Pages

Saturday, December 27, 2008

Boxing day

Mari keluar membeli belah sambil menumbuk orang lain....

Selamat mengeringkan poket yang sememangnya sudah kering.

Barang yang ingin dibeli

1. External hard drive
2. TV plasma. ( Terasa seperti membazir)

Saya akan cuba mengawal diri daripada berbelanja berlebihan kerana saya banyak menghabiskan duit pada "boxing day" tahun lepas..





Friday, December 26, 2008

Andai kau tahu segalanya...

Salam Rakan-Rakan,

Saya baru sahaja mendapat berita yang rakan saya bernama Hilmi baru sahaja selesai menjalani pembedahan membuang apendiks. Saya berharap beliau sembuh sepenuhnya sebelum sesi universiti musim sejuk bermula. Ini merupakan kes kedua apendiks yang melibatkan rakyat Malaysia di Edmonton. 

Sebaik sahaja mendapat berita tersebut, saya termenung seketika memikirkan faktor yang menyebabkan masalah apendiks. Saya masih teringat kata-kata guru saya yang mengatakan apendiks tidak mempunyai fungsi yang khusus dalam mekanisme tubuh badan manusia. Dalam erti kata lain ketiadaan apendiks tidak akan menjejaskan mekanisme tubuh badan manusia. Namun begitu, apendiks pasti mempunyai fungsi khusus yang belum didedahkan oleh manusia kerana setiap ciptaan Allah pasti ada manfaatnya. Saya berharap rakan-rakan yang mempunyai maklumat mengenai penyakit ini dapat berkongsi bersama secebis ilmu tersebut.


Penulis berasa hairan dengan sikap segelintir masyarakat yang bersikap pelik dan ganjil dalam meneruskan hidup mereka. Malah golongan gemar menyalahkan pihak lain di atas kegagalan yang dialami oleh mereka.

Kisah seorang penglipur lara

Seorang penglipur lara dengan bangganya mencanangkan kepada satu dunia bahawa beliau akan membinan sebuah kerajaan yang unggul setelah menjatuhkan sebuah pemerintahan yang zalim di negaranya. Kisah ini dicanangkan sehingga ke merata tempat oleh sang penglipur lara dengan sepenuh hati. Yang menariknya pengikut-pengikutnya menaruh sepenuh kepercayaan kepada penglipur lara walaupun harapan itu belum pasti. Namun si penglipur lara ini tidak berputus asa memberi harapan palsu kepada pengikutnya.

Penglipur lara ini mengatakan bahawa beliau mampu menubuhkan sebuah kerajaan kerana mempunyai bilangan ahli parlimen dari pihak lawan yang cukup untuk berpaling tadah ke partinya. Bagi pengikutnya, beliau merupakan seorang patriot yang amat disegani dan mempunyai kepimpinan tahap tinggi. Persoalannya, mengapa sang pelipur ini tidak meminta ahli parlimen terbabit meletak jawatan agar pilihanraya kecil dapat dijalankan dengan segera? Ternyata sang pelipur yang selalu megkritik kerajaan hanya seorang yang bacul dan hanya mampur berkata-kata kosong. Malah rakan seperjuangan beliau yang selalu merantau dengan roket juga mengkritik mengatakan tindakan melompat parti adalah satu tindakan yang tidak terhormat.

Tetapi yang uniknya, rakan seperjuangan yang bermain bulan ternyata menyokong cara penglipur lara terbabit. Malah media mereka digunakan untuk menghentam pihak lawan dengan menyatakan bahawa pihak lawan pernah menggunakan taktik yang sama terhadapa mereka. Persoalannya, apa beza kita dengan seorang pencuri jika kita pun seorang pencuri. Renungkanlah.

Dalam dunia tanpa sempadan hari ini, saya pasti rakyat mampu mengakses maklumat dengan mudah dan mereka mampu menggunakan akal fikiran mereka bagi membezakan anatra hitam dan putih. Yang menariknya, media A dituduh sebagai melaporkan cerita-cerita yang tidak benar dan hanya melaporkan perkara buruk tentang kem penglipur lara.
 
