Pages

Sunday, January 31, 2010

Hari Ini Saya Gembira

Salam rakan-rakan,

  • Saya bangun tidur je hari ini saya rasa sangat senang hati. Jadi saya pun b'cadang utk memasak sesuatu pada hujung minggu.
  • Habis sahaja kelas "French", saya terus ke West Edmonton Mall untuk mencari biskut Marie warna putih. Sebenarnya, saya dah cuba untuk mencari biskut ini semalam tetapi usaha saya gagal.
  • Pulang sahaja ke rumah, saya terus menyiapkan kelengkapan "kek batik".
Bahan-bahan yang digunakan:

  1. 3 biji telur ayam
  2. 1 buku mentega
  3. 1/2 cawan serbuk koko
  4. 1 + 1/2 cawan serbuk milo
  5. 1 bungkus biskut marie warna putih ( jangan guna perisa lain sebab nanti tak sedap)
  6. 1 tin kecil susu pekat manis
Cara memasak
  1. Cairkan mentega dalam kuali.
  2. Masukkan 1 tin susu pekat manis. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan campuran serbuk Milo dan koko. Kacau smpai sebati jgak.
  4. Tutup api. Masukkan biskut marie yang telah dibelah-belah kecil( patah dua pun dah kira OK). Gaul sehingga rata.
  5. Tuang adunan ke dalam bekas/loyang. Tekan adunan sehingga rata.
  6. Biarkan kek sejuk utk smntara waktu. Lepas tue masukkan kek ke dalam peti ais.
  7. Selepas beberapa jam, kek boleh dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.
Adunan tanpa Biskut Marie

Adunan pada peringkat akhir

Kasik tekanan skit
Kek yang sudah siap!!!
Ini namanya kek batik!! :D

p/s: Saya tgh happy!
p/s/s: 1st time masak kek batik sndiri.....ini kek paling senang dimasak...
p/s/s/s: Kek ni dah nak habis dalam masa kurang dalam sejam

Monday, January 25, 2010

Hari Ini Hari yang Indah

Salam rakan-rakan,

  • Khamis lepas merupakan hari lahir rakan baik saya iaitu Abdul Muhaymin.
  • Saya berjanji dengan dia untuk memasak pada hari tersebut namun disebabkan kesibukan saya tangguhkan niat tersebut pada hujung minggu iaitu pada hari Ahad.
  • Saya rasa masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Abdul Muhaymin. Semoga persahabatan kita berkekalan.
  • Terima kasih juga kepada saudara Ali Ashraf kerana membeli pizza pada hari Khamis bagi meraikan rakan baik kami ini.
Nasi Tomato. :D

Kari kambing
Ayam masak merah
Agar-agar pandan yang kurang menjadi .. :(
Air teh dan air buah
Ini rakan-rakan saya.

p/s: Ini saje kot yang termampu dimasak oleh lelaki bujang.. :p
p/s/s: sori la kalo ade yg x dijemput coz mkanan mmg x cukup pun.
p/s/s/s: hurm.. aaaa. hurm.... aaa

Saturday, January 23, 2010

Kau Bodoh!!!!



EDISI BODOH

Ish.Bodo la kau ni,
Ini ayat yg slalu aku trima dr kwn aku,
Tp takper mmg aku suka wat perangai bodo,
Aku suka usik mmber aku smpai dia bengang,
Plus aku mmg rasa bodo kot sejak start sem nie.

Kau jgn wat keja bodo,
ni ayat sorang mmber aku gak,
dia ckp kat aku jgn wat keja sia-sia,
dia ckp dia x nak aku nyesal,
x baek hurt diri sndri sbb itu keja bodo,
Jgn jdik bodo sngt,
Tapi bodo ke kalo aku wat sumtink yg mmg aku nak?
Xkan suma nak ikut ckp orang.


Kau x rasa bodo ke ko wat cmtu akmal?
ni plak soklan mmber aku jgak bila aku bgtau dia sumtink,
Aku rsa nyesal plak bile bgtau mmber aku,
Last2 aku kena cap bodo.

