Pages

Sunday, January 30, 2011

Sibuk

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

  • Kesibukan yang agak teruk sejak beberapa minggu sehingga tidak sempat membuka blog ini.
  • Sindrom "malas ketika tahun akhir" mula melanda diri tetapi pada masa yang sama banyak kerja yang perlu dilakukan.
  • Gambate!!! Insya Allah I can do it

Friday, January 21, 2011

Korea Selatan Bahagian 6

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

  • Kami telah melawat sebuah kawasan perniagaan yang mirip seperti Petaling Street bagi membeli cenderahati untuk dibawa pulang ke Malaysia.
  • Kawasan ini menjual pelbagai barangan buatan Korea pada harga yang murah. Kami terserempak dengan beberapa rakyat Malaysia yang datang ke Korea semata-mata untuk membeli "brooch" yang dikatakan berkualiti tetapi dijual pada harga yang murah. Kami diberitahu "brooch" yang bermodalkan RM 20 boleh dijual sehingga mencecah RM 100 di Malaysia.
~Pemandangan "business street tersebut"~
~Cuba mencari "brooch" yang cantik~

~Penjual ini telah bermurah hati memberi hadiah percuma kepada kami~

  • Setelah penat berjalan, saya meminta Aminur membawa kami ke restoran makanan Korea. Salah satu tujuan saya melawat Korea adalah untuk menikmati masakan Korea Selatan.
~Makanan sedang dimasak~

~Makanan yang sudah siap dimasak~

  • Kemudian, kami telah melawat sebuah taman yang menempatkan bangunan-bangunan klasik Korea Selatan. Secara kebetulan, kami berpeluang melihat sepasang mempelai rakyat Korea melangsungkan perkahwinan mereka.
~Tempat berlangsungnya perkahwinan tersebut~
~Hakim dan Aminur sedang bermain sejenis permainan tradisional~
~Pemandangan dalam rumah tradisional Korea~

  • Selepas itu pula, kami bergerak muzium perang Korea yang menempatkan pelbagai jenis meriam, kereta kebal dan kapal terbang yang digunakan semasa era perang.
~Tugu dua saudara yang terpaksa berperang kerana berlainan negara~

  • Kami sudahi hari tersebut dengan melawat Seoul Tower. Disini kelihatan ramai pasangan muda Korea yang sedang bermadu kasih. Pemandangan dari puncak menara amat menarik kerana hampir seluruh bandar Seoul dapat dilihat dengan jelas.
~Seoul Tower~
~Pasangan muda Korea mengunci nama mereka di sini dan membaling kunci ke gaung di hadapan dengan harapan cinta berkekalan~

~~Sekian~~

Ahmad Shafrin Bin Abdul Aziz

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Sains Alam Shah Kuala Lumpur, Tuan Haji Mohd Idrus Bin Abdul Hamid, Yang dihormati Timbalan Pengetua Akademik,Encik Razmi Bin Abdul Razak, Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar, Encik Ahmad Shafrin Bin Abdul Aziz, Timbalan Pengetua Ko-Kurikulum, Encik Rijaluddin Bin Che Mat, Guru-Guru Kanan, Guru-Guru Cemerlang, guru-guru, barisan pemimpin pelajar serta rakan-rakan yang dihormati sekalian.

  • Berikut merupakan kata-kata aluan yang pernah digunakan hampir 6 tahun yang lepas ketika saya masih di bangku sekolah. Kadangkala saya kurang gemar berucap kerana terpaksa memulakan dengan kata-kata aluan yang agak panjang yang sudah menjadi suatu kebiasaan bagi sesebuah ucapan pada upacara rasmi.
  • Namun begitu, memori memberi ucapan dengan kata-kata aluan merupakan salah satu kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan sehingga akhir hayat. Terima kasih ASiS kerana pernah memberi saya peluang berucap di pentas yang telah banyak melahirkan insan-insan berwibawa samada dari Sekolah Alam Shah mahupun Sekolah Menengah Sains Alam Shah.
Timbalan Pengetua HEP ASiS

