Pages

Saturday, March 30, 2019

Hidung

Suatu hari hidung kita gering,
Tersumbat hingga sesak nafas.

Tercungap cungap bernafas,
Mulut ternganga luas.

Seksa sekali,
Saat Allah tarik nikmat hidung

Friday, March 29, 2019

2 kali

Malam itu Ahmad rasa resah. Dia tahu sukar untuk dia tidur malam itu. Bagai ada satu beban yang penuh di dada.

Ahmad rasa gelisah.

Maka Ahmad terus menggapai kunci kereta cuba untuk meredah kegelapan malam. Kereta yang dipandu agak terhuyung hayang kerana Ahmad sebenarnya letih.

Namun, Ahmad tidak mampu untuk berbaring rehat atas katil. Mungkin dengan bersendirian seketika dengan aktiviti maka hatinya akan lebih tenang.

Bam!! Bunyi pintu belakang kereta dilanggar oleh sebuah motosikal. Penunggangnya bergolek atas jalan dan mengerang kesakitan.

Ahmad meluru keluar dengan panik untuk melihat kecederaan penunggang itu. Kelihatan tangannya berlumuran darah. Ahmad terkelu kerana dia ditimpa kecelakaan kerana Ahmad.

Lelaki itu kelihatan seperti orang susah yang dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja.

"Sepatutnya aku yang kena bukan dia," bisik hati Ahmad.

Tiada satu pun kata nista dilemparkan oleh lelaki itu kepada Ahmad walaupun dia sedang mengerang kesakitan. Seusai sahaja urusan Ahmad dengan lelaki itu selesai. Ahmad segera meluru untuk mengalihkan kereta kerana barisan kenderaan yang sangkut kerana kemalangan itu semakin panjang.

Bam!!

Bergegar kereta Ahmad di saat sebuah Toyota Hilux.

" Ya Allah. Apa lagi ujian kali ini," ujar Ahmad sambil menggeletar.

Peluh dek kemalangan dengan motorsikal tapi masih belum kering dan kini Ahmad perlu berdepan dengan suatu peristiwa kurang baik lagi.


Thursday, March 28, 2019

Derma

Air mata mereka mengalir,
Menangisi pemergian insan,
Mengharap dia kembali,
Berharap ia mimpi.

Kehilangan itu terasa,
Bagai oksigen yang luput,
Menggapai harapan,
Menempuh hari yang kelam.

Insan,
Jika aku berkuasa,
Ingin aku derma sesuatu,
Nyawa dalam tubuh ini.

Semoga insan yang hilang,
Muncul kembali,
Agar hidup mereka ceria,
Seperti waktu dia ada.

Friday, March 22, 2019

Destinasi

Cuti sekolah sudah tiba,
Ramai yang mula terbang,
Terbang menuju destinasi,
Baik kampung atau liburan.

Ada destinasi cuma kekal impian,
Dek kekangan kudrat,
Terhimpit dengan wang,
Dihambat oleh masa.

Ada insan yang menanti,
Satu destinasi pasti,
Tetapi belum kunjung tiba,
Menanti saat itu.


Thursday, March 21, 2019

Falsafah

Perlukah semua perkara ikut mood?
Perlukah semuanya dengan niat?

Bukankah ikhlas itu Allah sahaja yang tahu.
Adakah kita hanya perlu berpeluk tubuh kerana rasa tidak ikhlas.

Oh yaa. Aku tidak perlu ke kelas atau pejabat hari ini kerana rasa tidak ikhlas. Mudah kan?

Tak ikhlas mengapa buat.

Tapi bukankah kita ini ada peranan dan tanggungjawab. Pentingkah ikhlas itu dari melaksanakan apa yang sepatutnya?

Kadang kadang kita tenggelam dalam falsafah ciptaan sendiri. Kita tidak mengkritik orang tetapi kita pun sebenarnya tidak mendidik diri sendiri.

Maka kita tenggelam. Dan terus tenggelam.


Wednesday, March 20, 2019

Awan

Dulu aku ingin terbang,
Tapi impian tersimpang pula.

Impian tinggal harapan,
Menanti diri yang terbang.



Dari seorang dewasa kepada budak yang sentiasa ingin terbang.

Tuesday, March 19, 2019

Syahir

Selamat Hari Lahir Sahabat.

Aku kenal dia sejak 5 tahun lalu tetapi sebagai rakan yang bekerja dalam syarikat yang sama.

Tanpa disangka dia akhirnya menjadi rakan sekerja yang duduk berkongsi bilik.

Kalau perlu dibayar jasa dan budi baiknya maka hanya nyawa sahaja yang sama taraf.

Terima kasih sahabat.

Aku tak pandai nak express depan depan tapi aku benar hargai.


