Pages

Saturday, January 3, 2009

Tagged

Notis: Penggunaan bahasa Melayu tidak formal!!!!!
1) Do u think you're hot?
Semasa berada di Malaysia, saya agak "hot" kerana suhu di Malaysia yang agak panas. Namun begitu, suhu yang terlampau sejuk di Edmonton telah menyebabkan saya tidak "hot". Kesimpulannya, saya tidak "HOT".

2) Upload your favorite picture of you!


3) Why do you like that picture?
Ini adalah antara gambar pertama saya setelah mencukur misai buat pertama kali..huh?

4) When was the last time you ate pizza?
Dalam 2 minggu lepas di Jasper ketika melawat Marmot Basin untuk "snowboarding". Yang paling menyeronokkan pizza "vegetarian" yang ditempah amat sedap dan ianya ditanggung sepenuhnya oleh FUAD.

5) The last song you listened to?
Apologize by One Republic feat Timbaland

6) What are you doing now beside this?
Baru selesai bermain Red Alert 3 bersama-sama dengan Piko, Ali dan Muhaymin.

7) What name would you prefer besides yours?
TyRoX!!!

People i tag :

1. Pko Rahman
2. Ali Ashraf
3. Farah Hanani
4.Nurul Hanim
5. Beebee

8) who is number 1?
Seorang yang baru sahaja pandai menyanyi lagu "Crazy Frog" dengan "teddy bear". Kami berbangga kerana kehebatannya membolehkan kami semua dapat menjamah nasi lemak "Cik We". Perancang strategi yang pintar bagi permainan "Red Alert 3". Comel dan menggiurkan (kalau tidak percaya, saya boleh hantarkan gambarnya kepada insan-insan yang berminat.

9) Number 3 is having a relationship with?
Secara teori hubungan "TX", beliau sedang menjalinkan hubungan teman tetapi mesra dengan saudara Ali Ashraf yang juga merupakan rakan seperjuangan saya. Perkara ini masih belum disahkan lagi buat masa ini. Biar masa menentukannya. Beliau mempunyai bahasa Inggeris yang tinggi di kalangan pelajar CIMP yang menyebabkan beliau disayangi oleh Mr Tan Meng Chwen.

10) Say something about number 5?
Seorang gadis Brunei yang dikenali di Edmonton. Beliau mempunyai sepasang mata yang cantik! Sudah mempunyai teman istimewa di Brunei. Berhutang dengan saya sepinggan spagetti (akan dituntut secepat mungkin).

11) How about number 4?
Sahabat yang kini berada di Montreal. Pelajar YTN yang mendapat Anugerah Pengarah Program CIMP ketika di Kolej Universiti Sunway. Gemar menyembunyikan markah peperiksaannya tetapi amat berminat mengetahui markah peperiksaan sahabat-sahabat yang lain (isk2). Beliau pulang ke Malaysia pada tahun lepas tetapi langsung tidak membawa serbuk kari "Alagappas" oleh saya. huhu.

12) Who is number 2?
Seorang comel,cute, molek,kiut,ensem, kacak dan unggul. Beliau amat lembut hati ketika bersama dengan rakan-rakan terutamanya rakan wanita. Namun begitu. beliau amat tangkas ketika bermain bola sepak di padang dan juga ketika bermain "Red Alert 3". Amat dikenali di kalangan pendakwah-pendakwah yang berada di Edmonton sehingga digelar "Amir Sab"( betul ke ejaan ni?) . Beliau adalah penerus legasi Encik Mazri di Edmoton, Alberta, Kanada dan juga satu dunia secara umumnya. Jika "Teori TX" adalah tepat, maka beliau kini berstatus bujang yang hatinya telah dicuri.


Gambar pada kali ini

Saya amat kagum melihat corak ais yang terbentuk diluar jendela bilik saya pada musim sejuk kali ini.


Thursday, January 1, 2009

Sambutan Tahun Baru 2009

Salam rakan-rakan,

  1. Sambutan tahun baru di Edmonton agak membosankan jika dibandingkan dengan Malaysia. Yang menggembirakan saya adalah hiburan yang dipersembahkan tidak terlalu banyak jika dibandingkan dengan konsert-konsert di Kuala Lumpur secara khususnya.
  2. Penyanyi yang dijemput berpakaian sopan ketika melakukan persembahan kerana suhu pada malam tersebut adalah sekitar -20 darjah celcius. Alangkah baiknya jika Malaysia mempunyai suhu seperti ini agar sesetengah insan tidak mendedahkan apa yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum.
  3. Kami hanya pergi untuk mengambil gambar dan melihat pertunjukan bunga api.
  4. Kami tiba di Churchill Square pada jam 11.34 malam dan pulang pada jam 12.14 tengah malam sebaik sahaja pertunjukan bunga api selesai.
  5. Universiti akan dibuka semula dalam masa 4 hari sahaja lagi. Ini bermakna saya terpaksa melakukan rutin harian sebagai pelajar tidak lama lagi.

