Pages

Monday, May 31, 2010

Kau tetap di hati

Salam.

  • Baru sebentar tadi saya melawat blog milik seorang rakan bernama Islahuddin. Beliau merupakan rakan sekelas saya sejak dari Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5.
  • Sebaik menjengah gambar di blog beliau, saya teringat saat bersama rakan-rakan seperjuangan hampir 5 tahun yang lepas.
  • Terlalu banyak ilmu dan pengalaman yang saya pelajari sepanjang berada di ASIS selama dua tahun.
  • Saya agak membenci suasana sekolah terbabit di awal pengajian namun benar kata peribahasa Melayu "Tak kenal maka tak cinta". Setelah beberapa ketika, saya amat menyukai persekitaran dan rakan-rakan baru di sekolah ini.
Menzahirkan Pemimpin Bertaraf Dunia

  • Menzahirkan Pemimpin Bertaraf Dunia merupakan visi yang dicanang oleh sekolah sejak dari awal penubuhan ASiS pada tahun 2003.
  • Guru-guru juga selalu berpesan kepada saya dan rakan-rakan untuk terus berusaha bagi memastikan matlamat tersebut dicapai dengan secepat mungkin.
  • Walaubagaimanapun, saya merasa agak kecewa dengan diri sendiri kerana dilihat tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai visi yang digarap oleh pihak sekolah.
  • Sejak saya menamatkan pengajian di ASiS pada tahun 2005, saya lebih banyak menyembunyikan diri daripada aktiviti-aktiviti yang membabitkan kepimpinan.
  • Secara jujurnya minat saya untuk memimpin sebuah organisasi ternyata sudah pudar sama sekali dan saya lebih berminat untuk menjadi seorang pengikut biasa.
  • Namun begitu, saya amat berharap rakan-rakan saya yang lain dapat mencapai visi ini sekurang-kurangnya sebelum arkitek ASiS iaitu Tuan Pengetua bersara pada tahun hadapan.

2 orang sahabat karib saya semasa di ASiS
~~Sekian~~

p/s: sudah 3 tahun tidak melawat ASiS

p/s/s: Amat merindui rakan-rakan di saat ketawa dan menangis bersama sewaktu masa dahulu.

p/s/s/s: Maaf guru-guru kerana menghampakan harapan yang disandarkan di bahu ini.

Sunday, May 30, 2010

Komitmen pada organisasi

Salam,

*Entri ini ditulis hampir satu bulan yang lepas*

Mesyuarat
  • Mesyuarat merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa pihak tentang sesuatu perkara. Sebarang pandangan mesti disuarakan tanpa rasa gentar agar ianya dapat didengar oleh semua ahli mesyuarat dan dibincangkan secara konstruktif.
  • Pada akhir mesyuarat, sebarang keputusan yang dibuat adalah keputusan majoriti yang dicapai melalu kesepakatan bersama. Oleh itu, tidak timbul soal samada keputusan tersebut keputusan individu tertentu. Semua pihak harus bekerjasama untuk memastikan perkara-perkara yang dibincangkan dapat dicapai sebagaimana yang dibincangkan.
  • Sebagai ahli yang tidak hadir ke mesyuarat, ahli tersebut hanya boleh patuh kepada keputusan mesyuarat tersebut kerana kata sepakat sudah dicapai dan kegagalannya menghadiri mesyuarat tersebut juga seumpama menyerahkan persetujuan kepada ahli-ahli yang lain.
  • Pengerusi/Pengarah/Ketua seharusnya menjadi seorang nakhoda yang adil dalam mengendalikan mesyuarat. Beliau boleh menggunakan kuasanya untuk tidak memanggil mesyuarat dalam membuat sesuatu keputusan. Namun begitu, sebaik sahaja mesyuarat sudah bersidang dan membuat keputusan, beliau harus menghormati perkara-perkara yang diputuskan sebagaimana ahli-ahli yang lain.
  • Pengerusi/Pengarah/Ketua mesti menggunakan kuasanya untuk memaklumkan keputusan mesyuarat kepada ahli-ahli yang berkenaan termasuk kepada ahli yang tidak hadir ke mesyuarat. Beliau juga boleh mengarahkan ahli yang lain bagi menjalankan tanggungjawab ini bagi pihak beliau. (* Beliau hanya boleh memaklumkan!! bukannya melakukan pindaan selanjutnya tanpa pengetahuan ahli-ahli mesyuarat... KEPUTUSAN sudah dibuat!!. Sebarang pindaan harus mendapat restu ahli-ahli yang lain!*)
Tanggungjawab

