Pages

Thursday, December 30, 2010

Malaysia Tanah Airku.

Salam,

  • Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya mengalahkan pasukan Indonesia. Saya agak kurang berpuas hati dengan persembahan pemain pada pusingan kedua ini namun yang penting kejuaraan sudah menjadi milik negara kita.
  • Terima kasih kepada penjaga gol Malaysia yang sangat hebat mempertahankan gawang negara.
~~Sekian~~

p/s: Kalo yea pun nak main secara bertahan, jangan terlalu gelabah boleh?? Aku tgok Safee sorang je dok kat atas tapi gawang Malaysia kena serang teruk gak. Nasib baik keeper gempak.

p/s/s: Aku baru je baca blog awek kepada Khairul Fahmi... Oh yea,mamat ni sudah menjadi hot stuff dalam masa yang singkat. Tahniah!!!! Harap status "awek" tue dapat upgrade jdik "isteri" secepat mungkin sebab korang berdua dah jadi tumpuan ramai kot.. Jangan jadi cam kes Mawi sudeyh.

p/s/s/s: Pasukan Indonesia pun main terbaik jugak!!! well done

Wednesday, December 29, 2010

Lake Louise & Snowboard

Salam,

  • Saya mendapat panggilan telefon daripada Fuad kira-kira jam 9 pagi tadi. Beliau memohon bantuan saya untuk menyewa kereta untuk ke "Banff National Park of Canada" bagi tujuan "snowboarding".
  • Saya agak sedih kerana tidak dapat menyertai rakan-rakan yang lain walaupun pada hakikatnya saya merupakan orang yang merancang perjalanan tersebut. Namun disebabkan beberapa perkara yang lebih penting, saya memilih untuk mengorbankan percutian "snowboarding" saya pada tahun ini.
  • Ini merupakan kali pertama saya terperap di rumah sahaja ketika musim cuti sejak saya menjejak kaki ke Kanada.
  • "Nak pergi... Nak pergi.... Nak pergi !!! :( ," getus hati kecil ini ketika memandu kereta yang disewa bagi kegunaan rakan-rakan. Saya terpaksa menyewa kereta bagi pihak mereka kerana undang-undang Alberta hanya membenarkan individu yang berusia 21 tahun dan ke atas menyewa kereta.
  • Sebaik sahaja tiba di rumah, kelihatan rakan-rakan yang lain sudah bersedia bersama "snowboard" masing-masing. Semua kelihatan gembira untuk meluncur laju di gunung yang dilitupi salji. Begitulah perasaan saya setiap kali pergi bermain "snowboard" di "Rockies Mountains".
  • Jika selalunya saya yang akan mengetuai rombongan tetapi kali ini saya hanya mampu tersenyum melihat gelagat mereka. Oh yea, kebanyakan daripada mereka baru sahaja berkecimpung dengan "snowboarding".
  • Kepada rakan-rakan, saya minta maaf kerana terpaksa menarik diri daripada rombongan ini. Semoga bergembira.
Hilmi dan Faiz

  • Setelah rombongan bertolak, saya telah menemani dua orang rakan yang juga pelajar pertama untuk membeli kasut "skating".
  • "Snowboarding" ternyata lebih menarik daripada "skating" tetapi sekurang-kurangnya saya dapat mengisi masa lapang.
Faez sedang mencuba kasut "skating"

~~Sekian~~

p/s: tersangat sedih sebab xleh main snowboard kali nie. dah la terpaksa kecewakan ramai orang kali ini.

p/s/s: We cannot run away from problem but we should face it.

p/s/s/s: I'm not perfect :( That's why I'm here to learn new things and to do mistakes. The best thing I could do is to avoid the same mistakes. However, I promise that I will not give up at all even there is only nano size of hope.

Tuesday, December 28, 2010

Orang kita

Salam,

  • Orang hanya gemar berkata-kata tanpa tindakan susulan.
  • Orang gemar menuding jari apabila tragedi berlaku. Jarang sekali yang berani tampil ke hadapan dan memikul tanggungjawab. Namun, orang sanggup menggadai maruah untuk wang dan harta.
  • Orang mengungkit apabila diberi ujian tetapi bongkak apabila mendapat rezeki. Bukankah kedua-duaNya diturunkan oleh Allah?
  • Orang kononnya cintakan Islam. Muslim memegang anjing dimaki hamun namun muslim yang bukan muhrim berpegangan dikatakan pasangan romantik.
  • Orang gemar berkelakuan ekstrem tentang agama kononnya cintakan agama. Al-Quran dibakar kita pun melatah secara berlebihan sedangkan Allah sudah berjanji akan memelihara kitabNya sehingga hari kimat kelak.Bagaimana dengan Al Quran yang berhabuk di rumah?
  • Orang gemar bercakap tentang politik tetapi apabila ditanya tentang rukun negara dan prinsip asas perlembagaan pun tergaru kepala.
  • Orang mudah bangga apabila dipuji namun benci apabila dikritik demi kebaikan.
  • Orang gemar meminta-minta namun sukar untuk memberi. Bukankah tangan yang memberi itu lebih mulia daripada tangan yang menerima?
  • Ungkapan terima kasih dan maaf kedengaran mudah namun masih yang berat mulut mengucapkannya.
  • Pemimpin adil perlu dihormati, pemimpin zalim harus disanggah. Walaubagaimanapun, orang masih sanggup berkompromi dengan kezaliman demi kesenangan diri sendiri.

Sunday, December 26, 2010

Fall Term 2010

Salam,

  • Gred tidak memberi gambaran sebenar tentang kejayaan seseorang .(*terpengaruh dengan 3 idiots lagi*)
  • Analisis subjek Fall Term 2010
E E 430
Name: Power System Analysis

Topics: Transmission Line Parameters, Steady State Operation, Power Flow, Power System Controls

Love: 10/10

Final Grade: A

Comments: Just love it :-)

E E 431
Name: Power Electronics

Topics: 33 power electronics topics. (Major topics: rectifiers, power quality,heatsinks, Converters, Thyristors, Switching devices

Love: 8/10

Final Grade: A+

Comments: I guess it is the hardest course for this term because electronic are pain. However, power electronics are so so so so so important because humans are relying with new technologies.

E E 460
Name:Control Systems II

Topics: State Space Modelling, Controllability and Observability, State Feedback, Observer and Observer based control.

Love: 8/10

Final Grade: A-

Comments: I don't really like this course but I realize control system is important so that I can fully utilize my power system knowledge. No worries because this course is amazing especially for the lab section.


E E 400
Name: Capstone Design for Electrical Engineer

Topics: Borealis Art-Solar Power System(*development phase*)

Love: 7/10

Final Grade: B

Comments: The most expensive project among other ( approx CAD 30 000) . The client is nice but sometimes asking too much things. I just received the approval from the faculty and I can't wait for the implementation phase. excited.


SOC 366

Name: People in Industry

Topics: History of Workforce,Immigrants in Canada, Jobs, Women in Industy, Organization of work, Conflict and Control in Workplace.

Love: 5/10

Final Grade: B+

Comments: SOCIOLOGY!! I'm okay with memorizing stuffs but I don't really enjoy this course :(( However, the professor = FUNNY!!!


Final CGPA: 3.7
~~The end~~

p/s: satu semester je lagi !!!! oh nice.

PS3 Move

Salam,

  • Saya telah menebus mata ganjaran kad kredit Royal Bank of Canada dengan kad FutureShop yang bernilai CAD 400.
  • Kad itu pula digunakan untuk membeli "PS3 320 GB Move Bundle" .
  • Jadi, PS3 ini diperoleh oleh saya secara percuma!!!!
  • Terima kasih Royal Bank of Canada. :-)


PS3 Move Bundle

  • PS3 sudah lama berada di pasaran tetapi harga yang agak mahal membuatkan tidak ramai orang mampu membelinya.
  • Namun begitu, "PS3 Move" merupakan edisi terkini dimana badan "user" adalah "controller". Jika sebelum ini ramai bermain PS3 dalam keadaan duduk dan tanpa mengeluarkan peluh tetapi "user" akan mula keletihan setelah bermain beberapa permainan.
  • Badan gerak-gerak + lompat-lompat = Badan sihat kan? :-)
  • Konsep sama seperti Wii yang dikeluarkan Nintendo tetapi saya merupakan seorang "SONY FREAK" . Lagipun "games" yang dikeluarkan untuk "Wii" sangat membosankan.
  • PS3 atau XBOX 360? saya sudah menggunakan kedua-duanya. Jawapannya PS3!!!
  • Sempena promosi Krismas di Edmonton, pembeli akan mendapat pakej percuma bagi setiap pembelian PS3. Saya memilih pakej "game MAG dan Sony Headset" sebagai hadiah percuma.
Royal Bank of Canada(RBC)

  • Ini merupakan satu-satunya akaun bank saya di Kanada. Sebelum ini saya mempunyai beberapa akaun bank lain tetapi semuanya sudah ditutup kerana perkhidmatan yang kurang memuaskan.
  • Saya tidak pernah membayar sebarang "interest" atau penalti sepanjang menggunakan kad kredit daripada bank. Saya hanya menggunakan kad kredit sebagai kad perbelanjaan bukannya kad hutang.
  • RBC akan memberi mata ganjaran bagi setiap pembelian menggunakan kad kredit. Setelah menggunakan kad kredit RBC selama hampir 4 tahun saya mampu menebus kad FutureShop bernilai CAD 400 dan saya masih mempunyai mata ganjaran untuk ditebus lagi.
  • Ini merupakan faktor saya amat gemar menggunakan kad kredit ketika berbelanja.
  • Saya tidak pernah membayar walau satu sen kepada RBC dan akhirnya saya mendapat barang percuma daripada RBC.
  • Terima kasih ROYAL BANK of Canada. I love you.

