Pages

Sunday, October 31, 2010

Chinatown

Salam,

  • Saya dan rakan saya (Ali) pergi ke Chinatown sebentar tadi bagi membeli makanan dan keperluan dapur.
  • Sesetengah barang seperti santan, serai, perencah, serbuk kari dan sebagainya tidak terdapat di pasaraya konvesional Kanada. Cara terbaik mendapatkan barang-barang ini hanya di Chinatown.
  • Namun begitu, jarak Chinatown yang agak jauh dari rumah menyebabkan saya keberatan untuk membeli belah di sini.
  • Ini sebahagian daripada diari kehidupan saya sejak bergelak perantau di bumi Kanada. Saya tidak boleh banyak merungut sebaliknya cuba menganggap episod di Kanada sebagai salah satu cara mematangkan diri.
Maggi dijual di EDMONTON!!!

Video

  • Pelbagai respon yang diterima oleh saya sejak saya menghasilkan video yang pertama buat blog ini.
  • Ada rakan yang meminta saya membuat suntingan video sebelum memuat naik ke "Youtube". Namun begitu, matlamat saya membuat video adalah untuk menjimatkan masa saya ketika menulis tentang diri saya ataupun ketika mengulas sesuatu isu. Walaubagaimanapun, saya akan mengingati pesanan ini dan cuba memperbaiki kelemahan yang terdapat pada video yang dihasilkan.
  • Kenapa buat video? Jawapan saya: "sekadar untuk mencuba. Jangan harap sesuatu yang sempurna daripada saya".
  • Terdapat juga beberapa orang rakan yang membuat permintaan agar saya menghasilkan video khas. Terima kasih dan saya akan cuba usahakan permintaan tersebut.
  • Antara video yang dipersetujui oleh saya:
  1. Persediaan menghadapi temuduga(*saya akan cuba upload sekitar tarikh pengumuman SPM 2010*)
  2. Kehidupan di perantauan (* saya akan cuba membuat beberapa bahagian untuk video ini. Insya Allah*)
~~Sekian~~

p/s: Sila senyum selalu.. :)))))

p/s/s: I need to know

Saturday, October 30, 2010

30 October 2010

Salam,

  • Saya baru sahaja pulang daripada "talk" oleh Dr. Finkelstein.



~~Sekian~~

p/s: Bulan Oktober hampir melabuhkan tirai. Rasanya inilah bulan yang paling menduga kesabaran saya sepanjang 2010.

Friday, October 29, 2010

Thank you

~A night~

Jason:Thank you so much.

Police: Why?

Jason: Hurm... I mean thanks for your time.. You helped me a lot!!

Police: You said that because I helped you tonight right? Then how about the people who hurt you? Are you going to curse that person? Let me tell you one thing and I urge to remember this advice until you die. Always say thank you to everyone including to those who hurt or doing bad things to you. The one who hurt you is the one that teaches you a lot of things. You will not get any lessons or strength if nothing happened right?

Jason: Hurmmmm... I just can't curse that person. Yes you are right! Thanks to that person. Big thanks to you.

~~End~~

Pengajaran

Sentiasa berterima kasih kepada semua orang termasuklah yang menyakiti/mengasari/menganiayai kita. Kita perlu berterima kasih kerana tindakan orang-orang tersebut akan membuat kita sedar tentang kesilapan yang telah kita lakukan tanpa sedar. Kita juga akan menjadi semakin kuat dan tabah setelah mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan. Dan ingatlah kita harus berterima kasih kerana apa yang terjadi akan mendekatkan diri kita kepada Maha Pencipta. Sesungguhnya ALLAH sayangkan hambaNYA yang soleh dan sabar.

Tuesday, October 26, 2010

Selamat datang Musim Sejuk

Salam,

  • Salju mula melitupi bumi Edmonton di saat saya membuka mata saya pagi tadi.
  • Saya tidak berasa begitu gembira melihatnya walaupun saya sepatutnya menikmati dengan penuh kesyukuran dan kepuasan memandangkan pengajian saya yang berbaki beberapa bulan.
  • Musim sejuk mengingatkan saya kepada pelbagai peristiwa dan memori.
  • Memori yang indah membuatkan saya tersenyum dan begitu juga sebaliknya.



p/s: Do I like Winter? Yes I did but now I don't.

p/s/s: Crying under snowfall will only hurt you so much. You gonna get frozen tears on your eyes.

