Pages

Friday, February 21, 2020

Butterdome

Suasana peperiksaan di Butterdome, University of Alberta.



Wednesday, February 19, 2020

Hadiah


Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W. daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
"Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa dari anaknya yang salih"

(Hadis Riwayat Muslim)



Semoga ia bermanfaat kepada insan lain apabila tiba waktunya nanti.
Bersyukur dengan pinjaman yang dikurniakan.

Mudah-mudahan menjadi sedekah jariah yang berterusan.


I have pledged. Insya Allah.

Tuesday, February 18, 2020

Cukup

Sudahlah.
Mereka tak nak mendengar.
Mereka yang ada telinga.

Mereka yang juga mengejar mimpi.
Mimpi mereka yang lebih besar.

Kau kejar la mimpi itu.
Aku hanya sang pengemis bukan sang mentari.

Cukuplah.

Friday, February 14, 2020

Lama

"Ahmad, jom pi makan. Naik motor aku," ujar Shariman sambi menguis bahu Ahmad.

Motorsikal yang digunakan Shariman adalah dari jenis Y15 atau dengan nama glamour digelar sebagai Ysuku.
Ahmad pula hanya menggunakan motorsikal EX5 tahun 2000 yang diberikan oleh bapanya.

"Sedap rupanya motor ni," bisik hati Ahmad saat membonceng motor milik Shariman.

Sangkanya selama ini motor adalah motor sahaja. Saat hujan masih basah.
Rupanya dia silap. Konsepnya sama seperti sebuah kereta juga. BMW mungkin tak sama dengan PERODUA.

Gegaran motor yang dirasai selama ini sebenarnya tidak normal. Mungkin tidak rosak tetapi sudah agak uzur dengan usianya.

Begitu juga pengajaran dalam hidup ini.

Kita akan merasa cukup dan tenang sekiranya kita tidak terkejar dengan dunia orang lain. Syukur dan terima sebenarnya lebih baik. Di saat kita mula membandingkan hidup dengan orang lain maka hati mula tidak tenteram. Bukan hanya wang ringgit tetapi cara hidup manusia lain.

Yang keduanya, kita juga tidak tahu mana ruang penambahbaikan sekiranya kita terlalu selesa dengan kantung sendiri. Gunakannya untuk penambahbaikan bukannya sebagai alasan merintih dan menangisi nasib diri.

Hidup itu satu pilihan.

Thursday, February 13, 2020

Persona

Warna putih dipilih.
Mungkin terbayang sang kuda putih.
Hakikatnya mudah kotor.

Pejam celik.
Hampir 9 tahun bersama.
Kini menjadi milikan penuh.

Kata bijak pandai.
Ia cuma liabiliti.
Mungkin yang berkata itu kaya.
Tak sedar hakikat hidup sebenar.

Setiap insan punya prioriti berbeza.



Sumpah

Andai rembulan tak lagi mampu bercahaya........

Lagu ini layak menang.
Lagu yang satu lagi tidak wajar dipersembahkan langsung
Dengan sesuka hati menonjolkan babak insan mencabut nyawa.
Seni kah itu?
Mana yang sepatutnya menyelia.
Seni bukan lesen untuk merobek tanggungjawab terhadap insan lain.

Seni memang pentas ekspresi diri.
Tetapi bukanlah bermakna kita terlepas dengan tanggungjawab sebagai insan.
Mungkin itulah beza yang beriman dan tidak beriman.

Sebagai contoh.
Di Barat seni diekspresi dengan lukisan manusia tanpa seurat benang.
Kerana bagi mereka tubuh manusia adalah seni.
Biarlah kamu nak menganggap seni agung kerana ianya memang ciptaan Tuhan.

Tetapi mereka lupa batas manusia.
Hilang rasa tanggungjawab sebagai hamba dan juga insan.
Tidak cukup dengan bogel.
Mereka gambarkan pula rupa Tuhan melalui seni.

Ironinya Tuhan yang digambarkan itu menyerupai bangsa mereka sahaja.
Maka hinalah bangsar lain.
Mereke terlebih dahulu claim wajah Tuhan.
Bagaimana pula penganut mereka di Afrika.
Tuhan tidak hitam ke?

Maka itulah hikmahnya Islam.
Al Quran diturunkan kepada Rasullah.
Diwarisi oleh alim ulama.
Mukjizat kekal sehingga kini.

Kita beriman dan membenar sepenuhnya dalam hati ajaran yang dibawa Quran.
Percaya wahyu yang diberi kepada Rasullah.
Tanpa kita diberi potret Rasullah.


Friday, February 7, 2020

Tenang

Hanya sekadar perkataan.
Atau mungkin sekeping kertas.

Cukup untuk mengubah jiwa.
Adakalanya nafas dihembus berat bagai batu menimpa dada.
Bagai meniti laluan tidak berpenghujung.

Saat mentari kekal menyinari.
Di sudut lain wujud bayang hitam.
Menjadi dambaan makhluk.

Gelap hitam kosong.
Tapi tenang lagi sejuk.
Sunyi dari mata makhluk.

Mereput la dia dalam dunia bayang.
Saat mentari terbenam.
Seluruh dunia menjadi bayang infiniti.

Menari-nari dalam hujan air mata.
Berdoa mentari tidak kembali lagi.
Kerana hanya bayang menjadi darah daging.

Thursday, February 6, 2020

26

Detik itu sebenarnya masih segar.
Di saat masa berlalu.

Detik itu masih kekal.
Di saat sang hamba itu terhimpit dengan dua dunia.


Saturday, February 1, 2020

Lompat

Tahun 2020.

2020 dibahagikan dengan 4 tidak meninggalkan sebarang baki.

Maka tahun ini adalah tahun lompat.

Bulan Februari mempunyai 29 hari berbanding 28 hari.



Mengapa tahun lompat atau leap year?

Sila Google.