Adakah kem penglipur lara begitu maksum sekali? Adakah media pihak penglipur lara itu wahyu ALLAH? Jawapannya TIDAK.... Begitu juga keadaanya dengan pihak A kerana tiada seorang manusia pun yang sempurna dari kesilapan.

Apabila media A melaporkan kepincangan pihak penglipur lara, maka media terbabit dituduh sebagai pembelit. Namun apabila media penglipur lara melaporkan  sesuatu yang masih tidak pasti kesahihannya,pengikutnya dengan sepenuh hati percaya apa sahaja yang dilaporkan oleh media mereka.


Saya bukan mengatakan yang pihak A sempurna dan saya juga tidak menyokong sepenuhnya kepimpinan pihak A dalam menerajui negara. Namun inilah yang dikatakan demokrasi yang memberi kuasa kepada rakyat untuk memilih. Pihak A sudah dipilih oleh rakyat untuk memerintah jadi kita sebagai rakyat haruslah menerima keputusan majoriti rakyat.

Begitu juga kisahnya di pihak penglipur lara, mereka juga telah berjaya mempunyai beberapa kerajaan sendiri yang membuktikan sokongan rakyat kepada mereka. Kemenangan mereka juga tidak harus disangkal kerana rakyat telah bersuara dalam pilihan raya yang lepas. 

Saya rasa saya harus meletakkan noktah disini kerana isu ini jika dihuraikan pasti mengundang pelbagai reaksi dari pelbagai pihak.

Saya kecewa dengan pihak A tetapi saya kesal dengan pendekatan penglipur lara. Ini pegangan saya, jadi saya pinta rakan-rakan untuk menghormatinya. Yang pastinya pilihanraya umum dan 16 September sudah berlalu namun pahat masih berbunyi walaupun rumah sudah siap dibina.


P/s : saya tidak menyokong mana-mana pihak pada ketika ini kerana perjuangan kedua dua pihak ternyata mengusutkan pemikiran saya.

P/s/s: saya berharap seorang insan akan mengubah senario yang berlaku pada hari ini.

p/s/s/s: Jangan saman saya dan jangan hanya tahu menghentam tanpa sebab kerana ini yang dikatakan kebebasan bersuara

p/s/s/s/s: kepada manusia yang memanggil pihak lain sebagai beruk-beruk di jalanan. Sedarlah yang hukum Allah bukan tanggungjawab satu pihak tetapi tanggungjawab semua muslim.

Friday, December 19, 2008

Asam Garam.

Salam rakan pembaca,

Peperiksaan....

Sudah lama agaknya blog ini sunyi tanpa sebarang berita. Seolah-olah blog ini dilanggar oleh garuda yang kelaparan.

Saya tidak mampu meluangkan masa yang secukupnya untuk mengemaskini blog ini kerana kesibukan yang melanda diri akibat peperiksaan akhir semester. Syukur alhamdullilah, saya berjaya menjalani musim peperiksaan pada kali ini dalam keadaan yang lancar. Sebagai seorang pelajar saya telah berusaha dengan sebaik-baiknya dan kini hanya berserah kepada ketentuan Illahi.

Apabila bercakap mengenai peperiksaan, saya pasti ramai yang mengeluh dan merungut mengenai persediaan menghadapi peperiksaan. Dengan erti kata lain, kebanyakan pelajar membenci peperiksaan walaupun pada hakikatnya mereka sedar peperiksaan adalah asam garam kehidupan seorang pelajar. Seharusnya kita bersyukur kerana kita telah diberi peringatan awal berupa tarikh peperiksaan yang membolehkan kita bersedia secukupnya itu menghadapinya. Namun begitu, apakah persediaan kita bagi menghadapi ALLAH? Saya yakin kita pasti akan kelam kabut umpama cicak kehilangan ekor jika kita mampu mengetahui tarikh kematian kita. Sudah pasti, semua insan termasuklah saya sendiri akan meluangkan sepenuh masa bagi memohon keampunanNYA.