~masakan untuk hari ini, KETAYAP~

~~Sekian~~

p/s: Aku beli bukan sebab aku byk duit... aku beli guna kad futureshop ok?

Saturday, December 25, 2010

3 Idiots

Salam,

  • Semalam saya berkesempatan untuk menonton "3 Idiots" yang berkisar tentang persahabatan 3 orang pelajar kejuruteraan.
  • Watak utama iaitu Rancho kelihatan cuba mengubah sistem pendidikan yang selama ini terbukti melahirkan jurutera yang berkaliber namun terlalu bergantung kepada sistem penilaian peperiksaan.
  • Jurutera seharusnya berfikiran kreatif untuk mencapai kecemerlangan bukannya kejayaan semata-mata. Kejayaan dalam peperiksaan tidak bermakna seseorang itu telah melakukan kerjanya dengan cemerlang. Walaubagaimanapun jika kita sentiasa berusaha melakukan sesuatu dengan cemerlang insya Allah kejayaan akan menyusul kemudian hari.
  • Sebenarnya cerita ini merupakan cerita komedi namun mungkin saya terlalu memikirkan jalan cerita ini yang berkisar tentang kehidupan seorang jurutera, saya telah beberapa kali menitiskan air mata secara tidak sengaja (* mmg idiot!*)
  • Saya terfikir samada saya tergolong dalam kategori manusia yang sentiasa mengejar gred yang cemerlang dalam peperiksaan tanpa benar-benar menghargai segala ilmu yang dipelajari. Secara jujur, saya kurang mengingati bahan-bahan pembelajaran ketika di tahun pertama dan tahun kedua.
  • Jalan cerita ini juga membuatkan saya memikirkan semula cita-cita saya yang asal iaitu bergelar seorang juruterbang. Pelbagai faktor membuatkan saya terpaksa melupakan kerjaya yang menjadi impian saya sejak dari kecil lagi.
  • Atau mungkin selama ini kudrat dan kekuatan saya menempuh ranjau kejuruteraan hanya semata-mata untuk orang lain bukannya atas kemahuan saya sendiri.
  • Semua perkara kelihatan mudah di layar perak namun sebaliknya dalam kehidupan seharian. Saya berharap dapat menjadi seorang jurutera yang benar-benar mencintai kerjaya saya dan memberi sumbangan kepada manusia. Insya Allah.

Juruterbang.

Kenapa saya ingin menjadi juruterbang

  • Saya seorang yang gayat tetapi saya tidak mahu mengalah dengan ketakutan ini.
  • Suka melihat kapal terbang.
  • Suka pekerjaan yang mempunyai pakaian seragam rasmi.
  • Sangat kagum apabila berada dalam kapal terbang dan mendengar pengumuman yang dibuat oleh kapten kapal terbang.
  • Sangat teringin mempunyai "wing" yang tersemat di dada.
  • Dunia di atas awan sangat cantik dan tenang sekali.
  • Antara semua jenis pemandu di dunia. Juruterbang yang kelihatan "cool" :D
  • Sangat terpesona melihat "game" perang yang melibatkan penggunaan jet. Sangat-sangat terpesona melihat "game" jet/kapal terbang yang terdapat di "arcade arena".
~~Sekian~~

p/s: Hepi je sebenarnya jadi electrical engineer. Honestly sangat excited bila ada orang tanya tentang soalan elektrik. Aku sanggup kot baca buku n revise internet semata-mata nak jawab soalan tue... kira excited la kan? haha.. mengong punya 3 idiots kasik spoil mood aku.

p/s/s: Kepenatan membantu keluarga Malaysia yang baru berpindah rumah di Edmonton

p/s/s/s: That's Why

Thursday, December 23, 2010

Lemon

Salam,

  • Hari ini saya telah memasak "Ayam Bersos Lemon" bagi menghabis buah lemon yang dibeli untuk memasak ikan salmon tempoh hari.
  • Terima kasih kepada rakan saya yang memberitahu tentang kewujudan laman web "Trymasak". Laman web ini ringkas tetapi padat dengan resipi yang mudah diikuti melalui video.
  • Professor di University of Alberta amat pantas menyemak kertas peperiksaan. Saya hanya menunggu satu sahaja lagi gred terakhir walaupun peperiksaan baru berlalu tidak sampai seminggu.

~Bertimbun emel daripada Registrar~
  • Semalam, saya pergi menonton "TRON" bersama seorang rakan. Cerita ini langsung tidak menarik..... dush.
  • Formspring yang dibuat dibanjiri soalan-soalan daripada rakan-rakan "Anonymous". Saya berharap dapat menerima soalan daripada "valid user" selepas ini.
~Ayam sos lemon~

~~Sekian~~

p/s: Encik Profs. telah membunuh cuti aku... huhu

p/s/s: Bila Aku Sudah Tiada.

p/s/s/s: Ayam sos lemon sangat sedap!!! aku bukan nak puji diri sndiri seyh tp benda nie mmg sng nak wat kalo tgok resipi dia kat trymasak. membazir je kalo pg beli perencah kat kedai yg agak mahal padahal benda mudah je nak wat. Selamat mencuba :))