Monday, October 25, 2010

Betulkan apa yang biasa dan biasakan apa yang betul :-)

Salam,

  • Saya teringat pesanan Ustaz Khiruddin kepada saya dan rakan-rakan hampir 5 tahun yang lepas.




p/s: People do have choices. They can pick A,B,C or D. Don't let hatred gain control on yourself.

p/s/s: Semoga setiap insan di muka Bumi memperoleh kebahagiaan daripada setiap pilihan dan tindakan mereka. Insya Allah.

p/s/s/s: Aku rasa video blog lagi sesuai sebab masa yang diambil untuk menyampaikan sesuatu adalah kurang daripada 10 minit.

Saturday, October 23, 2010

Saya Anak Malaysia

Salam,

  • Ini kali pertama saya membuat video untuk blog "Pena Retak"
  • Maaf jika ada sebarang silap dan salah dalam video ini.

Thursday, October 21, 2010

Saya nak ikan emas :-)

Salam,

  • Saya teringin untuk memelihara ikan emas sejak dari tahun 2009 lagi. Sudah beberapa kali saya ke kedai ikan untuk membelinya tetapi hasrat itu dibatalkan kerana memikirkan nasib ikan "comel" tersebut yang terpaksa hidup dalam balang kaca yang kecil.
  • Semalam, saya dan Lingges pergi ke "Safeway" untuk membeli barangan keperluan harian. Lalu saya terlihat sesuatu yang sesuai bagi menghiasi "bedside table" saya. Harganya juga amat murah setelah ditolak dengan diskaun yang ditawarkan kepada ahli "Safeway".
~Pokok mawar versi kecil~

  • Saya membeli pokok mawar kerana memikirkan lebih baik menjaga tanaman daripada menjaga binatang seperti ikan emas. Pemilihan pokok mawar ini disebabkan saiznya yang kecil, harganya yang murah dan ia kelihatan cantik.
~Wanita itu seperti bunga mawar?~

  • Mungkin disebabkan faktor jantina, saya belum pernah mendapat hadiah bunga daripada mana-mana pihak. (* bunga memang untuk wanita je ek? *)
  • Jangan mencintai seorang wanita seperti menyanyangi bunga mawar antara ungkapan yang pernah saya dengar pada suatu ketika dulu. Bunga mawar wangi dan cantik ketika masih segar dan baru. Namun begitu, bunga mawar mudah layu dan akan menjadi tidak menarik setelah ia meningkat usia.
  • Oleh itu, saya bercadang untuk menjaga dan memerhati pokok bunga ini bagi melihat kebenaran kenyataan di atas. Jika ianya benar, saya juga ingin melihat sejauh mana saya mampu menyukai perhiasan "bedside table" setelah ia kehilangan kecantikan fizikalnya.
~~Sekian~~

p/s: Esok ada exam... Lusa pun ada exam.... Universiti ni cam x nak bagi aku rest je :(

p/s/s: Saya pernah memiliki pokok kaktus tetapi saya kurang meminatinya kerana ia terlalu mudah dijaga sehingga saya hampir terlupa yang saya mempunyai pokok kaktus

Tuesday, October 19, 2010

Tik Tok bunyi jam....

3.00 am (Mountain Standard Time)

  • Saya masih belum mampu melelapkan mata kerana masih terdapat banyak bahan yang perlu diulangkaji bagi dua peperiksaan pada minggu ini. Hakikatnya, otak sudah tidak mampu menerima input yang cuba diteliti.
  • Saya bertekad untuk melakukan yang terbaik bagi 2 peperiksaan ini memandangkan peperiksaan yang lepas kurang memberangsangkan dek beberapa ujian yang menimpa diri.
  • Selamat Malam Edmonton...Selamat Petang Malaysia!
~Cheq rajin kan mak? :D~
~~Sekian~~

p/s: Baru je plan nak beli iPhone 4 .... tup... tup.... hp nokia aku pun start wat hal... pandai plak dia meghajok... haish..

