Pages

Showing posts with label korea selatan. Show all posts
Showing posts with label korea selatan. Show all posts

Friday, January 21, 2011

Korea Selatan Bahagian 6

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

  • Kami telah melawat sebuah kawasan perniagaan yang mirip seperti Petaling Street bagi membeli cenderahati untuk dibawa pulang ke Malaysia.
  • Kawasan ini menjual pelbagai barangan buatan Korea pada harga yang murah. Kami terserempak dengan beberapa rakyat Malaysia yang datang ke Korea semata-mata untuk membeli "brooch" yang dikatakan berkualiti tetapi dijual pada harga yang murah. Kami diberitahu "brooch" yang bermodalkan RM 20 boleh dijual sehingga mencecah RM 100 di Malaysia.
~Pemandangan "business street tersebut"~
~Cuba mencari "brooch" yang cantik~

~Penjual ini telah bermurah hati memberi hadiah percuma kepada kami~

  • Setelah penat berjalan, saya meminta Aminur membawa kami ke restoran makanan Korea. Salah satu tujuan saya melawat Korea adalah untuk menikmati masakan Korea Selatan.
~Makanan sedang dimasak~

~Makanan yang sudah siap dimasak~

  • Kemudian, kami telah melawat sebuah taman yang menempatkan bangunan-bangunan klasik Korea Selatan. Secara kebetulan, kami berpeluang melihat sepasang mempelai rakyat Korea melangsungkan perkahwinan mereka.
~Tempat berlangsungnya perkahwinan tersebut~
~Hakim dan Aminur sedang bermain sejenis permainan tradisional~
~Pemandangan dalam rumah tradisional Korea~

  • Selepas itu pula, kami bergerak muzium perang Korea yang menempatkan pelbagai jenis meriam, kereta kebal dan kapal terbang yang digunakan semasa era perang.
~Tugu dua saudara yang terpaksa berperang kerana berlainan negara~

  • Kami sudahi hari tersebut dengan melawat Seoul Tower. Disini kelihatan ramai pasangan muda Korea yang sedang bermadu kasih. Pemandangan dari puncak menara amat menarik kerana hampir seluruh bandar Seoul dapat dilihat dengan jelas.
~Seoul Tower~
~Pasangan muda Korea mengunci nama mereka di sini dan membaling kunci ke gaung di hadapan dengan harapan cinta berkekalan~

~~Sekian~~

Thursday, January 20, 2011

Korea Selatan Bahagian 5

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

  • Setelah bersiar-siar di Pulau Jeju selama 3 hari, kami bertolak ke bandar Seoul.
  • Kami menetap di rumah rakan yang juga pelajar University Hanyang.

~Menikmati sejenis makanan Korea yang pertama di Seoul~
~Aminur singgah sebentar di restoran ini bagi membeli makanan "supper"
~Pemandangan University Hanyang pada waktu malam~
  • Kami tiba di bandar Seoul dari Pulau Jeju ketika matahari mula terbenam. Oleh itu, hari pertama di Seoul hanya dihabiskan dengan melawati sekitar University Hanyang sahaja.
~~Sekian~~

p/s: Terima kasih kepada Aminur dan rakan kerana membawa kami menjamah makanan Korea. Di Pulau Jeju, kami hanya menjamah roti hampir setiap masa kerana ragu-ragu dengan status halal makanan yang dijual di kedai. Terlalu sukar untuk berkomunikasi dengan rakyat Korea kerana kebanyakannya tidak mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

p/s/s: Pemandu teksi di bandar Seoul agak biadap !!!

p/s/s/s: Sepanjang perjalanan ke dari lapangan terbang Gimpo ke University Hanyang, saya dapat melihat begitu banyak poster penyanyi Korea seperti SNSD dan WonderGirls.

p/s/s/s/s: Jalan raya di bandar Seoul amat sesak dengan kenderaan nasional buatan Korea seperti Hyundai dan Ssangyong.

Tuesday, August 31, 2010

Korea Selatan Bahagian 4

Salam.

  • Maafkan saya kerana hampir terlupa bercerita tentang pengalaman berada di Korea Selatan.
  • Bahagian kali ini masih lagi tertumpu di Pulau Jeju. Tumpuan bakal diberikan pada Jeju City.
Tempat-Tempat yang dilawati

1)Sebuah pantai yang tidak diketahui namanya.

2)Tanjung yang terbentuk daripada batuan gunung berapi

3)Gunung Seongsan

4)Museum of Trick Art

5)Terowong lahar gunung berapi

6) Selamat Tinggal PULAU JEJU!!!


p/s: Jeju City lebih sesak daripada bandar Seowigpo.

p/s/s:Terdapat banyak outlet barangan berjenama di sini tetapi harga mahal.

p/s/s/s: Pengalaman yang menarik di Pulau Jeju,

Monday, July 19, 2010

Korea Selatan Bahagian 3

Salam.