  • Encik Ahmad Shafrin merupakan Timbalan Pengetua HEP ketika saya menuntut di ASiS sehingga beliau ditukarkan ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak sebagai Timbalan Pengetua Akademik dalam 2 minggu yang lepas.
  • Beliau merupakan seorang guru dan mentor yang baik pada saya. Beliau sendiri banyak membimbing saya untuk menjadi seorang pemimpin yang lebih berwibawa.
  • Saya agak terkilan kerana saya tidak mungkin lagi dapat melihat kelibat dirinya tatkala melawat ASiS pada masa akan datang. Beliau merupakan antara guru yang rapat dengan saya walaupun setelah saya melangkah kaki meninggalkan ASiS bagi menggapai sebuah cita-cita.
  • Walaupun adakalanya saya kurang bersetuju dengan pendapat/idea beliau namun saya masih mengagumi daya penakulan beliau dalam meneliti sebarang masalah atau ketika merumus idea demi kebaikan ASiS dan rakan-rakan pelajar.
  • Saya juga percaya ada ketika beliau sendiri tidak bersetuju dengan pendekatan saya sebagai pemimpin namun masih memberi sepenuh kepercayaan kepada saya bagi melaksanakan idea tanpa gangguan daripada beliau. Ini mungkin dilakukannya bagi memberi peluang belajar erti kesilapan dan berusaha untuk mengenal potensi diri.
  • ASiS mampu berdiri gah pada hari ini kerana disiplin yang baik dikalangan pelajarnya. Ketegasan beliau selaku Timbalan Pengetua HEP yang juga Ketua Warden telah membantu menaikkan nama ASiS menjadi sebuah SBP yang unggul di Malaysia pada hari ini. "Top 5 SPM peringkat kebangsaan" selama beberapa tahun berturut-turut seharusnya menjadi bukti kecemerlangan akademik ASiS yang bertitik tolak daripada program pembangunan disiplin dan sahsiah yang jitu.
  • Terima kasih kepada Encik Ahmad Shafrin kerana pernah membimbing saya pada suatu ketika dahulu. Saya mungkin tidak menjadi insan yang diharapkan oleh cikgu namun saya tidak pernah melupakan segala nasihat dan tunjuk ajar cikgu pada saya.
  • Selamat maju jaya di SBPi Gombak.
~~Sekian~~

p/s: TQ cikgu!!

p/s/s: cam dah xde cikgu yang rapat dengan aku je lagi kat ASiS.. aduss.

Thursday, January 20, 2011

Korea Selatan Bahagian 5

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

  • Setelah bersiar-siar di Pulau Jeju selama 3 hari, kami bertolak ke bandar Seoul.
  • Kami menetap di rumah rakan yang juga pelajar University Hanyang.

~Menikmati sejenis makanan Korea yang pertama di Seoul~
~Aminur singgah sebentar di restoran ini bagi membeli makanan "supper"
~Pemandangan University Hanyang pada waktu malam~
  • Kami tiba di bandar Seoul dari Pulau Jeju ketika matahari mula terbenam. Oleh itu, hari pertama di Seoul hanya dihabiskan dengan melawati sekitar University Hanyang sahaja.
~~Sekian~~

p/s: Terima kasih kepada Aminur dan rakan kerana membawa kami menjamah makanan Korea. Di Pulau Jeju, kami hanya menjamah roti hampir setiap masa kerana ragu-ragu dengan status halal makanan yang dijual di kedai. Terlalu sukar untuk berkomunikasi dengan rakyat Korea kerana kebanyakannya tidak mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

p/s/s: Pemandu teksi di bandar Seoul agak biadap !!!

p/s/s/s: Sepanjang perjalanan ke dari lapangan terbang Gimpo ke University Hanyang, saya dapat melihat begitu banyak poster penyanyi Korea seperti SNSD dan WonderGirls.

p/s/s/s/s: Jalan raya di bandar Seoul amat sesak dengan kenderaan nasional buatan Korea seperti Hyundai dan Ssangyong.

