Pages

Wednesday, October 27, 2021

Letting Go

Melihat rumah yang terbiar terus hati terasa sayu.
Terdetik untuk melepaskan rumah yang pernah didiami hampir 4 tahun yang lalu.
Tawa dan nangis anak kecil masih lagi jelas dalam ingatan.

Mungkin sudah tiba masanya untuk lepaskan rumah ini kepada pemilik baharu.

Tuesday, October 26, 2021

Low Hb

I couldn't fulfil my wish to donate blood on yesterday due to low Hb's reading.
This is the first time incident after more than 10 blood donations since ever.


Monday, October 25, 2021

Negara

Saya ada kenalan.
Dia kelihatan biasa tetapi jiwanya patriotik.
Maksud saya semangat demi negara yang tinggi.

Jika diberi sesuatu fakta yang kurang tentang Malaysia.
Dia pasti akan menangkan juga dengan menaruh kepercayaan Malaysia akan lebih baik pada masa akan datang.
Dia optimis dengan Malaysia.

Jika ada pihak yang merendahkan Malaysia pula.
Dia pasti dengan pantas menyinga.

Sekarang dia pun sudah berada di tempat yang sesuai untuk membentuk Malaysia yang lebih baik.
Atau sekurang-kurangya menjual idea dan model pemikiran Malaysia di peringkat antarabangsa.

Semoga terus berjaya. Demi Malaysia!!

Sunday, October 24, 2021

Saturday, October 23, 2021

Gemas Road

Bermalam di Georgetown semasa dalam perjalanan pulang ke Lembah Klang.
Seseorang telah mengajak saya untuk sarapan pagi di gerai roti canai yang popular.
Seawal jam 7.15 pagi sudah kelihatan barisan manusia yang datang untuk menjamah selera.

Menu roti canai yang viral ternyata tidak kena dengan tekak saya.
Berpeluh untuk menghabiskan makanan dalam pinggan.

Mungkin ini yang pertama dan terakhir.




p/s    : selalu elak tempat yang dikatakan viral. Ini kira kali pertama juga saya mencuba benda viral.

Wednesday, October 13, 2021

Limit

I might have reached my limit.
I'm starting to be unproductive.

While I have ideas and solution.
Seems like silence is the best approach.


Tuesday, October 5, 2021

Glamping @Hid3out Ulu Yam

Salam,

Sempadan negeri mahupun negara masih belum dibuka setakat hari ini.

Hikmah di sebalik semua ini, kita mula menghayati dan menghargai benda yang dekat.

Jika dahulunya percutian bermaksud rentas negeri atau negara.

Sekarang hanya cukup sekadar rentas daerah.


Coretan pengalaman di Hid3Out

Harga        : RM 399/malam

Makanan    : Disediakan. Makan malam dan sarapan. Perlu masak sendiri. Peralatan memasak disediakan.

Khemah    : Luas. 1 tilam queen & 1 tilam single. Boleh muat 4 orang dewasa.

Elektrik    : Ada. Kipas dan lampu juga ada.

Tandas    : Peribadi bagi setiap khemah

Sungai    : Ya. Depan khemah dalam 15 meter