Pages

Wednesday, November 19, 2008

Edisi Siasat

Salam rakan pembaca,

1. Saya agak tertekan kerana gagal melakukan yang terbaik untuk kerja makmal E E 240 pada pagi tadi. Ini disebabkan kegagalan saya memahami arahan dengan sebaiknya dan disebabkan oleh kekurangan tenaga pengajar pada hari ini.

2. Hari ini Robert Fedosjeves digantikan oleh saudara PAYAM menyebabkan satu kelas tidak memahami material yang cuba disampaikan beliau. Beliau hanya tahu tersengih di hadapan kelas dan membuat riak muka yang malas apabila ditanya soalan kepada beliau.

3. Ketika melayari youtube sebentar saja tadi, saya menemui sesuatu yang agak menarik untuk dikongsi bersama rakan-rakan. Sila tonton video di bawah.





4. Saya rasa nak memberi penendang tahap kelima kepada manusia seperti di atas ini. Beliau tidak sepatutnya mengambil kesempatan terhadap kesusahan orang lain

Friday, November 14, 2008

Seloka

Bijan bercuti ke Bagan Datok,
Mencari satay berkuah kari,
Jangan disentuh daging katok,
Jika daging halal boleh dicari,

Ah Chong dipukul hingga berbirat,
Dipukul sampai malam buta,
Jangan diguna alasan darurat,
Bagi menghalalkan cara kita.

Kera disuruh memetik kelapa,
Kerja dibuat dengan taat,
Jangan kamu berbuat lupa,
Haloween ditegah khutbah Jumaat,

Hang Tuah bertarung atas talam,
Abang Razly orang Sabah,
Kenapa mesti ke kelab malam,
Jika masjid tersergam indah.

Istana Meranti asasnya kayu,
Dikawal oleh pengawal perkasa,
Kalau kamu anak melayu,
Jaga adab sepanjang masa.

Pak Samad terbatuk-batuk,
Anak ayam berlari-lari,
Kalau kamu sudah terhantuk,
Cepatlah bangun buktikan diri.

Zorro itu orangnya kacak,
Ali berhijrah dari Kelantan,
Dimana saja Bumi dipijak,
Jangan kamu lupa daratan.

Zaid Ibrahim orang Umno,
ISA tetap dianggap salah,
Jangan malu dianggap kuno,
Dalam menegakkan hukum Allah,

Smallville versi baru Superman,
Mampu bergerak macam kilat,
Wahai teman orang budiman,
Berhenti merokok sebelum terlambat,

Dalam hidup mesti bersabar,
Piko dan Shakir sudah bertegur sapa,
Azam dibuat dengan berkobar,
Tapi hancur kerana alpa,

Bila belajar jangan malas,
Jika tidak hidup menderita,
Kalau ada terasa pedas,
Ampun maaf saya pinta.

Nukilan: Mohd Akmal Mehat

p/s: Fikirkanlah motif kita sejenak
p/p/s: pengawas pusat sumber (cilok dari azraf)
p/p/p/s: Tyrox San bercadang untuk menghasilkan sebuah syair untuk topik seterusnya.
p/p/p/p/s: Saudara Bijan akan menjadi model utama bagi topik yang akan datang.

Thursday, November 13, 2008

Luluh

Oh insan,
Dulunya kau hanya insan kerdil,
Yang tidak bisa mengenal dunia,
Yang mentah dengan permainan licik syaitan.

Oh insan,
Kau berjaya kerana DIA mengizinkannya,
Kau berjaya berkat doa ibu bapa mu,
Kau berjaya kerana kegigihanmu.

Oh insan,
Kau diberikan pena emas oleh rakyat,
Yang percaya kau insan yang terpilih,
Yang percaya kau mampu mengegar dunia.

Oh insan,
Hari ini kau melangkah laju di Bumi Allah,
Langkah mu bergaya tapi ia longlai,
Longlai dek pupusnya jati diri mu.

Oh insan,
Jangan kau lupa menoleh ke belakang,
Kerana tanpa sejarah dirimu tidak bermakna,
Kerana sejarah banyak menghukum kealpaan manusia.

Oh insan,
Janji manis mu bak tebu di bibir mulut,
Begitu mudah kau menabur janji pada ketika dulu,
Begitu mudah juga kau mengkhianatinya,

Oh insan,
Di mana ruang kau berada,
Kau hamba Allah,
Kau umat Muhammad,
Kau rakyat Malaysia.

Oh insan,
Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
Tapi jangan kamu menggadai harga dirimu,
Kerana adaptasi mu itu sudah menyimpang.

Oh insan,
Kau mencari kesenangan dunia,
Namun kau lupa keredhaan Illahi.
Hari ini kau gembira,
Jangan esok kau menangis seorang diri.

Oh insan,
Jangan pisang berbuah dua kali,
Kerana kegalalan membawa erti tangisan ibu bapa mu,
Janji palsu mu tidak akan bererti lagi.

Oh insan,
Bangkit dari tidurmu,
Kerana masa terus berlalu tanpa kau sedari,
Bangkitlah insan...

Nukilan : Mohd Akmal Mehat




Monday, November 10, 2008

Peti merah!!!!

Salam rakan pembaca?

Apa khabar saudara/saudari semua? Saya harap semuanya dalam keadaan dalam sihat sejahtera atau dalam ayat karangan bahasa inggeris "pink of health".

Apabila disebut sahaja perkataan "pink of health" ini, saya berasa agak kelakar kerana pernah diseru dengan bersungguh-sungguh oleh guru bahasa inggeris untuk menggunakan ayat ini dalam karangan berformat surat tidak formal. Katanya ayat tersebut berbunga dan boleh meninggikan markah karangan yang dihasilkan tetapi kebenarannya tidak dapat saya pastikan.