Change!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

  • Saya ingin berkongsi pendapat tentang drama Jepun lakonan Takuya Kimura yang dirasakan sangat menarik untuk tontonan umum.
  • Drama ini bertajuk "Change" berkisar tentang kisah seorang guru yang diangkat menjadi ahli politik dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Jepun yang merupakan salah sebuah negara maju di dunia.
  • Bagaimana seorang guru biasa mampu menjadi seorang Perdana Menteri tidak perlu didedahkan disini kelak kerana akan menjadi "spoiler" bagi rakan pembaca.
  • Kebanyakkan pemimpin yang berada di sekeliling kita berupaya menggapai status tersebut disebutkan faktor pengaruh dan keluarga yang ternama. Namun drama ini menampilkan ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi seorang pemimpin yang baik dan disayangi rakyat.
  • Jepun merupakan sebuah negara yang mengagungkan sistem birokrasi secara ketat sekali. Ini bermakna sebarang perubahan kepada sistem birokrasi yang menyusahkan bukannya sebuah kerja yang mudah walaupun seseorang itu berstatus Perdana Menteri.
  • Untuk mengetahui lebih lanjut, saya menyarankan rakan-rakan menonton drama ini. Drama ini mungkin kekurangan unsur romantik yang diburu oleh remaja masa kini namun saya yakin contoh dan pengajarannya boleh dijadikan pedoman dalam membentuk jati diri kepimpinan.
  • Jangan risau kerana drama bukannya ini tidak terlalu serius dan tidak membosankan.


Pengajaran daripada "Change"

  • Seorang pemimpin tidak memerlukan pengaruh atau status yang tinggi. Seorang pemimpin mesti berilmu pengetahuan samada dalam hal dunia atau akhirat, akhlak yang baik dan bersopan-santun. (*isu akhirat tidak diberi penekanan dalam drama ini*)
  • Pemimpin mesti bersedia mengaku salah dan bertanggungjawab membetulkan kesilapannya. Seorang pemimpin harus diberi ruang untuk melakukan kesilapan tetapi beliau tidak boleh melarikan diri daripada masalah.
  • Komunikasi yang baik antara pemimpin dan rakyat amat penting bagi memastikan rakyat memahami aspirasi kerajaan dalam membangunkan negara dan juga bagi menjamin pemimpin dapat merasai keperitan menjadi rakyat biasa.
  • Pemimpin memerlukan kumpulan pembantu yang bagus dan bijak supaya beliau mampu merumuskan polisi atau penyelesaian yang terbaik.
  • Seorang pemimpin mesti berkeinginan menjadi ketua kepada rakyat kerana ingin menyelesaikan masalah mereka bukannya bagi mencapai kepentingan diri sendiri.
  • Seorang pemimpin harus tegas dan berani kehilangan jawatan bagi menegakkan sesuatu yang benar. Beliau tidak seharusnya gentar akan isu populariti sekiranya beliau yakin tugas yang dilaksanakan itu berlandaskan perkara yang benar.
  • Seorang pemimpin harus sentiasa mendengar dan berfikiran terbuka terhadap pendapat,aduan atau kritikan daripada mana-mana pihak. Beliau harus bersopan santun biar pun diasak dari segenap pelusuk arah.
  • APABILA seorang pemimpin sudah dipilih secara adil maka beliau MESTI sedar kedudukannya sebagai PEMIMPIN SELURUH RAKYAT bukannya PEMIMPIN SATU PARTI POLITIK. Beliau harus bersikap adil dan melayan rakyatnya termasuk pihak pembangkang yang mengkritiknya tanpa henti tanpa diskriminasi. Beliau harus memberi aspirasi agar rakyat memahami niatnya yang murni bagi kemakmuran negara bukannya memaksa rakyat mengikut setiap kehendaknya.
~~Sekian~~

p/s: Aku setiap kali dengar ucapan takuya kimura dalam cerita ini memang meremang habis bulu roma. Rasa semangat membakar gile.

p/s/s: Sehebat-hebat seorang lelaki, beliau memerlukan seorang insan yang bernama wanita :)

p/s/s/s: ...............

Wednesday, January 19, 2011

Love in Rain ....................... iPhone4

Salam,
  • Pengalaman menggunakan Iphone4 sangat menyeronokkan. Ia bukannya disebabkan rasa "cool" yang datang sebagai pemilik namun kerana kesenangan/kemudahan yang ditawarkan oleh iPhone4.
  • Saya sudah menggunakan iPhone4 hampir 2 minggu dan ingin berkongsi pendapat tentang gadjet ini.
  • Saya membeli gadjet ini pada harga yang lebih murah setelah menggunakan "FIDOdollars" daripada syarikat telefon yang bernilai CAD 120.
Kelebihan Iphone4

  • Skrin "Retina Display" pada iPhone4 amat mengagumkan sekali. Skrin ini ternyata lebih jelas, terang dan terperinci berbanding versi iPhone4 yang lepas.
  • "Capacitive touch screen" amat hebat berbanding "smartphone" yang lain. Pengguna boleh merasakan kelancaran yang nyata ketika melakukan "multi-touch" dan juga ketika "scroll" iPhone4.
  • "Wifi" yang disediakan oleh iPhone4 juga berkualiti tinggi. Sekiranya,iPhone4 mengesan isyarat "Wifi" maka pengguna akan diberi pilihan samada menggunakannya ataupun terus berhubung dengan rangkaian "3G".
  • Pengguna akan terus mendapat isyarat sekiranya sebarang emel dihantar ke dalam akaun beliau. Jadi pengguna tidak akan terlepas sebarang emel yang penting.