Jgn wat cmtue akmal sbb nnti ko nmpak bodo,
kita sbg lelaki kena ada ego,
kita kena nmpak macho,
apsal ko dok pikir bnda yg sama,
ko ni jantan bodo ke?

Bodo sngt ke aku nie?
aku kdg2 t'pikir gak either aku ni bodo or not.
Agak la kot sbb sem ni aku cam kurang smgat,
Suma yg aku wat cam x kena je,
Aku pun cam dah malas nak kesah ngan orang,
sbb nnti aku kena cap BODO lg.

Last2 ade gak mmber ckp bnda laen,
dia ckp, "bro. there are no such thing as STUPID in *&*&*^*^**^*^,
Just be strong,
Tp nisbah yg ckp cmni sorang je kot.

EDISI SAKIT

Awak sakit sbb tue awek kena pg pusat *%$##,
Kalo awak x pg lg awak sakit,
ni plak ayat doktor yg aku jumpa,
haish... nak je aku ckp dia bodo sbb suruh aku wat bnda yg sama tnpa jwapan,
tp pikir balik kang aku mmg jdik orang bodo,
since aku terasa bodo so aku wat dunno la ngan cik doktor,
Aku rasa lg bodo kalo ikut je ckp doktor ni,
Aku yg sakit, ko xyah kesah la yea?

Ko mmg sakit la bro,
Tp aku rsa ko sakit bnda laen la,
ni plak ayat mmber aku tym aku balik kelas tdi,
aku pikir la jgak kan xkan kena cop bodo pun kira as bodo?

orang "gila" kat narita

p/s: satu lg entri "sampah"
p/s/s: Tima kaseh sbb byk nasehat aku
p/s/s/s: Aku tau korang sayang aku sgt2 sbb tue korang ckp cmtue.. kang korang ckp ayat bunga2 korang x macho plak kan... hooo...
p/s/s/s/s: aku lg sayang dgn kputusan aku..



Tuesday, January 19, 2010

Ciuman

Salam rakan-rakan,

  • Sedang saya dok lepak dalam lab komputer, tiba-tiba saya t'ingat ttg satu kisah silam n saya rasa nak kongsi bersama rakan-rakan.
  • Waktu saya kecik dulu (dalam umur 7 tahun or darjah satu) , saya nie spesis yg agak manja. haish... Waktu mggu pertama kat skolah tue kira mcm satu seksaan la bg mak saya coz kna pg skolah hari2. Mak saya t'pksa la tggu kat tingkap kelas coz kalo mak saya ilang je saya pun mula la wat drama cerita sedey dalam kelas.. Tp msa tue lngsung x rasa malu even saya sorang je yang wat p'ngai cmtue. Lepas smggu (huish. lama gak tue), saya dah ok so mak saya dah x payah pg skolah mcm bdk2 lg :D.
  • Dalam kelas, saya dok sblah sorang bdk pompuan yg nma pun saya dah x ingat. Bdk ni baek coz dia slalu bwk jajan(mknan ringan) pstu kongsi dengan saya. Bukan saya suka pau tp dah orng offer x kan nk tolak kot. So kirenya sya pun jdik rapat la jgak dgn bdk pompuan even dia xde la slalu lepak ngan sya kalo kat luar kelas.
  • Lepas 3 bulan, Cikgu Letchumi (hooo. aku ingat lg ni cikgu aku) wat rombakan tmpat duduk jdik sya x duduk lg sebelah bdk pompuan tue. Sya duduk sebelah mmber baek sya yg bernama ehsan (kalo x salah la). bdk ni spesel skit sbb rambut dia blonde even dia orang melayu.. saya rasa mamat ni msti hot stuff skunk nie.
  • 1 hari tu kan, masa saya nak balik, bdk pompuan ni dtg dekat saya. Pstu dia ckp "aku nak kawen ngan ang"... hoooo. saya xde la blushing tym tue coz still naive kot. isk2x. saya dgn mmber saya cuma gelak je la sbb x paham ape2 pun.... Ttba je bdk pompuan trus cium saya!!. waa.. rasanya ni kire cam 1st kiss from non family mmber.... rsa smcm je kot tym tue tp xde la plak saya tolak dia... pstu dia pun blah smbil snyum2x.
  • hari2 yg b'ikutnya pun begitu la... stiap kali nak balik dia msti dtg n cium saya.. tp lepas bbrapa ketika sya pun naek marah n sound la dia ckp saya x suka dia (hooo.ckp x paham td tp bleh plak aku ckp aku x suka dia.hoo). Tp dia wat dunno jgak.
  • 1 hari tu mak bdk ni dtg skool saya n cikgu mintak mak dia b'ckp dia kat luar kelas. pstu ttba dia nanges kuat2 n msuk kelas ambik beg skolah dia. tp sblom dia kuar smpat lg dia pg cium saya depan cikgu ngan mak dia.. PIAP!!!... dia kena tibai kat punggung dengan mak dia. kesian la plak saya tgk dia tym tue.
  • Actually, itu hari last saya jumpa dia coz lepas tue dia x penah lg dtg skolah tue... Cikgu Letchumi bgtau bdk2 kat kelas yg bdk tue nanges sbb ayah dia meninggal dunia. Since ayah dia dah pergi selamanya nie so mak dia wat dcision lepas tue utk balik ke kmpung kat kedah.. Sbb tue la saya x penah nmpak lagi kelibat gadis kecil terbabit.
  • Bila ingat balik kisah mau rsa nak t'gelak jgak sbb msa kecik2 dulu kita wat je ape kita suka tnpa pikir panjang.. Kalo skunk ni ada pompuan bukan muhrim cium saya msti la x bleh kan sbb sama2 dah akil baligh.
  • Rsanya la kan, kalo saya pun x pindah dr skolah tue (setahun kemudian) n dia jga masih di skolah. ape kesudahannya? ahahaha.
  • Kalau saya kenal dia n dia masih ingat saya, msti dia rasa segan kalo berjumpa dengan saya pda waktu ini. Ape pun saya doakan budak pompuan ni bahagia dalam idup dia.