  • Sebagaimana yang disebut di atas, keputusan yang dibuat melalui mesyuarat adalah keputusan bersama dan ianya harus dilaksanakan secara bersama.
  • Seorang ketua harus bertindak dengan bijak dan adil bagi mengagihkan tugas kepada ahli-ahli supaya sebuah organisasi dapat berfungsi dengan baik.
  • Seorang ketua juga TIDAK perlu menekan dirinya untuk melakukan sesuatu perkara yang diputuskan secara berseorangan atau bersama orang-orang yang tertentu. Pengagihan tugas mesti dibuat sebagaimana yang dipersetujui secara kolektif(* Ini tidak bermakna seorang ketua boleh mengarahkan seseorang membuat tugas di saat2 akhir padahal selama ini suara ahli tersebut dipandang sepi*)
  • Berkorban adalah suatu amalan yang mulia dalam Islam. Namun dalam konteks sebuah organisasi, konsep ini perlu diperhalusi dengan lebih mendalam. Sebagai contoh, jika mana-mana ahli menghadapi konflik dalam sesuatu perkara. Maka ahli-ahli seharusnya berbincang dengan baik agar perancangan asal yang dibuat secara bersama dapat diteruskan tanpa cacat cela.
  • Tidak perlu mana2 ahli bertindak menjadi "Hero seluar dalam merah" dengan mengorbankan dirinya untuk melakukan semua kerja yang masih berbaki tanpa mendapat pandangan ahli-ahli yang terbabit.
  • Pengorbanan ini baik kerana ia membolehkan perancangan asal diteruskan dengan jayanya. Walaubagaimanapun, ia akan menjejaskan motivasi ahli-ahli lain kerana suara mereka langsung tidak didengari oleh ahli yang berkenaan. (*dah nama pun mesyuarat. segala masalah/rintangan harus dipikul bersama bukannya berlagak menjadi hero seorang diri*)
~~Sekian~~

p/s: Kalo aku dah start menyampah... sori la yea

p/s/s: Organisasi atas nama demokrasi adalah milik bersama bukannya milik laki bini, milik ayah, milik datuk sedara bukannya milik pusaka.okes?

p/s/s/s: Nak jdik hero gak? kalo cmtu sila buat "PARTI AKU HERO GEMILANG". kita wat meeting.. ko wat keja... kitorang makan... ko tolong masak.... kitorang tido malam... ko x yah tido malam.... haaa? kan best cmtue?

Friday, May 28, 2010

Macaron yang ciput

Salam,

  • Hari ini sepatutnya saya pergi ke South Edmonton Common untuk membeli belah tapi rancangan dibatalkan kerana masalah tertentu.
  • Disebabkan kebosanan berada di rumah, saya pun pergi ke Duchess Bake Shop yang terletak di Downtown. Tujuannya adalah untuk mencari "macarons".
  • Semalam saya terbaca blog "Amirah Izzati Zaidi", di mana beliau mengatakan "macarons" ini sedap. Duchess Shop adalah satu-satunya kedai di Edmonton yang menjual "macarons" (*macarons adalah sejenis makanan yang berasal dari negara Perancis*)
Duchess Shop
  • Sampai sahaja di kedai ini, saya agak keberatan untuk melangkah masuk disebabkan kedainya yang kelihatan "grand" berbanding kedai-kedai di sekitarnya.
  • Pintu kedai dibuka oleh seorang gadis yang bermata biru sambil mengucapkan "Bonjour". Kelihatan beberapa orang pelanggan yang berpakaian formal sedang minum cappucino di satu sudut kedai (* saya pula hanya memakai baju dan jeans lusuh. haish*)
  • Di kaunter, mata saya liar mencari macarons namun saya gagal menemuinya. Lalu gadis berkenaan menunjukkan kepada saya macarons yang dicari oleh saya.(*aduss. punya la ciput macarons ni. Ingat besar mcm dorayaki.*)
  • Saya hanya meminta satu macarons untuk dirasa terlebih dahulu dan rasanya sangat sedap sekali. Setelah berpuas hati saya pun memesan satu kotak macarons untuk dibawa pulang ke rumah.
  • Kesimpulan. Macarons ini sangat kecil dan mahal tetapi sedap. Duchess Shop pula merupakan kedai yang sangat unik dan cantik dari segi makanan dan layanan.