Surat ku padanya.....

Pernahkah rakan-rakan menulis surat kepada seseorang yang diminati/dicintai ketika berada di bangku sekolah???? Saya mengaku pernah menulis surat kepada seorang gadis ketika berusia 14 tahun (kategori: cinta monyet). Nama gadis tersebut ialah %%^%^%^. Akibat terikut dengan gaya penulisan menggunakan ayat "pink of health" , saya telah menggunakan yang ayat tahap formal hingga ke akhir surat tersebut.

Seorang rakan saya turut membantu saya menggarap surat kepada gadis tersebut. Entah di mana silapnya, kami menulis surat tersebut seolah-olah menulis kertas peperiksaan PMR. Setelah selesai menulis surat terbabit, kami berdua membaca bagi mengesan sebarang kesilapan dan bersyukur kerana tiada kesalahan bahasa yang wujud dalam surat itu. Kami berdua berasa bangga kerana berjaya menghasilkan surat yang begitu formal dalam bahasa inggeris untuk seorang gadis.

Setelah memasukkan surat tersebut ke dalam peti surat merah, saya menyedari surat terbabit hanya sesuai untuk digred oleh seorang pemeriksa kertas peperiksaan. Saya dan rakan saya hanya mampu menahan ketawa apabila mengenangkan surat yang dihasilkan kami berdua. Namun yang merasa kesan tentulah saya kerana saya dengan bersahaja meletakkan nama penuh saya mengikut format surat tidak formal. Ketika itu saya hanya mampu berdoa yang si dia tidak akan membuka mulut kepada orang lain tentang surat terbabit. Jika diikutkan hati saya pada ketika itu, peti surat merah harus dikumpil atau diletupkan bagi menghalang surat tersebut sampai ke tangan penerima.


Setelah peristiwa tersebut saya pergi ke sekolah dengan perasaan gementar kerana risau gadis terbabit menghebohkan berita itu kepada pelajar lain. Setelah seminggu berlalu, saya menerima sepucuk surat di bawah meja tulis saya. Surat tersebut sangat ringkas sekali dan ianya bertulis " Saya suka ayat awak!!!!!" Saya tidak menyangka seorang gadis dari kedah membalas surat menggunakan panggilan awak bukannya hang (panggilan awak di kedah).

Surat ringkas terbabit telah membuatkan saya tersenyum seorang diri sepanjang persekolahan pada hari tersebut. Namun begitu, saya merasa kecewa apabila si dia seolah mengelak dari bertembung saya pada hari itu. Ini menyebabkan saya merasakan surat ringkas bukan ditulis oleh gadis itu tetapi dihasilkan oleh rakan-rakannya.

Kalau tidak mencuba, peluang kita mungkin tidak hadir selamanya. Tetapi kita mempunyai peluang jika kita melakukan percubaan bagi merealisasikan impian kita. Sebaik sahaja saya tiba di rumah, saya menerima panggilan dari gadis terbabit. Saya tergamam kerana hampir patah hati mengenangkan kasih yang tidak berbalas namun semuanya berubah dengan surat terbabit.
Atas sebab-sebab yang tertentu saya hanya mampu berkongsi memori tersebut setakat ini sahaja. Pengalaman tersebut hanya boleh dikenang sebagai memori indah ketika bangku sekolah. Saya sudah mempunyai hidup saya sendiri dan saya percaya gadis tersebut juga mempunya hidup yang lebih indah pada ketika ini.

Sila dengar lagu ini kerana ia mungkin mengingatkan kita pada kenangan lalu. Jangan dibiarkan kenangan itu berlalu begitu sahaja tetapi jadikannya sebagai pedoman bagi meneruskan hidup.



P/s:

1) Jangan dilepaskan peluang di hadapan mata jika kita yakin pada kemungkinan dan risiko yang ada.

2) Saya bahagia dengan hidup saya pada ketika ini....

3) Jangan membenci kenangan lalu kerana setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.

4) Saya bukan jiwang!!!!!!.

Dinosaur

Salam rakan-rakan

  1. Adakah dinosaur wujud pada satu ketika dahulu di muka bumi ini
  2. Apakah rupa dinosaur menyamai gambar-gambar yang dilihat oleh kita di buku-buku fiksyen Sains?
  3. Bagaimana dinosaur pupus dari muka Bumi?
  4. Adakah dinosaur wujud sebelum atau selepas Nabi Adam A.S ?

Saya tidak boleh memberi jawapan yang tepat terhadap soalan-soalan di atas. Walaubagaimanapun, saya ingin mengajak rakan-rakan untuk berfikir sejenak bagi mencari jawapan yang tepat.

Walaupun saya tidak pasti dengan kewujudan dinosaur tetapi saya meminati spesis dinosaur yang bernama T-Rex. Nama TyroX diolah dari nama T-Rex.

Tanpa membuang masa, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi beberapa gambar yang diambil ketika lawatan ke DrumHeller yang juga dikenali sebagai bandar dinosaur di Kanada..

Gambar......





Pelik benar wajah aku





Amirah bersama kamera barunya.

Gadis-gadis dinosaur






Oh shakir


Royal Tyrell Museum




Pemuda di jalanan





Gunakanlah Colgate




Jumpa kawan lama

Sebelum dimakan kawan lama






Di sebuah lembah misteri


P/S:

1. Saya memang tidak pandai bergaya di hadapan kamera
2. Misai sudah dicukur...
3. Selamat malam
4. Merancang untuk ke kelab malam bersama Azraf. hahaha