Pages

Wednesday, March 30, 2022

Miskin

Sehari dua kecoh kisah manusia melabel antara satu sama lain.
Laptop atau komputer sememangnya keperluan utama.
Satu ketika dahulu di kolej, pernah merasa hidup tanpa komputer.
Semua tugasan terpaksa dibuat di makmal komputer.

Makmal komputer pula tutup pada jam 6 petang.
Hujung minggu pula makmal cuma buka pada hari Sabtu (separuh hari) 
Kelas terakhir pula pada jam 4.30 petang.

Rumit kerana terkejar-kejar.
Hikmahnya pula, kerja selesai awal. 
Malam boleh berehat.
Bukan bermakna senang. Tercungap sebenarnya dengan rutin harian.

Hendak dipinjam laptop rakan.
Mereka juga ada tugasan yang perlu disiapkan.
Maka itu rutin harian.
Berlari-lari ke makmal untuk siapkan kerja dalam masa sejam.
Kesempurnaan pun sukar dicapai untuk tugas. 
Tetapi pasrah.

Nak mengeluh kepada keluarga.
Tahu tiada apa-apa.
Gelang tiada.
Tanah pun tiada.
Simpanan lagi tiada.
Hanya sekadar kais pagi makan pagi.

Azimat yang ada hanya semangat untuk menjadi lebih baik sahaja.
Hidup takkan berubah dengan merungut.
Tak semua orang juga sudi membantu.
Mereka juga ada struggle yang perlu dihadapi.

Tetapi tidak berkudis untuk kita mempunyai empati.
Tidak membantu tak mengapa.
Kerana dia pasti terus cuba hidup dengan apa yang ada.
Jagalah mulut. Jangan kecam kesusahan orang.