~Pengguna diberi isyarat tentang emel baru~

  • Kekuatan sebenar iPhone4 terletak pada ribuan "application" yang terdapat di "Apple Store". Kebanyakannya memberi kesenangan kepada pengguna seperti "online banking", sistem penerbangan, berita semasa,muzik dan sebagainya.
~Antara apps yang terdapat dalam Iphone4 saya~


~Tiket Air Canada saya yang boleh dipapar menggunakan Air Canada apps~

  • "Multi tasking" oleh iPhone4 juga amat menarik dan tidak menyusahkan. Jika diperhatikan gambar diatas, saya mengakses server "Air Canada" ketika bercakap telefon dengan rakan saya tanpa sebarang masalah.
  • "User Interface" yang ditawarkan ternyata amat menyenangkan jika dibandingkan dengan Nokia mahupun Blackberry.
  • Apple Store juga mempunyai banyak "application" yang menarik samada secara percuma mahupun berbayar.
  • Saya amat menggemari cara sms dipaparkan di iPhone4 dalam bentuk "bubble". Ia kelihatan seperti dialog berlaku antara dua insan.
  • iPhone4 memastikan saya sentiasa "stay connected". Skype,YM,Facebook dan pelbagai "social apps" dapat diakses dengan mudah menggunakan Iphone4.

~Bubble~

~~Sekian~~

p/s: Setakat ni je la dulu. nanti aku cuba update lagi . Malas nak sebut tentang kelemahan iPhone4 lagi pada saat ini.



Tuesday, January 18, 2011

Tidur dalam kelas .... ZzzzZZZzzzZZZzz

Salam,

  • Sesi pembelajaran akan terjejas jika seorang pelajar tertidur dalam kelas. Kebanyakkan input yang diperlukan untuk menjawab peperiksaan diperoleh ketika guru/pensyarah mengajar dalam kelas bukannya daripada buku rujukan.
  • Seorang rakan pernah berkata kepada saya bahawa untuk mendapat keputusan yang terbaik dalam peperiksaan adalah mengetahui "expectations" pengajar tersebut.
  • Saya juga beranggapan tidur dalam kelas merupakan kelakuan yang kurang sopan terhadap pengajar.
  • Jika kita selalu tertidur dalam kelas maka sesuatu harus dilakukan kerana sudah pastinya kita sebagai manusia yang berilmu dan berdaya saing enggan berada pada tahap sama hampir setiap hari. Manusia tidak lari daripada kesilapan namun manusia tidak harus berhenti daripada memperbaiki kelemahan diri.
  • Saya juga seorang pelajar namun amat jarang sekali saya tertidur dalam kelas walaupun adakalanya saya berasa sangat letih dan mengantuk ketika cuba memfokuskan mata terhadap kata-kata pengajar di hadapan kelas.
  • Saya ingin berkongsi beberapa cara yang diamalkan untuk mengelakkan rasa mengantuk dan masalah tidur dalam kelas. Ingat!! Jika kita enggan berubah untuk kebaikan maka kita menempah tiket kegagalan.
Saya Tak Mahu Tidur Dalam Kelas.

