Pages

Thursday, August 12, 2010

Salam Perantauan



Salam,

  • Bangun sahaja dari tidur pagi tadi, saya mendapat sms daripada kakak saya yang memaklumkan gambar saya di ruangan Salam Perantauan Utusan Malaysia.
  • Saya agak terkejut kerana saya baru sahaja menghantar gambar berkenaan.
  • Terima kasih Utusan Malaysia!

Monday, August 9, 2010

Emma Watson

Salam,

  • Semasa saya berumur 16 tahun, saya adalah peminat Emma Watson (*pemegang watak Hermione dalam siri Harry Potter*).
  • Minat ini barangkali dipengaruhi oleh tarikan filem Harry Potter yang merupakan filem kegemaran saya.
  • Ketika itu, saya menampal poster Harry Potter dalam loker asrama saya (* dalam poster terdapat gambar Emma Watson*). Namun tindakan saya melekat poster tersebut mengundang rasa tidak puas hati seorang pelajar senior.
  • Pelajar tersebut merupakan peminat besar (*die hard fan*) Emma Watson. Rupanya dalam loker beliau terdapat banyak gambar Emma Watson (*sekurang-kurangnya saya hanya menampal 1 poster Harry Potter sahaja*)
  • Beliau memberi amaran kepada saya untuk menanggalkan poster tersebut dengan mengatakan hanya beliau boleh menyimpan sebarang gambar Emma Watson (*masa ni rasa nak gelak skit melihat gelagat senior*)
  • Keesokan harinya beliau datang semula ke loker saya dengan membawa gunting. Beliau memberi amaran untuk mengunting poster tersebut sebaik selesai kelas prep malam.
Perang Mini

  • Selesai sahaja kelas prep malam, beliau datang semula ke loker saya untuk melaksanakan janjinya. Entah mengapa saya dengan berani melawan beliau dan memberi amaran kepada beliau untuk tidak bersikap angkuh dan melarang beliau mengusik barang saya.
  • Beliau beredar tetapi berkata akan membawa rakan-rakannya pada keesokan harinya.
  • Saya masih enggan menanggalkan poster tersebut walaupun dinasihatkan beberapa sahabat. Saya bukan mahu mempertahankan poster tersebut tetapi tidak senang dengan sikap senior terbabit yang cuba bermain dengan ugutan.
  • Esoknya, beliau datang dengan beberapa senior yang lain dan meminta saya membuang poster tersebut. Namun, saya sudah memaklumkan rakan-rakan saya tentang ugutan senior terbabit
  • Akibatnya berlaku episod tolak menolak antara saya dan senior tersebut. Setelah rakan-rakannya masuk campur dalam drama kami, rakan-rakan saya juga menyerbu untuk membantu saya. Maka terjadi drama yang lebih menarik.
  • Akhirnya, kami berhenti dan tertawa kerana bergaduh disebabkan poster.
  • Setelah bermaafan, senior dan rakan-rakannya beredar. Selepas hari berkenaan, beliau tidak pernah lagi ke loker saya untuk menanggalkan poster Harry Potter.
~~Sekian~~

p/s: cam budak-budak x pg skolah plak bila dipikirkan balik.... hahaha

Friday, August 6, 2010

Di Sebalik Peristiwa.....

Salam,

  • Sepatutnya saya sudah berada di Johor Bahru pada hari ini kerana saya merancang untuk ke Singapura pada hari Sabtu dan Ahad.
  • Namun begitu, rancangan ini dibatalkan setelah mengambil beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.
  • Saya agak kecewa kerana rancangan tersebut tidak berjalan dengan lancar namun di sebalik peristiwa pasti wujud hikmah.
Hari Jumaat

  • "Beep2x....."bunyi mesej yang diterima daripada kakak saya pada awal pagi.
  • Mesej tersebut mengingatkan saya tentang tarikh hari lahir bapa saya.
  • Saya bersyukur kerana saya tidak berada di Johor Bahru atau Singapura pada hari ini. Hati ayah saya pasti berkecil jika melihat anaknya bersuka ria di selatan pada ulang tahun kelahiran beliau.
  • Kesungguhan saya untuk menyenangkan hati rakan-rakan saya menyebabkan saya terlupa akan perkara yang lebih penting. Alhamdullilah Allah telah memberi peringatan kepada saya.
Selamat Hari Jadi ABAH

  • Ayah saya seorang lelaki biasa yang tidak mempunyai kuasa ajaib seperti "Superman" tetapi saya berbangga kerana ayah saya memerah keringat sebagai manusia biasa bagi membesarkan tujuh orang anak.
  • Ayah saya tidak pernah mengajar saya untuk hidup dengan selesa dan mewah. Semasa kecil saya sentiasa beringat tentang kesempitan hidup. Syukur alhamdullilah, rezeki saya semakin bertambah dari hari ke hari.
  • Ayah saya seorang yang sangat garang tetapi saya tahu beliau berbuat demikian untuk mendidik anak-anaknya. Terima kasih abah.
  • Selamat Hari Jadi ABAH!!!!