~Sekian~

p/s: Duchess Shop cuma ada 8 jenis macarons sahaja...

p/s/s: Kawan2x.. aku x update blog bukan sbb sakit tapi skunk ni aku byk habiskan masa kat gym. :) thanks sebab amik berat



Thursday, May 20, 2010

Darah

Salam,

  • Dalam darah manusia terdapat banyak mineral yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Namun begitu jika terdapat mineral yang berlebihan/berkurangan maka badan manusia tersebut akan terjejas.
  • Semasa saya baru pulang ke Edmonton dari Malaysia pada September 2009, saya mengalami demam panas berpanjangan.
  • Jumpa sahaja doktor, jawapan yang diberikan "Saya hantar awak untuk pemeriksaan darah" (*saya paling benci jarum*). Di pusat pemeriksaan, 6 botol darah disedut.
  • Keesokannya pula saya dihubungi doktor yang sama untuk datang berjumpanya dengan segera. Beliau menyuruh saya mengambil darah sekali lagi dan saya pun menurut sahaja kata-katanya.
  • Saya cuma berharap semua masalah akan selesai apabila melakukan ujian darah yang kedua. Namun jangkaan saya hampa kerana dalam 1 minggu saya terpaksa membuat 5 ujian darah. Amaun darah yang diambil juga rasanya agak banyak kerana setiap kali lawatan purata sebanya 6-8 botol darah diambil.
  • Selepas seminggu, demam saya masih belum pulih malah bertambah teruk.(*rasanya bukan sebab sakit tetapi kerana darah kena hisap dengan nurse k0t*)
  • Doktor pula dengan selamba menjawab bahawa beliau tidak pasti penyakit saya tetapi pasti saya mempunyai penyakit (*mmg la.. kalo tidak xkan aku jumpa doktor kan?*). Doktor tu "give up" dan rujuk saya kepada doktor pakar di hospital.
  • Sebaik sahaja jumpa doktor berkenaan, disuruh saya buat ujian darah lagi. Yang menyakitkan hati, ujian yang dibuat itu merupakan ujian yang sama dilakukan minggu lepas. Alasan yang diberikan, doktor pakar perlukan maklumat baru dan lebih jitu.
  • Selepas seminggu, doktor pakar beritahu yang beliau kurang pasti dengan masalah darah saya tetapi akan mencuba satu jalan penyelesaian.
  • Penyelesaian yang diberi, saya terpaksa membuang/menderma darah hampir setiap minggu di hospital. :((
  • Setelah beberapa bulan melakukan rutin yang sama, akhirnya saya pun berjumpa semula doktor berkenaan bagi mendapatkan penjelasan beliau.
  • Beliau memberi kebenaran saya berhenti membuang darah dengan syarat saya mesti berjumpa beliau sekali dalam setiap bulan.
  • Bulan Mac lepas merupakan kali terakhir saya bertemu beliau dan saya disahkan tidak mempunyai sebarang penyakit. (*bayangkan lepas berapa banyak darah habis baru si doktor nak cakap benda nie*)

~Sekian~~

p/s: Aku rasa aku x sakit pun.Ntah2 doktor saje wat konspirasi nak curi darah aku n wat klon aku... hoho

p/s/s: sakit hati juga sebab kena amik darah banyak kali.. Terbayang muka doktor yang seperti "Vampire". Mujur nurse muka sweet je.hoho

p/s/s/s: Yang baiknya. aku dah x takut dengan jarum. kalo nak pg derma or amik injection dah bleh tengok jarum n ngorat "nurse" yang comel.

p/s/s/s/s: Esok cuti dari khamis sampai selasa..... :))

p/s/s/s/s/s:Hemochromatosis

Tuesday, May 18, 2010

Kad Kredit

Salam,

  • Kad kredit selalunya dikaitkan dengan kemewahan atau kekayaan. Kebiasaanya di Malaysia sesiapa yang tidak mempunyai pendapatan tetap melebihi had yang ditetapkan maka individu tidak layak untuk memohon kad kredit.
  • Saya juga tidak pernah berminat atau mengetahui lebih lanjut tentang kad kredit sewaktu berada di Malaysia.
  • Saya mula sedar kepentingan kad kredit sewaktu saya mengisi pelbagai borang untuk melanjutkan pelajaran di Kanada. Hampir semua borang yang diisi memerlukan bayaran dilakukan melalui kad kredit. (* owh yea.. ayah saya tiada kad kredit kerana beliau seorang pesara sahaja. Nak pinjam daripada orang lain memang tidak mustahil tapi bayangkan jika ada 5 borang perlu diisi? Terasa segan juga nak minta tolong orang lain*)
  • Bagi menyelesaikan masalah, saya telah mendapatkan kad kredit "prepaid" dari Ambank. Untuk menggunakan kredit kad ini saya cuma perlu "topup" nilai di bank dan ianya boleh digunakan serta merta. (*kadar tukaran Canadian Dollar juga membuat saya susah hati*)
  • Walaupun terpaksa pergi ke bank berkali-kali untuk "topup" kad kredit ini, saya rasa cara ini lebih baik daripada berkali-kali meminta tolong daripada orang lain.
Kad kredit usang yang baru ditemui semula pagi tadi

