Sunday, October 24, 2021
Saturday, October 23, 2021
Gemas Road
Bermalam di Georgetown semasa dalam perjalanan pulang ke Lembah Klang.
Seseorang telah mengajak saya untuk sarapan pagi di gerai roti canai yang popular.
Seawal jam 7.15 pagi sudah kelihatan barisan manusia yang datang untuk menjamah selera.
Menu roti canai yang viral ternyata tidak kena dengan tekak saya.
Berpeluh untuk menghabiskan makanan dalam pinggan.
Mungkin ini yang pertama dan terakhir.
p/s : selalu elak tempat yang dikatakan viral. Ini kira kali pertama juga saya mencuba benda viral.
Sunday, October 17, 2021
Wednesday, October 13, 2021
Limit
I might have reached my limit.
I'm starting to be unproductive.
While I have ideas and solution.
Seems like silence is the best approach.
Tuesday, October 5, 2021
Glamping @Hid3out Ulu Yam
Salam,
Sempadan negeri mahupun negara masih belum dibuka setakat hari ini.
Hikmah di sebalik semua ini, kita mula menghayati dan menghargai benda yang dekat.
Jika dahulunya percutian bermaksud rentas negeri atau negara.
Sekarang hanya cukup sekadar rentas daerah.
Coretan pengalaman di Hid3Out
Harga : RM 399/malam
Makanan : Disediakan. Makan malam dan sarapan. Perlu masak sendiri. Peralatan memasak disediakan.
Khemah : Luas. 1 tilam queen & 1 tilam single. Boleh muat 4 orang dewasa.
Elektrik : Ada. Kipas dan lampu juga ada.
Tandas : Peribadi bagi setiap khemah
Sungai : Ya. Depan khemah dalam 15 meter
Subscribe to:
Posts (Atom)
