Gambar-Gambar





Video

Saturday, December 27, 2008

Boxing day

Mari keluar membeli belah sambil menumbuk orang lain....

Selamat mengeringkan poket yang sememangnya sudah kering.

Barang yang ingin dibeli

1. External hard drive
2. TV plasma. ( Terasa seperti membazir)

Saya akan cuba mengawal diri daripada berbelanja berlebihan kerana saya banyak menghabiskan duit pada "boxing day" tahun lepas..





Friday, December 26, 2008

Andai kau tahu segalanya...

Salam Rakan-Rakan,

Saya baru sahaja mendapat berita yang rakan saya bernama Hilmi baru sahaja selesai menjalani pembedahan membuang apendiks. Saya berharap beliau sembuh sepenuhnya sebelum sesi universiti musim sejuk bermula. Ini merupakan kes kedua apendiks yang melibatkan rakyat Malaysia di Edmonton. 

Sebaik sahaja mendapat berita tersebut, saya termenung seketika memikirkan faktor yang menyebabkan masalah apendiks. Saya masih teringat kata-kata guru saya yang mengatakan apendiks tidak mempunyai fungsi yang khusus dalam mekanisme tubuh badan manusia. Dalam erti kata lain ketiadaan apendiks tidak akan menjejaskan mekanisme tubuh badan manusia. Namun begitu, apendiks pasti mempunyai fungsi khusus yang belum didedahkan oleh manusia kerana setiap ciptaan Allah pasti ada manfaatnya. Saya berharap rakan-rakan yang mempunyai maklumat mengenai penyakit ini dapat berkongsi bersama secebis ilmu tersebut.


Penulis berasa hairan dengan sikap segelintir masyarakat yang bersikap pelik dan ganjil dalam meneruskan hidup mereka. Malah golongan gemar menyalahkan pihak lain di atas kegagalan yang dialami oleh mereka.

Kisah seorang penglipur lara

Seorang penglipur lara dengan bangganya mencanangkan kepada satu dunia bahawa beliau akan membinan sebuah kerajaan yang unggul setelah menjatuhkan sebuah pemerintahan yang zalim di negaranya. Kisah ini dicanangkan sehingga ke merata tempat oleh sang penglipur lara dengan sepenuh hati. Yang menariknya pengikut-pengikutnya menaruh sepenuh kepercayaan kepada penglipur lara walaupun harapan itu belum pasti. Namun si penglipur lara ini tidak berputus asa memberi harapan palsu kepada pengikutnya.

Penglipur lara ini mengatakan bahawa beliau mampu menubuhkan sebuah kerajaan kerana mempunyai bilangan ahli parlimen dari pihak lawan yang cukup untuk berpaling tadah ke partinya. Bagi pengikutnya, beliau merupakan seorang patriot yang amat disegani dan mempunyai kepimpinan tahap tinggi. Persoalannya, mengapa sang pelipur ini tidak meminta ahli parlimen terbabit meletak jawatan agar pilihanraya kecil dapat dijalankan dengan segera? Ternyata sang pelipur yang selalu megkritik kerajaan hanya seorang yang bacul dan hanya mampur berkata-kata kosong. Malah rakan seperjuangan beliau yang selalu merantau dengan roket juga mengkritik mengatakan tindakan melompat parti adalah satu tindakan yang tidak terhormat.

Tetapi yang uniknya, rakan seperjuangan yang bermain bulan ternyata menyokong cara penglipur lara terbabit. Malah media mereka digunakan untuk menghentam pihak lawan dengan menyatakan bahawa pihak lawan pernah menggunakan taktik yang sama terhadapa mereka. Persoalannya, apa beza kita dengan seorang pencuri jika kita pun seorang pencuri. Renungkanlah.

Dalam dunia tanpa sempadan hari ini, saya pasti rakyat mampu mengakses maklumat dengan mudah dan mereka mampu menggunakan akal fikiran mereka bagi membezakan anatra hitam dan putih. Yang menariknya, media A dituduh sebagai melaporkan cerita-cerita yang tidak benar dan hanya melaporkan perkara buruk tentang kem penglipur lara.
 
