Pages

Friday, August 1, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


  • Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang beragama Islam.
  • Hari ini merupakan Syawal ke-5 dan saya sudah memulakan tugas di pejabat. Esok sambung cuti hujung minggu semula. Bila tiba di pejabat pagi tadi, betul-betul terasa "Salam 0-0" sebab tempat letak kereta kosong.
Lengang
  • Lebuhraya PLUS menghala KL/Selatan pula dah mula sesak sejak hari Rabu.Berdasarkan pengalaman lalu saya, insya allah perjalanan pulan ke KL lancar jika bertolak sebaik sahaja selepas solat subuh. Syukur Alhamdullilah saya tidak perlu meredah jalan sesak kerana sudah menetap di Pulau Pinang. 
  • Semoga kita berjumpa lagi
~~Sekian~~

p/s : Humaira tak jalan-jalan raya sangat pun dapat banyak duit raya. Alhamdullilah rezeki dia murah.

p/s/s: Budaya manusia yang suka bersalam dengan bukan muhrim agak terkawal di kalangan generasi muda. Walaubagaimanapun, budaya salam ikut suka hati ini masih lagi meluas di kalangan golongan yang sudah berusia. Mungkin adab sopan lagi penting katanya? Wallahualam.





Monday, February 24, 2014

Shhh.. Tiada siapa tahu.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


"Saya berjanji akan menjadi seorang pekerja yang baik, amanah, jujur dan blabla"

Ini merupakan salah satu respon yang popular bila kena temuduga untuk kerja.

  • Hampir semua orang yang bekerjaya pernah melalui sesi temuduga. Pada masa itu, semua janji ditabur seperti kita yang akan kawal segala keputusan/output. Sampai kekadang kita terlupa bahawa sebagai manusia, kita cuma boleh berusaha tetapi hasil hanya ALLAH yang tahu.


"Relaks la bro. Kerja jangan stres sangat. Jom lepak minum dulu "

Ini pula dialog sesetengah pihak setelah bekerja buat sesuatu tempoh

  • Saya berpendapat tiada masalah bagi seseorang pekerja itu mengambil OFF TIME ketika bekerja SELAGI beliau tidak mengganggu kerja orang lain dan TIDAK MEMERLUKAN beliau bekerja pada waktu yang tetap. Rehat sebentar selama beberapa minit dan diganti semula selepas itu sepatutnya tidak menjadi masalah. Walaubagaimanapun, kita seharusnya bekerja dengan pada waktu yang ditetapkan supaya pulang ke rumah sebaik sahaja waktu kerja tamat. Insya Allah rumah tangga lebih bahagia + hidup ceria.
  • Perkara yang menjadi masalah apabila kita MEMBUANG MASA dengan sesuka hati di tempat kerja. Waktu kerja bermula 8 pagi tetapi kerja hakiki kita hanya bermula pada jam 9 pagi. Selepas itu, disambung dengan sesi berborak dan juga melayari internet.
  • Sebenarnya banyak penyelewengan waktu yang berlaku dalam seharian (*nak tulis panjang sangat*). Mungkin majikan tidak nampak tetapi ALLAH nampak.


1 document pending for user

Status notification printer 
  • Pernah kita tanya samada dokumen yang dicetak itu berkaitan kerja atau peribadi? Tak mengapa sebab orang lain tak tahu. Tak mengapa sebab orang lain pun guna juga? 
  • Pernah kita dengar bahawa benda yang paling BERAT adalah AMANAH? 
  • Jangan kerana sehelai kertas A4 dicetak hitam putih maka kita berputih mata untuk ke syurga ALLAH.

~~Sekian~~

p/s: Kerja itu ibadah. 




Sunday, October 27, 2013

Menolak Batu Besar

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
  1. Sudah hampir dua tahun saya tidak update blog ini.
  2. Kalau mahu diceritakan semula segala kisah dan peristiwa yang berlaku sepanjang tempoh tersebut mungkin terlalu panjang. Rakan-rakan yang mengenali saya melalui facebook sudah pastinya tahu serba sedikit tentang diri saya.
MOMENTUM!

" Jika ingin diberi sesuatu tugas, berilah tugas itu kepada orang yang sibuk. Nescaya dia akan punya masa untuk melakukannya," pesan isteri kepada saya

Pecutan yang diperlukan untuk menggerakkan sebuah kereta dari keadaan statik ke kelajuan 120km/h adalah besar. Walaubagaimanapun, hanya sedikit pecutan diperlukan untuk menambah kelajuan dari 120 km/h ke 130 km/h.

