Pages

Saturday, December 25, 2010

3 Idiots

Salam,

  • Semalam saya berkesempatan untuk menonton "3 Idiots" yang berkisar tentang persahabatan 3 orang pelajar kejuruteraan.
  • Watak utama iaitu Rancho kelihatan cuba mengubah sistem pendidikan yang selama ini terbukti melahirkan jurutera yang berkaliber namun terlalu bergantung kepada sistem penilaian peperiksaan.
  • Jurutera seharusnya berfikiran kreatif untuk mencapai kecemerlangan bukannya kejayaan semata-mata. Kejayaan dalam peperiksaan tidak bermakna seseorang itu telah melakukan kerjanya dengan cemerlang. Walaubagaimanapun jika kita sentiasa berusaha melakukan sesuatu dengan cemerlang insya Allah kejayaan akan menyusul kemudian hari.
  • Sebenarnya cerita ini merupakan cerita komedi namun mungkin saya terlalu memikirkan jalan cerita ini yang berkisar tentang kehidupan seorang jurutera, saya telah beberapa kali menitiskan air mata secara tidak sengaja (* mmg idiot!*)
  • Saya terfikir samada saya tergolong dalam kategori manusia yang sentiasa mengejar gred yang cemerlang dalam peperiksaan tanpa benar-benar menghargai segala ilmu yang dipelajari. Secara jujur, saya kurang mengingati bahan-bahan pembelajaran ketika di tahun pertama dan tahun kedua.
  • Jalan cerita ini juga membuatkan saya memikirkan semula cita-cita saya yang asal iaitu bergelar seorang juruterbang. Pelbagai faktor membuatkan saya terpaksa melupakan kerjaya yang menjadi impian saya sejak dari kecil lagi.
  • Atau mungkin selama ini kudrat dan kekuatan saya menempuh ranjau kejuruteraan hanya semata-mata untuk orang lain bukannya atas kemahuan saya sendiri.
  • Semua perkara kelihatan mudah di layar perak namun sebaliknya dalam kehidupan seharian. Saya berharap dapat menjadi seorang jurutera yang benar-benar mencintai kerjaya saya dan memberi sumbangan kepada manusia. Insya Allah.

Juruterbang.

Kenapa saya ingin menjadi juruterbang

  • Saya seorang yang gayat tetapi saya tidak mahu mengalah dengan ketakutan ini.
  • Suka melihat kapal terbang.
  • Suka pekerjaan yang mempunyai pakaian seragam rasmi.
  • Sangat kagum apabila berada dalam kapal terbang dan mendengar pengumuman yang dibuat oleh kapten kapal terbang.
  • Sangat teringin mempunyai "wing" yang tersemat di dada.
  • Dunia di atas awan sangat cantik dan tenang sekali.
  • Antara semua jenis pemandu di dunia. Juruterbang yang kelihatan "cool" :D
  • Sangat terpesona melihat "game" perang yang melibatkan penggunaan jet. Sangat-sangat terpesona melihat "game" jet/kapal terbang yang terdapat di "arcade arena".
~~Sekian~~

p/s: Hepi je sebenarnya jadi electrical engineer. Honestly sangat excited bila ada orang tanya tentang soalan elektrik. Aku sanggup kot baca buku n revise internet semata-mata nak jawab soalan tue... kira excited la kan? haha.. mengong punya 3 idiots kasik spoil mood aku.

p/s/s: Kepenatan membantu keluarga Malaysia yang baru berpindah rumah di Edmonton

p/s/s/s: That's Why

Thursday, December 23, 2010

Lemon

Salam,

  • Hari ini saya telah memasak "Ayam Bersos Lemon" bagi menghabis buah lemon yang dibeli untuk memasak ikan salmon tempoh hari.
  • Terima kasih kepada rakan saya yang memberitahu tentang kewujudan laman web "Trymasak". Laman web ini ringkas tetapi padat dengan resipi yang mudah diikuti melalui video.
  • Professor di University of Alberta amat pantas menyemak kertas peperiksaan. Saya hanya menunggu satu sahaja lagi gred terakhir walaupun peperiksaan baru berlalu tidak sampai seminggu.