Monday, October 18, 2010

Wangi TAPI ......

Salam,

  • Di saat saya sedang mengulangkaji pelajaran di "Rutherford Library" untuk peperiksaan yang mendatang, seorang gadis "blonde" muncul dan duduk di hadapan saya.
  • Mata bertentang mata, senyuman bersilih ganti, dari mata jatuh ke hati, dari hati jatuh ke?? (* okes... ni bukan pointnya... mode merapu je*)
  • Saya meneruskan ulang kaji tanpa mengendahkan kehadiran gadis tersebut ( *kalau tengok dia pun bukan boleh dapat A+ kan?*)
  • Selepas beberapa ketika, saya mula berasa kurang selesa dengan gadis tersebut. Ini disebabkan bau minyak wangi yang dipakai terlalu kuat!!. Bau tersebut wangi tetapi terlalu tajam hingga membuat saya sakit kepala. Ingin sahaja saya berlalu daripa tempat tersebut tetapi terdapat satu lagi masalah.
  • Gadis itu baru sahaja meminjam pen biru saya. Jika saya berlalu dan meminta kembali pen itu mungkin menyebabkan beliau sedikit kecewa. (* Akhirnya, saya beritahu yang saya perlu pulang ke rumah dan meminta kembali pen saya.Baik jaga diri sendiri daripada jaga hati orang kan?*)
  • Setelah itu saya pergi ke tingkat lain bagi meneruskan ulangkaji saya.
Wangian

  • Saya pasti semua orang suka akan benda yang wangi. Namun "OVER" wangi boleh mendatang kemudaratan. Contohnya, wangian yang terlebih akan menarik perhatian orang lain terhadap kita. Wangian berlebihan yang dipakai oleh gadis-gadis boleh menaikkan nafsu para lelaki terhadapnya (* oh yea.. saya tidak selesa dengan wangian gadis itu bukannya saya terasa nafsu membuak-buak*)
  • Pendapat Ustaz Azhar mengenai wanita dan wangian (SILA KLIK SINI). Sila fikirkan bersama.
  • Banyak lagi hadis berkaitan wanita dan wangian yang boleh dicari melalui Internet.
~Kisah Saya~

  • Saya juga meminati dan memilik beberapa "perfume" yang mempunyai bau yang menarik. Kebiasaannya "perfume" yang mempunyai bau maskulin yang terbaik dijual pada harga yang agak mahal.
  • Namun begitu, saya semakin jarang(*atau hampir tidak menyentuh*) "perfume" berjenama saya sejak sebulan yang lalu.
  • Pada ketika ini, saya lebih selesa menggunakan "AXE body spray". Baunya tidak begitu wangi tetapi saya berasa amat selesa kerana dapat menyemburnya ke seluruh badan berbanding "perfume" yang cuma disembur ke bahagian tertentu je. (*Rasa fresh terutamanya bila guna lepas mandi :P *)
  • Harga "body spray" ini juga murah dan mudah didapati di kedai. Mungkin kamu tidak akan wangi seperti maskulin (*bau maskulin=bau rempah dan kayu ek? *) tetapi sekurang-kurangnya badan tidak berbau seperti stokin dan rasa segar.
  • Saya juga semakin kurang berpeluh sejak memakai "body spray" ini (*yang ini sangat tidak benar kot. hohoho. Kanada tengah sejuk sekarang ni*)
  • Saya juga boleh menggunakan "body spray" untuk ke mana-mana sahaja. Sebagai contoh, sangat lah tidak sesuai untuk ke gimnasium dengan menggunakan semburan "Dolce Gabbana The One" atau "HUGO BOSS".
  • Kesimpulannya, saya suka "AXE" sebab boleh sembur satu badan,murah dan mudah.
~~Sekian~~

p/s: Sejak beberapa minggu ini, aku rasa cam seronok je dok sembang ngan blog sendiri. Hi encik blog, kita jadi kawan baik boleh x? hahaha :D

p/s/s: Oh yea.... Aku baru perasan yang aku allergi dengan "Ambi Pur-Lavender". Kalau guna je benda ni mesti bangun pagi hidung berair.. haish.

p/s/s/s: JANGAN jadikan perfume sebagai alat untuk cover bau badan yang tidak mandi yea.!!!

p/s/s/s/s: People said, "If u can't get rid of thing, then learn to get used to it". Sounds easy kan?? But the truth is pain.