Tuesday, December 21, 2010

Implementation Approval

Salam,

  • Saya baru sahaja pulang daripada mesyuarat dengan klien dan Professor.
  • Syukur Alhmdulillah. Projek "Borealis Art:Solar Panel" sudah diberi kelulusan.
~Salmon Panggang Lemon~

~~~Sekian~~~~

p/s: Resipi diambil daripada website trymasak.

p/s/s: argh....cuti ni mmg bosan dgn final year project...

p/s/s/s: U can give without love but u cannot love wihout giving

Monday, December 20, 2010

Spirit

Salam,

  • Motivasi dan semangat adalah penting dalam kehidupan saya.
  • Saya gemar membaca kata-kata motivasi atau menonton cerita yang berkaitan dengan inspirasi.
  • Kata-kata seperti ini akan membuatkan saya meremang dan merasa aliran darah yang kuat ke otak. Ini satu fenomena yang membuat saya merasa sangat gembira.
  • Beberapa minit terakhir daripada cerita "Batman: The Dark Knight" benar-benar membuatkan saya tidak senang duduk kerana kata-kata yang diungkapkan sangat membangkitkan semangat.


~~Video kegemaran~~

Friday, December 17, 2010

Sahabat lama

Salam

*Esok ada 2 peperiksan... Otak dah tepu*

  • Saya teringat rakan-rakan lama ketika saya tinggal di Kuarters Polis Bandar Baru Air Hitam, Pulau Pinang.
  • Antaranya, saiful, alif dan ..... dan ....... (*sedih betul.... yang lain dah lupa nama.. huhu*)
  • Dahulu rumah saya di tingkat bawah manakala rumah Saiful di tingkat 2 yang terletak betul-betul atas rumah saya. Boleh dikatakan setiap petang Saiful akan datang ke rumah saya untuk bermain. Nama gelaran bagi Saiful ialah GIANT.
  • Semua rakan-rakan saya bersekolah di Sekolah A.... .......(*nama lupa lagi... aduss*) manakala hanya saya seorang belajar di Sekolah Kebangsaan Sri Aman.
  • Jadi kami hanya akan bertemu selepas waktu persekolahan. (*isk2x... best betoi waktu petang punya la ramai kawan dalam kuarters ni*)
  • Namun begitu, keluarga saya terpaksa berpindah ke Jitra kerana ayah saya bertukar lokasi kerja. Maka pada tahun 1996, saya pun terpaksa meninggalkan kuarters yang sangat disayangi. (*Ayah saya seorang polis dan kerap berpindah randah. Namun begitu, ini merupakan rumah yang paling saya sayang*)
  • Saya masih lagi teringat pada hari terakhir hendak berpindah, Saiful membawa bekas makanan datang mengajak saya keluar bersamanya seketika. Apabila sampai di bawah pokok, dia membuka bekas makanan tersebut dan mempelawa saya makan bersamanya. Katanya makanan itu dimasak bersama ibunya untuk saya. Itu merupakan makanan terakhir saya bersama Saiful dan juga pengalaman pertama saya berkongsi bekas makanan yang sama dengannya.
  • Kedengaran suara kakak saya memanggil nama saya kerana kereta ayah sudah hendak bergerak ke Jitra. Tiada kata-kata amanat terakhir daripada saya kepada Saiful pada ketika itu (*mungkin saya baru berusia 7 tahun*) .
  • Saya hanya melambaikan tangan dan Saiful hanya berkata "BYE AKMAL!"
  • Setelah itu, kami langsung tidak berhubung sama sekali (*budak berusia 7 tahun pada zaman 90an mana ada telefon bimbit kan? Kalau pegang telefon pun ayah jeling macam singa. Nak tulis surat pun tak tahu*)
  • Kini 14 tahun sudah berlalu, saya ingin mengetahui perkembangan terkini Saiful. Harapnya beliau menjadi insan yang berguna kepada diri, keluarga dan masyarakat. Semoga kita bertemu lagi pada suatu masa.
  • Saiful, kau adalah kawan baik yang pertama bagi diri ini.

~~Sekian~~

p/s: Saiful... Aku rindu ko seyh.... camna ek muka ang ? dah kurus kot ek? hahaha

p/s/s: Kenangan kena hambat dengan anjing dan makcik cina tua masih segar dalam ingatan.

p/s/s/s: Esok JUMAAT!!! jeng2x.. pastu yipppieee..

p/s/s/s/s: Ku ingin menjaga hati mu

Thursday, December 16, 2010

Lowest state of motivation

Salam,

  • Aku benci apabila soalan "exam" yang sepatutnya menguji kefahaman menjadi soalan memasukkan angka yang berjela-jela dalam kalkulator.
  • Dalam dunia moden pengiraan tidak perlu diuji secara berlebihan kerana kalkulator dan perisian komputer akan membantu jurutera dalam alam pekerjaan. Yang penting adalah cara merangka jalan penyelesaian dan mengaplikasikan konsep menjadi praktikal.
  • Terima kasih Prof Dinvahi sebab bagi saya menjadi gembira

Wednesday, December 15, 2010

4th year course

Salam,

  • Saya baru sahaja selesai menduduki peperiksaan " Power Electronics" sebentar tadi.
  • Alhamdullilah kerana dapat pergi dan pulang dengan keadaan yang sihat dan selamat.
  • Soalan yang diberi amat sukar. Kebanyakannya tidak pernah diuji dalam kelas mahupun "assignment".
  • Terdetik rasa marah dan kecewa kerana soalan-soalan tidak seperti yang dijangka. Namun, baru saya sedar yang sudah pun berada di akhir pengajian. Jadi saya patut bersedia soalan yang diberi adalah kompleks dan memerlukan "critical thinking".
  • Ayat daripada Ali Ashraf,"Ape ko expect dari final year bro?? soalan mesti la kena pikir kritikal skit.. kita dah 4th year kot". Berapi wooo dengar ayat nie tadi
  • "4th year courses"= "Challenging"
  • Terima kasih Professor John Salmon :-)
~~Sekian~~

p/s: Esok exam lagi... subjek "POWER".... lepas exam ni bleh r jdik power rangers kot

p/s/s: I'm aiming for the brightest star in the universe. I might miss it but I know I have put my best efforts. :-) Insya Allah

p/s/s: When you say nothing at all

Monday, December 13, 2010

Facebook

Salam,

  • Di saat lapang saya meluangkan masa untuk menjengah "profile" rakan-rakan saya di "Facebook".
  • Si dara yang dulunya comot kini sudah semakin cantik dan ayu.
  • Si teruna yang dahulunya selekeh pula sudah semakin bergaya.
  • Tidak kurang juga rakan-rakan yang pada suatu masa dahulu mempunyai susuk tubuh yang kecil tp sekarang perut sudah agak memboyot ke hadapan.
Dua Cerita Berbeza

  • Melihat pelbagai "profile" rakan-rakan mendatangkan pelbagai perasaan kepada saya.
  • Selalunya saya hanya memeriksa bahagian "INFO" bagi mengetahui perkembangan semasa rakan saya seperti pekerjaan, universiti dan seangkatannya.
  • Hati berasa senang melihat kebahagian rakan yang sudah berkahwin malah ada yang sudah bergelar ibu atau bapa.
  • Saya juga hanya mampu tersenyum melihat rakan-rakan bergaya di "Facebook" dengan pakaian graduasi pada majlis konvokesyen.
  • Walaubagaimanapun, saya berasa amat sedih apabila menjengah "profile" rakan-rakan saya yang sudah kembali ke rahmatullah. Bukannya saya enggan mengingati mereka tetapi membayangkan hamba Allah tersebut masih di "Facebook" cukup untuk menghancur tembok air mata.
  • Saya agak kesal dengan segelintir rakan yang menghantar komen di "profile" hamba Allah berkenaan seolah-olah beliau masih hidup. Ucapan seperti "Selamat Hari Raya" dengan selambanya ditulis kononnya untuk menonjolkan rasa rindu.
  • Redhalah dengan pemergian mereka. Hanya iringan doa yang diperlukan oleh mereka pada saat ini dan saya pasti medium doa tersebut bukannya melalui "Facebook".
Peringatan

  • Kepada rakan-rakan yang gemar memuat naik gambar-gambar yang tidak menutup aurat di "Facebook", beringatlah yang kematian itu pasti.
  • Bayangkan jika kita meninggal dunia hari ini tetapi gambar-gambar tidak menutup aurat ditatap oleh jutaan manusia yang langsung tiada hak atas kita.
  • Mampukah kita menanggung dosa-dosa tambahan tersebut sedangkan dosa yang dikumpul sepanjang hayat mungkin sudah terlalu banyak. Wallahualam.
p/s: Exam Selasa, Rabu , Jumaat.... *Excited kuasa 90*

p/s/s: 1st Love

Sunday, December 12, 2010

Sweet Girl and Sweet Candy

Salam,

  • Di saat saya sedang mengulangkaji subjek "Power System", seorang gadis datang menghampiri meja saya.
  • "This is for you :-) ," ujar gadis tersebut sambil tersenyum.
  • "Hurmmmmmm.... This is for ????? No. I mean, is this free? " balas saya.
  • "Yes. Absolutely!," kata gadis tersebut.
  • "This is so sweet... Thanks so much. You made my day :-) ," kata saya sambil tersenyum dan tersengih. Dalam pada itu saya cuba mencari barang untuk diberi kepada gadis tersebut namun hanya terdapat kotak pensel, buku dan nota atas meja saya.


~~Sekian~~


Thursday, December 9, 2010

Reason (Tagged 2)

Salam,

Rule:Turn mp3 to shuffle mode to answer each question

1)IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?

It Must Have Been Love (Roxette)

2)HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?

It's not easy to be me (Five for Fighting)

3)WHAT DO YOU LIKE IN A GIRL?

My Memory (Korean Drama-Winter Sonata)

4)HOW DO YOU FEEL?

Through My Window(Shila)

5)WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?

Right Here Waiting (Richard Marx)

6)WHAT'S YOUR MOTTO?

Tears In Heaven (Declan Galbraith)

7)WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?

Freestyler (Bomfunk MCs)

8)WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?

Nobody (Wonder Girls)

9)WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?

Penantian (Blackrose)

10)WHAT IS YOUR LIFE STORY?

Purest of Pain ( Son by Four)

11)WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?

It's Just A Matter of Time ( Brook Benton)

12)WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?

Since You've Been Gone (Kelly Clarkson)

13)WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?

Love Will Lead You Back (Taylor Dayne)


14)WHAT IS YOUR PASSION IN LIFE?

Menjelma (Kaer)

15)WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?

Sk8er Boyz (Avril Lavigne)

16)WHATS YOUR BIGGEST SECRET?

How Do I Live ( Lee Ann Rimes)

17)WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?

Je Taime (Lara Fabian)

18)WHAT DOES YOUR LOVER THINK ABOUT YOU?

I Need You ( Lee Ann Rimes)

19)WHAT WILL YOU TITLE THIS NOTE AS?

Reason (Autumn In My Heart)