p/s: penggunaan ayat x formal. sori

p/s/s: Ramai orang ingin jdik kecik smula tp x bleh. so kita kena sntiasa pndang ke hadapan tp jgn lupa kenangan yg lalu.

p/s/s/s: Dia yg cium saya bukan saya cium dia. hehe.

Thursday, January 14, 2010

Gunung Pancasari

Kes pertama
  • Jika kita dihidangkan dengan air kopi yang panas, apakah kita akan terus meneguk air tersebut sekaligus? Saya agak pasti yang tiada sesiapa sanggup berbuat demikian jika beliau masih mempunyai deria-yang baik dan tidak dipengaruhi oleh alasan yang kukuh.
  • Sebaliknya, ramai yang akan menunggu seketika untuk air tersebut mencapai suhu yang sesuai atau mereka cuba untuk meneguknya secara cermat dan perlahan-lahan.
Secawan kopi pekat tanpa gula tidak mempunyai nilai pada kebanyakan orang
  • Walaubagaimanapun, jika kita sudah buta deria mungkin kita terus meneguk air tersebut tanpa menyedari kesakitan yang dialami.
  • Atau mungkin kita terlalu keras kepala sehingga sanggup mengabaikan kesakitan yang dialami akibat tegukan yang agak tergopoh gapah tersebut.
  • Mungkin kita mampu menahan kesakitan itu bagi jangka masa pendek tetapi kita tidak seharusnya lupa yang badan kita tidak dicipta kebal. Sedikit sebanyak kesakitan yang dialami bakal mengundang padah pada hari yang mendatang jika kita tidak melakukan sesuatu bagi membendung masalah terbabit.
Kes kedua