~Bertimbun emel daripada Registrar~
  • Semalam, saya pergi menonton "TRON" bersama seorang rakan. Cerita ini langsung tidak menarik..... dush.
  • Formspring yang dibuat dibanjiri soalan-soalan daripada rakan-rakan "Anonymous". Saya berharap dapat menerima soalan daripada "valid user" selepas ini.
~Ayam sos lemon~

~~Sekian~~

p/s: Encik Profs. telah membunuh cuti aku... huhu

p/s/s: Bila Aku Sudah Tiada.

p/s/s/s: Ayam sos lemon sangat sedap!!! aku bukan nak puji diri sndiri seyh tp benda nie mmg sng nak wat kalo tgok resipi dia kat trymasak. membazir je kalo pg beli perencah kat kedai yg agak mahal padahal benda mudah je nak wat. Selamat mencuba :))

Tuesday, December 21, 2010

Implementation Approval

Salam,

  • Saya baru sahaja pulang daripada mesyuarat dengan klien dan Professor.
  • Syukur Alhmdulillah. Projek "Borealis Art:Solar Panel" sudah diberi kelulusan.
~Salmon Panggang Lemon~

~~~Sekian~~~~

p/s: Resipi diambil daripada website trymasak.

p/s/s: argh....cuti ni mmg bosan dgn final year project...

p/s/s/s: U can give without love but u cannot love wihout giving

Monday, December 20, 2010

Spirit

Salam,

  • Motivasi dan semangat adalah penting dalam kehidupan saya.
  • Saya gemar membaca kata-kata motivasi atau menonton cerita yang berkaitan dengan inspirasi.
  • Kata-kata seperti ini akan membuatkan saya meremang dan merasa aliran darah yang kuat ke otak. Ini satu fenomena yang membuat saya merasa sangat gembira.
  • Beberapa minit terakhir daripada cerita "Batman: The Dark Knight" benar-benar membuatkan saya tidak senang duduk kerana kata-kata yang diungkapkan sangat membangkitkan semangat.


~~Video kegemaran~~

Friday, December 17, 2010

Sahabat lama

Salam

*Esok ada 2 peperiksan... Otak dah tepu*

  • Saya teringat rakan-rakan lama ketika saya tinggal di Kuarters Polis Bandar Baru Air Hitam, Pulau Pinang.
  • Antaranya, saiful, alif dan ..... dan ....... (*sedih betul.... yang lain dah lupa nama.. huhu*)
  • Dahulu rumah saya di tingkat bawah manakala rumah Saiful di tingkat 2 yang terletak betul-betul atas rumah saya. Boleh dikatakan setiap petang Saiful akan datang ke rumah saya untuk bermain. Nama gelaran bagi Saiful ialah GIANT.
  • Semua rakan-rakan saya bersekolah di Sekolah A.... .......(*nama lupa lagi... aduss*) manakala hanya saya seorang belajar di Sekolah Kebangsaan Sri Aman.
  • Jadi kami hanya akan bertemu selepas waktu persekolahan. (*isk2x... best betoi waktu petang punya la ramai kawan dalam kuarters ni*)
  • Namun begitu, keluarga saya terpaksa berpindah ke Jitra kerana ayah saya bertukar lokasi kerja. Maka pada tahun 1996, saya pun terpaksa meninggalkan kuarters yang sangat disayangi. (*Ayah saya seorang polis dan kerap berpindah randah. Namun begitu, ini merupakan rumah yang paling saya sayang*)
  • Saya masih lagi teringat pada hari terakhir hendak berpindah, Saiful membawa bekas makanan datang mengajak saya keluar bersamanya seketika. Apabila sampai di bawah pokok, dia membuka bekas makanan tersebut dan mempelawa saya makan bersamanya. Katanya makanan itu dimasak bersama ibunya untuk saya. Itu merupakan makanan terakhir saya bersama Saiful dan juga pengalaman pertama saya berkongsi bekas makanan yang sama dengannya.
  • Kedengaran suara kakak saya memanggil nama saya kerana kereta ayah sudah hendak bergerak ke Jitra. Tiada kata-kata amanat terakhir daripada saya kepada Saiful pada ketika itu (*mungkin saya baru berusia 7 tahun*) .
  • Saya hanya melambaikan tangan dan Saiful hanya berkata "BYE AKMAL!"
  • Setelah itu, kami langsung tidak berhubung sama sekali (*budak berusia 7 tahun pada zaman 90an mana ada telefon bimbit kan? Kalau pegang telefon pun ayah jeling macam singa. Nak tulis surat pun tak tahu*)
  • Kini 14 tahun sudah berlalu, saya ingin mengetahui perkembangan terkini Saiful. Harapnya beliau menjadi insan yang berguna kepada diri, keluarga dan masyarakat. Semoga kita bertemu lagi pada suatu masa.
  • Saiful, kau adalah kawan baik yang pertama bagi diri ini.

~~Sekian~~

p/s: Saiful... Aku rindu ko seyh.... camna ek muka ang ? dah kurus kot ek? hahaha

p/s/s: Kenangan kena hambat dengan anjing dan makcik cina tua masih segar dalam ingatan.

p/s/s/s: Esok JUMAAT!!! jeng2x.. pastu yipppieee..

p/s/s/s/s: Ku ingin menjaga hati mu