*Sebelum ke kelas*

1) Tidur yang cukup
  • Tidur yang cukup menjamin kesegaran badan kita pada hari yang berikutnya. Cuba tidur tepat pada waktunya dan elakkan bermain Internet ketika larut malam kerana ianya membuatkan kita terleka akan badan yang sebenarnya sudah keletihan.
2) Mandi
  • Air yang akan membuatkan badan kita kembali segar setelah tidur selama lebih kurang 6 jam.
  • Jika kesuntukan masa, pastikan kita mencuci muka dan menggosok gigi.
3) Sarapan
  • Jangan tinggal sarapan walaupun kita dalam keadaan tergesa-gesa.
  • Sarapan yang baik adalah makanan yang mempunyai karbohidrat yang tinggi seperti roti. Namun begitu, elakkan pengambilan makanan yang terlalu berat kerana akan menyebabkan badan ingin berehat.
  • Kebiasaanya, saya akan bersarapan dengan 2 keping roti bersama "Nutella" dan segelas susu. Jika mempunyai masa, saya akan bersarapan dengan 1 biji telur ayam separuh masak yang dimakan bersama madu.
4) Gunakan masa petang sebaiknya.
  • Gunakan waktu petang untuk aktiviti riadah bukannya tidur.
  • Kebiasaannya, saya akan ke gimnasium atau kolam renang bagi mengisi waktu petang. Entah mengapa, saya tidak boleh mengulangkaji ketika waktu petang.
5) Vitamin
  • Jika ada wang tidak salah untuk membeli multivitamin untuk memberi khasiat tambahan kepada tubuh badan.
  • Saya sendiri mengamalkan pengambilan multivitamin secara tetap setiap hari. Multivitamin yang dijual di farmasi sudah cukup untuk tubuh remaja yang masih lagi kuat dan cergas.
*Dalam Kelas*

1) Makanan tambahan/snek
  • Kadangkala saya akan membawa snek untuk dimakan dalam kelas bagi melawan rasa mengantuk.
  • Elakkan makanan yang mempunyai kandungan garam/gula yang tinggi kerana gula hanya memberi tenaga untuk tempoh masa yang singkat. Lagipun gula yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan.
  • Makanan seperti buah-buahan, kekacang atau biskut merupakan makanan yang sesuai untuk dikunyah ketika sesi pembelajaran.
  • Jangan bawa nasi lemak dalam kelas!!!!
2) Banyakkan bertanya
  • Bertanya soalan kepada pengajar juga mampu menghilangkan rasa mengantuk kerana otak bekerja secara aktif bagi memberi tumpuan terhadap jawapan yang bakal diberi.
  • Tambahan pula, orang ramai akan memberi tumpuan kepada kita yang menyebabkan kita berasa lebih berhati-hati untuk tidak tidur dalam kelas.
3) Minuman
  • Saya tidak mengamalkan pengambilan kafein seperti yang terdapat dalam air tenaga dan kopi.
  • Air masak lebih baik kerana mempunyai kandungan oksigen yang tinggi.
4) Tarik nafas.
  • Jika berasa mengantuk, cuba tarik nafas dalam berulang kali.
5) Senaman
  • Gerakkan sendi dan otot badan bagi mengurangkan rasa mengantuk.
  • Pergerakan kecil di sekitar jari kaki dan jari tangan sudah cukup untuk melancarkan pengaliran darah.
  • Elakkan pergerakan yang melampau kerana akan menjejaskan perhatian pelajar-pelajar yang lain.
6)Take a walk
  • Keluar sebentar dari kelas bagi menghirup udara segar.
  • Jika saya terlalu mengantuk, saya akan berjalan menaiki tangga dan kembali ke kelas selepas beberapa minit. Alhamdulillah rasa mengantuk itu hilang dengan begitu mudah.
7) Jangan berangan-angan
  • Angan-angan yang indah akan membuat kita cuba melarikan diri daripada realiti hidup yang hakiki. Akibatnya kita mudah untuk memasuki dunia mimpi yang diharap indah.
  • Fokus dalam kelas!! Tutup telefon bimbit sementara waktu agar kita tidak menerima mesej-mesej yang akan membuat kita tersenyum seorang diri.
8) NO MP3
  • Kita mempunyai sepasang telinga namun pada hakikat manusia normal hanya boleh memproses sejenis audio pada satu-satu masa sahaja.
  • Mungkin beranggapan muzik yang dipasang secara perlahan mampu menghilangkan rasa mengantuk namun sebenarnya ia tidak benar sama sekali.
  • Muzik yang berentak perlahan akan membuat otak berasa tenang sedangkan pada hakikatnya otak diperlukan untuk bekerja keras memproses maklumat.
  • Muzik yang berentak pantas seperti metal/rock pula akan menjejaskan tumpuan pendengaran daripada kata-kata yang disampaikan oleh pengajar.
9) Lempang.
  • Jikalau masih tidak berkesan, sila mintak rakan yang berdekatan untuk lempang muka kamu jika tertidur.
Jangan buat ini untuk elakkan rasa mengantuk