Fenomena Kad Kredit

  • Beberapa bulan pertama saya di Kanada, tidak terlintas untuk memiliki kad kredit. Namun setelah melihat beberapa pelajar senior menggunakannya maka saya pun tertarik untuk memiliki kad kredit.
  • Setelah beberapa kali memohon dan aksi drama dengan pegawai bank, akhirnya saya berjaya memiliki kad kredit.
  • Memiliki kad kredit sendiri menyebabkan saya mempunyai hobi baru iaitu membeli belah menggunakan internet. Setelah beberapa lama, akhirnya saya dapat mengawal ketagihan membeli belah di Internet setelah menyedari hakikat yang barang yang dibeli murah tetapi ianya tetap pembaziran jika barang yang dibeli bukannya suatu keperluan.
  • Kad kredit bukannya lambang kemewahan seperti yang difahami oleh saya pada suatu masa dahulu. Ianya merupakan satu keperluan penting pada zaman sekarang di mana pelbagai transaksi menuntut penggunaan kad kredit.
  • Kad plastik ini banyak membantu saya dalam mendapatkan tawaran tiket kapal terbang yang murah di Internet. Harga yang murah tidak mungkin diperoleh jika dibeli secara manual di kaunter ataupun agen pelancongan.
  • Bagi memastikan saya tidak "overspending" saya hanya akan menggunakan kad kredit jika terdapat wang yang mencukupi dalam akaun simpanan supaya saya tidak terkesima apabila mendapat bil kad kredit.
  • Kebanyakan orang menggunakan kad kredit sebagai kad hutang (*sesuai la dengan namanya*) tapi saya menggunakannya bagi tujuan memudahkan hidup.
  • Kad kredit ini juga banyak membantu saya mendekatkan jarak beribu-ribu kilometer antara saya dengan insan yang berada jauh di mata.
  • Semalam baru saya sedar yang mata ganjaran yang diperoleh daripada penggunaan kad kredit, boleh ditebus bagi mendapat "gift card" yang sangat berbaloi. :))
~~Sehingga kita berjumpa lagi~~

Sunday, May 16, 2010

Sakit mata

Salam,

  • Ada beberapa perkara yang dilihat akan membuatkan saya sakit mata.
Ketiak.

  • Saya tersangat geli melihat pekerja restoran yang melakukan kerja dengan baju tanpa ketiak. Bayangkan waktu dia senduk nasi yang sedang panas? Memang habis la wap-wap ketiak dia jatuh dekat makanan.
  • Ramai cakap lelaki yang simpan bulu ketiak nampak macho... Ceit... Saya rasa nak muntah melihat bulu ketiak yang lebat dan lepas itu tanpa segan silu tayang dekat semua orang. yucks.
  • Tambah menggelikan apabila melihat gadis-gadis memakai baju seksi " spesies hanging or berkemban or bla2" tetapi tiba-tiba kelihatan rimba. Sakit mata!! Saya boleh pandang ke bawah tapi kalau dah ternampak rasa macam nak *&*%$.
  • Kesimpulannya, kalau kerja kedai makan sila pakai baju yang sesuai sebab orang nak "real food" bukannya makanan dengan rasa peluh ketiak. Kalau jenis yang tidak reti merapikan bulu ketiak, tak perlu pakai baju untuk musim kemarau tahap supernova.
T-shirt "bodoh"

  • Saya juga meluat melihat t-shirt yang mempunyai banyak tulisan atau ayat-ayat seperti orang terencat akal di atasnya.
  • Sebagai contoh " Touch my boobs!" dan sebagainya. Apakah tujuan ayat-ayat pelik ini? Rasanya undang-undang perlu dipinda di mana sesiapa yang memakai baju pelik ini sebenarnya memberi kebenaran kepada orang yang melihat untuk melakukan perkara yang dipinta. Baru adil kan?
  • Bukan saya teringin nak buat benda yang ditulis, tetapi saya terasa bodoh apabila saya terlihat dan seterusnya membuang masa dengan membaca ayat yang sangat hampes.
  • Satu lagi jika pergi sembahyang berjemaah, rasanya tidak perlu untuk memakai baju yang penuh sajak cinta di belakang sebab ayat sedemikian akan menganggu mukmin yang lain.
Pink dan lelaki

  • Saya tak kesah gadis dengan warna "pink". Nampak molek dan comel lagi. :))
  • Kalau lelaki dan warna pink tanpa mengira tahap kehenseman saya cuma boleh membayangkan kamu tidak ubah seperti binatang berwarna "pink" yang suka makan najis sendiri.
  • Kamu dan kamu rasanya tidak perlu mengaku metroseksual sebab rasanya bukan dapat apa-apa pun daripada status macam itu. Cuba "google" dulu tentang metroseksual sebelum nak mengaku metro. Shit!!
  • Memang benarlah tiada larangan memakai warna pink disebut dalam Quran. Namun begitu secara tradisi warna tersebut memang dikhususkan untuk wanita tetapi sejak era manusia bernama lelaki yang dahaga kasih "punggung" seorang lelaki semakin berkembang maka muncul zaman "laki pink". Oooo yea.. Dalam quran tiada larangan untuk lelaki memakai baju kebaya pun kan? Jangan la pakai main hentam sesuka hati ikut nafsu. Fikir dulu yea.
~sekian~