~Dulu selalu dengar lagu ni masa zaman form 5~

Sunday, October 17, 2010

Oh Projek!

Salam...

  • Saya semakin sibuk dengan projek kejuruteraan elektrik saya. Ingin saya kongsikan segala maklumat berkaitan projek ini di blog saya tetapi saya khuatir akan dikenakan tindakan oleh klien saya. Salah satu syarat yang harus dipatuhi adalah saya WAJIB mendapatkan keizinan klien untuk menerbitkan sebarang maklumat tentang projek ini.
  • Namun begitu, saya tetap ingin memberi sedikit penjelasan ringkas tentang projek yang membuat saya gundah gulana hampir setiap hari.
  • Saya dikehendaki untuk mereka/membuat sistem bekalan kuasa elektrik menggunakan tenaga matahari. Sistem yang direka mesti bebas daripada sistem penghantaran elektrik yang terdapat di bandar Edmonton(off grid)
~Kawasan ini bakal berubah wajah. Insya Allah~
  • Tenaga elektrik yang dihasilkan akan digunakan untuk sebuah projek komuniti yang tidak dapat saya jelaskan secara terperinci di sini.
  • Sistem ini melibatkan kos yang dianggarkan puluhan ribu dollar Kanada dan mesti disiapkan supaya keseluruhan projek dapat berjalan dengan lancar.
  • Insya allah projek ini akan dirasmikan sendiri oleh Premier Alberta (Gabenor Alberta) pada penghujung tahun depan.
Cabaran

