Pages

Tuesday, December 14, 2021

No Time To Die

Final movie of Agent 007 by Daniel Craig.

I personally prefer Daniel as 007 rather than his predecessors.

Sunday, November 28, 2021

Overheated

On my way back to KL from Bentong.
Luckily, a man happened to be a mechanic had stopped by to lend his hand. Alhamdullilah.

Safely arrived at home but the broken part has to be replaced soon.

Wednesday, November 24, 2021

Wednesday, October 27, 2021

Letting Go

Melihat rumah yang terbiar terus hati terasa sayu.
Terdetik untuk melepaskan rumah yang pernah didiami hampir 4 tahun yang lalu.
Tawa dan nangis anak kecil masih lagi jelas dalam ingatan.

Mungkin sudah tiba masanya untuk lepaskan rumah ini kepada pemilik baharu.

Tuesday, October 26, 2021

Low Hb

I couldn't fulfil my wish to donate blood on yesterday due to low Hb's reading.
This is the first time incident after more than 10 blood donations since ever.


Monday, October 25, 2021

Negara

Saya ada kenalan.
Dia kelihatan biasa tetapi jiwanya patriotik.
Maksud saya semangat demi negara yang tinggi.

Jika diberi sesuatu fakta yang kurang tentang Malaysia.
Dia pasti akan menangkan juga dengan menaruh kepercayaan Malaysia akan lebih baik pada masa akan datang.
Dia optimis dengan Malaysia.

Jika ada pihak yang merendahkan Malaysia pula.
Dia pasti dengan pantas menyinga.

Sekarang dia pun sudah berada di tempat yang sesuai untuk membentuk Malaysia yang lebih baik.
Atau sekurang-kurangya menjual idea dan model pemikiran Malaysia di peringkat antarabangsa.

Semoga terus berjaya. Demi Malaysia!!

Sunday, October 24, 2021

Saturday, October 23, 2021

Gemas Road

Bermalam di Georgetown semasa dalam perjalanan pulang ke Lembah Klang.
Seseorang telah mengajak saya untuk sarapan pagi di gerai roti canai yang popular.
Seawal jam 7.15 pagi sudah kelihatan barisan manusia yang datang untuk menjamah selera.

Menu roti canai yang viral ternyata tidak kena dengan tekak saya.
Berpeluh untuk menghabiskan makanan dalam pinggan.

Mungkin ini yang pertama dan terakhir.




p/s    : selalu elak tempat yang dikatakan viral. Ini kira kali pertama juga saya mencuba benda viral.

Wednesday, October 13, 2021

Limit

I might have reached my limit.
I'm starting to be unproductive.

While I have ideas and solution.
Seems like silence is the best approach.


Tuesday, October 5, 2021

Glamping @Hid3out Ulu Yam

Salam,

Sempadan negeri mahupun negara masih belum dibuka setakat hari ini.

Hikmah di sebalik semua ini, kita mula menghayati dan menghargai benda yang dekat.

Jika dahulunya percutian bermaksud rentas negeri atau negara.

Sekarang hanya cukup sekadar rentas daerah.


Coretan pengalaman di Hid3Out

Harga        : RM 399/malam

Makanan    : Disediakan. Makan malam dan sarapan. Perlu masak sendiri. Peralatan memasak disediakan.

Khemah    : Luas. 1 tilam queen & 1 tilam single. Boleh muat 4 orang dewasa.

Elektrik    : Ada. Kipas dan lampu juga ada.

Tandas    : Peribadi bagi setiap khemah

Sungai    : Ya. Depan khemah dalam 15 meter













Sunday, September 26, 2021

Happy Birthday

Selamat Hari Lahir to Myself.
26 September is a date that I will not simply forget.



Thursday, September 16, 2021

Hari Malaysia

Demi tanah yang bertuah.
Taman cinta merdeka.

Selamat Hari Malaysia.
Bila umur menginjak dewasa maka cuti umum antara benda yang paling dinantikan.

Tuesday, September 14, 2021

Penat

Same place
Same routine
Same .............
Same ...........

Saturday, August 21, 2021

Sembilan

Luarnya kelihat berbeza.
Dalaman masih sama.

Maka kita hanya boleh melihat.
Ternyata ia bukan pentas catur kita.

Sunday, August 15, 2021

Suasana

Bau minyak petrol.
Bunyi enjin genset.

Ini merupakan norma suasana di pasar malam pada suatu waktu dahulu.
Kelihatan rumit untuk peniaga 'setup' tapak perniagaan mereka.