  • Elakkan membawa komputer ke kelas kerana ianya akan menjejaskan tumpuan anda terhadap pengajar. Selain itu juga, kamu berpontensi mendapat dosa secara percuma kerana membuatkan rakan pelajar di belakang tertanya-tanya aktiviti yang dilakukan oleh kamu di komputer. Akibatnya, prestasi kamu dan rakan yang lain juga terjejas.
  • Bermain SMS mungkin boleh menghilangkan rasa mengantuk tetapi akan menyebabkan tumpuan terjejas. Tiada salahnya menutup sebentar telefon bimbit bagi sesi pembelajaran. Cinta sejati tidak akan lari begitu sahaja hanya kerana kita mengejar ilmu pengetahuan. Jadilah siswa/siswi yang lebih bijak dan matang.
  • Elakkan bersembang dengan rakan berdekatan. Mungkin rakan kita sebenarnya ingin menumpukan perhatian daripada membuang masa berbual kosong dengan kita namun disebabkan setiakawan beliau hanya melayan tabiat buruk kita. Sedarlah yang kita bukan pemilik mutlak terhadap diri kita sendiri maka jangan lupa perihal dosa dan pahala.


~~Sekian~~

p/s: JANGAN tidur selepas asar walaupun badan terasa letih. Jika tidak mampu bersenam, cuba berjalan-jalan di kawasan sekitar/shopping komples dan sebagainya.

p/s/s: Aku bukan seorang yang bergantung kepada kopi atau minuman tenaga untuk belajar. Ia berkesan tetapi sementara dan mempunyai kesan-kesan yang kurang baik.

Kamu bukan profesional tetapi .....

Salam,

Seorang guru pernah memberitahu saya yang hidup ini umpama sarkas. Di satu sudut kita dapat melihat sekumpulan badut berpura-pura di sebalik topeng/solekan mereka bagi menghiburkan hati pengunjung terutamanya kanak-kanak. Pengunjung yang hadir tidak kisah tentang perihal seorang badut mahupun latar belakang badut tersebut. Perkara yang diketahui oleh para pengunjung mereka hanya insan yang bertopeng. Walau siapa pun mereka kita hanya melihat luarannya sahaja.

Di satu sudut lain pula kelihatan pengunjung yang sedang bersuka ria menikmati permainan/persembahan dalam sarkas. Mereka ketawa, mereka tersenyum dan pastinya mereka amat gembira. Kegembiraan itu kadangkala membuat mereka terlupa tentang perkara yang sepatutnya mereka ambil berat dalam kehidupan seharian.

Di sarkas juga kelihatan kanak-kanak yang merengek sambil menangis kepada ibu bapa. Mereka cuba menarik perhatian agar permintaan seperti belon dan permainan dipenuhi oleh ibu bapa.

Terdapat juga insan di sarkas yang hanya memandang insan lain bergembira,menangis dan melakukan pekerjaan sebagai badut. Insan ini hanya mundar mandir dan kadang kala terpana di suatu sudut. Mereka kelihatan tidak mempunyai arah tujuan bagi namun pasti ada sesuatu yang berlegar dalam minda mereka yang hanya diketahui sang empunya diri.

Mungkin insan yang paling gembira di sarkas adalah pemilik premis terbabit. Biarlah pengunjung yang datang itu ketawa,menangis dan sebagainya, yang dititik beratkan hanya keuntungan yang diperoleh daripada setiap pengunjung.

~~Ini hanya pendapat seorang guru saya yang ditambah beberapa isi oleh saya sendiri~~

Kamu bukan profesional tetapi tidak ubah seperti seekor keldai jika

  • Kamu hadir dalam mesyuarat yang membenarkan kamu bersuara tetapi kamu hanya mengikut/mengangguk/berdiam diri. Namun setelah keputusan majoriti dicapai, kamu menyuntik racun agar keputusan tersebut tidak dapat direalisasikan dengan jayanya
  • Kamu berlindung di sebalik uniform/pekerjaan/status kamu namun kamu mencapainya dengan cara yang tidak benar.
  • Kamu mengaku kerja yang dilakukan oleh insan lain sebagai hak milik kamu. Kamu cuba mendapat nama di sebalik kejayaan yang tiada langsung hasil titik peluh kamu.
  • Kamu terlalu bongkak untuk mengaku kurang arif tentang sesuatu. Sebaliknya kamu berpura-pura tahu segalanya sehingga kerja yang dilakukan mendatangkan hasil yang buruk. Kamu pula melarikan diri malah memasang perangkap insan lain akan bertanggungjawab bagi kesilapan kamu.
  • Kamu memilih seorang pemimpin bukannya untuk dihormati/disegani/dipatuhi agar segala urusan berjalan dengan lancar. Namun kamu memilih seorang pemimpin agar beliau boleh dikerjakan dengan pelbagai beban dan di saat yang sama kamu menjadi parasit yang melemahkan kepimpinannya.
~~Sekian~~