p/s: Bulan Jun sudah dekat... :))

p/s/s: Hari ni pg waterpark... nampak benda yang x sepatutnya... kena wat solat taubat ngan arep malam nie

p/s/s/s: Kawan2x... Jangan terasa hati yea dengan ape yang aku tulis. Ni pandangan aku je.. Cool yea ;)

p/s/s/s/s: Jom main judi. Sekarang sudah halal

Video Niagara Falls

Trip to Niagara Falls
Maid of The Mist
Journey Behind the Falls

Saturday, May 15, 2010

Senior

Salam,

  • Masa berlalu dengan pantas. Diri pun semakin meningkat usia. Dulu umur ade angka 1 di depan tapi sekarang sudah ada angka 2.

  • Dulu orang panggil "freshman" tapi sekarang dah masuk fasa senior. Dua semester sahaja lagi sebelum dapat bergelar jurutera!!! :))
  • Jika dahulu gred paling teruk adalah C+ tetapi sekarang gred paling rendah adalah B+.
  • Suatu masa dahulu pernah hampir menangis sewaktu di tahun pertama setelah mendapat surat amaran daripada penaja tetapi sekarang saya sudah mampu tersenyum lega. Saya bertambah gembira apabila universiti bermurah hati menawarkan "scholarship" kepada saya.
  • Bilangan "scholarship" yang diterima semakin bertambah daripada bilangan asal berbanding semasa di awal pengajian.
  • Setakat ni tiada rancangan untuk melanjutkan pelajaran kerana memang tidak dibenarkan oleh penaja.
  • Semester lepas dapat tawaran daripada seorang professor untuk membantu penyelidikan beliau tetapi terpaksa ditolak kerana bidang tersebut adalah "Electrical Biomedical" bukannya "Electrical Power".
  • Hidup universiti agak sukar tetapi yang pastinya hidup selepas universiti penuh dengan cabaran.
  • Jika di universiti, elaun atau wang saku digunakan oleh diri sendiri tanpa perlu memikirkan perkara lain namun alam pekerjaan menuntut lebih daripada itu. Masing2 perlu merancang kewangan dengan lebih efektif bagi kegunaan masa depan.
  • Selepas 3 tahun di UoA dengan hanya berbaki lagi 1 tahun, saya pasti akan merindui UoA yang banyak memberi saya lebih daripada ilmu kejuruteraan. Saya akan cuba mengoptimumkan masa saya yang berbaki setahun lagi agar saya tidak akan meninggalkan rumah kedua saya dengan kekesalan.
Scholarship semasa "1st year"
Kenangan "1st year"

Notis:
  • Jangan putus asa dalam mengejar ilmu.
  • Semua insan yang sempurna akal adalah bijak tetapi bergantung kepada usaha masing-masing untuk mengolah kebijakan tersebut.
  • Gagal sewaktu permulaan tidak bermakna akan gagal untuk sepanjang hayat. Jadikan kegagalan sebagai pil semangat untuk lebih gigih mencapai kejayaan.
  • Jika kamu mampu menjejakkan kaki ke universiti maka bersyukur kerana kamu adalah insan yang terpilih. Gunakan peluang tersebut untuk mencapai kejayaan yang lebih baik di masa depan.
  • Jika kamu mampu belajar di luar negara maka kamu bukan sahaja insan terpilih tetapi sangat bernasib baik. Jangan sia-siakan harapan ibu bapa, penaja dan juga negara. Buktikan yang pelajar Malaysia mampu berdiri sama tinggi dengan pelajar negara maju.
~~Sekian~~




p/s: Aku x penah berharap untuk kembali ke masa lalu untuk membetulkan kesilapan yang lepas. Aku cuma berharap kesilapan yang lalu xkan diulangi lagi.

p/s/s: Adamaya dah habis... Lepas ni kalo bkak website tv3 xkan nak tgok Buletin Utama je kot.

p/s/s/s: Iron Man 2 sgt borink!!