Thursday, August 5, 2010

Keyakinan Dalam Doa

Salam rakan-rakan,

  • Saya ingin memetik hadis yang berbunyi:
Dari Anas r.a katanya:Rasulullah saw bersabda:”Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu berdoa dengan kalimah:”Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku!” Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa.”

  • Pertama sekali, mari kita bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang muslim. Ini merupakan nikmat yang sangat besar dalam hidup kita.
  • Seorang ahli perniagaan memberitahu yang rahsia bagi sesebuah kejayaan adalah DUIT(*Doa Usaha Istiqamah Tawakkal*)
  • Walaupun kita mempunyai kelebihan diri yang lebih baik berbanding orang lain namun kesedaran mengenai kekerdilan kita disisi Allah membuatkan kita sedar yang manusia bukannya seorang perancang yang sempurna.(*Kita boleh berusaha menjadi perancang terbaik tetapi kesempurnaan adalah sesuatu yang sukar untuk digapai oleh manusia biasa*)
  • Justeru, kita sebagai umat Islam dinasihatkan untuk sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T dalam kehidupan seharian. Kita juga harus yakin doa tersebut didengari Allah S.W.T dan akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T
  • Namun begitu, kita harus sedar bahawa Allah Maha Mengetahui. Bantuan dan petunjukNya boleh datang daripada pelbagai cara dan kaedah. Mungkin hajat yang diimpikan tidak kesampaian tetapi rancangan Allah terhadap hambaNya adalah yang terbaik.
  • Hadis di atas juga menasihatkan kita agar tidak berdoa dengan bersyarat dengan Allah S.W.T kerana kita hanya hamba yang kerdil dan DIA adalah Pencipta kita.
  • Bayangkan jika kita mempunyai sebuah syarikat yang kaya raya. Seorang pekerja taraf bawahan datang meminta bantuan tetapi memberikan syarat kepada kita. Layakkah pekerja berkenaan?
  • Syukur alhmdullilah, Maha Pencipta amat mengasihi hambaNya. Biarpun kita berbeza pangkat dan darjat namun hanya iman dan taqwa yang membezakan kita disisi Allah S.W.T. Tiada perbezaan kaedah berdoa bagi seorang raja dan seorang pengemis di jalanan.

Ulasan

  • Di saat kita berduka dan mengalami kesusahan,anggap segala dugaan sebagai ujian dari Allah. Kita diuji sedemikian rupa kerana kita mampu mengatasinya dan Allah kasihkan kita sebagai hambaNya.
  • Nasihat seorang pakar daripada kalangan manusia mungkin dikenakan bayaran tetapi petunjuk dan bantuan Allah S.W.T adalah percuma. Namun kita harus berusaha untuk mencarinya dan yakin akan pertolonganNya.
  • Doa adalah senjata orang mukmin. Kita berada dalam kategori insan yang rugi jika kita tidak menggunakan senjata ini sebaik mungkin dalam kehidupan seharian.
  • Yang baik datangnya daripada Allah S.W.T manakala yang buruk daripada kelemahan diri kita sendiri.
  • Seorang insan mungkin dapat membantu kita menyelesaikan masalah tetapi Allah S.W.T. yang memberi kita kekuatan dan keazaman dalam menghadapi rintangan. Masalah itu diselesaikan hanya dengan kehendak Illahi.

~~Sekian~~

p/s: Mari kita berdoa dengan penuh beradab.

p/s/s: Semalam domain kena delete ngan delete sebab x bayar!!! tp arini dah ok... :))


Wednesday, August 4, 2010

Future

Salam,

  • Setiap tahun saya membelanjakan beribu-ribu dollar Kanada bagi tujuan "pelancongan" dan juga "snowboarding".
  • Alam pengajian yang berbaki setahun sahaja lagi membuatkan saya mula memikirkan tentang keperluan bagi masa hadapan.
  • Wang bukanlah segalanya dalam hidup tetapi amat penting dalam menjamin kestabilan hidup.
  • Saya membayangkan lebih banyak wang boleh disimpan jika saya menghentikan perbelanjaan bagi dua tujuan yang disebut sebelum ini.
  • Ini tidak bermakna saya tidak pernah merancang kewangan tetapi saya merasakan keperluan untuk melipat gandakan usaha berkenaan memandangkan saya bakal menjejakkan kaki ke alam pekerjaan..
  • Sekurang-kurangnya, wang yang dikumpul sedikit sebanyak bakal membantu saya bagi memulakan kehidupan baru yang lebih mencabar. Insya allah simpanan ini juga boleh mengelakkan saya daripada dibelenggu hutang bank.
  • Yang paling utama, saya boleh mengelakkan bantuan kewangan daripada ibu bapa saya. Cukuplah rasanya ibu bapa saya membantu hampir 20 tahun dan sepatutnya saya sudah mampu berdikari tanpa bantuan mereka. Insya allah.
Masa Depan

  • Rumah
  • Kereta
  • Simpanan ASB bagi jangka masa panjang
  • Rumah yang ada tangga sendiri :P
Perkara yang terpaksa dikorbankan

  • Snowboarding
  • Travelling
~~Sekian~~

p/s: Travelling cam senang je nak sacrifice... tapi "snowboarding" mcm tersangat memeritkan.. :((