Banyak yang ditulis,
Biarlah ia kekal draft,
Kerana ia mudarat,
Hanya untuk aku.
Saat malam,
Hilang dalam gelap,
Biar ia senyap,
Lenyap dari hidup.
Wednesday, April 24, 2019
Friday, April 12, 2019
Wednesday, April 10, 2019
Anak perempuan
Alia, Iris dan Maya merupakan tiga orang anak perempuan kesayangan Ahmad.
"Anak ko semua perempuan ye Ahmad?" soal seorang bos kepadanya.
"Ahmad. Ye boss. Alhamdullilah semua gegirl,"jawab Ahmad bersahaja.
" Ko kena cuba lagi. Usaha lagi. Ko pun muda lagi," balas boss kepada Ahmad.
Itu merupakan ayat yang selalu Ahmad dengar apabila orang mengetahui ketiga tiga anaknya adalah perempuan.
Nada dan perkataan mungkin berbeza mengikut individu namun maksud yang sama iaitu perlu dapatkan anak lelaki.
Mungkin tradisi atau mungkin isu waris maka anak lelaki dilihat punya kedudukan lebih tinggi. Ataupun sebenarnya mereka bertanya hanya sekadar cuba ambil berat atau sekadar modal berbual.
Walau apa pun yang pasti Ahmad amat menyayangi Alia, Iris dan Maya. Ini rezeki dan amanah Allah buat Ahmad dan Fatin.
Yang penting ia lambang pengorbanan isteri tercinta yang bersusah payah melahirkan tiga orang puteri.
Papa sayang kamu semua.

Tuesday, April 9, 2019
Klasik
Aku terbayang,
Jika hidup di zaman dahulu,
Di mana rakyat bertutur,
Dengan bahasa klasik.
Tuan hamba,
Patik,
Anakanda,
Ibunda.
Kata-kata pasti lebih sopan,
Bahasa itu jiwa bangsa,
Sukar nak bayangkan dengan minda,
Bagaimana mereka mencarut atau mencaci.
Kini,
Bahasa lebih pendek,
Mudah sangat ditutur,
Hingga terlepas tanpa sempat ditapis.
Kita makin cepat,
Kita juga mudah terbabas,
Jika hidup di zaman dahulu,
Di mana rakyat bertutur,
Dengan bahasa klasik.
Tuan hamba,
Patik,
Anakanda,
Ibunda.
Kata-kata pasti lebih sopan,
Bahasa itu jiwa bangsa,
Sukar nak bayangkan dengan minda,
Bagaimana mereka mencarut atau mencaci.
Kini,
Bahasa lebih pendek,
Mudah sangat ditutur,
Hingga terlepas tanpa sempat ditapis.
Kita makin cepat,
Kita juga mudah terbabas,
Monday, April 8, 2019
Supir Bandung
Supir di Bandung namanya Imam.
Kenderaan tiptop. Hotel kami book sendiri.
Dia cuma atur ground package sahaja.
Cuma Imam kurang pengalaman dan info.
Bila ditanya tempat menarik dia kurang tahu.
Kenderaan tiptop. Hotel kami book sendiri.
Dia cuma atur ground package sahaja.
Cuma Imam kurang pengalaman dan info.
Bila ditanya tempat menarik dia kurang tahu.
Subscribe to:
Posts (Atom)