Friday, June 5, 2015

Profesional

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

  • Berita tentang ketidakhadiran Perdana Menteri (PM) ke forum yang turut dihadiri oleh Tun Mahathir membanjiri Facebook. Cerita tentang gempa bumi di Sabah pun terus tenggelam.
  • Kenapa PM tidak hadir? Sebab sebenar hanya diketahui oleh beliau. Saya cuma kesal dengan cara Ketua Polis Negara membuat arahan pembatalan melalui "tweet". Medium dan cara yang dilakukan oleh beliau ternyata tidak bersesuaian dengan kedudukan beliau. 

Kisah Status Facebook.

  • Baru-baru ini juga kecoh di media dengan kisah sekumpulan doktor muda yang digambarkan seolah-olah menghentam pesakit yang membuat pilihan yang BERBEZA daripada praktis yang sepatutnya.
  • Saya tidak mahu ulas tentang pilihan pesakit tersebut sebab kebelakangan ini juga terlalu ramai orang yang mampu berkata-kata hebat dengan rujukan daripada GOOGLE.
  • Saya juga tidak berminat untuk mengetahui situasi dan perasaan yang dialami oleh seorang doktor. Semua sedia maklum bahawa kerjaya sebagai doktor penuh dengan cabaran dan menuntut kesabaran yang tinggi.
  • Saya cuma yakin persepsi buruk ini dapat ditangani sekiranya seseorang profesional itu bersikap PROFESIONAL di tempat kerja. Perkara yang perlu diingati oleh semua pihak ialah INTERNET bukanlah tempat yang menawarkan privasi.
  • Simpanlah luahan perasaan yang berkaitan KELUARGA, PERASAAN dan juga KERJA dalam hati bukannya digembar-gemburkan di media sosial.
  • Saya percaya rakan-rakan doktor akan terus berjuang melaksanakan kerja mereka walaupun dicemuh oleh sesetengah pihak yang cuba mencalarkan kredibiliti mereka.
  • Semoga kita semua istiqamah bekerja dalam mencari keredhaan Allah. Insya allah.

Sekian. Terima kasih.

~~Mohd Akmal~~

Friday, November 14, 2014

Surat Cinta Yang Telah Pergi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
  1. Saya membaca semula "post-post" lama dalam blog ini setelah selesai segala urusan di pejabat. Apabila dibaca entri pada Januari 2009, timbul perasaaan rindu kepada sebuah tempat yang menjadi tempat berteduh selama hampir 3 tahun. Saya terkenangkan bilik A-3A-9001, Hub Residence, University Of Alberta, Edmonton, Canada.
  2. Saya gemar melihat tingkap setiap kali bangun pagi ketika musim sejuk. Bunga-bunga salji yang terhasil di cermin tingkap sungguh indah sekali walaupun kedudukannya tidak teratur. Hebat sungguh ciptaan Allah. 
  3. Salji yang turun seolah-olah menjadi irama dan melodi yang indah dalam hidup ini sepanjang musim sejuk. Bunga-bunga salji pula seperti surat cinta dari langit. Subhanallah. Pastinya syurga di sana nanti lebih indah.
  4. 3 tahun sudah berlalu namun kenangan di Edmonton sungguh indah. Saya rindu kamu!!

Surat cinta dari langit

Sekian

~~Mohd Akmal Mehat~~

Friday, August 1, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


  • Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang beragama Islam.
  • Hari ini merupakan Syawal ke-5 dan saya sudah memulakan tugas di pejabat. Esok sambung cuti hujung minggu semula. Bila tiba di pejabat pagi tadi, betul-betul terasa "Salam 0-0" sebab tempat letak kereta kosong.
Lengang
  • Lebuhraya PLUS menghala KL/Selatan pula dah mula sesak sejak hari Rabu.Berdasarkan pengalaman lalu saya, insya allah perjalanan pulan ke KL lancar jika bertolak sebaik sahaja selepas solat subuh. Syukur Alhamdullilah saya tidak perlu meredah jalan sesak kerana sudah menetap di Pulau Pinang. 
  • Semoga kita berjumpa lagi
~~Sekian~~

p/s : Humaira tak jalan-jalan raya sangat pun dapat banyak duit raya. Alhamdullilah rezeki dia murah.

p/s/s: Budaya manusia yang suka bersalam dengan bukan muhrim agak terkawal di kalangan generasi muda. Walaubagaimanapun, budaya salam ikut suka hati ini masih lagi meluas di kalangan golongan yang sudah berusia. Mungkin adab sopan lagi penting katanya? Wallahualam.