Monday, November 29, 2010

Stress belajar

Salam,

  • Kebiasaanya semasa belajar, saya perlu mengunyah sesuatu seperti coklat.
  • Saya juga tidak boleh belajar dalam persekitaran yang bising. Oleh sebab itu, saya kurang gemar akan teknik belajar berkumpulan terutama apabila bilangannya melebihi 3 orang.
  • Disebabkan pening kepala seperti mabuk laut maka saya pun menutup buku "Sociology" dan membuka kabinet dapur bagi mencari makanan.
  • Saya terpandang lebihan agar-agar yang digunakan untuk membuat puding roti pada minggu lepas. Saya juga menemui gula merah yang dibeli untuk membuat rendang daging hitam pada hari raya haji yang lepas.
  • Akhirnya, agar-agar santan(gula merah)




  • Senang sangat buat agar-agar ini. Baling semua bahan dalam periuk selepas itu tinggal beberapa minit (*sambung belajar*) dan selepas itu tuangkan ke dalam loyang.
  • Sejukkan dalam peti ais dan boleh dimakan.
~~Sekian~~

p/s: Makin lama aku tenung buku sociology ni. makin kecik tulisan dia.. aku makin rabun agaknya.

p/s/s: aku susah hati sebenarnya tgok jdual exam pack cam dok dalam tren jepun.. isk2x..

p/s/s/s: Tearin' up my heart

Sunday, November 28, 2010

Tok- bleh- run

Salam,

  • Tok-bleh-run= Toblerone chocolate! :)
  • Ini merupakan coklat kegemaran saya.
  • Yang menariknya setiap kali menjelang krismas, akan muncul coklat "Toblerone" versi terhad.

~Coklat putih di bahagian atas kelihatan seperti salji di atas gunung.. COMEL!!!~

  • Disebabkan rasanya yang sedap dan KECOMELAN yang menggoda maka saya telah membeli dengan kuantiti yang agak banyak.

~Sebahagian daripada Tok-Bleh-Run~

~~Sekian~~

p/s: Hati gundah gulana risaukan sesuatu. hurm..

p/s/s: (T.T) ni lagu stok bagi nangis

Less than 20 minutes

Salam,

  • Hari ini saya mencuba untuk memasak lasagna bagi Usrah pada petang ini.
  • Setelah selesai memasak, saya sedar yang lasagna amat mudah dimasak. (Lagi mudah daripada masak kari ayam dan seangkatannya.)
Kos : CAD 15
Masa persediaan: 20 minit
Masa dalam oven: 45 minit

  • Saya hanya meluangkan masa kurang daripada 20 minit untuk menyiapkan bahan-bahannya. Setelah itu, lasagna boleh ditinggalkan sendirian dalam oven selama 45 minit.
  • Selepas itu????? Makan....alhamdullilah.

~~Sekian~~

p/s: Lasagna amat mudah dimasak tetapi apsal mahal sangat harga kat kedai??

p/s/s: Kulit lasagna tidak perlu direbus terlebih dahulu.

p/s/s/s: Aku sebagai peminat setia NOKIA, telah jatuh cinta kat Nokia N8 :)). Dalam dilema nak belik Iphone 4 or N8. Kalau aku ni banyak duit, mau dua2 phone aku taram... hoho

p/s/s/s/s There you''ll be

Friday, November 26, 2010

Kereta dan Mimpi

Salam,

  • 2 hari yang lepas saya termimpi kereta yang diminati saya. Menariknya, saya sempat memandu uji kereta tersebut dalam mimpi :-)
  • Kereta yang dimaksudkan ialah Peugeut 207 Sedan 1.6L berwarna hitam. Kereta ini telah memasuki pasaran Malaysia dan akan dipasang sepenuhnya di Kilang Naza yang terletak di Gurun.
  • Ciri-ciri yang terdapat pada kereta ini amat menarik perhatian saya kerana harga yang ditawarkan juga agak berpatutan pada RM 73 000 termasuk insurans.
  • Walaubagaimanapun, saya agak kurang gemar bentuk bahagian belakang kereta ini yang kelihatan janggal dan sedikit buruk.
  • Jadi saya mungkin tidak akan membeli kereta ini kerana bentuk sangat penting bagi seorang lelaki yang berumur 20an.
Mimpi

  • Tujuan utama post ini bukan untuk bercerita tentang kereta ini memandangkan saya pun sudah kurang berminat untuk menjadikannya kereta pertama saya.
  • Saya ingin berkongsi tentang pengalaman mimpi saya memandu uji kereta ini.
  • Mimpi yang sepatutnya indah menjadi ngeri apabila jurujual yang melayan saya ketika saya memulangkan kereta yang sudah dipandu uji ialah DR ROZMEY!!!!
  • Akibatnya, saya berlari lintang pukang dan membatalkan hasrat membeli kereta tersebut kerana terlalu terkejut melihat muka beliau (*ini kisah dalam mimpi la*)
~~Sekian~~

p/s: Kalo awek cun masuk dalam mimpi ok la... ttba je dr rozmey.

p/s/s: Sebab mimpi ni kot aku terus hilang nafsu kat kereta ni. BUBYE PEUGEOT 207!!!

Thursday, November 25, 2010

Gear 10

Salam,

  • Lebih kurang 20 hari sahaja lagi sebelum peperiksaan akhir semester "Fall 2010".
  • Agaknya sudah menjadi lumrah pelajar kejuruteraan elektrik untuk mempunyai jadual peperiksaan yang singkat tetapi padat.

  • Walaubagaimanapun, saya agak berpuas hati dengan jadual ini berbanding dengan draf yang dikeluarkan sebelum ini. Draf awal langsung tidak mempunyai jarak antara subjek.
  • Sekurang-kurangnya, saya masih mempunyai 1 hari berehat dan lebih kurang 20 hari untuk melakukan persediaan.
  • Tiada gunanya merungut mengenai nasib diri. Lebih baik gunakan kelebihan yang ada untuk membetulkan kelemahan diri.
  • GAMBATE!!! Insya Allah :-)
~Full Gear Activated~

~~Sekian~~

p/s: I'll be with you.

Monday, November 22, 2010

Selamat Hari Jadi Mak!!

Salam,

Selamat Hari Jadi.

Selamat Hari Jadi Mak!!!





~~Sekian~~

p/s: Terima kasih mak

p/s/s: selalu angpa komplen aku dok ckp kay-el so kali ni aku ckp loghat utara plak yea.


Sunday, November 21, 2010

Jatuh dan bangun semula

Salam

  • Pagi tadi saya ke Snow Valley untuk bermain "Snowboard" bersama rakan-rakan.
  • Lawatan tersebut bertujuan untuk melepas ketagihan dan mengajar beberapa pelajar baru tentang asas bermain "Snowboard"
  • Saya agak bosan bermain di situ kerana "trail" yang agak terhad jika dibandingkan dengan kawasan pergunungan. Ini mungkin kali terakhir melawat Snow Valley dan insya Allah kami akan ke kawasan pergunungan pada bulan Disember ini.
  • Keseronokan dan skill sebenar bakal bermula di Banff National Park!!





~~Sekian~~

p/s: Hampeh... bleh plak jatuh dekat bahagian yang landai.. baru nak tnjuk star... :PP

p/s/s: Hermione Granger pengubat duka... hoho

p/s/s/s: Sampai menutup mata

Wednesday, November 17, 2010

Di Hari Raya

Salam,

  • Suhu pada hari ini adalah -11 darjah Celcius. Saya kesejukan yang amat ketika menunggu bas untuk ke tempat solat hari raya AidilAdha. (* kena tukar dua bas kot * )
  • Kelas pada hari ini terpaksa ditinggalkan kerana jarak tempat tinggal dan tempat sembahyang agak jauh. Saya berasa agak sedih mengenangkan solat hari raya ini merupakan solat sunat hari raya saya terakhir di bumi Kanada.
  • Terdetik juga rasa gentar apabila membayangkan solat yang baru dikerjakan mungkin juga menjadi saat terakhir saya sujud menyembah ALLAH kerana ajal merupakan perkara yang tidak diketahui.
  • Sebaik sahaja pulang ke rumah, tiada aktiviti yang dilakukan kerana suasana beraya di perantauan amat berbeza ditambah pula hari ini merupakan hari persekolahan. Saya hanya melepaskan keletihan di atas katil selama beberapa jam.
  • Bangun sahaja daripada tidur, saya tersedar yang saya mempunyai temujanji dengan klien pada keesokan harinya. (*Honeymoon daripada final year project sudah berakhir*)
  • Di saat rakan-rakan di Malaysia sedang bergembira, saya hanya mampu memandang komputer dan cuba menyiapkan kerja sebagai pelajar. Namun begitu, keadaan saya tidaklah seteruk mana jika dibandingkan dengan penderitaan umat Islam di negara tertentu.
  • Saya melihat ke arah tingkap tetapi saya hanya mampu melihat kepekatan malam yang dihiasi kerpasan halus salju.
  • Tiba-tiba sahaja rasa nak menitis air mata :'(
~Aku berjanji akan terus melangkah ke hadapan meredah kegelapan biarpun sinar yang dicari masih tidak pasti~

~~Sekian~~

p/s: Someone told me that life is a race. If we don't move then we gonna be left behind. Yea it might be true but if it is a race then the contestants are aiming for the trophy/reward. However, I'm not aiming for that particular thing, I just want to accompany you to your destination even it means that I'm gonna lose the race

Tuesday, November 16, 2010

Malam Raya AidilAdha

Salam,

  • Seluruh Kanada menyambut Aidiladha pada hari Selasa.
  • Jadi saya langsung tiada mood untuk belajar pada malam ini. Saya hanya mendengar lagu raya yang sedih sambil memasak juadah hari raya.
  • Hasilnya, Rendang daging hitam dan puding biskut marie.
  • Rendang akan dimakan bersama dengan pulut kuning yang masih belum dimasak oleh saya.
  • SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!!
~Resipi daripada seorang ibu~

Pagi raya

~~Sekian~~

p/s: Hati sangat sedih + badan sangat letih :((

p/s/s: Terima kasih makcik :-)

p/s/s/s: OH IBU!!! nak balik kampung

Monday, November 15, 2010

Oh snow :'(

Salam,

  • Saya masih menanti salji turun ke bumi Edmonton.
  • Edmonton hanya dibasahi hujan sejak beberapa hari lalu walaupun pada hakikatnya suhu sudah lebih rendah daripada 0 darjah celcius.
  • Alhamdullilah Allah turunkan hujan di Edmonton kerana saya agak merindui bau hujan.


~~Sekian~~

p/s: The sky is crying :'(


Sunday, November 14, 2010

Dari kecik sampai umur 22

Salam.

  • Saya memang tiada bakat melukis sejak dari kecil sampai sekarang :'(
  • Nasib baiklah, kejuruteraan elektrik tidak memerlukan saya melukis benda-benda yang cantik seperti wajah manusia. Jika kemahiran tersebut diperlukan sudah pasti saya sudah lama ditendang daripada universiti.
  • Kalau dipinta untuk menyertai pertandingan melukis, agaknya budak umur 3 tahun boleh mengalahkan saya dengan mudah. isk2x..
~Insya Allah~

~Sebuah impian~

~~Sekian~~

p/s: Bila snow nak turun tebal-tebal nie?

p/s/s: Hari Raya Aidiladha bagi seluruh Kanada adalah pada hari Selasa bersamaan dengan 16/11/2010. huhu... nak balik Jitra!!!!

p/s/s/s: Je T'aime

Saturday, November 13, 2010

Hari ini pun cuti lagi :-)

Salam,