Thursday, May 13, 2010

Sebuah Komitmen

Salam,

  • Hari ini pensyarah saya yang "hot"(*susah kot nak jumpa pensyarah perempuan yang cantik n muda kat universiti ni*) ajar tentang komitmen dalam kelas "Organizational Behaviour". Dia bercakap tentang komitmen di tempat kerja tetapi saya ingin bercerita mengenai komitmen dari kaca mata saya.
  • Hubungan terbahagi kepada "Brand New", "Looking Serious" dan "Long Haul". Rasanya rakan-rakan boleh faham kan maksud ayat-ayat ni.
Komitmen

  • Rasanya seseorang itu hanya akan memberi komitmen kerana rasa tanggungjawab, cinta dan pasti akan sesuatu yang ingin dilakukan.
  • Pastinya seseorang akan memberi tahap komitmen yang berlainan bagi setiap peringkat hubungan. Komitmen bagi "brand new" mesti berbeza dengan "looking serious" dan "long haul.
"Brand New"

  • Ini dipanggil fasa kenal mengenal. Dalam fasa ini, seseorang rasanya perlu melihat kepada kebaikan, kelebihan dan keseronokan bagi mencari kemanisan sesuatu hubungan.
  • Sebagai contoh, jika kita berkenalan dengan seorang sahabat baru dan secara tiba-tiba kita mengetahui sesuatu yang kurang baik mengenai beliau kita pasti akan menjauhinya tanpa menyelidik dengan lebih lanjut kerana tahap komitmen pada tahap rendah.
  • Komitmen pada peringkat ini lebih kepada untuk membina sesebuah perhubungan tanpa melihat kepada hasilnya.
  • Perhubungan ini mungkin berpanjangan atau berhenti sementara bergantung kepada individu berkaitan mengembangkan sesebuah perhubungan.
  • Dalam peringkat ini, kita harus cuba mencari kemanisan bukannya kepahitan kerana mungkin hati akan tawar di pertengahan jalan. Kita perlu memberi diri kita masa dan peluang untuk mengenal sesuatu kebaikan sebelum mula belajar erti keburukan yang pastinya suatu yang agak menyakitkan.
  • Begitu juga dalam hubungan seorang pelajar dengan bidang yang diceburinya. Saya mengaku yang saya kurang berminat dengan kejuruteraan pada tahun pertama. Saya seolah-olah putus harapan untuk mengejar impian menjadi seorang jurutera. Keadaan bertambah buruk apabila saya asyik memikirkan tentang kepahitan bergelar seorang pelajar kejuruteraan.
  • Akibatnya, prestasi akademik saya pada ketika itu amat menyedihkan sekali. Saya bukan sahaja gagal memberi komitmen yang sepatutnya sebagai pelajar tajaan malah saya juga gagal mencari kemanisan menuntut ilmu kejuruteraan.
"Looking Serious"

  • Apabila kita sedar bahawa kita mahu serius atau hubungan semakin serius atau kita bertanggungjawab untuk serius maka kita perlu belajar menerima kelemahan yang wujud.
  • Pada masa ini baru lah kita boleh menguji sejauh mana kelebihan mengatasi kelemahan. Kelemahan pasti wujud dalam diri manusia kerana tiada sesiapa yang sempurna sepanjang masa.
  • Jika di awal hubungan kita cuba menyusun bata bagi sebuah rumah tetapi di peringkat pertengahan kita sedar yang membina sebuah rumah memerlukan lebih daripada "skill" menyusun bata. Kita harus belajar lebih banyak perkara yang agak sukar pada peringkat permulaan tetapi insya Allah akan bertambah mudah jika punya kesabaran dan usaha yang berterusan.
  • Dalam membina rumah tersebut kita juga mungkin mengalami masalah daripada segi perancangan, kewangan dan mungkin juga kemalangan. Ini bukanlah benda yang dipinta tetapi jika terjadi kita perlu cuba menerimanya dan mengukur sejauh mana ketabahan kita dalam membina rumah tersebut.
  • Kita boleh mengambil mudah dengan membiarkan sahaja rumah tersebut terbengkalai di pertengahan jalan tetapi mungkin kita terlupa yang rumah tersebut dibina di atas sebidang tanah. Rumah tersebut boleh dimusnahkan tetapi ia mengambil masa dan pastinya menjejaskan tanah tersebut.
  • Semua keputusan bergantung kepada setiap individu. Mungkin meneruskan pembinaan suatu keputusan yang baik setelah menyedari kelemahan yang muncul boleh diterima. Atau mungkin menghentikan pembinaan adalah satu-satunya keputusan yang ada.
"Long Haul"

  • Rumah yang sudah siap perlukan penjagaan yang baik. Rumah akan lebih berseri jika dihias dengan perkakas yang sesuai dan mempunyai laman yang indah.
  • Apabila kita sudah mula memikirkan hubungan untuk jangka masa panjang maka kita juga perlu mempunyai komitmen mempertahankan sesebuah hubungan.
  • Membina sebuah rumah adalah sukar tetapi mempertahankannya dan mengekalkan keindahan merupakan perkara yang lebih sukar.
  • Persoalan yang harus dijawab, adakah kita membina rumah tersebut sebagai tempat berlindung bagi jangka masa panjang? Jika jawapannya tidak. Apakah kita masih mampu membina rumah yang baik seperti yang sudah dibina? Apakah jaminan rumah yang bakal dibina lebih selamat dan lebih indah daripada yang sedia ada?
  • Setiap masalah pasti ada penyelesaian. Takkan kerana atap rumah bocor kita dengan mudah meninggalkan rumah yang sedia ada tanpa memikirkan aspek keindahan rumah tersebut dan juga kelemahan yang pernah membuatkan kita tabah suatu masa dulu.
  • Segalanya terserah pada setiap individu menilai dan melihat sesuatu perkara.


