Kamu perlu jadi apa nanti?
Soalan biasa berkisar cita-cita.
Jawapannya.
Jadilah manusia yang baik.
Dan matilah dalam keadaan baik.
Kamu perlu jadi apa nanti?
Soalan biasa berkisar cita-cita.
Jawapannya.
Jadilah manusia yang baik.
Dan matilah dalam keadaan baik.
Dulu pernah terfikir.
Apa agaknya rasa sakit itu.
Mungkin ini satu lagi catatan hidup.
Untuk jadi renungan kelak.
Semoga kayu yang retak tidak terus patah.
Dalam membanting beban yang ada.
Apa agaknya harapan sang pendosa?
Berdoa untuk pengakhiran yang baik.
Kerana jika dihitung pahala mungkin dosa yang lebih banyak.
Hidup pula penuh dengan sesal.
Semoga kamu, kita, mereka berakhir dengan baik.
Kerana kita tak baik.
Kita baik kerana Allah tutup aib.
Kerana kita bertemu dengan orang-orang baik
Dan akhirnya kita hanya pendosa yang sentiasa berdoa pengakhiran yang baik.
“Ya Allah, Engkau rezekikan kepada aku kematian syahid dalam memperjuangkan agamaMu. Dan jadikanlah kematian ku di dalam tanah haram RasulullahMu s.a.w.”
I love the white beach but it's too quiet.
Kids don't want to return for another trip as no coral fish nearby the chalet.