Saya hanya ingin memesan sesuatu kepada rakan-rakan. Sesungguhnya peperiksaan itu asam garam sebagai pelajar namun KEMATIAN itu adalah PASTI. Mari kita sama-sama memperbaiki kelemahan diri agar kita tergolong sebagai hamba-hambaNYA yang beriman.


ARTIS BARU DI JERMAN...

Sila tonton video di bawah ini. Penyanyi tersebut merupakan sahabat saya yang sedang melanjutkan di Jerman.



p/s : doakan kejayaan saya di University of Alberta..

Wednesday, November 19, 2008

Edisi Siasat

Salam rakan pembaca,

1. Saya agak tertekan kerana gagal melakukan yang terbaik untuk kerja makmal E E 240 pada pagi tadi. Ini disebabkan kegagalan saya memahami arahan dengan sebaiknya dan disebabkan oleh kekurangan tenaga pengajar pada hari ini.

2. Hari ini Robert Fedosjeves digantikan oleh saudara PAYAM menyebabkan satu kelas tidak memahami material yang cuba disampaikan beliau. Beliau hanya tahu tersengih di hadapan kelas dan membuat riak muka yang malas apabila ditanya soalan kepada beliau.

3. Ketika melayari youtube sebentar saja tadi, saya menemui sesuatu yang agak menarik untuk dikongsi bersama rakan-rakan. Sila tonton video di bawah.





4. Saya rasa nak memberi penendang tahap kelima kepada manusia seperti di atas ini. Beliau tidak sepatutnya mengambil kesempatan terhadap kesusahan orang lain

Friday, November 14, 2008

Seloka

Bijan bercuti ke Bagan Datok,
Mencari satay berkuah kari,
Jangan disentuh daging katok,
Jika daging halal boleh dicari,

Ah Chong dipukul hingga berbirat,
Dipukul sampai malam buta,
Jangan diguna alasan darurat,
Bagi menghalalkan cara kita.

Kera disuruh memetik kelapa,
Kerja dibuat dengan taat,
Jangan kamu berbuat lupa,
Haloween ditegah khutbah Jumaat,

Hang Tuah bertarung atas talam,
Abang Razly orang Sabah,
Kenapa mesti ke kelab malam,
Jika masjid tersergam indah.

Istana Meranti asasnya kayu,
Dikawal oleh pengawal perkasa,
Kalau kamu anak melayu,
Jaga adab sepanjang masa.

Pak Samad terbatuk-batuk,
Anak ayam berlari-lari,
Kalau kamu sudah terhantuk,
Cepatlah bangun buktikan diri.

Zorro itu orangnya kacak,
Ali berhijrah dari Kelantan,
Dimana saja Bumi dipijak,
Jangan kamu lupa daratan.

Zaid Ibrahim orang Umno,
ISA tetap dianggap salah,
Jangan malu dianggap kuno,
Dalam menegakkan hukum Allah,

Smallville versi baru Superman,
Mampu bergerak macam kilat,
Wahai teman orang budiman,
Berhenti merokok sebelum terlambat,

Dalam hidup mesti bersabar,
Piko dan Shakir sudah bertegur sapa,
Azam dibuat dengan berkobar,
Tapi hancur kerana alpa,

Bila belajar jangan malas,
Jika tidak hidup menderita,
Kalau ada terasa pedas,
Ampun maaf saya pinta.

Nukilan: Mohd Akmal Mehat

p/s: Fikirkanlah motif kita sejenak
p/p/s: pengawas pusat sumber (cilok dari azraf)
p/p/p/s: Tyrox San bercadang untuk menghasilkan sebuah syair untuk topik seterusnya.
p/p/p/p/s: Saudara Bijan akan menjadi model utama bagi topik yang akan datang.