Pages

Tuesday, July 30, 2019

Tiga Ringgit

Kau boleh beli apa dengan tiga ringgit?
Mungkin secawan milo ais.
Atau mungkin 2 bungkus nasi lemak.
Atau belon buih untuk anak?

Ada masa kebahagian perlu dibeli.
Maka beruntung orang yang berada.
Di saat insan lain tiada upaya.
Hanya mampu melihat.

Hukum memberi.
Beri mana yang mampu.
Jangan sampai makan diri.
Ia juga perlu berpada pada.

Bagi seorang ayah.
Anak cuba ditatang dalam belon.
Saat tiba waktu belon pecah.
Harapannya mereka berdiri di kaki sendiri.

Sungguh dunia ini penuh muslihat.
Kamu boleh berusaha.
Selebihnya berdoa dan tawakal.
Agar mereka kuat.
Dan bergaul dengan orang baik.

Peliharakanlah anak anak kami.


Monday, July 29, 2019

UMSC

University Malaya Specialist Centre.
Private wing bagi PPUM.

Harga setara hospital swasta lain.
Tetapi fasiliti terhad.
Menumpang fasiliti PPUM.
Cuma pantas kerana ada fast track di PPUM.

Untuk harga yang sama maka seperti lebih baik di Pantai Bangsar.
Namun jika ada specialist tertentu.
Maka ini mungkin tempat terbaik.

Pilihan masing-masing.


Sunday, July 28, 2019

Pasar

Bau hanyir dalam udara.
Lantai yang licin dan basah.
Penjual bersahutan.
Pembeli mata melilau.

Itu atmosfera mana-mana pasar Malaysia.
Nama dan harga mungkin berbeza.
Susun aturnya hampir sama.
Biar di Utara mahupun Selatan.

Muncul di kotak minda.
Saat mengekor ibu dari belakang.
Menjadi tukang angkat barang.
Sungguh ia menjadi guru berharga.

Jika tak kerana memori itu.
Mungkin aku tak mengenal insang merah.
Kerana waktu itu juga.
Aku kurang jijik dengan bau hanyir.

Benarlah pengalaman itu ilmu.
Terima kasih Mak.


Saturday, July 27, 2019

i City

Kali terakhir ke i City hampir 7 tahun lalu
Banyak perubahan telah berlaku.
Dahulu hanya lampu beraneka.

Kali ini benar benar berbeza.
Kita hidup di era permodenan.
Segalanya bergerak laju.

Samada kita pun tangkas.
Atau hanya menanti.
Akhirnya kita hanyut atau obsolete.

Namun di saat kita tangkas.
Perlu juga bertenang.
Melihat sekeliling.

Saat kita mengejar impian.
Si kecil masih cuba melukis dunia.

Ada masa manfaatkan.
Ada upaya cuba usahakan.
Kerana kita hanya berikhtiar.

Biarlah Allah yang tahu penamatnya.



Friday, July 26, 2019

Melihat

Acapkali kita melihat ke hadapan.
Benar kerana secara fitrah kita perlu maju.

Ada waktu kita melihat kesenangan orang.
Hingga timbul rasa cemburu.

Disaat kita melihat keperitan orang.
Hanya bersyukur dengan nikmat diri.

Akhirnya hidup hanya melihat orang.
Hingga terlupa akan diri sendiri.

Mana kelemahan diri.
Sungguh kita hebat hanya kerana Allah tutup aib.

Jika tidak memang perit untuk muka menghadap realiti.

Lihat diri sendiri.
Nilailah diri kamu.
Kerana kamu masih mentah
Kerana kamu sebenarnya lemah.

Jangan lupa kamu hamba.




Thursday, July 25, 2019

Kemas Laci

Saat mengemas laci.
Terjumpa benda yang menggamit memori.
Pernah bersengkang mata kerananya.
Bersungguh demi kelangsungan acara.

Hampir 2 tahun berlalu.
Kenangan banyak mengajar kita.
Erti sebuah perjuangan.
Dimana perlunya pengorbanan.





Wednesday, July 24, 2019

Selepas hujan

Bau hujan yang baru turun merupakan waktu yang paling saya suka.

Kita mengharap cerah.
Tapi di tengahari Allah turunkan hujan.

Begitu juga hidup.
Kita harap gembira sentiasa tapi hakikatnya tidak.

Maka kita pun menangis.
Tangisan yang sudah tidak lagi berbunyi.
Kerana derita itu terasa perit.
Ditambah dengan bunyi gempita guruh.

Sebenarnya itu sementara.
Hujan itu pasti berhenti.
Udara pula lebih bersih.
Langit kelihatan cerah.

Saat itu juga bermula kembali kehidupan.
Tumbuhan mula segar.
Haiwan mulai aktif.
Dah kenapa manusia mahu terus bersedih.

Sesungguhnya hujan itu rezeki.
Rahmat Allah kepada Bumi dan segala isinya.




Tuesday, July 23, 2019

Perubahan

Perkara yang kekal adalah perubahan.
Dalam erti kata lain tiada benda yang kekal.