p/s: My heart is in pain but I'm smiling for you :)

Monday, January 17, 2011

Rekreasi

Salam,

  • Hari ini penuh dengan aktiviti senaman yang Insya Allah menyihatkan badan :-)
  • Jam 9.00 pagi, saya ke gimnasium bagi melakukan senaman kardio dan "weight training".
  • Jam 1030 pagi, rakan-rakan mengajak saya untuk bermain badminton bersama di pusat sukan University of Alberta.
  • Sebaik sahaja pulang ke rumah pada jam 1 petang, rakan yang lain pula mengajak saya untuk berenang. Hati terasa berat untuk melangkah pergi kerana keletihan namun memandangkan rakan tersebut sudah berada di kolam renang berseorangan, saya gagahkan juga diri melangkah ke pusat sukan.
  • Saya tiba di rumah pada jam 430 petang dan berkesempatan untuk mengambil makanan pertama saya pada hari ini.
~Jalan ke pusat sukan yang dilitupi salji tebal~

~rakan-rakan sedang bermain badminton~

~~Sekian~~

p/s: Sangat letih....

p/s/s: I could not do everything but I promise to do something for you.

Sunday, January 16, 2011

Toronto

Salam,

  • Insya Allah saya akan melawat bandar Toronto pada 18 Februari ini bagi bertemu pengarah Yayasan Tenaga Nasional(YTN). Ini merupakan lawatan beliau yang kedua ke Kanada sejak saya belajar di sini.
  • Lawatan pertama beliau adalah ketika saya bergelar tahun kedua di University of Alberta. Ketika itu beliau memegang jawatan Pengurus Kanan Yayasan Tenaga Nasional.
  • Saya bersama 5 orang lagi rakan-rakan merupakan "batch" pertama pelajar YTN yang dihantar ke Kanada. Alhamdullilah program penghantaran pelajar ke Kanada kelihatan berjaya memandangkan YTN sudah menghantar 4 "batch" pelajar sehingga hari ini.
  • Saya sedar ramai rakan saya yang bakal bergelar jurutera tidak lama lagi ingin menyertai Tenaga Nasional Berhad sebaik sahaja mendapat segulung ijazah.
  • Oleh yang demikian saya dengan berbesar hati ingin berkongsi maklumat tentang TNB/YTN. Jika saya tidak mampu menjawab soalan rakan-rakan, saya akan cuba bertanya kepada pihak yang lebih arif daripada saya.
  • Alhamdullilah saya diberi rezeki untuk bersama YTN jadi saya berharap dapat membantu rakan-rakan yang juga berkeinginan menyertai organisasi ini.
Pertemuan bersama Pengarah YTN yang lepas.

~~Sekian~~

p/s: Aku cuma bleh kongsi info2 yang boleh dijawab/diketahui oleh aku sebagai seorang pelajar YTN.

p/s/s: (Disclaimer) Sebarang pendapat/info yang dikongsi oleh aku bukannya kenyataan/sumber rasmi YTN/TNB. Aku cuma nak share knowledge n experience yg x kan hurt sape2. Insya Allah.

p/s/s/s: Ramai yang bertanya ttg employement/Program Eksekutif Pelatif TNB. Aku akan cuba yang terbaik untuk bertanya daripada Pengarah sebaik mungkin.

p/s/s/s/s: Any questions? just let me know.If I cannot answer, I will say NO. Don't worry :)

Thursday, January 13, 2011

Winter Term 2011

Salam,

  • Alhamdullilah saya sudah pulih sepenuhnya :-). Tekak saya yang sebelum ini luka dan bengkak teruk akibat rawatan yang demam panas yang diberi oleh doktor telah sembuh.
  • Alhamdullilah semester baru yang juga semester terakhir di University of Alberta sudah bermula dengan baik sekali.
  • Saya akan cuba "update" blog ini seperti dahulu.