  • Kami telah menyewa sebuah kereta mini KIA PICANTO selama 48 jam bagi memudahkan pergerakan kami di Pulau Jeju.
  • Pergerakan kami pada hari pertama tertumpu kepada kawasan Seowigpo.
Ringkasan.

  • Hotel yang didiami bernama Daekuk Isleinn Hotel. Bilik agak kecil tetapi masih boleh memuatkan kami dan beberapa beg yang besar.
  • Kami terpaksa berpatah semula ke lapangan terbang setelah tiba di hotel bagi menyewa kereta. Perjalanan antara Seowigpo ke Jeju City mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit.
  • Banyak kawasan tarikan di Pulau Jeju terdapat di kawasan Seowigpo.
  • Tambang teksi di Pulau Jeju amat berpatutan berbanding yang ditawarkan di Seoul.
  • Jalan raya di Pulau Jeju amat memudahkan pelancong asing kerana terdapat papan tanda yang banyak dan diletakkan di tempat yang sesuai.
  • Namun begitu, banyak persimpangan besar di Seowigpo tidak mempunyai lampu trafik yang memerlukan pemandu bersikap lebih berani. Jika di Malaysia hanya terdapat simpang empat tetapi di Seowigpo terdapat simpang enam.
Tempat-Tempat yang dilawati.

  • Lebuh raya tepi pantai Jeju yang cantik
  • Tokong orang Mongolia
  • Muzium Teddy Bear
  • Taman Rama-rama
  • Spirited Garden (* dikatakan taman bonsai tercantik di dunia*)
  • Suwolbong Volcanic Deposits(*Jeju Geopark*)
  • Jeju World Cup Stadium
  • Cheongjiyon Waterfall (*Jeju Geopark*)
Gambar-Gambar

1) Selamat Datang ke Pulau Jeju :))

2) KIA Picanto

3) Spirited Garden


4) Pesisir pantai Pulau Jeju


6) Suwolbong


7)Cheonjiyon Waterfall


8) Jeju World Cup Stadium


9) Tokong Mongolia

10)Muzium Teddy Bear dan Taman Rama-Rama

11) Pemandangan di Seowigpo pada waktu malam

~~Akan bersambung~~


p/s: Keindahan Pulau Jeju mengubat duka pada hari-hari sebelumnya

p/s/s: Letih siot nak resize gambar2 ni semua... tenet kat mesia benar2 menguji kesabaran

p/s/s/s: KREDIT untuk gambar-gambar diatas.. Terima Kasih SAUDARA NAJIB ROSMAN

Friday, July 9, 2010

Korea Selatan Bahagian 2

Salam rakan-rakan,

  • Sambungan daripada bahagian 1
Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo

  • Setibanya di sini, kami segera mencari makanan bagi mengisi perut. Kami berjaya mendapatkan roti dan air minuman bagi melegakan perut dari sebuah kedai serbaneka.
  • Setelah itu, kami mula mencari tempat untuk merehatkan diri sementara menunggu penerbangan pada awal pagi esok.
  • Jam menunjukkan pukul 11 malam dan 2 rakan saya sudah terlelap akibat keletihan. Di saat saya cuba melelapkan mata, seorang pengawal keselamatan datang menghampiri saya.
  • Beliau cuba berkata sesuatu dalam bahasa Korea namun saya tidak mengerti tetapi masih cuba menjawab dalam bahasa Inggeris. Pengawal itu berlalu setelah gagal berkomunikasi dengan saya.
  • Seketika kemudian, pengawal yang sama datang semula dengan membawa sekeping kertas "CLOSED". Beliau mengarahkan kami keluar daripada lapangan terbang tersebut.
  • Jangkaan saya yang lapangan terbang antarabangsa dibuka 24 jam ternyata tidak mengena pada lapangan terbang Gimpo. Saya cuba berbincang dengan pengawal tersebut namun kami tetap diarah keluar dari kawasan itu.
  • Akibatnya, kami terpaksa duduk di bahu jalan sementara menanti lapangan terbang tersebut dibuka semula. Tambah menyakitkan apabila nyamuk-nyamuk mula menyerang kami.
  • Beberapa teksi juga berhenti bagi menawarkan perkhidmatan "murah" mereka. Walaupun kami menolak, ternyata golongan ini terlalu degil untuk berlalu dengan mudah.
  • Saya tertidur walaupun keadaan yang kurang selesa di atas bangku besi pada tengah malam.
  • Tepat jam 2 pagi, rakan saya menyedari beberapa pelancong Korea memasuki lapangan terbang tersebut. Kami agak terkejut kerana pada awalnya pengawal tersebut menghalau kami keluar seolah-olah tiada seorang pun dibenarkan berada di situ selepas tengah malam.
  • Selepas beberapa ketika, kelihatan sekumpulan pelancong Korea yang lain memasuki lapangan terbang tanpa dihalang pengawal berkenaan.
  • Berang dengan peristiwa itu, kami membuat keputusan untuk meredah masuk lapangan terbang tersebut. Setelah memasuki lapangan terbang dan duduk berhampiran kumpulan rakyat Korea terbabit, pengawal itu tidak pula menghalau kami sebagaimana yang dilakukan sebelum ini.
  • Saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya kami dapat tidur tanpa gangguan pemandu teksi dan nyamuk yang kelaparan.
  • Namun begitu, saya amat kesal akan layanan yang diberikan pengawal tersebut kepada kami.
~~Akan bersambung~~

