Pages

Friday, November 14, 2014

Surat Cinta Yang Telah Pergi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
  1. Saya membaca semula "post-post" lama dalam blog ini setelah selesai segala urusan di pejabat. Apabila dibaca entri pada Januari 2009, timbul perasaaan rindu kepada sebuah tempat yang menjadi tempat berteduh selama hampir 3 tahun. Saya terkenangkan bilik A-3A-9001, Hub Residence, University Of Alberta, Edmonton, Canada.
  2. Saya gemar melihat tingkap setiap kali bangun pagi ketika musim sejuk. Bunga-bunga salji yang terhasil di cermin tingkap sungguh indah sekali walaupun kedudukannya tidak teratur. Hebat sungguh ciptaan Allah. 
  3. Salji yang turun seolah-olah menjadi irama dan melodi yang indah dalam hidup ini sepanjang musim sejuk. Bunga-bunga salji pula seperti surat cinta dari langit. Subhanallah. Pastinya syurga di sana nanti lebih indah.
  4. 3 tahun sudah berlalu namun kenangan di Edmonton sungguh indah. Saya rindu kamu!!

Surat cinta dari langit

Sekian

~~Mohd Akmal Mehat~~

Friday, August 1, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


  • Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang beragama Islam.
  • Hari ini merupakan Syawal ke-5 dan saya sudah memulakan tugas di pejabat. Esok sambung cuti hujung minggu semula. Bila tiba di pejabat pagi tadi, betul-betul terasa "Salam 0-0" sebab tempat letak kereta kosong.
Lengang
  • Lebuhraya PLUS menghala KL/Selatan pula dah mula sesak sejak hari Rabu.Berdasarkan pengalaman lalu saya, insya allah perjalanan pulan ke KL lancar jika bertolak sebaik sahaja selepas solat subuh. Syukur Alhamdullilah saya tidak perlu meredah jalan sesak kerana sudah menetap di Pulau Pinang. 
  • Semoga kita berjumpa lagi
~~Sekian~~

p/s : Humaira tak jalan-jalan raya sangat pun dapat banyak duit raya. Alhamdullilah rezeki dia murah.

p/s/s: Budaya manusia yang suka bersalam dengan bukan muhrim agak terkawal di kalangan generasi muda. Walaubagaimanapun, budaya salam ikut suka hati ini masih lagi meluas di kalangan golongan yang sudah berusia. Mungkin adab sopan lagi penting katanya? Wallahualam.





Monday, February 24, 2014

Shhh.. Tiada siapa tahu.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


"Saya berjanji akan menjadi seorang pekerja yang baik, amanah, jujur dan blabla"

Ini merupakan salah satu respon yang popular bila kena temuduga untuk kerja.

  • Hampir semua orang yang bekerjaya pernah melalui sesi temuduga. Pada masa itu, semua janji ditabur seperti kita yang akan kawal segala keputusan/output. Sampai kekadang kita terlupa bahawa sebagai manusia, kita cuma boleh berusaha tetapi hasil hanya ALLAH yang tahu.


"Relaks la bro. Kerja jangan stres sangat. Jom lepak minum dulu "

Ini pula dialog sesetengah pihak setelah bekerja buat sesuatu tempoh

  • Saya berpendapat tiada masalah bagi seseorang pekerja itu mengambil OFF TIME ketika bekerja SELAGI beliau tidak mengganggu kerja orang lain dan TIDAK MEMERLUKAN beliau bekerja pada waktu yang tetap. Rehat sebentar selama beberapa minit dan diganti semula selepas itu sepatutnya tidak menjadi masalah. Walaubagaimanapun, kita seharusnya bekerja dengan pada waktu yang ditetapkan supaya pulang ke rumah sebaik sahaja waktu kerja tamat. Insya Allah rumah tangga lebih bahagia + hidup ceria.
  • Perkara yang menjadi masalah apabila kita MEMBUANG MASA dengan sesuka hati di tempat kerja. Waktu kerja bermula 8 pagi tetapi kerja hakiki kita hanya bermula pada jam 9 pagi. Selepas itu, disambung dengan sesi berborak dan juga melayari internet.
  • Sebenarnya banyak penyelewengan waktu yang berlaku dalam seharian (*nak tulis panjang sangat*). Mungkin majikan tidak nampak tetapi ALLAH nampak.


1 document pending for user

Status notification printer 
  • Pernah kita tanya samada dokumen yang dicetak itu berkaitan kerja atau peribadi? Tak mengapa sebab orang lain tak tahu. Tak mengapa sebab orang lain pun guna juga? 
  • Pernah kita dengar bahawa benda yang paling BERAT adalah AMANAH? 
  • Jangan kerana sehelai kertas A4 dicetak hitam putih maka kita berputih mata untuk ke syurga ALLAH.

~~Sekian~~

p/s: Kerja itu ibadah.