Monday, November 29, 2010

Stress belajar

Salam,

  • Kebiasaanya semasa belajar, saya perlu mengunyah sesuatu seperti coklat.
  • Saya juga tidak boleh belajar dalam persekitaran yang bising. Oleh sebab itu, saya kurang gemar akan teknik belajar berkumpulan terutama apabila bilangannya melebihi 3 orang.
  • Disebabkan pening kepala seperti mabuk laut maka saya pun menutup buku "Sociology" dan membuka kabinet dapur bagi mencari makanan.
  • Saya terpandang lebihan agar-agar yang digunakan untuk membuat puding roti pada minggu lepas. Saya juga menemui gula merah yang dibeli untuk membuat rendang daging hitam pada hari raya haji yang lepas.
  • Akhirnya, agar-agar santan(gula merah)




  • Senang sangat buat agar-agar ini. Baling semua bahan dalam periuk selepas itu tinggal beberapa minit (*sambung belajar*) dan selepas itu tuangkan ke dalam loyang.
  • Sejukkan dalam peti ais dan boleh dimakan.
~~Sekian~~

p/s: Makin lama aku tenung buku sociology ni. makin kecik tulisan dia.. aku makin rabun agaknya.

p/s/s: aku susah hati sebenarnya tgok jdual exam pack cam dok dalam tren jepun.. isk2x..

p/s/s/s: Tearin' up my heart

Sunday, November 28, 2010

Tok- bleh- run

Salam,

  • Tok-bleh-run= Toblerone chocolate! :)
  • Ini merupakan coklat kegemaran saya.
  • Yang menariknya setiap kali menjelang krismas, akan muncul coklat "Toblerone" versi terhad.

~Coklat putih di bahagian atas kelihatan seperti salji di atas gunung.. COMEL!!!~

  • Disebabkan rasanya yang sedap dan KECOMELAN yang menggoda maka saya telah membeli dengan kuantiti yang agak banyak.

~Sebahagian daripada Tok-Bleh-Run~

~~Sekian~~

p/s: Hati gundah gulana risaukan sesuatu. hurm..

p/s/s: (T.T) ni lagu stok bagi nangis

Less than 20 minutes

Salam,

  • Hari ini saya mencuba untuk memasak lasagna bagi Usrah pada petang ini.
  • Setelah selesai memasak, saya sedar yang lasagna amat mudah dimasak. (Lagi mudah daripada masak kari ayam dan seangkatannya.)
Kos : CAD 15
Masa persediaan: 20 minit
Masa dalam oven: 45 minit

  • Saya hanya meluangkan masa kurang daripada 20 minit untuk menyiapkan bahan-bahannya. Setelah itu, lasagna boleh ditinggalkan sendirian dalam oven selama 45 minit.
  • Selepas itu????? Makan....alhamdullilah.

~~Sekian~~

p/s: Lasagna amat mudah dimasak tetapi apsal mahal sangat harga kat kedai??

p/s/s: Kulit lasagna tidak perlu direbus terlebih dahulu.

p/s/s/s: Aku sebagai peminat setia NOKIA, telah jatuh cinta kat Nokia N8 :)). Dalam dilema nak belik Iphone 4 or N8. Kalau aku ni banyak duit, mau dua2 phone aku taram... hoho

p/s/s/s/s There you''ll be

Friday, November 26, 2010

Kereta dan Mimpi

Salam,

  • 2 hari yang lepas saya termimpi kereta yang diminati saya. Menariknya, saya sempat memandu uji kereta tersebut dalam mimpi :-)
  • Kereta yang dimaksudkan ialah Peugeut 207 Sedan 1.6L berwarna hitam. Kereta ini telah memasuki pasaran Malaysia dan akan dipasang sepenuhnya di Kilang Naza yang terletak di Gurun.
  • Ciri-ciri yang terdapat pada kereta ini amat menarik perhatian saya kerana harga yang ditawarkan juga agak berpatutan pada RM 73 000 termasuk insurans.
  • Walaubagaimanapun, saya agak kurang gemar bentuk bahagian belakang kereta ini yang kelihatan janggal dan sedikit buruk.
  • Jadi saya mungkin tidak akan membeli kereta ini kerana bentuk sangat penting bagi seorang lelaki yang berumur 20an.
Mimpi

  • Tujuan utama post ini bukan untuk bercerita tentang kereta ini memandangkan saya pun sudah kurang berminat untuk menjadikannya kereta pertama saya.
  • Saya ingin berkongsi tentang pengalaman mimpi saya memandu uji kereta ini.
  • Mimpi yang sepatutnya indah menjadi ngeri apabila jurujual yang melayan saya ketika saya memulangkan kereta yang sudah dipandu uji ialah DR ROZMEY!!!!
  • Akibatnya, saya berlari lintang pukang dan membatalkan hasrat membeli kereta tersebut kerana terlalu terkejut melihat muka beliau (*ini kisah dalam mimpi la*)
~~Sekian~~

p/s: Kalo awek cun masuk dalam mimpi ok la... ttba je dr rozmey.

p/s/s: Sebab mimpi ni kot aku terus hilang nafsu kat kereta ni. BUBYE PEUGEOT 207!!!