p/s: masa kena tidur di tepi jalan dengan pelbagai masalah,, mORAL totally DOWN!

Thursday, July 8, 2010

Korea Selatan Bahagian 1

Salam rakan-rakan,



  • Syukur ke hadrat Illahi kerana saya sudah selamat tiba di bumi Malaysia yang tercinta pada 29 Jun 2010.

21 Jun 2010 (Waktu Kanada)



  • Kami bertolak ke lapangan terbang pada jam 8.30 pagi. Setelah "check in", kami menunggu sebentar sementara menanti ketibaan pesawat untuk ke Vancouver.

  • Pada jam 12 tengah hari, kami tiba di Vancouver dan terpaksa menanti selama 2 jam untuk penerbangan seterusnya ke Korea Selatan menggunakan pesawat Korean Air.

  • Di saat menunggu ini, kami agak terpana melihat sekumpulan pramugari Korean Air yang mempunyai wajah jelita seperti selebriti Korea. Hati kami semakin gembira apabila memikirkan saat-saat yang bakal dihabiskan di negara tersebut selama hampir 9 hari.

  • Walaupun kumpulan pramugari berkenaan kelihatan sangat cantik namun dapat dilihat yang ianya bukan kecantikan semula jadi tetapi mungkin melalui pembedahan plastik. Seorang rakan pernah memberitahu saya yang ramai rakyat Korea Selatan yang tergila-gila akan pembedahan kosmetik.

  • Perjalanan antara Vancouver ke Seoul mengambil masa kira-kira 13 jam. Tempat duduk, makanan halal, pramugari cantik dan rancangan hiburan yang disediakan oleh Korean Air harus diberi pujian.

22 Jun 2010 ( Waktu Korea Selatan)



  • Pesawat mendarat di Lapangan Antarabangsa Incheon pada jam 5.30 petang.

  • Setelah selesai urusan Imigresen dan Kastam, kami mula merancang perjalanan kami sepanjang berada di Korea Selatan (*oh ya.. urusan di negara Asia amat menyenangkan berbanding negara barat yang sentiasa paranoid akibat keangkuhan mereka sendiri. Patutlah negara barat susah nak dapat anugerah lapangan terbang terbaik dunia*)

  • Agak mengejutkan, harga menyimpan bagasi di Lapangan Terbang Incheon amat mahal jika dibandingkan dengan Lapangan Terbang Narita. Rancangan kami terpaksa diubah disebabkan harga yang amat mahal ini.

  • Setelah berjaya menguruskan masalah bagasi, kami memulakan perjalanan ke Lapangan Terbang Gimpo.(* Penerbangan ke Pulau Jeju pada hari esok terpaksa diambil dari lapangan terbang lain*)

  • Amat mendukacitakan apabila melihat pekerja "Customer Service" yang kurang mahir berbahasa Inggeris malah seperti tidak berminat membantu pelancong asing. Saya hanya berjaya mendapatkan petunjuk yang jelas setelah bertanya hampir 4 orang pekerja "customer sevice" sahaja.

  • Kami juga dipaksa oleh beberapa pemandu teksi ulat yang berlagak samseng. Mereka cuba memaksa kami untuk mengambil teksi untuk pergi ke Gimpo dengan harga yang mahal.

  • Syukur kerana kami dapat melepaskan diri daripada samseng-samseng ini. Saya agak kesal dengan pekerja-pekerja lapangan terbang yang dilihat bersekongkol dengan samseng ini bagi mengenakan pelancong asing.

  • Kami tiba di Gimpo pada jam 10 malam. Kami bercadang untuk tidur di lapangan terbang ini sementara menunggu penerbangan ke Pulau Jeju pada jam 7 pagi esok.

~~Akan bersambung~~


p/s: Hari pertama di Korea Selatan amat mendukacitakan. Kami hampir patah hati untuk melancong di Korea :((


p/s/s: Malam pertama di Lapangan Terbang Gimpo lagi mendukacitakan (* akan diceritakan pada post seterusnya*)


p/s/s/s: Malam pertama .................. (* eh silap... saya masih bujang :P *)