Pages

Tuesday, August 11, 2026

Menang

Hidup tak selalu tentang menang.
Mungkin sekadar tiba.
Atau sekadar bermula.

Tapi akhirnya.
Kamu masih bernafas

Monday, August 10, 2026

Rapuh

Nyawa kita sebenarnya nipis.
Itu yang selalu didengari.
Ada saat ianya cuma sekadar pesan.

Sampai la saat kita tempuhi sendiri.
Hanya satu ketika.
Dan satu kejadian.
Maka kita tiba di sempadan.

Rapuh tetapi pasti.
Tidak awal atau lewat.

Wednesday, July 1, 2026

Malam

Malam itu sunyi.
Tapi di awal pagi.
Pedih mula menjelma.
Kaki bingkas bangun.

Seketul merah menyala.
Sakitnya.
Kain disumbat terus basah.
Hanyir.

Disangka hanya seketika.
Tapi terus mengalir.

Perjalanan ke ER.
Hanya 20 min.
Dirasakan seperti abadi.

Sunday, June 28, 2026

Consent

This is riskier than before.
You might not make it.

Mengucap dik
Mengucap dik.
Mengucap dik.
Ikut saya dik.

Monday, June 8, 2026

Bertahan

Mudah.
Sekadar telan.

Mudah.
Mungkin rasa pahit.

Hakikatnya.
Ada organ yang Allah cipta.
Terus bertahan.
Terus berjuang.

Bekerja dengan senyap.
Sehingga ia letih.

Maka kamu jangan mengalah lagi

Saturday, May 23, 2026

Duduk Belakang.

Tiada lagi cerita 
Hanya menurut arah sahaja

Semoga jalan di hadapan terus dipermudahkan

Friday, May 22, 2026

Harapan.

Yang ada ini harapan.
Biarkan ia tinggi menjulang.
Menggapai mimpi

Monday, May 18, 2026

Wednesday, May 13, 2026

Rahsia Tuhan

Ini rahsia tuhan.
Maka kamu teruskan sahaja



Saturday, May 9, 2026

Hidup

Biarlah pena terus hidup
Walau jari sudah tiada.

Dia tidak hidup dengan sesal,
Dia telah buat yang terbaik.

Cuma mungkin masa,
Antara kita semua berbeza.

Teruslah berbuat baik,
Biar orang berbuat jahat.


Wednesday, April 22, 2026

Peti

Mungkin ia peti yang perlu dikunci selamanya.
Engkau gelar nama apa pun tidak kisah.
Kotak pandora, kotak rahsia.

Biarlah ia dikunci selamanya.
Ada cerita tak perlu disingkap lagi.
Biarpun untuk tatapan diri.

Hidup dengan langkah ke depan.
Bukan dengan belenggu kaki.


Friday, April 17, 2026

Strength

Finding a reason not to give up,
Through the pain, 
He rises and walk.
Step by step, 
He refuses to stop.

May Allah bless those who are still fighting,
With hearts that bend, but never break.

Keep the spirit high, even in silence,
For every hardship, there is ease.

May Allah ease every burden,
Heal every unseen wound,
And grant strength to keep going,
Even when it’s hardest.

Monday, April 13, 2026

Pesan

Kamu perlu jadi apa nanti?

Soalan biasa berkisar cita-cita.


Jawapannya.

Jadilah manusia yang baik.

Dan matilah dalam keadaan baik.

Tuesday, April 7, 2026

Insufficient

He wakes up with no soul,
Just a body forced to rise.
Eyes open to the morning,
But darkness lives inside.

Yet somewhere in the silence,
A fragile whisper stays,
Even the emptiest hearts
Can find their way.

Monday, February 2, 2026

Kanser

Dulu pernah terfikir.

Apa agaknya rasa sakit itu.


Mungkin ini satu lagi catatan hidup.

Untuk jadi renungan kelak.


Semoga kayu yang retak tidak terus patah.

Dalam membanting beban yang ada.