  • Pada mulanya saya agak khuatir ketika mendapat projek yang besar seperti ini kerana kurang keyakinan diri. Namun saya gagahkan diri dan percaya projek ini akan menjadi mudah andai saya berusaha secara berterusan dan tidak mudah putus asa.
  • Saya dan rakan-rakan juga terpaksa berjumpa dengan klien hampir setiap minggu bagi memaklumkan perkembangan projek ini. Alhamdullilah klien memberi kerjasama yang baik dan berpuas hati melihat hasil usaha kami.
  • Projek ini juga mengajar saya menjadi insan yang lebih bertanggungjawab apabila membuat kenyataan sebagai seorang jurutera elektrik. Contohnya, ketika menjawab soalan peperiksaan saya mungkin akan cuba menjawab soalan yang diberi dengan menggunakan ilmu yang ada. Samada jawapan yang diberi itu tepat atau salah, saya hanya akan ditolak beberapa markah.Namun begitu, apabila ditanya oleh klien tentang beberapa aspek elektrik saya akan meminta sedikit masa bagi membuat kajian yang lebih teliti kerana saya sedar yang beliau menerima jawapan saya sebagai analisis seorang jurutera elektrik.
  • Usaha yang diperlukan untuk melakukan projek ini agak meletihkan tetapi saya mula merasakan yang projek ini semakin menyeronokkan dan bakal memberi saya manfaat yang mungkin tidak dapat dilihat pada saat ini. Insya allah.
Kepada sesiapa yang berminat mengetahui tentang sistem penjanaan, penghantaran dan pembahagian elektrik. Sila tekan DISINI untuk mendapat gambaran ringkas. Elektrik itu menyeronokkan!! :D


~~~Sekian~~~

p/s: Syukur ke hadrat Allah kerana saya beroleh projek ini. Ia kelihatan berat tetapi saya pasti saya mampu menyempurnakannya dengan baik. Allah hanya akan menguji hambaNya itu berdasarkan kemampuan hambaNYA sahaja.

p/s/s: Jika kita bukan seorang yang berhati keras maka jangan dipaksa diri menjadi sedemikian kerana ia hanya memudaratkan diri. Terima segala yang terjadi dengan seadanya kerana Allah lebih Mengetahui yang terbaik untuk hamba-hambaNYA.

p/s/s/s: Jika kita mencintai seseorang insan ianya tidak perlu diungkapkan dengan "I love you" hampir setiap hari. Sebaliknya doakan kesejahteraan hidupnya daripada Allah S.W.T.

Friday, October 15, 2010

Ini Blog Perempuan ke???? :D

Salam,

  • Saya ketawa kecil apabila membaca komen salah seorang pembaca blog. Komen yang berbunyi, "suka baca your blog..1st i ingt gurl pny blog...then ble tgk diz pict bru tau boys blog..your word best.keep it up " membuatkan saya berfikir sejenak mengenai kandungan blog saya selama ini.
  • Ya. Saya adalah seorang lelaki yang masih belajar mengenai erti kehidupan dan saya juga seorang pencinta wanita. :D
  • Saya cuba memikirkan beberapa kemungkinan yang menyebabkan beliau berfikir sedemikian. (*saya tidak merasa kecil hati pun dengan komen sedemikian. peace*
Kebarangkalian

  1. Saya menulis mengenai resipi masakan termasuklah cara membuat kek (*mungkin kot?*)
  2. Blog ini mempunyai ayat yang berbunga dan post yang mungkin terlalu jiwang. (*hoo.. mungkin agak tidak sesuai bagi seorang lelaki kot?*)
  3. Gambar-gambar yang diletakkan dalam blog ini kebanyakkan adalah gambar lelaki (* itu gambar sendiri dan rakan-rakan lelaki... Kalau letak gambar perempuan mesti kontroversi kan?*)
  4. Lagu-lagu yang diletakkan dalam blog kebanyakannya daripada kumpulan lelaki.
  5. Pembaca tersebut tidak membaca keseluruhan blog ini (*penat kot kalau nak baca kesemua post dalam blog ini.. Kalau semuanya ilmiah memang digalakkan..*)
.....beep2x......... Masuk waktu solat fardhu maghrib...............

  • Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pembaca berkenaan kerana membuat saya berfikir sejenak. Berfikir lebih baik daripada merapu dan bercakap perkara kosong.
  • Sebenarnya banyak benda yang ingin saya kongsikan bersama rakan pembaca di blog ini. Mungkin saya harus bercerita mengenai pengalaman hidup saya yang boleh membawa manfaat kepada semua orang. Memang ini blog peribadi tetapi saya juga harus melakukan sesuatu untuk kebaikan masyarakat.(*Semangat nak jadi baik.... :PP )
~~Terima Kasih~~

p/s: Lepas ni guna bahasa kedah bleh jugak kot.. :P

p/s/s: X cukup maskulin ke topik aku sblom2 nie?

p/s/s/s: Aku ada exam esok. huhu. x baek merungut kan? :)) aku tulis post ni bukan bermakna aku ni banyak masa terluang tapi sebab nak rehat daripada blaja kejap... Ketaq ni nak jawab esok...