  • Jika kita sudah berjaya menikmati kopi tersebut tanpa mendatangkan kesakitan tetapi di pertengahan jalan kita menyedari kopi yang dinikmati sudah tidak selazat seperti dahulu.
  • Apakah kita terus meminum kopi tersebut walaupun rasa semakin pahit untuk ditelan ke dalam tekak? Atau kita mungkin akan terus membuang kopi tersebut lalu memesan makanan lain iaitu teh.
  • Atau mungkin kita akan duduk mengenangkan detik-detik menikmati kopi yang lazat pada satu ketika dahulu agar kita mampu melupakan kepahitan kopi yang dinikmati.
Kes ketiga
  • Jika kita dihidangkan dengan air kopi yang lazat setanding dengan rasa Cappucino yang biasanya hanya mampu dinikmati oleh golongan bangsawan pada ketika dahulu mungkin kita akan terus menikmati setiap titik kopi tersebut dengan penuh kenikmatan.
  • Namun, setelah beberapa lama menikmati kopi tersebut kita baru tersedar yang kopi tersebut mempunyai kelazatan yang tinggi kerana mengandungi gula yang sangat banyak sehingga boleh menjejaskan kesihatan kita.
  • Sejak daripada itu, kita mula menghidap beberapa penyakit yang tidak pernah dijangka namun walaupun kita sedar bahaya penyakit tersebut kita mungkin sukar untuk berhenti daripada menikmati kopi tersebut kerana ketagihan yang melampau.
Kes keempat

  • Seorang pemuda yang ingin berjaya mempunyai hajat untuk menerokai bidang keusahawanan kerana beliau yakin akan peluang dalam perniagaan kopi.
  • Namun begitu, beliau memerlukan sebuah ladang kopi bagi memulakan perniagaannya tetapi pemuda ini terlalu degil kerana bertegas untuk membuka ladangnya di atas puncak Gunung Pancasari walaupun pada dasarnya terdapat banyak tanah-tanah yang sesuai bagi penanaman kopi yang terletak di kaki gunung.
  • Walaupun diberi tawaran oleh pelbagai pihak untuk menjual tanah mereka , sang pemuda tetap termenung ke arah Gunung Pancasari dengan harapan impian beliau akan tercapai.
  • Walhal, Sang Kencana Puri yang juga merupakan pemilik Gunung Pancasari pula mengatakan tanah di puncak gunung masih belum subur untuk sebarang tanaman walaupun si pemuda tidak jemu memujuk agar diberi kebenaran untuk bercucuk tanam.
  • Malangnya, pada suatu hari si pemuda mendapat khabar dari Penghulu Dewata bahawa saudagar seri alam dari kepulauan Borneo sudah membuka ladang di atas puncak Gunung Pancasari.
Mungkin ini Gunung Pancasari?

Pengajaran

Kes pertama

  • Kita perlu sentiasa bersabar dalam melakukan sesuatu pekerjaan kerana sesungguhnya sabar itu adalah separuh daripada iman.
  • Di samping itu juga, kita haruslah bertenang dalam menghadapi sesuatu masalah walaupun jalan penyelesaian agak sukar untuk dijumpai. Sebaliknya, kita perlu memberi diri kita secukup masa untuk membuat sesuatu keputusan dan bertindak sewajarnya.
Kes kedua

  • Langit tidak selalunya cerah pada setiap masa walaupun tidak dilanda oleh cuaca buruk. Langit tetap akan bertukar warna setelah melalui proses siang dan malam. Oleh itu, kita tidak seharusnya beranggapan kehidupan kita akan sentiasa diulit dengan keseronokan dan kenikmatan yang berpanjangan.
  • Sebaliknya kita seharusnya berwaspada dan beringat akan masa-masa susah yang mungkin menimpa diri dan keluarga. Hidup ini umpama roda, ada ketika kita berada di atas manakala ada kalanya kita terpaksa berada di bawah.
  • Selain itu juga, manusia sentiasa berhadapan dengan konflik dalam sepanjang perjalanan hidupnya. Mungkin pada awalnya kita beranggapan segala keputusan yang diambil oleh kita adalah tepat namun setelah beberapa ketika menyedari bahawa kita telah melakukan kesilapan. Walaubagaimanapun, harga yang perlu dibayar untuk membuka buku baru atau meneruskan buku lama ternyata mempunyai nilai yang cukup untuk membuat kita berada dalam dilema
  • Sebagai contoh, pelajar tahun ketiga jurusan kedoktoran menyedari bahawa beliau tidak mempunyai minat dan tidak mampu lagi meneruskan cita-citanya untuk bergelar seorang doktor. Beliau cuba untuk meyakinkan dirinya bahawa beliau akan bertemu sinar mentari di penghujung jalan tetapi sebahagian dirinya pula meronta-ronta untuk berpatah balik bagi mengelakkan terus tersesat dalam terowong yang gelap.
  • Dalam berdepan dengan masalah yang melibatkan konflik, individu boleh terus menguatkan diri bagi berhadapan dengan cabaran yang mendatang atau cuba mencari kaedah bagi meringankan beban yang ditanggung (sebagaimana kita menambah gula ke dalam air kopi bagi menambahkan rasanya).