Semoga kita berjaya komitmen pada perkara-perkara yang sepatutnya seperti ibu bapa,keluarga, pengajian dan sebagainya. Jika kita tidak bersedia memberi komitmen maka kita harus berhenti ketika di peringkat "brand new" lagi. Jika tidak ia pasti memberi kesan kepada diri kita dan orang sekeliling.

p/s: Cintai sesuatu bukan hanya pada kelebihannya tetapi juga pada kelemahannya

p/s/s: Judi bola di Mesia? aduss.... lingkup btoi la

p/s/s/s: Ujian kehamilan ganggu privasi? Kamu tersangat la bongok.. baik jgn jadi menteri seyh..

Kebosanan

Salam,

  • Saya hanya mengambil satu subjek sahaja bagi "spring session" ini setelah saya "drop" subjek "French". Akibatnya, saya merasa bosan yang amat sangat disebabkan saya cuma mempunyai dua kelas dalam masa seminggu.
  • Pada asalnya saya nak tulis tentang semua bandar yang dilawat oleh saya tempoh hari tetapi memandangkan cuma dua bandar lagi yang masih belum diceritakan maka saya hanya akan tulis tentang "trip " secara keseluruhan sahaja.
  • Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya melangkah ke separuh akhir setelah melalui laluan yang agak perit. Selepas ini lagi perit kerana perlu berdepan dengan China.
Eastern Canada

Jarak udara yang dilalui= 5690 km
Jarak darat(anggaran)= 1303 km
Tempoh=9 hari
Kos= kurang daripada CAD 800
Kenangan="priceless"
Berat badan= naik 1 kg sebab jumpa azraf montel
Tempat paling menarik= Niagara Falls (bahagian Kanada)
Tempat kurang menarik= Toronto(*tp Sharazul n mmber2 wat jadik menarik)
Tempat paling klasik=Quebec City
Tempat paling panas=Montreal
Gambar paling banyak= Niagara Falls(725 keping)


Niagara Falls
Toronto


~Sekian~

p/s: tido dari pukul 4 pm sampai 8.30 pm.. adusss

p/s/s: hutang credit card makin menggoda. bila nak habis pun x tau

p/s/s/s: Buat benda yang dulu sangat x suka ketika melawat bandar2 di "Eastern Canada"

Wednesday, May 12, 2010

Quebec City

Salam rakan-rakan,

  • Saya baru sahaja pulang dari Eastern Canada. Pesawat yang dinaiki semalam mengalami beberapa kerosakan teknikal yang menyebabkan penerbangan t'paksa ditunda selama 2 jam.
  • Syukur alhamdullilah kerana masalah tersebut dikesan sebelum kapal terbang berlepas.
  • Untuk post ni, saya cuma nak upload beberapa gambar yang diambil semasa berada di Quebec City tempoh hari. Saya malas nak menulis panjang dan saya juga malas nak upload gambar byk2 kat "facebook".
QUEBEC/QUEBEC CITY
  • Quebec adalah "province" yang terbesar dalam Kanada. Kanada adalah negara kedua terbesar di dunia selepas Russia.
  • Quebec merupakan "province" yang mempunyai kuasa autonomi yang paling banyak berbanding "province" lain dalam Kanada. Sebahagian besar penduduk Quebec berusaha untuk keluar daripada negara Kanada dengan membentuk negara sendiri.
  • Bahasa rasmi Quebec ialah "French". Rakyat Quebec adalah komuniti "French" terbesar di luar negara Perancis. Saiz Quebec bersamaan dengan tiga kali ganda saiz negara Perancis.
  • Ini x penting tp kena bgtau jugak sebab fakta x ptut sembunyi... Gadis2 di Montreal dan Quebec City sangat "hot" berbanding gadis2 Canada yang lain. :PP

Parlimen Quebec
Di hadapan Chateau Frontenac
Lukisan ape ntah
~Sekian~

p/s: Montreal sangat panas.....

p/s/s: Bulan Mei= bulan berjimat. :((

p/s/s/s: Dah drop french class... hahaha

p/s/s/s/s: Badan gatal kena bed bugs.. :((((((

Friday, May 7, 2010

Montreal 2

Salam rakan-rakan,

Update kali ni gambar saja la yea... Kemalasan


Biosphere @ Montreal
Berhampiran litar F1 Montreal, Quebec, Canada
Pemandangan dari atas Mont Royal
Mont Royal