Ilmu/pengamatan/pengalaman/catatan/cita-cita/angan-angan/impian/perancangan tanpa sebarang catatan atau penulisan adalah KERUGIAN.

p/s: Aduh. Susah benar untuk menulis semula.

p/s/s: Menulis sesuatu yang baik bukan bererti kita sempurna.Sebaliknya, kita juga sedang berusaha untuk menjadi lebih baik. :)

p/s/s/s: Selamat bekerja!! Baru sekarang aku faham sindrom orang bekerjaya.


Sunday, November 6, 2011

Jangan cepat panik

Salam rakan-rakan.

Selamat Hari Raya AidilAdha. Maaf zahir dan batin kepada rakan-rakan yang beragama Islam :)


Langit Tidak Selalunya Cerah
  • Pada 1 Oktober 2011 yang lalu, kereta Proton Persona yang dipandu oleh saya terlibat dalam sebuah kemalangan dengan sebuah motosikal di MRR2 menghala ke arah Kepong.
  • Pada masa itu, saya dalam perjalanan pulang ke rumah sewa dari Ulu Yam. Saya sempat meluangkan masa selama beberapa jam bersama rakan di sana bagi menikmati keindahan ciptaan Allah.
  • Rakan saya mencadangkan untuk berehat di Ulu Yam setelah melihat keadaan diri saya yang agak tertekan dengan beberapa masalah yang menimpa diri dan dicampur dengan faktor kerja. Alhamdullilah, saya "had a great time" bersama rakan-rakan di sana. Hanya senyuman yang terukir sepanjang kami menghabiskan masa bersama.
  • Namun Allah Maha Berkuasa apabila saya diduga disaat cuba mengukir senyuman. Kereta yang dipandu oleh saya dilanggar dari belakang oleh sebuah motosikal. Akibatnya, penunggang tersebut terpelanting ke tengah jalan. Tidak dapat saya gambarkan perasaan cemas saya saat melihat beliau tergolek di atas jalan yang sibuk. 
  • Alhamdullilah, tiada kenderaan lain yang melanggar beliau selepas itu kerana kami sempat mengangkat beliau ke bahagian tepi jalan. Saya mula menyalahkan diri sendiri setelah melihat beliau luka dan mengerang kesakitan. 
  • Mungkin saya cuai? Mungkin ini balasan Allah? Mungkin saya terlalu memikirkan masalah yang tidak sepatutnya? Hanya rasa benci pada diri sendiri menghantui fikiran saya.
  • Setelah itu saya membawa beliau ke Hospital Selayang bagi mendapatkan rawatan. Dalam perjalanan, saya masih lagi bingung. Apakah nasib keluarga beliau? Bagaimana jika kecederaan dalaman beliau parah? 
  • Mood saya yang kembali ceria seketika sebelum kejadian hilang dengan serta merta mengenangkan musibah ini. 
  • Setelah beberapa jam, beliau disahkan tidak mengalami kecederaan yang serius. Saya hanya mampu bersyukur kerana Allah masih sayangkan saya dan beliau. Laporan polis dibuat pada hari yang sama.
Tips Menangani Kes Kemalangan Bukan MAUT 

*Tips ini hanya sesuai jika anda memiliki lesen,cukai kenderaan,insuran dan bercadang membuat laporan polis*