Thursday, November 25, 2010

Gear 10

Salam,

  • Lebih kurang 20 hari sahaja lagi sebelum peperiksaan akhir semester "Fall 2010".
  • Agaknya sudah menjadi lumrah pelajar kejuruteraan elektrik untuk mempunyai jadual peperiksaan yang singkat tetapi padat.

  • Walaubagaimanapun, saya agak berpuas hati dengan jadual ini berbanding dengan draf yang dikeluarkan sebelum ini. Draf awal langsung tidak mempunyai jarak antara subjek.
  • Sekurang-kurangnya, saya masih mempunyai 1 hari berehat dan lebih kurang 20 hari untuk melakukan persediaan.
  • Tiada gunanya merungut mengenai nasib diri. Lebih baik gunakan kelebihan yang ada untuk membetulkan kelemahan diri.
  • GAMBATE!!! Insya Allah :-)
~Full Gear Activated~

~~Sekian~~

p/s: I'll be with you.

Monday, November 22, 2010

Selamat Hari Jadi Mak!!

Salam,

Selamat Hari Jadi.

Selamat Hari Jadi Mak!!!





~~Sekian~~

p/s: Terima kasih mak

p/s/s: selalu angpa komplen aku dok ckp kay-el so kali ni aku ckp loghat utara plak yea.


Sunday, November 21, 2010

Jatuh dan bangun semula

Salam

  • Pagi tadi saya ke Snow Valley untuk bermain "Snowboard" bersama rakan-rakan.
  • Lawatan tersebut bertujuan untuk melepas ketagihan dan mengajar beberapa pelajar baru tentang asas bermain "Snowboard"
  • Saya agak bosan bermain di situ kerana "trail" yang agak terhad jika dibandingkan dengan kawasan pergunungan. Ini mungkin kali terakhir melawat Snow Valley dan insya Allah kami akan ke kawasan pergunungan pada bulan Disember ini.
  • Keseronokan dan skill sebenar bakal bermula di Banff National Park!!





~~Sekian~~

p/s: Hampeh... bleh plak jatuh dekat bahagian yang landai.. baru nak tnjuk star... :PP

p/s/s: Hermione Granger pengubat duka... hoho

p/s/s/s: Sampai menutup mata

Wednesday, November 17, 2010

Di Hari Raya

Salam,

  • Suhu pada hari ini adalah -11 darjah Celcius. Saya kesejukan yang amat ketika menunggu bas untuk ke tempat solat hari raya AidilAdha. (* kena tukar dua bas kot * )
  • Kelas pada hari ini terpaksa ditinggalkan kerana jarak tempat tinggal dan tempat sembahyang agak jauh. Saya berasa agak sedih mengenangkan solat hari raya ini merupakan solat sunat hari raya saya terakhir di bumi Kanada.
  • Terdetik juga rasa gentar apabila membayangkan solat yang baru dikerjakan mungkin juga menjadi saat terakhir saya sujud menyembah ALLAH kerana ajal merupakan perkara yang tidak diketahui.
  • Sebaik sahaja pulang ke rumah, tiada aktiviti yang dilakukan kerana suasana beraya di perantauan amat berbeza ditambah pula hari ini merupakan hari persekolahan. Saya hanya melepaskan keletihan di atas katil selama beberapa jam.
  • Bangun sahaja daripada tidur, saya tersedar yang saya mempunyai temujanji dengan klien pada keesokan harinya. (*Honeymoon daripada final year project sudah berakhir*)
  • Di saat rakan-rakan di Malaysia sedang bergembira, saya hanya mampu memandang komputer dan cuba menyiapkan kerja sebagai pelajar. Namun begitu, keadaan saya tidaklah seteruk mana jika dibandingkan dengan penderitaan umat Islam di negara tertentu.
  • Saya melihat ke arah tingkap tetapi saya hanya mampu melihat kepekatan malam yang dihiasi kerpasan halus salju.
  • Tiba-tiba sahaja rasa nak menitis air mata :'(
~Aku berjanji akan terus melangkah ke hadapan meredah kegelapan biarpun sinar yang dicari masih tidak pasti~

~~Sekian~~

p/s: Someone told me that life is a race. If we don't move then we gonna be left behind. Yea it might be true but if it is a race then the contestants are aiming for the trophy/reward. However, I'm not aiming for that particular thing, I just want to accompany you to your destination even it means that I'm gonna lose the race