Bermula dengan khemah, 'unload' barang, pendawaian lampu dan menghidupkan genset.

Sekarang suasana lain sekali. Tiada lagi keriuhan bunyi genset. Tiada lagi bau minyak petrol. Peniaga telah lama beralih kepada lampu mudah alih bateri yang boleh dibeli dengan mudah di MrDIY atau Shoppee.

Inilah nikmat teknologi kepada manusia. Teknologi itu bahasa mudahnya adalah sesuatu ciptaan/proses yang memudahkan kerja. Jika makin menyusahkan maka tak layak dipanggil teknologi.

Cuma memori tidak boleh boleh dibeli dengan teknologi. Anak-anak kini hanya mengenal pasar malam modem dengan limpahan lampu bateri. Tambahan lagi dengan pandemik ini, makin sunyi pasar malam.


Sunday, July 25, 2021

18th

Salam

Completed my 18th blood donation. alhamdullilah.

I had to defer my donation for a week due to COVID-19 vaccination. 





Sunday, July 18, 2021

2nd Dose


Salam,

Hari ini selesai dos kedua AstaZeneca di tempat yang sama iaitu Universiti Malaya. Urusan selesai dengan pantas dan mudah. Saya kira masa yang diambil dari mula sehingga akhir hanya kurang daripada 30 minit.



Thursday, July 15, 2021

Webinar

It's becoming a hot trend.
Yet, the resource maintains the same

Saturday, June 26, 2021

Letusan

Assalamualaikum.

Bila agaknya kali terakhir kita lihat kebencian yang amat sangat oleh marhaen kepada sang garuda?
Jawapannya adalah baru seketika tadi.

Sebelum itu bila?
Jawapannya pagi tadi.

Sebelum itu bila?
Jawapannya semalam.

Samada kita hendak terima atau tidak kebencian ini lebih tinggi dari zaman era 2018 semasa krisis 1ZimbabweDB.

Marhaen secara ratanya boleh terima jika hidup susah. 
Susah bersama.
Yang mereka tidak boleh terima adalah inequality.
Di saat marhaen sedang berjuang untuk sebutir nasi. Sang Garuda ketawa. Sang Garuda membuat lawak bodoh.

Pernah dulu kita fikir mengapa dengan skandal yang bank dalam 1ZimbabweDB tetapi marhaen di luar bandar masih memberi sokongan?
Jawapannya kerana tekanan hidup tidak terlalu teruk.

Sekarang apa yang marhaen nampak adalah kencing dan tahi sang garuda.
Dan Sang Garuda masih lost touch.
Tidak tahu nak buat apa.
Kegilaan betul.

Dahulu saya pernah terfikir. Terukkah sangat kah Tunisia atau negara Arab lain sehingga berlaku Arab Spring?
Kini jawapannya semakin jelas. Tekanan hidup mendesak menyebabkan orang hilang pertimbangan sewajarnya di sang Garuda pula lost touch dengan kesusahan marhaen.

Arab Spring tidak memberikan kebaikan total langsung. Banyak mudarat dari kebaikan.

Mohon dijauhi dari Bumi Zimbabwe ini.

Kita tak mampu bangkit dengan mudah jika Zimbabwe Spring berlaku di sini.


Friday, June 25, 2021

Depression and Suicide Case

Assalamualaikum,

My heart breaks when I read an article about the statistics of suicide case following COVID-19.

People are stuck and helpless.

I couldn't imagine waking up in the morning but have nothing to feed my family. Surely, I couldn't afford to sleep at all.


Sunday, June 20, 2021

ZuPoor

Minggu lepas dapat notifikasi daripada syarikat ZuPoor tentang "repricing".

Ini merupakan perubahan harga kali kedua dalam tempoh 2 tahun. Bila disebut perubahan, ianya adalah kenaikan!

Saya secara jujur telah hilang percaya dengan syarikat ZuPoor ini.

Masa untuk mula mencari medical card yang lebih logik di akal

Sunday, June 13, 2021

TIME Fibre

Ok now boleh bekerja dari rumah dengan lebih tenang



Sunday, June 6, 2021

adulthood

What is adulthood to you?

Mine are being grateful and medicine.

Why grateful.
I found it is easier to whine.
Or maybe to cry or vent the anger.
But in the end, we can only accept the reality and its consequences.
In short, given the stresses or pressure, it is easier to be patient.