  • Alangkah indahnya jika hari persekolahan cuma 3 hari seminggu seperti yang berlaku pada minggu ini :-)
  • Saya berasa kurang gembira sejak beberapa hari yang lalu. Jadi untuk membuatkan saya terlupa akan masalah peribadi buat sementara waktu, saya cuba mengalihkan perhatian saya dengan membuat kerja-kerja di dapur.
  • Hasilnya, Nasi Ayam Madu.


~Sekian~

p/s: Senang je nak wat nasi ayam. Semua orang bleh cuba wat benda nie.

p/s/s: Cuti sudah berbaki 2 hari. Jadi malam ini kena start rutin sebagai student universiti. Esok dah malas nak spend masa berjam-jam kat dapur.

p/s/s/s: Need you now :'(

Friday, November 12, 2010

Nasi Lemak Edmonton

Salam,

  • Saya baru sahaja selesai memasak Nasi Lemak \(*O*)/
  • Hari ini merupakan cuti umum Kanada sempena pengorbanan tentera Kanada dalam Perang Dunia ke-2. Esok pula merupakan cuti peristiwa yang diberikan oleh pihak University of Alberta.
  • Ini bermakna saya mempunyai cuti panjang selama 4 hari pada minggu ini. Berita baiknya, ini merupakan satu-satunya minggu sejak bermula semester saya tidak perlu meluangkan masa untuk "Final Year Project"

~~Sekian~~

p/s: I don't need to stare at your face everyday because you are always in my thoughts.

p/s/s: I don't need to talk to you frequently because I always pray for your success and safety.

p/s/s/s: When I think of you



Thursday, November 11, 2010

Critical Design Review (CDR)

Hoyeay!!!!
CDR presentation dah selesai \(*0*)/

Salam,

  • Syukur alhamdullilah kerana CDR presentation telah berjalan dengan lancar sekali.
  • Insya Allah jika tiada aral melintang, projek "Borealis Art" bakal diluluskan berdasarkan maklum balas yang diterima daripada fakulti dan klien sebentar saja tadi.
~Sekian~

p/s: Live update from Faculty of Engineering at University of Alberta.

Monday, November 8, 2010

Saya sayang rakan saya

Salam,



~Sekian~

p/s: Video x sempat habis sebab kamera tetiba stop pada minit yg ke 10. aku dah ngantuk + malas nak edit + nak jimat masa.

p/s/s: Esok ada exam lagi :((

p/s/s/s/s: I need to know..

Sunday, November 7, 2010

Saya Budak Kampung Part 1

Salam rakan-rakan,



~Sekian~

p/s: Ku ingin kau tahu......

p/s/s: Daylight saving time baru sahaja berakhir. Beza waktu Malaysia dan Kanada pada waktu ini adalah 15 jam bukannya 14 jam lg. :-)

Thursday, November 4, 2010

Hidup Ini

Hidup ini sebuah perjalanan,
Ada jalan susah,
Ada jalan senang,
Ada jalan mati.

Hidup ini juga tentang pilihan,
Adakalanya kita punya banyak pilihan,
Ada masa kita langsung tiada pilihan,
Namun kita masih perlu membuat pilihan.

Hidup ini seiring dengan risiko,
Jika kita berani terima risiko,
Kita mungkin gembira kerana hasil yang berbaloi,
Sebaliknya kita menangis dek kesan yang diterima.

Gula rasanya manis,
Garam rasanya masin,
Hidup tidak selalunya indah,
Kadang-kadang kita terpaksa menangis.

Hidup ini tidak semestinya untuk diri sendiri,
Adakalanya kita terus bersemangat untuk melangkah demi orang lain,
Mungkin kita menderita di saat insan tersebut berbahagia,
Namun itulah salah satu episod hidup manusia.

Mata untuk melihat,
Telinga untuk mendengar,
Akal untuk befikir,
Namun manusia masih terkhilaf dalam membuat keputusan.

Ikut kata hati boleh mati,
Ikut nafsu terus binasa,
Ikut akal akan menyakiti diri,
Ikut hukum Allah pasti tenteram.

Dari Perlis pergi ke Johor,
Pandu kereta dari utara ke selatan,
Kita mungkin jauh berbeza,
Dengan izin Allah kita masih senada.

~~Sekian~~

p/s: Someone advised me to be "MYSELF". Agaknya aku jdik alien kot sblom nie... haish...

p/s/s: Kadang2 kita rasa guna akal lagi baik daripada kata hati. Namun adakalanya kita harus mendengar kata hati kita.

p/s/s/s: Ramai orang gemar mengambil jalan mudah demi kesenangan hidup. Ada juga yang suka jalan yang mencabar namun terlupa akan kemampuan diri.

p/s/s/s/s: Kita selalu berdoa pada Allah supaya dimudahkan perjalanan dan mendapat kebaikan. Namun apabila Allah permudahkan perjalanan kita, kita dengan keras hati ingin mencuba jalan yang lebih susah. Kita terlupa yang kita sudah berserah padanya atas kelemahan kita dalam membuat keputusan.

p/s/s/s/s/s/: Don't be hard on ourselves. We are human who would do mistakes. AGaiN and AGAIN!!!

Monday, November 1, 2010

Halloween

Salam,

  • Malam ini merupakan malam sambutan Halloween di Edmonton. Semasa saya dalam perjalanan pulang ke rumah dari "Safeway", saya terserempak dengan kumpulan manusia yang berpakaian pelik. Yang penting saya tidak menyambut Halloween dan tidak berminat langsung berpakaian sedemikian. Baik pergi masjid kan?
Kapten Kuchiki Byakuya

  • Watak kegemaran saya dalam "Bleach" ialah Kuchiki Byakuya kerana perwatakannya yang tenang.
  • Oleh kerana Kapten Kuchiki tidak menyambut Halloween pada malam ini, maka beliau telah meminta saya memasak "mee Udon" untuknya dan sahabat baiknya yang bernama "Momot"
~Jemput makan yea Encik Momot~

Kapten: Momot!! Jangan makan sampai habis yea.. sebab aku pun lapaq gak nie.

Momot: Bukan ke tetamu kena dijamu sampai kenyang?? :PP . Rasa benda ni sama ke dengan mee Udon kat Jepun?

Kapten: Ko nak kena lempang free atau mee Udon free?

Momot: Terima kasih Kuchiki Taichou...

~~Mee Udon versi caca merba~~

Analisis Perbelanjaan Oktober



  • Syukur kerana jumlah perbelanjaan kurang daripada belanjawan bulanan yang ditetapkan :))
  • Saya masih belum membelanjakan wang saya untuk membeli sebarang pakaian, kasut dan seangkatan sejak pulang dari Malaysia tempoh hari.
  • Satu rekod! Saya langsung tidak berkunjung ke pawagam, pusat bowling dan lain-lain tempat hiburan sejak pulang ke Kanada. Insya allah saya cuba untuk menjimatkan wang daripada disalurkan ke bahagian ini.

~~Sekian~~

p/s: selalu masak guna mee kuning.. Mee Udon not bad la rasanya.

p/s/s/: Without you.

Sunday, October 31, 2010

Chinatown

Salam,

  • Saya dan rakan saya (Ali) pergi ke Chinatown sebentar tadi bagi membeli makanan dan keperluan dapur.
  • Sesetengah barang seperti santan, serai, perencah, serbuk kari dan sebagainya tidak terdapat di pasaraya konvesional Kanada. Cara terbaik mendapatkan barang-barang ini hanya di Chinatown.
  • Namun begitu, jarak Chinatown yang agak jauh dari rumah menyebabkan saya keberatan untuk membeli belah di sini.
  • Ini sebahagian daripada diari kehidupan saya sejak bergelak perantau di bumi Kanada. Saya tidak boleh banyak merungut sebaliknya cuba menganggap episod di Kanada sebagai salah satu cara mematangkan diri.
Maggi dijual di EDMONTON!!!

Video

  • Pelbagai respon yang diterima oleh saya sejak saya menghasilkan video yang pertama buat blog ini.
  • Ada rakan yang meminta saya membuat suntingan video sebelum memuat naik ke "Youtube". Namun begitu, matlamat saya membuat video adalah untuk menjimatkan masa saya ketika menulis tentang diri saya ataupun ketika mengulas sesuatu isu. Walaubagaimanapun, saya akan mengingati pesanan ini dan cuba memperbaiki kelemahan yang terdapat pada video yang dihasilkan.
  • Kenapa buat video? Jawapan saya: "sekadar untuk mencuba. Jangan harap sesuatu yang sempurna daripada saya".
  • Terdapat juga beberapa orang rakan yang membuat permintaan agar saya menghasilkan video khas. Terima kasih dan saya akan cuba usahakan permintaan tersebut.
  • Antara video yang dipersetujui oleh saya:
  1. Persediaan menghadapi temuduga(*saya akan cuba upload sekitar tarikh pengumuman SPM 2010*)
  2. Kehidupan di perantauan (* saya akan cuba membuat beberapa bahagian untuk video ini. Insya Allah*)
~~Sekian~~

p/s: Sila senyum selalu.. :)))))

p/s/s: I need to know

Saturday, October 30, 2010

30 October 2010

Salam,

  • Saya baru sahaja pulang daripada "talk" oleh Dr. Finkelstein.



~~Sekian~~

p/s: Bulan Oktober hampir melabuhkan tirai. Rasanya inilah bulan yang paling menduga kesabaran saya sepanjang 2010.

Friday, October 29, 2010

Thank you

~A night~

Jason:Thank you so much.

Police: Why?

Jason: Hurm... I mean thanks for your time.. You helped me a lot!!

Police: You said that because I helped you tonight right? Then how about the people who hurt you? Are you going to curse that person? Let me tell you one thing and I urge to remember this advice until you die. Always say thank you to everyone including to those who hurt or doing bad things to you. The one who hurt you is the one that teaches you a lot of things. You will not get any lessons or strength if nothing happened right?

Jason: Hurmmmm... I just can't curse that person. Yes you are right! Thanks to that person. Big thanks to you.

~~End~~

Pengajaran

Sentiasa berterima kasih kepada semua orang termasuklah yang menyakiti/mengasari/menganiayai kita. Kita perlu berterima kasih kerana tindakan orang-orang tersebut akan membuat kita sedar tentang kesilapan yang telah kita lakukan tanpa sedar. Kita juga akan menjadi semakin kuat dan tabah setelah mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan. Dan ingatlah kita harus berterima kasih kerana apa yang terjadi akan mendekatkan diri kita kepada Maha Pencipta. Sesungguhnya ALLAH sayangkan hambaNYA yang soleh dan sabar.

Tuesday, October 26, 2010

Selamat datang Musim Sejuk

Salam,

  • Salju mula melitupi bumi Edmonton di saat saya membuka mata saya pagi tadi.
  • Saya tidak berasa begitu gembira melihatnya walaupun saya sepatutnya menikmati dengan penuh kesyukuran dan kepuasan memandangkan pengajian saya yang berbaki beberapa bulan.
  • Musim sejuk mengingatkan saya kepada pelbagai peristiwa dan memori.
  • Memori yang indah membuatkan saya tersenyum dan begitu juga sebaliknya.



p/s: Do I like Winter? Yes I did but now I don't.

