu kulit terlampau kering dan mengelupas. Bagi mengatasi masalah ini, saya terpaksa memakai pelembap muka (OLAY) hampir sepanjang masa. Keadaan ini agak menyulitkan saya kerana jika saya terlupa untuk memakainya kulit muka saya akan terasa pedih yang amat sangat. Tidak cukup dengan itu kulit tangan dan kaki saya juga mengalami masalah seperti kulit muka saya. Disebabkan tidak sanggup melihat kulit saya rosak, saya terpaksa memanjakan kulit saya dengan losyen hampir setiap masa. Syukur alhamdullilah, kesemua masalah ini dapat diatasi. Tambahan, musim sejuk juga menyebabkan banyak bulu kaki saya tercabut.....

d) Bulan Disember dan Januari merupakan kemuncak musim sejuk di Edmonton. Masih saya ingat kenangan merempuh salji untuk ke kelas pada suha serendah -35 darjah celcius. Suhu yang rendah ini diburukkan lagi dengan tiupan angin tundra "windstorm" yang kuat hampir setiap hari. Angin ini menyebabkan suhu menjadi serendah -48 darjah celcius. Saya masih ingat pada ketika ini, saya terpaksa memakai beberapa lapis pakaian dan topeng muka.

e) Malam yang panjang ketika musim sejuk merupakan pengalaman yang sukar ketika musim sejuk. Ketika musim sejuk, matahari terbenam sekitar jam 4 petang manakala matahari terbit sekitar jam 8-9 pagi.

f) Saya masih ingat kenangan bermain luncur salji di sebuah bukit berhampiran Fort Edmonton Park. Ketika orang lain meluncur salji menggunakan alat yang bersesuaian, kami hanya menggunakan plastik guni beras. Namun setelah itu, kami pun membeli alat yang bersesuaian untuk meluncur.

g) "Snowboarding" di Snow Valley masih kekal dalam ingatan saya kerana ia merupakan kenangan pertama memijak "snowboard" dan meluncur laju ketika menuruni cerun di Snow Valley. Saya bercadang untuk membeli "Snowboard" pada musim sejuk yang akan datang dan berminat untuk mengikuti saudara sulaiman ke Vancouver bagi melawat tapak "snowboarding" yang terkenal iaitu Whistler.

h) Kesimpulannya, saya merindui sinaran terik matahari ketika musim sejuk..... Namun, kenangan di musim sejuk adalah pengalaman yang bermakna buat saya di perantauan.

Ali, Shakir dan Piko ketika menunggu bas dalam kesejukan

Makanan ini dibuat dengan menggunakan salji... Percaya tak?
Saya tidak ingat nama tempat ini

"Snowboarding"
Pengalaman meluncur salji tetapi menggunakan peluncur yang sesuai bukannya "guni beras"

Musim Panas/Bunga

a) Musim bunga di Edmonton bermula sekitar akhir bulan April. Pokok-pokok yang selama ini seperti batang yang tidak bernyawa mula kelihatan segar dengan pucuk-pucuk daun yang baru tumbuh.

b) Suhu di Edmonton juga mula meningkat melebihi 10 darjah celcius yang merupakan suhu kegemaran saya. Disebabkan suhu yang nyaman ini, "sweater" dan baju sejuk tebal tidak lagi menjadi pilihan saya untuk berjalan-jalan.

c) Saya tertarik melihat ruang article dalam akhbar GATEWAY (akhbar rasmi universiti) yang mempromosi basikal kepada para pelajar. Saya telah membuat keputusan untuk membeli sebuah basikal sebaik sahaja tamat peperiksan bagi semester "Winter 2008". Saya bercadang untuk menjadikan basikal sebagai kenderaan utama saya sepanjang musim panas ini. Hasilnya, saya telah membeli sebuah basikal Nakamura dari "SportChek" pada harga yang berpatutan.

d) Basikal yang dibeli oleh saya telah mencetuskan fenomena di kalangan rakan-rakan saya. Mereka juga tertarik untuk mempunyai sebuah basikal kerana kenderaan ini dapat menjimatkan wang yang sepatutnya digunakan untuk membeli pas bulanan "Edmonton Transit".


