Pages

Saturday, July 30, 2022

Awan

Saya takut dengan awan di saat meluncur di langit dalam tiub silinder.

Akibatnya perjalanan 55 min terasa seperti 4 jam.

Sebaik kaki menjejak bumi badan terasa penat. 
Keletihan mental kerana risau berlebihan

Wednesday, July 27, 2022

Petronas

Stesen Petronas memang ke hadapan berbanding jenama lain.

Terminal pam yang cantik. Siap dengan tv kecil untuk iklan dan video. Pam pula ringan. 

Jika menggunakan kad. Prosesnya amat laju. Tambahan pula bila guna paywave. Benar-benar pengalaman "contactless"

Monday, July 25, 2022

Inflasi

Akhirnya gerai ini juga mengikut arus.
Harga RM 1.00 yang cuba dikekalkan sekian lama tidak bertahan.

Sekali naik sampai RM 0.30.
Semoga urusan kita semua dipermudahkan.

Sunday, July 24, 2022

Basuh

Semahal mana pun kereta.
Ianya masih perlu dicuci dengan berkala.

Bila agak kali terakhir kita bermuhasabah?
Iman tidak sentiasa tebal..

Saturday, July 23, 2022

Chicken Pox

Virus dah mula merebak dari anak ketiga ke anak kedua.
Doktor minta kuarantin selama 14 hari.

Bila diingat semula. Saya sendiri tidak pernah diserang demam campak sejak kecil.

Friday, July 22, 2022

Penat

Kau duduk dalam kenderaan dengan landasan dengan harapan untuk berehat.

Kau tak perlu khuatir jua tentang navigasi.
Risiko kemalangan juga rendah.

Maka kau berehatlah.
Tetapi tidak.

Kau masih rasa penat.
Penat dengan dunia




Thursday, July 21, 2022

Elevator

Mesin adalah jentera yang memudahkan kerja manusia.
Sukar untuk manusia mencipta bangunan pencakar langit tanpa jentera pengangkat ini.

Ia tidak mustahil tetapi sukar dan perit.
Bayangkan terpaksa menapak anak tangga menggunakan kudrat.

Begitu juga kehidupan.
Ada insan yang boleh naik ke atas dengan selesa dengan satu picitan butang sahaja.
Ada pula yang menahan kesakitan untuk terus melangkah ke depan.

Saat tiba di puncak mungkin orang lain sudah pun terbang jauh.







Sunday, July 17, 2022

Teh O Ais.

Selalunya saya akan minum air kosong sekiranya makan di restoran/ gerai.

Namun adakala saya akan memesan air teh o ais tatkala penjual air persis bertanya air manis. Lebih kepada nak membantu.

Saya lebih gemar air milo ais namun harganya terlalu mahal. Jadinya teh o ais lebih menjadi pilihan.

Tetapi itu pun pada waktu lalu. Tahun 2022, teh o ais sudah berharga RM 2. 

Pada satu waktu dulu harganya cuma 80sen.

Maka tekadnya saya akan sentiasa bawa air masak selepas ini. Mungkin orang lain boleh bantu penjual air. ..



Friday, July 15, 2022

Pisang

Sudah menjadi norm di masjid ini untuk seseorang hamba Allah menyediakan pisang sebagai sedekah.
Datang ke masjid untuk beribadah demi tuntutan agama.
Baliknya pula dengan membuang kulit pisang merata-rata.


Hari Sukan

They are so excited for tomorrow's Hari Sukan.


Thursday, July 14, 2022

Dimsum

Whenever people asked me what is my favorite food, I would quickly answer my mom's nasi lemak.

The second one would be dimsum (halal). I started to fell in love with its taste in 2020.

Back to the nasi lemak. Mom can't no longer cook nasi lemak as it used to be. I tried so many times but I still cannot beat the taste.

Wednesday, July 13, 2022

Ruby Lounge

The lobby for Business Class.
Nothing fancy on amenities.

Special perk would be a dedicated elevator to the departure platform. People may skip the hassle of quequing at the gate.

Monday, July 11, 2022

Rebung

Pelaburan itu bermakna hasilnya dituai selepas beberapa ketika.
Boleh jadi esok, lusa, tahun atau dekad lamanya.

Bahasa mudahnya jika kita berkehendakkan sesuatu maka perlu aktiviti pelaburan.
Boleh jadi tenaga, wang, masa dan perhatian.

Perkara penting dalam pelaburan adalah masa selain dari tempat yang tepat.
Adakala kita mungkin terbazir masa kerana berada di tempat yang salah.
Namun kebanyakannya masa adalah faktor penting.

Bandingkan pelaburan wang ke akaun simpanan secara konsisten selama 18 tahun dengan pelaburan pukal pada tahun ke 18.

Pasti berbeza kan?

Sekarang bandingkan pula pelaburan kita untuk manusia. Untuk yang tersayang?

Kita perlu mula sekarang atau setelah 25 tahun?


Sunday, July 10, 2022

Eid Adha

Salam.

Happy Eid Adha.

What is the meaning of Qurban to you?

Don't mistaken me.
I want to live.

But somehow I do wonder if I could exchange my life to needy person or someone who serve real purpose in this world.

Thursday, July 7, 2022

Talent

Some are leaving.
The rest are considering.

Whenever you feel that room for growth is restricted then it's the right time to chart the way out.

The best time was tomorrow.
Yet the right moment might be now.

Move forward. Believe in yourself.
Have faith in Allah.

Amin

Wednesday, July 6, 2022

Muda

Tiada sesiapa yang semakin muda.
Tetapi mereka boleh merasa tidak tua.

Kamu boleh merasa muda.
Hanya dengan bergaul dengan yang muda.

Hingga terlupa kamu sudah berusia.
Begitu juga mereka yang makin tua.

Antara ilmu yang manusia tidak mampu.
Mengatur hukum masa.

Sudut masa mungkin berubah secara relatif.
Tetapi tidak dengan nilai masa yang sebenar.

Saat menulis ini pun.
Mungkin terasa singkat.
Namun masa telah berlalu.
Memamah usia 


Tuesday, July 5, 2022

Hari Ini dan Esok

Hari ini perlu dimanfaat dengan sebaik mungkin.
Sesebuah struktur tidak akan berdiri dengan sendiri dengan sekelip mata.
Begitu juga dengan ikatan emosional manusia.

Luangkan masa bersama tersayang kerana ianya adalah pelaburan.
Nilai mendengar itu menjadi ingatan.
Apakan pula dengan reaksi dan aktiviti bersama?

Jangan bila esok.
Kamu mula mempersoalkan mereka.
Mengapa tidak acuh mengambil berat?

Salahkan diri sendiri.
Kurangkan drama.
Sesungguhnya memori itu dicipta bukan tercipta.


Friday, July 1, 2022