Tuesday, November 16, 2010

Malam Raya AidilAdha

Salam,

  • Seluruh Kanada menyambut Aidiladha pada hari Selasa.
  • Jadi saya langsung tiada mood untuk belajar pada malam ini. Saya hanya mendengar lagu raya yang sedih sambil memasak juadah hari raya.
  • Hasilnya, Rendang daging hitam dan puding biskut marie.
  • Rendang akan dimakan bersama dengan pulut kuning yang masih belum dimasak oleh saya.
  • SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!!
~Resipi daripada seorang ibu~

Pagi raya

~~Sekian~~

p/s: Hati sangat sedih + badan sangat letih :((

p/s/s: Terima kasih makcik :-)

p/s/s/s: OH IBU!!! nak balik kampung

Monday, November 15, 2010

Oh snow :'(

Salam,

  • Saya masih menanti salji turun ke bumi Edmonton.
  • Edmonton hanya dibasahi hujan sejak beberapa hari lalu walaupun pada hakikatnya suhu sudah lebih rendah daripada 0 darjah celcius.
  • Alhamdullilah Allah turunkan hujan di Edmonton kerana saya agak merindui bau hujan.


~~Sekian~~

p/s: The sky is crying :'(


Sunday, November 14, 2010

Dari kecik sampai umur 22

Salam.

  • Saya memang tiada bakat melukis sejak dari kecil sampai sekarang :'(
  • Nasib baiklah, kejuruteraan elektrik tidak memerlukan saya melukis benda-benda yang cantik seperti wajah manusia. Jika kemahiran tersebut diperlukan sudah pasti saya sudah lama ditendang daripada universiti.
  • Kalau dipinta untuk menyertai pertandingan melukis, agaknya budak umur 3 tahun boleh mengalahkan saya dengan mudah. isk2x..
~Insya Allah~

~Sebuah impian~

~~Sekian~~

p/s: Bila snow nak turun tebal-tebal nie?

p/s/s: Hari Raya Aidiladha bagi seluruh Kanada adalah pada hari Selasa bersamaan dengan 16/11/2010. huhu... nak balik Jitra!!!!

p/s/s/s: Je T'aime

Saturday, November 13, 2010

Hari ini pun cuti lagi :-)

Salam,

  • Alangkah indahnya jika hari persekolahan cuma 3 hari seminggu seperti yang berlaku pada minggu ini :-)
  • Saya berasa kurang gembira sejak beberapa hari yang lalu. Jadi untuk membuatkan saya terlupa akan masalah peribadi buat sementara waktu, saya cuba mengalihkan perhatian saya dengan membuat kerja-kerja di dapur.
  • Hasilnya, Nasi Ayam Madu.


~Sekian~

p/s: Senang je nak wat nasi ayam. Semua orang bleh cuba wat benda nie.

p/s/s: Cuti sudah berbaki 2 hari. Jadi malam ini kena start rutin sebagai student universiti. Esok dah malas nak spend masa berjam-jam kat dapur.

p/s/s/s: Need you now :'(

Friday, November 12, 2010

Nasi Lemak Edmonton

Salam,

  • Saya baru sahaja selesai memasak Nasi Lemak \(*O*)/
  • Hari ini merupakan cuti umum Kanada sempena pengorbanan tentera Kanada dalam Perang Dunia ke-2. Esok pula merupakan cuti peristiwa yang diberikan oleh pihak University of Alberta.
  • Ini bermakna saya mempunyai cuti panjang selama 4 hari pada minggu ini. Berita baiknya, ini merupakan satu-satunya minggu sejak bermula semester saya tidak perlu meluangkan masa untuk "Final Year Project"

~~Sekian~~

p/s: I don't need to stare at your face everyday because you are always in my thoughts.

p/s/s: I don't need to talk to you frequently because I always pray for your success and safety.

p/s/s/s: When I think of you



Thursday, November 11, 2010

Critical Design Review (CDR)

Hoyeay!!!!
CDR presentation dah selesai \(*0*)/

Salam,

  • Syukur alhamdullilah kerana CDR presentation telah berjalan dengan lancar sekali.
  • Insya Allah jika tiada aral melintang, projek "Borealis Art" bakal diluluskan berdasarkan maklum balas yang diterima daripada fakulti dan klien sebentar saja tadi.
~Sekian~

p/s: Live update from Faculty of Engineering at University of Alberta.

Monday, November 8, 2010

Saya sayang rakan saya

Salam,



~Sekian~

p/s: Video x sempat habis sebab kamera tetiba stop pada minit yg ke 10. aku dah ngantuk + malas nak edit + nak jimat masa.

p/s/s: Esok ada exam lagi :((

p/s/s/s/s: I need to know..