Sebanyak mana gula yang sanggup ditambahkan ke dalam secawan kopi?
  • Individu juga boleh mengambil keputusan yang ternyata berbeza dengan matlamat asal hidupnya pada saat ini tetapi harus menerima risiko-risiko yang agak besar.

Apakah secawan teh mempunyai nilai yang sama seperti secawan kopi?
  • Akhirnya, kita seharusnya redha dengan segala keputusan yang diambil oleh kita bagi menyelesaikan masalah yang melanda. Tawakkal adalah kaedah terbaik setelah kita berusaha sedaya upaya.

Kes ketiga
  • Manusia mudah lupa diri apabila diulit dengan keseronokan dunia walaupun pada hakikatnya kita mengetahui tindakan kita salah di sisi agama.
  • Kita terlalu alpa mengejar kebahagiaan dunia sehingga kita terlupa asal usul dan juga tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka Bumi. Akibatnya,kita tidak sedar yang kehidupan kita makin terpesong daripada ajaran al-Quran dan As-sunnah.
  • Cara terbaik untuk mengelakkan diri kita daripada terpesong adalah dengan cara bermuhasabbah diri. Luangkan masa sebelum tidur di waktu malam untuk mengenang kembali perlakuan kita pada sepanjang hari.Insya Allah kita akan berusaha untuk menjadikan hari esok lebih baik daripada hari-hari yang sebelumnya
Kes keempat
  • Saya serahkan kes keempat untuk difikirkan oleh para pembaca yang dikasihi

Semoga kita semua beroleh manfaat daripada ilmu yang dikongsi bersama. Perkara yang baik itu datang daripada ALLAH manakala yang cacat cela sifatnya datang daripada kelemahan diri saya.


p/s: luka di tangan nampak parutnya. luka di hati tiada siapa yang tahu

Sunday, January 10, 2010

Nasi Putih

Salam rakan-rakan,

  • Nasi merupakan makanan ruji bagi rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa mahupun agama. Namun begitu, nasi putih yang kosong tanpa sebarang lauk pasti mengurangkan selera kita untuk terus menikmati makanan ruji tersebut.

Nilai sepinggan nasi putih
  • Rakyat Malaysia amat beruntung kerana negara kita dikurniakan dengan rezeki yang melimpah ruah. Kita juga harus berterima kasih kepada insan-insan yang bertanggungjawab yang mengolah makanan ruji seperti nasi menjadi makanan yang lazat seperti nasi goreng pattaya, nasi dagang dan nasi kerabu.
  • Di samping itu juga, lauk-lauk yang kaya dengan rasa dan khasiat telah menambahkan lagi nilai nasi putih. Bayangkan jika rakan-rakan hanya menjamah nasi kosong tanpa modifikasi ataupun tanpa sebarang lauk. Rakan-rakan masih mampu meneruskan hidup tetapi kemanisan sebuah kehidupan sebagai seorang manusia pastinya tidak setara mana jika dibandingkan dengan kehidupan yang dimana kita mampu menjamah makanan yang beraneka rasa.
  • Bayangkan juga kehidupan ini jika manusia menolak untuk berfikiran kreatif dalam kehidupan seharian. Jika ini terjadi maka kita hanya mampu menikmati nasi putih sepanjang hayat kerana tiada seorang insan mampu berfikir untuk menambah nilai nasi putih. Kita juga mungkin terus hidup di zaman purba kala jika manusia enggan menggunakan akal fikiran untuk mencipta alat-alat yang berguna bagi memajukan tamadun manusia.
Hasil kreativiti makhluk Allah bernama manusia