Adakah kem penglipur lara begitu maksum sekali? Adakah media pihak penglipur lara itu wahyu ALLAH? Jawapannya TIDAK.... Begitu juga keadaanya dengan pihak A kerana tiada seorang manusia pun yang sempurna dari kesilapan.

Apabila media A melaporkan kepincangan pihak penglipur lara, maka media terbabit dituduh sebagai pembelit. Namun apabila media penglipur lara melaporkan  sesuatu yang masih tidak pasti kesahihannya,pengikutnya dengan sepenuh hati percaya apa sahaja yang dilaporkan oleh media mereka.


Saya bukan mengatakan yang pihak A sempurna dan saya juga tidak menyokong sepenuhnya kepimpinan pihak A dalam menerajui negara. Namun inilah yang dikatakan demokrasi yang memberi kuasa kepada rakyat untuk memilih. Pihak A sudah dipilih oleh rakyat untuk memerintah jadi kita sebagai rakyat haruslah menerima keputusan majoriti rakyat.

Begitu juga kisahnya di pihak penglipur lara, mereka juga telah berjaya mempunyai beberapa kerajaan sendiri yang membuktikan sokongan rakyat kepada mereka. Kemenangan mereka juga tidak harus disangkal kerana rakyat telah bersuara dalam pilihan raya yang lepas. 

Saya rasa saya harus meletakkan noktah disini kerana isu ini jika dihuraikan pasti mengundang pelbagai reaksi dari pelbagai pihak.

Saya kecewa dengan pihak A tetapi saya kesal dengan pendekatan penglipur lara. Ini pegangan saya, jadi saya pinta rakan-rakan untuk menghormatinya. Yang pastinya pilihanraya umum dan 16 September sudah berlalu namun pahat masih berbunyi walaupun rumah sudah siap dibina.


P/s : saya tidak menyokong mana-mana pihak pada ketika ini kerana perjuangan kedua dua pihak ternyata mengusutkan pemikiran saya.

P/s/s: saya berharap seorang insan akan mengubah senario yang berlaku pada hari ini.

p/s/s/s: Jangan saman saya dan jangan hanya tahu menghentam tanpa sebab kerana ini yang dikatakan kebebasan bersuara

p/s/s/s/s: kepada manusia yang memanggil pihak lain sebagai beruk-beruk di jalanan. Sedarlah yang hukum Allah bukan tanggungjawab satu pihak tetapi tanggungjawab semua muslim.

Friday, December 19, 2008

Asam Garam.

Salam rakan pembaca,

Peperiksaan....

Sudah lama agaknya blog ini sunyi tanpa sebarang berita. Seolah-olah blog ini dilanggar oleh garuda yang kelaparan.

Saya tidak mampu meluangkan masa yang secukupnya untuk mengemaskini blog ini kerana kesibukan yang melanda diri akibat peperiksaan akhir semester. Syukur alhamdullilah, saya berjaya menjalani musim peperiksaan pada kali ini dalam keadaan yang lancar. Sebagai seorang pelajar saya telah berusaha dengan sebaik-baiknya dan kini hanya berserah kepada ketentuan Illahi.

Apabila bercakap mengenai peperiksaan, saya pasti ramai yang mengeluh dan merungut mengenai persediaan menghadapi peperiksaan. Dengan erti kata lain, kebanyakan pelajar membenci peperiksaan walaupun pada hakikatnya mereka sedar peperiksaan adalah asam garam kehidupan seorang pelajar. Seharusnya kita bersyukur kerana kita telah diberi peringatan awal berupa tarikh peperiksaan yang membolehkan kita bersedia secukupnya itu menghadapinya. Namun begitu, apakah persediaan kita bagi menghadapi ALLAH? Saya yakin kita pasti akan kelam kabut umpama cicak kehilangan ekor jika kita mampu mengetahui tarikh kematian kita. Sudah pasti, semua insan termasuklah saya sendiri akan meluangkan sepenuh masa bagi memohon keampunanNYA.

Saya hanya ingin memesan sesuatu kepada rakan-rakan. Sesungguhnya peperiksaan itu asam garam sebagai pelajar namun KEMATIAN itu adalah PASTI. Mari kita sama-sama memperbaiki kelemahan diri agar kita tergolong sebagai hamba-hambaNYA yang beriman.


ARTIS BARU DI JERMAN...

Sila tonton video di bawah ini. Penyanyi tersebut merupakan sahabat saya yang sedang melanjutkan di Jerman.



p/s : doakan kejayaan saya di University of Alberta..