Monday, February 24, 2014

Shhh.. Tiada siapa tahu.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


"Saya berjanji akan menjadi seorang pekerja yang baik, amanah, jujur dan blabla"

Ini merupakan salah satu respon yang popular bila kena temuduga untuk kerja.

  • Hampir semua orang yang bekerjaya pernah melalui sesi temuduga. Pada masa itu, semua janji ditabur seperti kita yang akan kawal segala keputusan/output. Sampai kekadang kita terlupa bahawa sebagai manusia, kita cuma boleh berusaha tetapi hasil hanya ALLAH yang tahu.


"Relaks la bro. Kerja jangan stres sangat. Jom lepak minum dulu "

Ini pula dialog sesetengah pihak setelah bekerja buat sesuatu tempoh

  • Saya berpendapat tiada masalah bagi seseorang pekerja itu mengambil OFF TIME ketika bekerja SELAGI beliau tidak mengganggu kerja orang lain dan TIDAK MEMERLUKAN beliau bekerja pada waktu yang tetap. Rehat sebentar selama beberapa minit dan diganti semula selepas itu sepatutnya tidak menjadi masalah. Walaubagaimanapun, kita seharusnya bekerja dengan pada waktu yang ditetapkan supaya pulang ke rumah sebaik sahaja waktu kerja tamat. Insya Allah rumah tangga lebih bahagia + hidup ceria.
  • Perkara yang menjadi masalah apabila kita MEMBUANG MASA dengan sesuka hati di tempat kerja. Waktu kerja bermula 8 pagi tetapi kerja hakiki kita hanya bermula pada jam 9 pagi. Selepas itu, disambung dengan sesi berborak dan juga melayari internet.
  • Sebenarnya banyak penyelewengan waktu yang berlaku dalam seharian (*nak tulis panjang sangat*). Mungkin majikan tidak nampak tetapi ALLAH nampak.


1 document pending for user

Status notification printer 
  • Pernah kita tanya samada dokumen yang dicetak itu berkaitan kerja atau peribadi? Tak mengapa sebab orang lain tak tahu. Tak mengapa sebab orang lain pun guna juga? 
  • Pernah kita dengar bahawa benda yang paling BERAT adalah AMANAH? 
  • Jangan kerana sehelai kertas A4 dicetak hitam putih maka kita berputih mata untuk ke syurga ALLAH.

~~Sekian~~

p/s: Kerja itu ibadah. 




Sunday, October 27, 2013

Menolak Batu Besar

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
  1. Sudah hampir dua tahun saya tidak update blog ini.
  2. Kalau mahu diceritakan semula segala kisah dan peristiwa yang berlaku sepanjang tempoh tersebut mungkin terlalu panjang. Rakan-rakan yang mengenali saya melalui facebook sudah pastinya tahu serba sedikit tentang diri saya.
MOMENTUM!

" Jika ingin diberi sesuatu tugas, berilah tugas itu kepada orang yang sibuk. Nescaya dia akan punya masa untuk melakukannya," pesan isteri kepada saya

Pecutan yang diperlukan untuk menggerakkan sebuah kereta dari keadaan statik ke kelajuan 120km/h adalah besar. Walaubagaimanapun, hanya sedikit pecutan diperlukan untuk menambah kelajuan dari 120 km/h ke 130 km/h.

Ilmu/pengamatan/pengalaman/catatan/cita-cita/angan-angan/impian/perancangan tanpa sebarang catatan atau penulisan adalah KERUGIAN.

p/s: Aduh. Susah benar untuk menulis semula.

p/s/s: Menulis sesuatu yang baik bukan bererti kita sempurna.Sebaliknya, kita juga sedang berusaha untuk menjadi lebih baik. :)

p/s/s/s: Selamat bekerja!! Baru sekarang aku faham sindrom orang bekerjaya.