Rakan-rakan yang dihormati sekalian,

  • Kehidupan sebagai seorang pelajar tidak ubah seperti norma rakyat Malaysia yang memerlukan nasi bagi meneruskan kehidupan seharian.
  • Ilmu umpama nasi putih yang dijamah oleh hampir seluruh rakyat Malaysia. Ilmu di dada mampu menjamin kehidupan yang lebih baik sebagaimana nasi terus membekalkan tenaga untuk dibakar untuk manusia.
  • Namun begitu, tidak ramai pelajar yang mencintai suasana universiti yang dimana para pelajar dituntut untuk mempelajari ilmu-ilmu yang agak sukar untuk difahami. Ini menyebabkan ramai pelajar berputus asa di pertengahan jalan. Sebahagiannya berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya tetapi sebahagian mungkin hanya bernasib baik kerana mampu bertahan hingga ke penghujung jalan walaupun pada hakikatnya mereka mengalami mimpi buruk sepanjang perjalanan.
  • Perkara ini boleh disamakan dengan pemakanan nasi putih oleh rakyat Malaysia. Jika hari-hari kita disumbat dengan nasi putih tanpa sebarang lauk mungkin kita mula berfikir untuk mengubah selera. Dalam kes yang lain, kita mungkin terus menelan nasi putih tanpa lauk itu dengan harapan kita dapat menghabiskannya secepat mungkin.
Terlalu banyak untuk difahami tetapi jika kita menikmatinya pasti pembelajaran merupakan pengalaman yang menarik
  • Dalam kes insan yang luar biasa, mereka mungkin meletakkan sedikit usaha bagi menambahkan kelazatan nasi putih dengan memakannya dengan lauk pauk. Insan-insan seperti ini berasa lebih gembira malah mereka tidak akan jemu untuk terus menjamah nasi putih kerana mereka percaya nilai nasi putih amat bermakna jika mereka sanggup berusaha dan berfikiran kreatif.
  • Oleh saya ingin menekankan kepentingan pemikiran secara kreatif di kalangan insan-insan yang bergelar penuntut ilmu. Kemanisan sesuatu ilmu hanya dapat dinikmati jika kita sudi berusaha dan berani untuk berfikir secara kreatif.
  • Sebagai contoh, nota yang diberi oleh pensyarah adalah yang terbaik bagi pensyarah terbabit kerana ia ditulis dari sudut pemahaman beliau namun halnya mungkin berbeza untuk para pelajar. Para pelajar harus berusaha untuk melakukan ulangkaji tambahan dan berusaha untuk membuat nota sendiri yang mudah difahami oleh diri sendiri. Langkah ini bukan sahaja memudahkan kita memahami material yang dipelajari malah ia melatih otak kita berfikir secara lebih luar biasa.
  • Banyak lagi perkara-perkara kreatif yang boleh dilakukan seorang pelajar bagi menikmati ilmu-ilmu yang berguna di jalan Allah. Contoh tambahan, jika rakan-rakan berjaya menyiapkan kerja-kerja makmal lebih singkat daripada yang sepatutnya (mengikut langkah-langkah yang ditulis dalam manual), rakan-rakan mungkin boleh menggunakan peluang ini untuk menguji beberapa teori yang dipelajari dalam kelas agar mendapat kefahaman yang lebih mendalam.
  • Ini hanya beberapa contoh ringkas, saya percaya rakan-rakan mampu berfikir secara lebih kreatif dan kritis.