~~Sekian~~

p/s: sehingga berjumpa lagi...

p/s/s: Thanks for asking... Saya sudah sihat :-)

Monday, January 3, 2011

Berat sungguh.

Salam,

  • Entah bagaimana saya ingin menghadapi seksa api neraka jika ujian demam pun sudah cukup membuatkan saya longlai menyembah bumi.
~Suhu badan yang baru diukur sebentar tadi~

  • Kadang-kadang rasa meluat dengan doktor-doktor di Kanada :@
~~Sekian~~

p/s: so tired :(

p/s/s: pray for my health

Sunday, January 2, 2011

Dialog Rasullah S.A.W dan Iblis

Salam,

  • Permintaan terakhir Iblis kepada Allah S.W.T sebelum diusir keluar dari syurga adalah diberi usia yang berkekalan sehingga hari kiamat dan bersumpah untuk menyesatkan umat manusia.
  • Iblis/syaitan telah hidup selama beratus ribu tahun sebelum Adam diciptakan oleh Allah S.W.T. Ini bermakna iblis amat arif dalam mengenakan tipu daya bagi memesongkan umat manusia.
  • Namun begitu, Allah telah turunkan Nabi-NabiNya bagi membimbing manusia ke jalan yang benar agar tipu daya iblis berakhir dengan kegagalan.
  • Malah Allah telah memerintahkan iblis bertemu dengan Rasullah S.A.W. agar mendedahkan segala rahsia-rahsianya dalam memesongkan umat manusia.
  • Kita sebagai umat manusia harus bersyukur kerana diberi peringatan akan muslihat iblis laknatullah ini.
  • Dialog antara Rasullah S.A.W dan iblis boleh dibaca di link ini.
Dialog Rasullah S.A.W dan Iblis

  • Semoga kita semua dapat mengambil iktibar daripada dialog tersebut dan sentiasa berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian.
  • Jika kita perlukan tips untuk berjaya dalam peperiksaan mengapa kita mengabaikan rahsia-rahsia iblis yang telah dibongkarkan kepada kita?

~~~Sekian~~~

Saturday, January 1, 2011

The mirror

Salam,

As I woke up, I look into the mirror.. Yea I see another me inside it doing exactly the same things.

Mirror: Hey dude. How old are you?

Akmal: I'm 22. Why? Wait!!! I thought you can't talk at all.

Mirror: Hahaha. That's because you always think of me as a mirror only right?

Akmal: Shit.... Of course you are a mirror!!! Since you can talk only for today, who are you?

Mirror: I'm akmal. Sounds scary right? If you smile then I'm gonna smile too. If you wear red shirt then I wear the same cloth too. Do you got I mean?

Akmal: Kinda scary because I look at you almost everyday. Yeah I got that you are the image of me inside a mirror but you are not me.

Mirror: Hahaha. It's good to hear that you claim that I'm not you while we have the same looking right?

Akmal: We look the same if and only if I stand in front of mirror. So you are not totally me at all.

Mirror: Because you always think a mirror is a piece of glass that has image on it right. How do you see people in? Moving skeleton ? or a monkey?

Akmal: ZZZzzzZzzzzzZZ. then?

Mirror: Okes.. kinda sad with you for not being able to get my points... People will judge you with whatever you show to them. It's like a mirror!!! However, everything is all up to you dude. When you did something, you can deny it but people will judge you based on your actions. Whenever you wanna do something, please think about invisible mirror in your life. Are you behaving correctly according to syariah? Are you presenting a good Muslim?

Akmal: Then my life would be hard to think about that?

Mirror: Sounds difficult but do you want to live as a donkey or a human? I'm asking you to think about invisible mirror not carrying a mirror to anywhere. Why do you look at me almost everyday?

Akmal:Hurm, to check my physical appearance.

Mirror: Yea!!! When you did something wrong, try to put a mirror and look for your mistakes before blaming others. You cannot blame people for misjudging you because they are not superhuman to see your sincerity or so called inner side of akmal. However, you are the real akmal while they are your reflections only. I'm happy that you claim that I'm not you at all. You are the one that change me!! My advice is to listen and consider to others, reflect on yourself,make a wise decision and believe in yourself.

Akmal: Thanks.