BASIKAL

Mari saya berikan sedikit maklumat mengenai basikal saya dan rakan-rakan saya.


Saya sendiri:
Saya memilih untuk membeli basikal baru kerana saya benar-benar tertarik dengan basikal yang digunakan oleh saya pada ketika ini.

Shakir:
Rakan saya ini memilih untuk meminjam basikal milik seorang rakan kerana beliau bakal pulang ke Malaysia pada 20 Jun 2008.

Muhaymin:
Min memilih untuk menggunakan basikal yang pernah digunakan oleh saudara Sulaiman. Dengan sedikit pembaikan terhadap tayar belakang, basikal ini berfungsi dengan baik hanya pada kos sekitar CAD 30.

Razly:
Saya patut menggelar rakan saya ini sebagai mekanik basikal yang baik. Saya amat kagum melihat semangat rakan saya ini ketika membaiki basikal Ariff yang mengalami kerosakan yang agak teruk. Tidak cukup dengan itu, Razly turut membantu Piko untuk membaiki sebuah basikan lama yang ditinggalkan di rumah sewa kami. Razly juga telah membaiki sebuah basikal lama buat Ali Ashraf. Kesimpulannya, Razly memang seorang rakan dan pencinta basikal....

Piko
Rakan saya yang kaya kerana mendapat tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam telah memilih untuk membaiki basikal lama yang terdapat di rumah kami. Syabas... Anda seorang yang inovatif

Ali
Ali yang merupakan kekasih Farah Hanani dari Montreal memilih untuk menggunakan sebuah basikal yang dibaiki oleh Razly yang mencintai basikal.


BAsikal saya

Piko dan Razly sedang membaiki basikal



Dengan kisah 6 basikal, maka bermulalah gaya hidup baru untuk kami di Edmonton.

Istimewa pada kali ini.


Gambar azrap hipni setelah dinodai oleh "MALEK SUNWAY".



~~TyRoX~~



Thursday, June 5, 2008

Esei terakhirku!!!!

Syukur alhamdullilah,

Setelah menghabiskan masa yang agak panjang, saya berjaya menghabiskan esei terakhir bagi kelas bahasa inggeris pada semester pendek ini.



~~p/s:
a) nak bersiap untuk ke kelas "Calculus".
b) Kepada pensyarah ku "Cik Carmen Ellison", tolong beri saya markah 27/30 untuk esei ini.

Edisi Bangun Tidur

Ketika blog ini ditulis:

a) Saya baru bangun tidur pada jam 10.30 am ( insaflah akmal.)
b) Saya masih belum melengkapkan esei terakhir saya yang perlu dihantar pada keesokan harinya. Esei saya yang bertajuk "Orang Asli dan Hak-Haknya" masih kekurangan 200 patah perkataan. (Untuk rekod, esei ditulis dalam bahasa inggeris bukannya bahasa melayu)
c) Saya masih belum mandi kerana seorang insan masih berada dalam bilik air untuk tempoh masa yang panjang.
d) Saya masih memikirkan tentang material yang perlu disemak untuk kuiz Matematik yang terakhir.
e) Terdapat 3 post untuk blog ini yang masih belum dilengkapkan kerana kesuntukan masa. Kepada saudara suhaib, selepas hari khamis ini, insya allah saya akan mengemaskini blog ini.
f) Pade ketika ini juga, Shakir sedang melayan cerita "Ezora " di laman web TV 3. Saya yakin rakan saya ini sudah jatuh cinta dengan watak "KARINA"(Shakir - Karina, sangat padan).