Koleksi air jus yang terdapat dalam bilik tidur. :D


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com


lagu kegemaran minggu ini.

p/s: seorang rakan bertanya apakah rahsia untuk memperoleh A+? saya menjawab "jadi sedikit luar biasa"


Saturday, January 9, 2010

Steamboat

Salam rakan-rakan,

  • Saya baru sahaja pulang dari "Muslim Student Association Welcoming Dinner" bersama beberapa rakan-rakan saya. Majlis itu bermula pada jam 5.00 petang tetapi kami hadir pada jam 6.00 petang.
  • Upacara didahului dengan majlis ilmu yang diketuai oleh dua orang penceramah. Kelewatan menyebabkan kami agak tersipu-sipu ketika memasuki bilik alumni yang merupakan lokasi majlis tersebut.
  • Penceramah banyak menceritakan kisah-kisah sahabat Rasullah S.A.W yang berjuang bersama-sama baginda untuk menegakkan kesucian Islam.
  • Dalam satu contoh, penceramah menggambarkan peribadi seorang sahabat Rasullah S.A.W iaitu Saad bin Abi Waqqash yang mengembara ke negara China untuk tujuan dakwah. Kejayaan dakwah beliau dapat dibuktikan dengan syiar Islam yang terus subur di bumi negara tembok besar sehingga ke hari ini.
  • Ketika umur beliau sekitar 100 tahun, beliau berangkat pulang ke Tanah Arab dengan menggunakan kapal layar. Namun begitu, di pertengahan jalan beliau mengarahkan nakhoda berpatah balik kerana merasakan tanggungjawab untuk menjalankan tugas dakwah masih belum selesai walaupun pada hakikatnya pengorbanan beliau untuk jalan Allah S.W.T sudah terlalu banyak.
  • Buat pengetahuan rakan-rakan, beliau merupakan salah seorang 10 orang sahabat yang dijanjikan syurga semasa hayatnya namun jaminan tidak pernah membuat beliau alpa daripada terus berdakwah.
  • Beliau pulang menghadap Illahi ketika dalam pelayaran untuk berpatah balik ke negara China. Sesetengah pengkaji sejarah mengatakan jenazah beliau disemadikan di negara China.
  • Kisah perjuangan beliau membuatkan saya berfikir sejenak mengenai diri saya. Sememangnya diri ini amat kerdil sekali jika dibandingkan dengan para sahabat Rasullah S.A.W. Umat Islam pada masa kini tidak pernah diberi jaminan khas oleh Rasullah S.A.W tetapi kita masih leka dalam mengejar keseronokan dunia daripada keberkatan Illahi.
  • Saya menyeru diri saya dan juga rakan-rakan untuk meluangkan sedikit masa untuk membaca sirah-sirah Islam agar semangat kita untuk memajukan diri dan mencari keredhaan tidak pernah luntur.

Masjid Huaisheng yang merupakan antara masjid tertua di dunia

"Steamboat"

  • "Steamboat" merupakan sejenis hidangan makanan laut yang direbus dalam periuk. Makanan laut ini direbus bersama sup ataupun tomyam.
  • Saya menulis tajuk ini kerana saya amat teringin untuk menikmati "steamboat" sebagaimana yang boleh dinikmati di Malaysia. Makanan laut di Alberta agak mahal membuatkan keinginan saya untuk menyediakan "steamboat" terbantut.
  • Ketika saya belajar di Kolej Universiti Sunway pada tahun 2006, terdapat sebuah restoran "steamboat" yang menyediakan makanan secara bufet. Harga bagi seorang pelanggan agak berpatutan tetapi pada ketika itu saya lebih gemar menjauhkan diri dari restoran berkenaan bagi menjimatkan wang.
  • Kunjungan saya bersama seorang rakan bernama Nurdinie Hazique merupakan kali terakhir saya makan "steamboat" di Malaysia.
  • Saya terlupa untuk menjamah "steamboat" ketika pulang ke Malaysia tempoh hari mungkin kerana terlalu gembira berada di tanah air yang ditinggalkan selama dua tahun.
  • Akhir kata, terima kasih kerana sudi membaca "post" saya pada kali ini. Semoga kita beroleh manfaat.
Bot yang berasap
Hidung berasap
Zaman ketika Dinie masih kurus dan belum berpunya