p/s/s: Crying under snowfall will only hurt you so much. You gonna get frozen tears on your eyes.

Monday, October 25, 2010

Betulkan apa yang biasa dan biasakan apa yang betul :-)

Salam,

  • Saya teringat pesanan Ustaz Khiruddin kepada saya dan rakan-rakan hampir 5 tahun yang lepas.




p/s: People do have choices. They can pick A,B,C or D. Don't let hatred gain control on yourself.

p/s/s: Semoga setiap insan di muka Bumi memperoleh kebahagiaan daripada setiap pilihan dan tindakan mereka. Insya Allah.

p/s/s/s: Aku rasa video blog lagi sesuai sebab masa yang diambil untuk menyampaikan sesuatu adalah kurang daripada 10 minit.

Saturday, October 23, 2010

Saya Anak Malaysia

Salam,

  • Ini kali pertama saya membuat video untuk blog "Pena Retak"
  • Maaf jika ada sebarang silap dan salah dalam video ini.

Thursday, October 21, 2010

Saya nak ikan emas :-)

Salam,

  • Saya teringin untuk memelihara ikan emas sejak dari tahun 2009 lagi. Sudah beberapa kali saya ke kedai ikan untuk membelinya tetapi hasrat itu dibatalkan kerana memikirkan nasib ikan "comel" tersebut yang terpaksa hidup dalam balang kaca yang kecil.
  • Semalam, saya dan Lingges pergi ke "Safeway" untuk membeli barangan keperluan harian. Lalu saya terlihat sesuatu yang sesuai bagi menghiasi "bedside table" saya. Harganya juga amat murah setelah ditolak dengan diskaun yang ditawarkan kepada ahli "Safeway".
~Pokok mawar versi kecil~

  • Saya membeli pokok mawar kerana memikirkan lebih baik menjaga tanaman daripada menjaga binatang seperti ikan emas. Pemilihan pokok mawar ini disebabkan saiznya yang kecil, harganya yang murah dan ia kelihatan cantik.
~Wanita itu seperti bunga mawar?~

  • Mungkin disebabkan faktor jantina, saya belum pernah mendapat hadiah bunga daripada mana-mana pihak. (* bunga memang untuk wanita je ek? *)
  • Jangan mencintai seorang wanita seperti menyanyangi bunga mawar antara ungkapan yang pernah saya dengar pada suatu ketika dulu. Bunga mawar wangi dan cantik ketika masih segar dan baru. Namun begitu, bunga mawar mudah layu dan akan menjadi tidak menarik setelah ia meningkat usia.
  • Oleh itu, saya bercadang untuk menjaga dan memerhati pokok bunga ini bagi melihat kebenaran kenyataan di atas. Jika ianya benar, saya juga ingin melihat sejauh mana saya mampu menyukai perhiasan "bedside table" setelah ia kehilangan kecantikan fizikalnya.
~~Sekian~~

p/s: Esok ada exam... Lusa pun ada exam.... Universiti ni cam x nak bagi aku rest je :(

p/s/s: Saya pernah memiliki pokok kaktus tetapi saya kurang meminatinya kerana ia terlalu mudah dijaga sehingga saya hampir terlupa yang saya mempunyai pokok kaktus

Tuesday, October 19, 2010

Tik Tok bunyi jam....

3.00 am (Mountain Standard Time)

  • Saya masih belum mampu melelapkan mata kerana masih terdapat banyak bahan yang perlu diulangkaji bagi dua peperiksaan pada minggu ini. Hakikatnya, otak sudah tidak mampu menerima input yang cuba diteliti.
  • Saya bertekad untuk melakukan yang terbaik bagi 2 peperiksaan ini memandangkan peperiksaan yang lepas kurang memberangsangkan dek beberapa ujian yang menimpa diri.
  • Selamat Malam Edmonton...Selamat Petang Malaysia!
~Cheq rajin kan mak? :D~
~~Sekian~~

p/s: Baru je plan nak beli iPhone 4 .... tup... tup.... hp nokia aku pun start wat hal... pandai plak dia meghajok... haish..

Monday, October 18, 2010

Wangi TAPI ......

Salam,

  • Di saat saya sedang mengulangkaji pelajaran di "Rutherford Library" untuk peperiksaan yang mendatang, seorang gadis "blonde" muncul dan duduk di hadapan saya.
  • Mata bertentang mata, senyuman bersilih ganti, dari mata jatuh ke hati, dari hati jatuh ke?? (* okes... ni bukan pointnya... mode merapu je*)
  • Saya meneruskan ulang kaji tanpa mengendahkan kehadiran gadis tersebut ( *kalau tengok dia pun bukan boleh dapat A+ kan?*)
  • Selepas beberapa ketika, saya mula berasa kurang selesa dengan gadis tersebut. Ini disebabkan bau minyak wangi yang dipakai terlalu kuat!!. Bau tersebut wangi tetapi terlalu tajam hingga membuat saya sakit kepala. Ingin sahaja saya berlalu daripa tempat tersebut tetapi terdapat satu lagi masalah.
  • Gadis itu baru sahaja meminjam pen biru saya. Jika saya berlalu dan meminta kembali pen itu mungkin menyebabkan beliau sedikit kecewa. (* Akhirnya, saya beritahu yang saya perlu pulang ke rumah dan meminta kembali pen saya.Baik jaga diri sendiri daripada jaga hati orang kan?*)
  • Setelah itu saya pergi ke tingkat lain bagi meneruskan ulangkaji saya.
Wangian

  • Saya pasti semua orang suka akan benda yang wangi. Namun "OVER" wangi boleh mendatang kemudaratan. Contohnya, wangian yang terlebih akan menarik perhatian orang lain terhadap kita. Wangian berlebihan yang dipakai oleh gadis-gadis boleh menaikkan nafsu para lelaki terhadapnya (* oh yea.. saya tidak selesa dengan wangian gadis itu bukannya saya terasa nafsu membuak-buak*)
  • Pendapat Ustaz Azhar mengenai wanita dan wangian (SILA KLIK SINI). Sila fikirkan bersama.
  • Banyak lagi hadis berkaitan wanita dan wangian yang boleh dicari melalui Internet.
~Kisah Saya~

  • Saya juga meminati dan memilik beberapa "perfume" yang mempunyai bau yang menarik. Kebiasaannya "perfume" yang mempunyai bau maskulin yang terbaik dijual pada harga yang agak mahal.
  • Namun begitu, saya semakin jarang(*atau hampir tidak menyentuh*) "perfume" berjenama saya sejak sebulan yang lalu.
  • Pada ketika ini, saya lebih selesa menggunakan "AXE body spray". Baunya tidak begitu wangi tetapi saya berasa amat selesa kerana dapat menyemburnya ke seluruh badan berbanding "perfume" yang cuma disembur ke bahagian tertentu je. (*Rasa fresh terutamanya bila guna lepas mandi :P *)
  • Harga "body spray" ini juga murah dan mudah didapati di kedai. Mungkin kamu tidak akan wangi seperti maskulin (*bau maskulin=bau rempah dan kayu ek? *) tetapi sekurang-kurangnya badan tidak berbau seperti stokin dan rasa segar.
  • Saya juga semakin kurang berpeluh sejak memakai "body spray" ini (*yang ini sangat tidak benar kot. hohoho. Kanada tengah sejuk sekarang ni*)
  • Saya juga boleh menggunakan "body spray" untuk ke mana-mana sahaja. Sebagai contoh, sangat lah tidak sesuai untuk ke gimnasium dengan menggunakan semburan "Dolce Gabbana The One" atau "HUGO BOSS".
  • Kesimpulannya, saya suka "AXE" sebab boleh sembur satu badan,murah dan mudah.
~~Sekian~~

p/s: Sejak beberapa minggu ini, aku rasa cam seronok je dok sembang ngan blog sendiri. Hi encik blog, kita jadi kawan baik boleh x? hahaha :D

p/s/s: Oh yea.... Aku baru perasan yang aku allergi dengan "Ambi Pur-Lavender". Kalau guna je benda ni mesti bangun pagi hidung berair.. haish.

p/s/s/s: JANGAN jadikan perfume sebagai alat untuk cover bau badan yang tidak mandi yea.!!!

p/s/s/s/s: People said, "If u can't get rid of thing, then learn to get used to it". Sounds easy kan?? But the truth is pain.



~Dulu selalu dengar lagu ni masa zaman form 5~

Sunday, October 17, 2010

Oh Projek!

Salam...

  • Saya semakin sibuk dengan projek kejuruteraan elektrik saya. Ingin saya kongsikan segala maklumat berkaitan projek ini di blog saya tetapi saya khuatir akan dikenakan tindakan oleh klien saya. Salah satu syarat yang harus dipatuhi adalah saya WAJIB mendapatkan keizinan klien untuk menerbitkan sebarang maklumat tentang projek ini.
  • Namun begitu, saya tetap ingin memberi sedikit penjelasan ringkas tentang projek yang membuat saya gundah gulana hampir setiap hari.
  • Saya dikehendaki untuk mereka/membuat sistem bekalan kuasa elektrik menggunakan tenaga matahari. Sistem yang direka mesti bebas daripada sistem penghantaran elektrik yang terdapat di bandar Edmonton(off grid)
~Kawasan ini bakal berubah wajah. Insya Allah~
  • Tenaga elektrik yang dihasilkan akan digunakan untuk sebuah projek komuniti yang tidak dapat saya jelaskan secara terperinci di sini.
  • Sistem ini melibatkan kos yang dianggarkan puluhan ribu dollar Kanada dan mesti disiapkan supaya keseluruhan projek dapat berjalan dengan lancar.
  • Insya allah projek ini akan dirasmikan sendiri oleh Premier Alberta (Gabenor Alberta) pada penghujung tahun depan.
Cabaran

  • Pada mulanya saya agak khuatir ketika mendapat projek yang besar seperti ini kerana kurang keyakinan diri. Namun saya gagahkan diri dan percaya projek ini akan menjadi mudah andai saya berusaha secara berterusan dan tidak mudah putus asa.
  • Saya dan rakan-rakan juga terpaksa berjumpa dengan klien hampir setiap minggu bagi memaklumkan perkembangan projek ini. Alhamdullilah klien memberi kerjasama yang baik dan berpuas hati melihat hasil usaha kami.
  • Projek ini juga mengajar saya menjadi insan yang lebih bertanggungjawab apabila membuat kenyataan sebagai seorang jurutera elektrik. Contohnya, ketika menjawab soalan peperiksaan saya mungkin akan cuba menjawab soalan yang diberi dengan menggunakan ilmu yang ada. Samada jawapan yang diberi itu tepat atau salah, saya hanya akan ditolak beberapa markah.Namun begitu, apabila ditanya oleh klien tentang beberapa aspek elektrik saya akan meminta sedikit masa bagi membuat kajian yang lebih teliti kerana saya sedar yang beliau menerima jawapan saya sebagai analisis seorang jurutera elektrik.
  • Usaha yang diperlukan untuk melakukan projek ini agak meletihkan tetapi saya mula merasakan yang projek ini semakin menyeronokkan dan bakal memberi saya manfaat yang mungkin tidak dapat dilihat pada saat ini. Insya allah.
Kepada sesiapa yang berminat mengetahui tentang sistem penjanaan, penghantaran dan pembahagian elektrik. Sila tekan DISINI untuk mendapat gambaran ringkas. Elektrik itu menyeronokkan!! :D