Thursday, March 14, 2019

Break

Mungkin aku tak patut,
Berhenti jumpa doktor,
Berhenti makan ubat,

Boleh tersenyum,
Tapi sudah lama mati.

Sunday, March 3, 2019

Badan beruniform

Ahmad sangat berminat untuk menjadi seorang pengakap. Sejak dari tahun satu lagi dia tidak sabar menanti tahun empat dengan harapan dia dapat menyarung baju kelabu pengakap.

Ya. Baju pengakap kelihatan cool di mata Ahmad. Dia juga amat tertarik dengan lencana yang boleh dikutip dalam alam pengakap. Maka dia terus berangan menanti hari itu tiba. Tiada dosa atau salah untuk kanak-kanak sekecilny untuk terus bermimpi.

"Apa aku nak cakap dengan mak satgi. Mesti mak susah hati," monolog Ahmad sambil mengayuh basikal pulang dari sekolah.

Ahmad baru sahaja mendaftar sebagai seorang pengakap. Impiannya sudah tercapai tetapi ada sesuatu yang agak mengganggu mindanya.

Ahmad berhenti sebentar di tepi jalan dan terus menyelongkar beg galas bagi mencari borang pengakap tadi. Harga uniform pengakap yang tertera menyebabkan Ahmad rasa susah hati. Dia pasti akan menyusahkan mak jika perlu membeli baju baru demi impian Ahmad. Sedangkan nak makan seharian pun agak susah.

Ahmad terus mengayuh basikal pulang dengan perasaan berat.

"Hang dah daftar pengakap ka tadi?" soal kak ani saat Ahmad tiba di rumah.

Ahmad hanya berlalu tanpa sepatah kata.

Pilihan yang lebih murah adalah menjadi ahli PBSM. Modal cuma tshirt putih dan hanya perlu membayar RM5 kepada cikgu sebagai upah cop lambang bulan sabit.

"Assalamualaikum cikgu zain. Saya nak batalkan pendaftaran pengakap semalam. Saya nak tukar masuk PBSM. Boleh ke cikgu?" ujar Ahmad perlahan di hadapan Cikgu Zain.

"Awat ni Ahmad? Bukan hang minat sangat ka nak jadi pengakap dari dulu?" soal cikgu yang cukup mengenali minat Ahmad kerana pernah menjadi guru kelas selama 2 tahun.

"Takpalah cikgu. Saya rasa nak masuk PBSM saja lah. Rasa nak jadi doktor senang sikit nanti," balas Ahmad.

"Awat hang dok bohong ni? Ahmad ada masalah takda duit nak beli baju ka?" soal cikgu.

"Takla cikgu. Saya memang nak masuk PBSM," jawab Ahmad sambil tersengih.

"Kalau hang takda duit. Cikgu boleh tolong bayaq. Kira sedekah la," potong cikgu cuba memujuk Ahmad.

"Takpa cikgu. Yea saya tak mampu. Tapi jadi PBSM pun best juga," jawab Ahmad semakin perlahan. Dia mula rasa air mata mula berkaca.

Menyedari Ahmad mula menundukkan kepala maka Cikgu Zain hanya mengangguk kepalanya tanda akur.

Benar pilihan milik kita. Tetapi adakalanya tidak semua pilihan menepati selera kita.

Untuk Ahmad biarlah impian itu berkubur dahulu.

Saturday, March 2, 2019

Pisau

Hanya yang pernah rasa,
Tahu mengapa pisau tu,
Rasa ingin dibenam di jantung,
Rasa ingin dipotong urat tangan.

Kamu semua tak tahu,
Saat dia terpaksa diikat,
Kerana dia hanya mati,
Tatkala dunia rasa hitam.

Kamu semua tak tahu,
Betapa orang asing,
Yang terpaksa memeluk erat,
Mengunci tangan dia.

Bagi dia hanya jalan pergi,
Orang asing pula hanya menjalankan tugas,
Dia pula sudah tiada rasa,
Rasa ingin mati yang menebal.

Friday, March 1, 2019

Mahsuri

Bulan ketiga sudah muncul.

Ahmad masih ingat saat Iris lahir pada Mac 2015. Berbeza dengan saat kelahiran Alia, kali ini Ahmad dan isteri lebih bersedia dan tenang.

Mungkin nampak tenang di mata Ahmad sebab dia hanya seorang lelaki yang tidak berbuat apa dan tidak menanggung derita. Mungkin lain pula ceritanya bagi isteri. Mungkin dia senyum kerana ingin menyembunyikan rasa takut dan sakit. 

Memori isteri menggeletar kesakitan dek kesakitan pil induce masih segar dalam ingatan. Ahmad cuba mampu menggengam erat tangan dan mengurut badan dengan harapan mampu meredakan kesakitan. 

Maaf.