  1. Jangan panik.. Jangan salahkan diri sendiri. Ingat bahawa kejadian sudah berlaku. Menyalahkan diri tidak akan merubah apa-apa. Anggap yang kejadian berlaku itu akibatnya kecuaian kedua-dua pihak WALAUPUN anda yakin sebaliknya.(*Anda tidak perlu mengaku salah dengan serta merta. Anda mungkin rasa bersalah apabila dikerumuni orang ramai*)
  2. Cuba selamatkan/alihkan mangsa dari laluan trafik JIKA KEADAAN SELAMAT dan MENGIZINKAN.
  3. Alihkan kenderaan yang terlibat ke tempat yang selamat dan tidak menganggu trafik kenderaan lain. Jangan tergesa-gesa untuk mengambil gambar kerana ini bukan kes kemalangan maut.
  4. Jika ada mangsa mengalami kecederaan yang serius. Hubungi ambulans atau segera ke hospital berdekatan.
  5. Ambil gambar kenderaan yang terlibat. Ini boleh membantu pihak polis dan insurans melakukan siasatan
  6. Catat maklumat berkaitan kejadian seperti nama pihak yang terlibat, nombor pendaftaran,jenis dan warna kenderaan. Lokasi dan waktu kejadian juga perlu dicatat.
  7. Buat laporan polis. Laporan polis perlu dibuat dalam masa 24 jam dari waktu kejadian kemalangan bagi pihak yang tidak mengalami sebarang kecederaan.
  8. Hubungi pihak insurans bagi mendapatkan bantuan/maklumat lanjut
Mengapa lapor kepada Polis
  1. Mengelakkan diri daripada dikenakan dakwaan langgar lari sekiranya pihak yang lain tiba-tiba membuat laporan polis.
  2. Membolehkan tuntutan insurans dilakukan atas kerosakan yang berlaku ke atas kenderaan kita.
  3. MELINDUNGI diri kita!! Hanya dengan laporan polis kita layak membuat tuntutan lain yang berkenaan terhadap majikan kita.
  4. Kita mungkin mengalami kecederaan dalaman akibat kemalangan tersebut. Jika tiada laporan polis, bagaimana kita mahu melakukan tuntutan berkenaan?
  5. Biarlah pihak polis menentukan siapa yang bersalah tanpa perlu kita melutut memohon kemaafan yang kadangkala sukar diungkapkan oleh sesetengah pihak.
  6. Pihak polis akan menyiasat laporan kemalangan yang diterima. Pihak yang bersalah akan dikompaun sebanyak RM 300. Namun kompaun ini tidak menjejaskan tuntutan insurans anda melainkan wujud UNSUR JENAYAH dalam kemalangan.
  7. Apa guna bayar insurans kalau asyik nak kurang NCD sahaja? Tanya diri sendiri.
Jika Enggan Lapor Kepada Polis
  1. Jika anda enggan melapor kepada polis kerana tiada lesen,cukai, insurans, percaya akan kesalahan sendiri maka itu risiko yang perlu ditanggung sendiri.
  2. Anda mungkin ditekan untuk membayar kos-kos yang tidak munasabah.
  3. Walaubagaimanapun, jika anda tetap enggan melaporkan kepada polis saya sarankan untuk anda sediakan persetujuan bertulis yang perlu ditandatangani oleh kedua-dua pihak untuk tidak membawa kes kemalangan ke muka pengadilan.
  4. Namun, anda mungkin menjadi mangsa keadaan apabila ditekan oleh sesetengah pihak.
Itu sahaja yang ingin saya kongsi bersama rakan-rakan. Semoga kejadian yang berlaku menjadi iktibar kepada saya dan juga semua. Pesan saya, jangan sesekali kita bersangka buruk terhadap ALLAH kerana tidak pernah mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita secara total. Wallahualam.

~~Tyrox SaN~~






Sunday, September 25, 2011

I'm back

Assalamualaikum,

Sudah terlalu lama rasanya saya tidak menjengah ke blog ini. Antara sebabnya:

1) saya tidak mempunyai akses Internet di kampung halaman

2) Saya sekali lagi terlupa untuk memperbaharui domain saya di enom. Akibatnya domain saya www.ragooze.com dihapuskan dan semua datanya hilang.

Oh yea rakan-rakan,

1) Saya sudah bekerjaya sejak 4 Julai 2011. Alhamdullilah saya mendapat tawaran kerja dalam tempoh 2 minggu setelah tiba di tanah air tercinta.

2) Pada mulanya saya agak kecewa kerana tempat kerja saya di Kuala Lumpur bukannya di kampung halaman. Namun setelah beberapa bulan saya sudah boleh menerima hakikat ini. Saya percaya ada hikmah di sebalik aturanNya :)

3) Gaji yang diterima setakat ini cukup untuk saya meneruskan survival di kota ini. Malah saya mampu untuk menabung sebahagian wang bagi masa hadapan.

4) Sebenarnya pihak Enom mahu mengenakan bayaran cad 250 untuk saya mendapatkan semula semua data blog saya di domain mereka. Saya hampir putus asa dalam usaha menghidupkan blog ini. Namun setelah memikirkan banyak coretan kenangan manis mahupun pahit yang sudah ditulis, saya nekad untuk mendapatkan semula blog saya. Syukur alhamdullilah, setelah berhubung dengan pihak Google selama hampir sebulan, masalah saya selesai juga. Lebih menggembirakan saya tidak dikenakan sebarang caj. Oleh itu, saya akan menggunakan domain percuma blogspot buat sementara waktu ini.

5) Semoga berjumpa lagi. Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin

~Mohd Akmal Mehat~

P/s: esok besday saya!!! :))

P/s/s: blog ini ditulis menggunakan blogger aps untuk iphone