Nota:

a) saya terpaksa mengundur diri kerana perlu menyiapkan esei.
b) Jangan mandi lama-lama. Kalau hendak mandi lama-lama, sila hadir ke bilik air pada waktu tengah malam.
c)Saya agak terkejut dengan kenaikan harga bahan bakar di Malaysia pada ketika ini. Saya ingat kenaikan hanya akan berlaku pada bulan Ogos 2008. Saya tidak mahu mengulas apa-apa mengenai kenaikan harga ini(Kepada saudara A, saya bukan takut hendak berdebat/berbincang/memberi pendapat tetapi saya mempunyai sebab-sebab yang tersendiri.Kerana kalau bercakap kena ada kajian yang mendalam dan bukti yang kukuh. Jangan asyik berharap kepada media kerajaan mahupun media pembangkang sahaja. Minta maaf.)


~~TyRoX~~

Monday, June 2, 2008

The Great Divide Waterfall

Syukur ke hadrat illahi kerana saya berkesempatan menikmati salah satu keunikan bandar Edmonton, Alberta, Kanada pada jam 10.00 pagi.

Keunikan yang dimaksudkan oleh saya itu adalah "The Great Divide Waterfall"

The Great Divide Waterfall

  1. Dalam bahasa melayu ia disebut (saya kurang pasti) sebagai Air Terjun Terpisah.... Agak ganjil kan namanya kalau disebut dalam bahasa melayu. Ini mungkin kerana kelemahan saya sendiri dengan bahasa ibunda.
  2. Air terjun ini adalah ciptaan manusia tetapi air yang digunakan adalah ciptaan Allah. Jadi sedarlah walau apa jua kita lakukan kita mesti bergantung kepada Allah.
  3. Konsep air terjun buatan ini pada asalnya adalah untuk meraikan Sukan Komanwel 1978 di Edmonton. Akhirnya, konsep ini menjadi kenyataan apabila "Edmonton City Council " meluluskan pembinaannya pada "High Level Bridge" bagi meraikan ulang tahun ke-75 bandar Edmonton.
  4. Ketinggian air terjun ini adalah 210 kaki (24 kaki lebih tinggi daripada ketinggian Niagara Falls).
  5. Sumber air terjun ini dibekalkan oleh air paip yang disambung di "High Level Bridge".
  6. Air terjun ini hanya dibuka(dalam erti kata lain , paip air ini dibuka) hanya beberapa kali dalam setahun dan tempoh masa ianya dibuka adalah selama 2 jam sahaja.
  7. Sebanyak 4600 meter padu air digunakan sepanjang tempoh paip air ini dibuka.
  8. Kos purata bagi operasi air terjun ini selama 2 jam adalah CAD 4000 bersamaan dengan ++RM 13,000.
  9. Kos pembinaan air terjun ini menelan belanja sebanyak CAD 500,000


Gambar


Air terjun ini dijana oleh kuasa air paip...

Ini jalan yang bakal diredah oleh basikal saya


Macam "car wash"


Sebelum meredah air terjun buatan manusia
Pemandangan dari seberang sungai

Pemandangan dari taman "Legislature Hall"

Rambut sudah pendek.
**Coretan

Pakaian saya sedikit basah setelah meredah air terjun ini buat kali pertama. Disebabkan tidak puas bermain air lalu saya meredah air terjun ini buat kali kedua namun nasib tidak begitu baik pada kali ini kerana sekumpulan remaja yang menaiki kereta dengan sengaja melanggar lopak berdekatan laluan basikal. "Bedebush".... Kumpulan remaja ini kelihatan begitu terhibur dapat mengenakan saya dan seorang lagi pejalan kaki yang menggunakan laluan tersebut. Sabar......

Akhirnya, saya pulang ke rumah dalam keadaan basah kuyup. PUAS!!!

Saya berbangga dengan Edmonton walaupun tidak ramai yang gemar berkunjung ke sini kerana keadaan musim sejuk yang agak menyeramkan. Saya pernah melawat Vancouver tempoh hari, namun hati saya lebih merindui Edmonton yang kecil dan permai ini. Walaubagaimanapun, seindah-indah Edmonton, lagi indah Malaysia yang menjadi tanah air saya.


P/s: sesiapa yang berilmu pengetahuan tentang penggunaan ialah dan adalah, sila berkongsi dengan saya kerana saya sudah terlupa mengenai peraturan penggunaannya. Terima kasih.

~~TyRoX~~