Kami kanak-kanak riang

p/s: Result Fall 2010 dah pun keluar...... :))

Tuesday, May 4, 2010

Montreal 1

Salam rakan-rakan,
  • Hari ini bangun awal untuk mendaki Mount Royal tetapi nampaknya"plan" macam xkan menjadi kerana rakan-rakan masih lagi nyenyak tidur terutamanya Ali dan Muhaymin.
  • Semalam pergi jalan-jalan cari setem untuk hantar poskad berakhir dengan kehampaan.
Perjalanan Semalam.

  • Kami bergerak dari rumah Azraf menuju ke Stadium Olimpik Montreal pada jam 12 tengah hari. Montreal merupakan tuan rumah Olimpik pada tahun 1976.
  • Selepas itu kami bergerak ke Chinatown untuk membeli "bubbletea" dan roti.
  • Setelah menghabiskan masa seketika, kami bergerak ke Gereja Notre-Dame de Montreal. Hanya saya, shakir dan hafizi yang masuk ke dalam gereja tersebut manakala rakan-rakan yang lain menunggu di luar gereja.(*bayaran masuk CAD 5... Hampes.. dah la membosankan*)
  • Habis sahaja pusing2 gereja tu, kami terus bergerak ke Old Port Montreal. Ini kali kedua, saya berada di Old Port(*kali pertama bersama Pengurus Kanan TNB tempoh hari*)
  • Akhirnya, kami singgah di beberapa kedai cenderamata dalam perjalanan pulang ke rumah (*mungkin ini kali kedua saya berada di sini jadi saya kurang berminat untuk membeli souvenir*)



~~End~~

p/s: Jundi balik Malaysia hari ini

p/s/s: Hari ini gerak pg Biosphere dan litar F1 kot..

Monday, May 3, 2010

Live Update 1





Live Update ( 1301 Mountain Time)

Salam rakan-rakan,
  • Saya tulis post ini semasa saya berada dalam pesawat WestJet dari Edmonton ke Montreal. Perjalanan ini mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Saya dijangka tiba di Montreal pada jam 5.30 petang ( *bertolak pada jam 12.05 tengah hari dari Edmonton*)
Perjalanan 1200 km
  • Saya baru sahaja pulang bercuti dari Banff dan Jasper National Park beberapa hari yang lalu. Alhmadulillah perjalanan ke Rockies Mountain berjalan dengan lancar walaupun beberapa perubahan terpaksa dilakukan kerana keadaan cuaca yang kurang mengizinkan. Saya agak terkejut ketika memandu ke Banff melalui bandar Calgary kerana rebut salji yang tidak dijangka pada musim bunga melanda bandar tersebut. Akibatnya, banyak kereta yang tersadai di bahu jalan raya kerana tayar tersangkut dalam salji tebal.
  • Syukur alhamdullilah, keadaan cuaca bertambah sebelah petang yang membolehkan kami melakukan aktiviti “jungle trekking” di Johnston Canyon. (*pada asalnya kami bercadang untuk “hiking” di Boulder Pass*). Pada sebelah malamnya, kami singgah sebentar di Banff Upper Hot Spring (* terasa agak hampes sebab air kurang panas*)
  • Keesokan paginya, kami bertolak ke Columbia Icefield yang terletak dalam Jasper National Park. Lebuh raya yang menghubungkan Banff dan Jasper sangat indah sekali dengan pemandangan gunung ganang. Kami menaiki kenderaan khas bernama “The Explorer” untuk sampai ke Columbia Icefield. Akhirnya kami bertolak pulang ke Edmonton dan tiba pada jam 1030 malam. Saya agak keletihan tetapi sangat puas.
~End~

Update 1: Baru sahaja dapat air daripada pramugari. Perjalanan masih berbaki 2 jam.

Update 2: Shakir makan dalam kapal terbang cam tempah makanan di restoran je. :P

Update 3: Saya baru sedar “cookies” yang sudah dimakan oleh saya mengandungi whey

Update 4: Rancangan hiburan dalam pesawat Westjet tersangat membosankan jika dibandingkan dengan pesawat Air Canada.

Update 5: Kelajuan pesawat Westjet pada ketika ini adalah 525 mph dan berada pada ketinggian 38318 kaki dari aras laut. Pesawat sedang terbang di ruang udara Manitoba dan menghampiri bandar Winnipeg.


WestJet

Shakir tengah melantak

p/s: Post ini akan di”publish”kan sebaik sahaja saya mendapat akses kepada Internet.

p/s/s: Doakan perjalanan kami. Semoga berjumpa lagi