Sunday, November 7, 2010

Saya Budak Kampung Part 1

Salam rakan-rakan,



~Sekian~

p/s: Ku ingin kau tahu......

p/s/s: Daylight saving time baru sahaja berakhir. Beza waktu Malaysia dan Kanada pada waktu ini adalah 15 jam bukannya 14 jam lg. :-)

Thursday, November 4, 2010

Hidup Ini

Hidup ini sebuah perjalanan,
Ada jalan susah,
Ada jalan senang,
Ada jalan mati.

Hidup ini juga tentang pilihan,
Adakalanya kita punya banyak pilihan,
Ada masa kita langsung tiada pilihan,
Namun kita masih perlu membuat pilihan.

Hidup ini seiring dengan risiko,
Jika kita berani terima risiko,
Kita mungkin gembira kerana hasil yang berbaloi,
Sebaliknya kita menangis dek kesan yang diterima.

Gula rasanya manis,
Garam rasanya masin,
Hidup tidak selalunya indah,
Kadang-kadang kita terpaksa menangis.

Hidup ini tidak semestinya untuk diri sendiri,
Adakalanya kita terus bersemangat untuk melangkah demi orang lain,
Mungkin kita menderita di saat insan tersebut berbahagia,
Namun itulah salah satu episod hidup manusia.

Mata untuk melihat,
Telinga untuk mendengar,
Akal untuk befikir,
Namun manusia masih terkhilaf dalam membuat keputusan.

Ikut kata hati boleh mati,
Ikut nafsu terus binasa,
Ikut akal akan menyakiti diri,
Ikut hukum Allah pasti tenteram.

Dari Perlis pergi ke Johor,
Pandu kereta dari utara ke selatan,
Kita mungkin jauh berbeza,
Dengan izin Allah kita masih senada.

~~Sekian~~

p/s: Someone advised me to be "MYSELF". Agaknya aku jdik alien kot sblom nie... haish...

p/s/s: Kadang2 kita rasa guna akal lagi baik daripada kata hati. Namun adakalanya kita harus mendengar kata hati kita.

p/s/s/s: Ramai orang gemar mengambil jalan mudah demi kesenangan hidup. Ada juga yang suka jalan yang mencabar namun terlupa akan kemampuan diri.

p/s/s/s/s: Kita selalu berdoa pada Allah supaya dimudahkan perjalanan dan mendapat kebaikan. Namun apabila Allah permudahkan perjalanan kita, kita dengan keras hati ingin mencuba jalan yang lebih susah. Kita terlupa yang kita sudah berserah padanya atas kelemahan kita dalam membuat keputusan.

p/s/s/s/s/s/: Don't be hard on ourselves. We are human who would do mistakes. AGaiN and AGAIN!!!

Monday, November 1, 2010

Halloween

Salam,

  • Malam ini merupakan malam sambutan Halloween di Edmonton. Semasa saya dalam perjalanan pulang ke rumah dari "Safeway", saya terserempak dengan kumpulan manusia yang berpakaian pelik. Yang penting saya tidak menyambut Halloween dan tidak berminat langsung berpakaian sedemikian. Baik pergi masjid kan?
Kapten Kuchiki Byakuya

  • Watak kegemaran saya dalam "Bleach" ialah Kuchiki Byakuya kerana perwatakannya yang tenang.
  • Oleh kerana Kapten Kuchiki tidak menyambut Halloween pada malam ini, maka beliau telah meminta saya memasak "mee Udon" untuknya dan sahabat baiknya yang bernama "Momot"
~Jemput makan yea Encik Momot~

Kapten: Momot!! Jangan makan sampai habis yea.. sebab aku pun lapaq gak nie.

Momot: Bukan ke tetamu kena dijamu sampai kenyang?? :PP . Rasa benda ni sama ke dengan mee Udon kat Jepun?

Kapten: Ko nak kena lempang free atau mee Udon free?

Momot: Terima kasih Kuchiki Taichou...

~~Mee Udon versi caca merba~~

Analisis Perbelanjaan Oktober



  • Syukur kerana jumlah perbelanjaan kurang daripada belanjawan bulanan yang ditetapkan :))
  • Saya masih belum membelanjakan wang saya untuk membeli sebarang pakaian, kasut dan seangkatan sejak pulang dari Malaysia tempoh hari.
  • Satu rekod! Saya langsung tidak berkunjung ke pawagam, pusat bowling dan lain-lain tempat hiburan sejak pulang ke Kanada. Insya allah saya cuba untuk menjimatkan wang daripada disalurkan ke bahagian ini.

~~Sekian~~

p/s: selalu masak guna mee kuning.. Mee Udon not bad la rasanya.

p/s/s/: Without you.