p/s/s/s/s: Kalo lepas ni aku x wat post berbentuk khidmat masyarakat korang jangan hambur aku plak yea. hehehe

Thursday, October 14, 2010

Kesian kat .......

Salam

  • Semasa perjalanan ke kelas pagi ini, saya melihat sebuah kereta berhenti di hadapan pintu masuk ke bangunan fakulti. Kereta itu berhenti agak lama membuatkan saya berasa sedikit curiga.
  • Setelah diamati, kelihatan seorang ibu cuba mengejutkan anaknya yang sedang tidur di bahagian kerusi hadapan yang direndahkan. Oh yea, anak beliau merupakan seorang dewasa dan semestinya pelajar universiti juga.
  • Agaknya anak beliau mengambil peluang untuk tidur ketika dalam perjalanan ke universiti. Saya berasa agak kasihan melihat si ibu yang terpaksa turun daripada kereta untuk membuka pintu di sebelah anaknya bagi memastikan anaknya bangun dari tidur dan pergi ke kelas.
  • Tidur yang tidak mencukupi mungkin sudah menjadi lumrah bagi seorang pelajar terutamanya pelajar yang suka melakukan kerja-kerja di saat akhir.
  • Saya cuma kasihan melihat seorang ibu yang bersusah payah mencari rezeki untuk menghantar anaknya ke menara gading. Bila sudah bergelar pelajar pun masih memerlukan ibu untuk menghantarnya ke universiti sehingga ke hadapan pintu fakulti. Tidak cukup dengan itu, si ibu perlu mengejutkan anaknya daripada diulit mimpi dalam kereta.
~~SEkiaN~~

p/s: Teringat kenangan tidur atas motor semasa dihantar ke sekolah rendah oleh ayah hampir sedekad yang lalu.

Tuesday, October 12, 2010

Dan Masa yang berlalu

Salam,

  • Saya baru sahaja memohon untuk "graduate" daripada University of Alberta sebentar tadi
  • Kenangan terkial-kial menggunakan "Bear Tracks"(portal online pelajar) ketika mendaftarkan kelas di tahun pertama masih lagi segar dalam ingatan.
  • Masa yang berlalu pergi, portal ini juga semakin mesra pelajar dan mempunyai lebih banyak fungsi yang lebih menarik.
  • Hanya tinggal beberapa bulan sebelum saya mengucapkan selamat tinggal kepada portal yang banyak berjasa selama 4 tahun.

~Pejam celik je kan?~



p/s: Midterm exams yang cantik menunggu berderet-deret minggu ini.

p/s/s: Baru sahaja melawat tapak projek "Borealis Art:Solar Panel"


Saturday, October 2, 2010

Hilang

Salam,

  • Sejak pulang dari Malaysia tempoh hari, saya semakin kehilangan berat yang agak ketara. Hendak dikatakan penimbang di rumah rosak, tidak juga kerana saya sudah menimbang berat badan saya di tempat lain juga dan bacaan yang diterima adalah sama.
  • Saya juga agak hilang fokus. Ini mungkin bukan ayat yang sesuai? Saya masih belum mendapat momentum yang cukup untuk semester ini.
  • Saya juga kehilangan seorang sahabat yang agak rapat semasa belajar di ASiS. Saya mula akrab dengan beliau setelah berada dalam kumpulan yang sama ketika belajar Silat Cekak Hanafi. Beliau seorang rakan yang baik walaupun ada ketikanya kami seakan-akan bergaduh ketika melakukan latihan.Kalau nak diceritakan secara terperinci mungkin pemergiannya akan meruntun jiwa saya. Al Fatihah kepada saudara Azuan Azhar.
  • Seorang rakan saya juga kehilangan ayah beliau. Saya tidak begitu rapat dengan ayah beliau tetapi saya pernah berbual bersama beliau ketika beliau datang melawat rakan saya di ASiS. Al fatihah kepada ayah Hisham Mokhtar.
  • Setiap manusia pasti menempuh kematian tanpa mengira usia, keadaaan dan di mana jua kita berada. Melihat pemergian rakan saya secara tiba-tiba benar menginsafkan diri saya. Adakah saya sudah bersedia untuk bertemuNYA? Sudah tentu kita mesti bersedia sepanjang masa kan?
  • Alang-alang saya sudah bercakap mengenai kematian, saya juga ingin menyatakan hasrat saya untuk dikebumikan di bumi Kanada andai kata ajal saya di sini. Bukan la niat untuk membuat cerita sedih ataupun teringin untuk mati. Tetapi kita semua tahu yang mati itu adalah pasti. Saya tidak sanggup melihat jasad saya disuntik dan diseksa dalam kargo pesawat untuk beberapa hari semata-mata ingin disemadikan di Malaysia.


p/s: Semoga Allah panjangkan umur kita agar dapat terus beramal dan menginsafi diri.

p/s/s: Bekerja la kamu seperti ingin hidup selama seribu tahun, Beribadat la kamu seperti tiada lagi esok untuk mu.

p/s/s/s: Al fatihah..