~~~Sekian~~~

p/s: Syukur ke hadrat Allah kerana saya beroleh projek ini. Ia kelihatan berat tetapi saya pasti saya mampu menyempurnakannya dengan baik. Allah hanya akan menguji hambaNya itu berdasarkan kemampuan hambaNYA sahaja.

p/s/s: Jika kita bukan seorang yang berhati keras maka jangan dipaksa diri menjadi sedemikian kerana ia hanya memudaratkan diri. Terima segala yang terjadi dengan seadanya kerana Allah lebih Mengetahui yang terbaik untuk hamba-hambaNYA.

p/s/s/s: Jika kita mencintai seseorang insan ianya tidak perlu diungkapkan dengan "I love you" hampir setiap hari. Sebaliknya doakan kesejahteraan hidupnya daripada Allah S.W.T.

Friday, October 15, 2010

Ini Blog Perempuan ke???? :D

Salam,

  • Saya ketawa kecil apabila membaca komen salah seorang pembaca blog. Komen yang berbunyi, "suka baca your blog..1st i ingt gurl pny blog...then ble tgk diz pict bru tau boys blog..your word best.keep it up " membuatkan saya berfikir sejenak mengenai kandungan blog saya selama ini.
  • Ya. Saya adalah seorang lelaki yang masih belajar mengenai erti kehidupan dan saya juga seorang pencinta wanita. :D
  • Saya cuba memikirkan beberapa kemungkinan yang menyebabkan beliau berfikir sedemikian. (*saya tidak merasa kecil hati pun dengan komen sedemikian. peace*
Kebarangkalian

  1. Saya menulis mengenai resipi masakan termasuklah cara membuat kek (*mungkin kot?*)
  2. Blog ini mempunyai ayat yang berbunga dan post yang mungkin terlalu jiwang. (*hoo.. mungkin agak tidak sesuai bagi seorang lelaki kot?*)
  3. Gambar-gambar yang diletakkan dalam blog ini kebanyakkan adalah gambar lelaki (* itu gambar sendiri dan rakan-rakan lelaki... Kalau letak gambar perempuan mesti kontroversi kan?*)
  4. Lagu-lagu yang diletakkan dalam blog kebanyakannya daripada kumpulan lelaki.
  5. Pembaca tersebut tidak membaca keseluruhan blog ini (*penat kot kalau nak baca kesemua post dalam blog ini.. Kalau semuanya ilmiah memang digalakkan..*)
.....beep2x......... Masuk waktu solat fardhu maghrib...............

  • Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pembaca berkenaan kerana membuat saya berfikir sejenak. Berfikir lebih baik daripada merapu dan bercakap perkara kosong.
  • Sebenarnya banyak benda yang ingin saya kongsikan bersama rakan pembaca di blog ini. Mungkin saya harus bercerita mengenai pengalaman hidup saya yang boleh membawa manfaat kepada semua orang. Memang ini blog peribadi tetapi saya juga harus melakukan sesuatu untuk kebaikan masyarakat.(*Semangat nak jadi baik.... :PP )
~~Terima Kasih~~

p/s: Lepas ni guna bahasa kedah bleh jugak kot.. :P

p/s/s: X cukup maskulin ke topik aku sblom2 nie?

p/s/s/s: Aku ada exam esok. huhu. x baek merungut kan? :)) aku tulis post ni bukan bermakna aku ni banyak masa terluang tapi sebab nak rehat daripada blaja kejap... Ketaq ni nak jawab esok...

p/s/s/s/s: Kalo lepas ni aku x wat post berbentuk khidmat masyarakat korang jangan hambur aku plak yea. hehehe

Thursday, October 14, 2010

Kesian kat .......

Salam

  • Semasa perjalanan ke kelas pagi ini, saya melihat sebuah kereta berhenti di hadapan pintu masuk ke bangunan fakulti. Kereta itu berhenti agak lama membuatkan saya berasa sedikit curiga.
  • Setelah diamati, kelihatan seorang ibu cuba mengejutkan anaknya yang sedang tidur di bahagian kerusi hadapan yang direndahkan. Oh yea, anak beliau merupakan seorang dewasa dan semestinya pelajar universiti juga.
  • Agaknya anak beliau mengambil peluang untuk tidur ketika dalam perjalanan ke universiti. Saya berasa agak kasihan melihat si ibu yang terpaksa turun daripada kereta untuk membuka pintu di sebelah anaknya bagi memastikan anaknya bangun dari tidur dan pergi ke kelas.
  • Tidur yang tidak mencukupi mungkin sudah menjadi lumrah bagi seorang pelajar terutamanya pelajar yang suka melakukan kerja-kerja di saat akhir.
  • Saya cuma kasihan melihat seorang ibu yang bersusah payah mencari rezeki untuk menghantar anaknya ke menara gading. Bila sudah bergelar pelajar pun masih memerlukan ibu untuk menghantarnya ke universiti sehingga ke hadapan pintu fakulti. Tidak cukup dengan itu, si ibu perlu mengejutkan anaknya daripada diulit mimpi dalam kereta.
~~SEkiaN~~

p/s: Teringat kenangan tidur atas motor semasa dihantar ke sekolah rendah oleh ayah hampir sedekad yang lalu.

Tuesday, October 12, 2010

Dan Masa yang berlalu

Salam,

  • Saya baru sahaja memohon untuk "graduate" daripada University of Alberta sebentar tadi
  • Kenangan terkial-kial menggunakan "Bear Tracks"(portal online pelajar) ketika mendaftarkan kelas di tahun pertama masih lagi segar dalam ingatan.
  • Masa yang berlalu pergi, portal ini juga semakin mesra pelajar dan mempunyai lebih banyak fungsi yang lebih menarik.
  • Hanya tinggal beberapa bulan sebelum saya mengucapkan selamat tinggal kepada portal yang banyak berjasa selama 4 tahun.

~Pejam celik je kan?~



p/s: Midterm exams yang cantik menunggu berderet-deret minggu ini.

p/s/s: Baru sahaja melawat tapak projek "Borealis Art:Solar Panel"


Saturday, October 2, 2010

Hilang

Salam,

  • Sejak pulang dari Malaysia tempoh hari, saya semakin kehilangan berat yang agak ketara. Hendak dikatakan penimbang di rumah rosak, tidak juga kerana saya sudah menimbang berat badan saya di tempat lain juga dan bacaan yang diterima adalah sama.
  • Saya juga agak hilang fokus. Ini mungkin bukan ayat yang sesuai? Saya masih belum mendapat momentum yang cukup untuk semester ini.
  • Saya juga kehilangan seorang sahabat yang agak rapat semasa belajar di ASiS. Saya mula akrab dengan beliau setelah berada dalam kumpulan yang sama ketika belajar Silat Cekak Hanafi. Beliau seorang rakan yang baik walaupun ada ketikanya kami seakan-akan bergaduh ketika melakukan latihan.Kalau nak diceritakan secara terperinci mungkin pemergiannya akan meruntun jiwa saya. Al Fatihah kepada saudara Azuan Azhar.
  • Seorang rakan saya juga kehilangan ayah beliau. Saya tidak begitu rapat dengan ayah beliau tetapi saya pernah berbual bersama beliau ketika beliau datang melawat rakan saya di ASiS. Al fatihah kepada ayah Hisham Mokhtar.
  • Setiap manusia pasti menempuh kematian tanpa mengira usia, keadaaan dan di mana jua kita berada. Melihat pemergian rakan saya secara tiba-tiba benar menginsafkan diri saya. Adakah saya sudah bersedia untuk bertemuNYA? Sudah tentu kita mesti bersedia sepanjang masa kan?
  • Alang-alang saya sudah bercakap mengenai kematian, saya juga ingin menyatakan hasrat saya untuk dikebumikan di bumi Kanada andai kata ajal saya di sini. Bukan la niat untuk membuat cerita sedih ataupun teringin untuk mati. Tetapi kita semua tahu yang mati itu adalah pasti. Saya tidak sanggup melihat jasad saya disuntik dan diseksa dalam kargo pesawat untuk beberapa hari semata-mata ingin disemadikan di Malaysia.


p/s: Semoga Allah panjangkan umur kita agar dapat terus beramal dan menginsafi diri.

p/s/s: Bekerja la kamu seperti ingin hidup selama seribu tahun, Beribadat la kamu seperti tiada lagi esok untuk mu.

p/s/s/s: Al fatihah..

Wednesday, September 8, 2010

Ponteng Kelas!!!! :D

Salam.

  • Hari ini merupakan hari pertama semester Fall 2010 di University of Alberta tetapi saya masih berada di bumi Malaysia.
  • Secara rasminya saya PONTENG KELAS untuk beberapa hari bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.
  • Hati rasa gembira kerana dapat beraya di Malaysia tetapi rasa serba salah mengenangkan pelajaran yang tertinggal. Insya allah semuanya akan berjalan dengan baik.

Wednesday, September 1, 2010

Postpaid Plan

Salam,

  • Sekali lagi saya menukar pelan penggunaan telefon saya berkuatkuasa pada 6 September 2010.
  • Pelan ini diambil bagi memenuhi keperluan saya dan bagi mengelakkan saya membayar bil bulanan secara berlebihan
Pelan Bulanan Fido
  • 350 minit masa berbual pada hari minggu selama sebulan. (7 pagi - 7 malam)
  • Panggilan tanpa had pada hujung minggu selama 48 jam( Sabtu dan Ahad)
  • Panggilan tanpa had setiap hari pada waktu petang(7 malam-7 pagi)
  • Panggilan masuk(* termasuk antarabangsa*) tanpa had pada bila-bila masa
  • SMS ke mana-mana operator telefon seluruh dunia secara percuma.
Malaysia

  • Rakan-rakan yang ingin menghubungi saya digalakkan untuk menghantar sms ke no telefon Celcom saya 012-470****. Caj yang dikenakan oleh operator anda adalah sama seperti anda menghantar sms kepada rakan yang menggunakan Celcom di Malaysia.
  • Insya Allah saya akan cuba sebaik mungkin untuk membalas sms tersebut menggunakan no telefon Kanada saya :D
  • No telefon Celcom akan sentiasa aktif sepanjang saya berada di Kanada. Namun begitu, saya tidak akan menjawab sebarang panggilan telefon ke nombor Celcom saya apabila saya berada di perantauan.Untuk membuat panggilan sila hubungi nombor Kanada saya. Harap maklum.
  • Perbezaan waktu antara Kanada dan Malaysia adalah 14 jam. Sila sms saya hanya pada waktu yang sesuai :)
~~Sekian~~

Tuesday, August 31, 2010

Korea Selatan Bahagian 4

Salam.

  • Maafkan saya kerana hampir terlupa bercerita tentang pengalaman berada di Korea Selatan.
  • Bahagian kali ini masih lagi tertumpu di Pulau Jeju. Tumpuan bakal diberikan pada Jeju City.
Tempat-Tempat yang dilawati

1)Sebuah pantai yang tidak diketahui namanya.

2)Tanjung yang terbentuk daripada batuan gunung berapi

3)Gunung Seongsan

4)Museum of Trick Art

5)Terowong lahar gunung berapi

6) Selamat Tinggal PULAU JEJU!!!


p/s: Jeju City lebih sesak daripada bandar Seowigpo.

p/s/s:Terdapat banyak outlet barangan berjenama di sini tetapi harga mahal.

p/s/s/s: Pengalaman yang menarik di Pulau Jeju,