Yet, it is difficult to anyone or maybe myself to be grateful.
We tend to be thankful for something special. 
Yet, what is the definition of special?
It is subjective right?
My mission is to appreciate every little thing and try to be thankful for them.

Next, what about medicine?
Kamu ingat saya ada masa untuk sakit kepala?
This ads by Panadol Actifast sounds familiar isn't it?

I consume a lot of paracetamol if compare to the era when I was 20s.
And I had to take some other medicine too.
Luckily, I have no issue to swallow any size of pill or tablet.

What would be for the next 10-20 years. Would my life be surrounded with prescribed drugs?
I don't know.

Maybe I don't live longer than 10 years?
Statistically men die earlier. haha.

Until then.. See you guys.

staysafe..

Thursday, June 3, 2021

day

I was lying in a friend's home
I read it and had realized that it meant nothing.

That was the day.
I looked around and realized that it meant nothing.

I was a fool.

Thursday, May 20, 2021

Circle

I just realized that I have a very limited friends

Sunday, May 16, 2021

Post Astra Zeneca

16 Mei 2021

2.01 pm - Tiba di PPV Universiti Malaya.

2.28 pm - Disuntik vaksin

2.51 pm - Selesai urusan vaksin.

3.20 pm - Tiba di rumah. Lengan kiri mula lenguh 

8.20 pm - Badan mula rasa penat. Mungkin berpunca dari keletihan biasa. Lenguh masih terasa tetapi semakin berkurangan.

10.15 pm - Tekak terasa pedih. Minum air dengan banyak tetapi masih rasa pedih.

17 Mei 2021

12.11 am - lengan rasa sakit terutama di tempat suntikan. Tiada lebam atau bengkak.

2.34 am - terjaga dari tidur. Sakit makin kuat apabila tangan bergerak.

4.05 am - tekak masih pedih. tidak boleh tidur dengan nyenyak. lengan semakin sakit 

6.53 am - lengan semakin sakit. buka baju guna tangan kanan sahaja. kalau gerakkan tangan kiri akan rasa sakit. badan rasa lesu dan penat. Mungkin kerana tidak cukup tidur.

8.10 am - sakit kepala. sendi mula terasa sengal.  badan sejuk menggigil. 

8.30 am - makan panadol 2 biji. badan rasa sangat lesu. tidak boleh tutup mata kerana sakit kepala.

12.01 pm - Sedar dari tidur. suhu badan tidak terlalu panas. kepala masih sakit. lengan pun masih sakit. Tekak sudah kurang pedih. Panadol berkesan. Insya allah

1.30 pm - makan lagi sebiji panadol. Getting better. demam dah kurang. kepala masih sakit. Nak tidur semula

6.49 pm - kepala masih sakit. demam sudah tiada. tetapi rasa sejuk gigil. lengan kiri masih sakit tetapi berkurangan.

7.47 pm - sakit kepala sudah berkurangan. masih sejuk gigil.

18 Mei 2021

6.30 am - Makan panadol

8.09 am - demam sudah tiada. sakit kepala masih ada. lengan masih sakit

4.37 pm - makan panadol. demam sudah tiada. sakit kepala sudah tiada. lengan masih sakit. Badan rasa sejuk sikit.

10.37 pm - makan panadol. badan sudah sihat. hanya tempat injection yang masih sakit.

19 Mei 2021

7.15 am - Makan panadol. badan sihat. tempat injection yang masih sakit (tetapi sikit sahaja). alhamdullilah.

2.11 pm - Badan sihat. Tempat injection sahaja yang masih sakit (manja2). No more panadol. alhamdullilah. I'm signing off this update.

#cucukMyAZ

#lindungidiri

#lindungisemua

Astra Zeneca





















Tuesday, May 11, 2021

Good Old Days

Mengapa saya post di sini?
Kerana memori facebook hanya akan keluar setahun sekali.
Jadi, saya letak di sini untuk mudah baca kemudian hari.

Sunday, May 9, 2021

Mimpi

Untuk mencapai sesuatu.
Langkah pertama adalah untuk bermimpi/berangan terlebih dahulu.

Insya Allah dengan usaha dan doa dari keluarga.

Don't ever stop yourself.

Friday, May 7, 2021

Bliss

Based on my experience.

I would say that ignorance is such a bliss

Thursday, May 6, 2021

Yang Terindah

Semenjak kau hadir dalam hidupku

Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

p/s: This is always my favorite music track.

Wednesday, May 5, 2021

Sunday, May 2, 2021