Thursday, January 7, 2010

Tidur

Salam rakan-rakan,

  • Tidur merupakan nikmat yang tidak terperi ALLAH S.W.T kurniakan kepada manusia. Hidup ini pasti menderita jika nikmat ini ditarik balik daripada kita.
  • Tidur juga merupakan satu proses dalam proses pembelajaran. Ketika tidur, otak akan berada dalam keadaan rehat yang membolehkan otak menyimpan segala maklumat yang dipelajari dengan lebih mudah.
  • Namun begitu, tidur yang berlebihan juga mampu menjejaskan kesihatan dan prestasi seseorang individu. Malam diciptakan sebagai waktu yang sesuai untuk manusia berehat manakala waktu siang pula bagi manusia melakukan kerja.
  • Seorang pakar mengatakan kadar kemalangan yang tinggi pada waktu malam adalah disebabkan pelanggaran norma badan manusia yang ingin berehat pada waktu malam.

Kisah di waktu malam.

  • Sejak beberapa hari yang lepas saya mengalami masalah untuk melelapkan mata pada waktu malam.
  • Saya agak khuatir jika keadaan ini akan menjadi teruk seperti kejadian yang berlaku pada saya pada tahun lepas. Pada musim peperiksaan tahun lepas, saya terpaksa berjumpa dengan doktor dan diarahkan untuk mengambil pil-pil yang sepatutnya dijauhkan. Keadaan ini berterusan untuk beberapa minggu menakibatkan saya sedar betapa besarnya nikmat tidur yang diberikan selama ini.
  • Pada minggu lepas, saya menikmati roti bersama dengan air susu di hadapan komputer yang terletak di atas meja belajar saya. Saya memakan roti tersebut sambil menonton anime "Full Metal Panic".
  • Setelah makan beberapa ketul roti tersebut (roti ini berbentuk bulat seperti roti 'ban') saya menolak roti dan gelas susu ke bahagian hujung meja dan terus menonton anime.
  • Tepat jam 3.00 pagi, saya berasa keletihan dan membuat keputusan untuk melelapkan mata. Oleh kerana terlalu malas dan mengantuk , saya hanya membiarkan gelas dan roti tersebut tersadai di atas meja. Dalam masa itu, saya cuba mencari pengikat pembungkus roti tersebut tetapi gagal menjumpainya. Lalu saya melipatkan hujung bungkusan tersebut dan meletakkan gelas di atas lipatan supaya roti tidak menjadi lemau.
  • Setelah berjaya mengenakan tekanan terhadap lipatan tersebut dengan gelas saya pun terus meluru ke atas katil dan melelapkan mata.
  • Ketika saya sedang enak diulit mimpi, saya merasakan suatu objek menghempas muka saya dengan kuat. Akibatnya saya terjaga dari dibuai mimpi indah dan berada dalam keadaan terpinga-pinga.
  • Dalam keadaan gelap saya meraba-raba bahagian dada saya dan saya dapat merasakan satu objek. Lalu tangan saya terus menggapai suis lampu meja bagi melihat objek tersebut.
  • Alangkah terkejut apabila melihat objek tersebut adalah bungkusan roti yang dinikmati oleh saya sebelum merehatkan diri atas katil
  • Lebih mengejutkan, bungkusan itu diikat dengan pengikat yang gagal dicari oleh saya sebelum tidur.
  • Saya melihat gelas susu masih lagi berada di atas meja tetapi bungkusan ini pula berada dalam tangan saya sedangkan jarak antara katil dan meja belajar agak jauh. Tersentak dengan itu, perasaan seram mula menyelubungi diri.
  • Saya terus bangun ke bilik rakan saya (Fayuti yang ketika itu sedang tidur dalam bilik Razly) bagi mententeramkan diri namun niat itu dibatalkan kerana melihat rakan yang sedang tidur nyenyak.
  • Setelah mengambil wudhu dan membaca beberapa potong ayat suci Al-Quran, saya menyambung semula tidur saya tetapi dengan lampu yang terpasang.
  • Sehingga ke hari ini, saya masih dibelenggu dengan persoalan tentang kejadian roti tersebut. Namun kejadian itu tidak berkaitan dengan masalah tidur yang sedang saya hadapi pada waktu ini.
~~~~~Biarkan misteri kekal misteri~~~~


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com



lagu kegemaran

p/s: penakut!!