Pernah ke Pos Malaysia?
Dahulunya hanya untuk tujuan surat sahaja.

Sekarang mereka terpaksa menjadi luar biasa.
Kerana dunia sedang berubah.

Insurans dan urusan bank.
Dengan mudah dapat dibuat di Pos Malaysia.

Mahu atau tidak.
Perlu menjadi luar biasa.
Demi kelangsungan hidup.


Monday, July 22, 2019

Orang kayangan

Kata mereka.
Jadi orang kayangan ini mudah.
Duduk bersandar cuma pandai mengarah.
Peluh pun tak pernah keluar.

Ya benar.
Tetapi tidak la begitu tepat.
Manusia mudah bersangka.
Lebih banyak yang buruk dari baik.

Saat kamu di atas.
Tidak hina pun orang di bawah.
Saat kamu di bawah.
Tiada siapa pula menghalang.

Kerana semua individu.
Ada peranan dalam sesuatu kumpulan.

Satu hari mungkin kembali semula.
Atau tidak lagi buat selamanya.

Terima kasih atas memori.
Sehingga berjumpa lagi.










Sunday, July 21, 2019

Nilai

Jam ini dipakai sejak umur 14 tahun.
Bermakna jam berumur hampir 20 tahun.

Pernah membeli beberapa jam lain.
Namun akhirnya disimpan sahaja.

Jam ini masih menjadi pilihan.
PMR, SPM dan ujian besar lain.
Ia setia memberi peringatan tentang waktu.

Pernah ditegur ianya tidak sesuai umur.
Tak mengapa kerana jam adalah masa.

Masa itu yang penting bukannya jam.

Friday, July 19, 2019

Harga

Dahulunya restoran ini terkenal dengan harga murahnya.
Harga biasa cuma RM 5.00.
Jika 'happy hour' pula RM 3.90
Murah bagai sukar dipercayai.

Itu dahulu sebelum pemiliknya ditimpa musibah.
Kini harga normal pun RM 7.00
Tiada lagi waktu promosi.
Yang sama mungkin para pekerjanya.

Apa pun saya pernah menikmati harga murah itu.
Maka bukanlah hak untuk mengecam harga baru.
Terpulang kepada orang bisnes.
Pilihan pelanggan juga masih luas dan bebas.

Semoga Allah mudahkan ujian pemiliknya.
Agar dia dapat terus beramal.
Semoga Allah juga kuatkan hati kita.
Agar tidak mudah menghukum.


Thursday, July 18, 2019

Troubleshoot

Sudah hampir 2 minggu 'smartwatch' Fatin rosak.
Maka sudah pasti salah satu tugas Ahmad sebagai suami adalah sebagai troubleshooter.

Suami zaman milenial perlu berterima kasih kepada Mr Google.
Terkadang solusinya mudah sahaja cuma kita tidak tahu.

Itulah penting harga sebuah ilmu.
Dan pengembaraan mencari ilmu perlu sentiasa berterusan.

Saat kita merasa telah tahu banyak perkara.
Maka ada satu kesedaran yang kita masih perlu expand.

Jangan bongkak dengan ilmu.
Kerana ilmu adalah antara perkara yang apabila dikongsi ianya tidak berkurang walau seatom.

Malah menjadikan kita lebih rendah.
Dunia itu adalah pentas ilmu.

Kita boleh belajar daripada sesiapa sahaja.
Walau dari seorang gila.

Kerana Ilmu tidak terhadap pada proses pembelajaran.
Tetapi reaksi kita terhadap hidup juga adalah Ilmu.


Wednesday, July 17, 2019

Naik Moto

Tangan masih sunburn.
Walau jaket lengan panjang telah disarung.

Sungguh cahaya ada sejenis entiti yang boleh menembusi pakaian.
Mustahil pula hendak dipakai baju plumbum.

Allahu Mustaan.
Semoga Allah mudahkan perjalanan harian kita.

Mencari rezeki halal dan redhaNya.
Biarlah letih tetapi pada benda yang diredhainNya.

Tuesday, July 16, 2019

Expert

Expert.
An outstanding title for a job.

No. I'm not interested.
Yet they told me that I'm the chosen one.

O Allah.
Grant me the much needed strength.


Monday, July 15, 2019

Nafas

Insan.
Saat kita merintih.
Saat kita sedih.
Senyumlah.

Kerana itu bukti.
Kamu seorang manusia.
Yang punya hati.
Yang masih hidup.

Insan.
Saat aku merasa peritnya ujian.
Ingatlah Allah sedang menguji kamu.
Agar kamu kembali padaNya.

Insan.
Saat kamu sedar.
Syukurlah kerana nikmat tenang.
Setelah kamu tahu erti gusar.

Insan.
Tika kamu menghitung nikmat.
Jangan kamu lupa.
Nikmat terbesar adalah terus bernafas.

Agar kamu terus berjalan.
Agar kamu terus hidup.
Agar kamu terus menjadi hamba.
Hamba kepadaNya.

Sunday, July 14, 2019

Ais ketul

Makan di gerai atau restoran.
Jika senyuk pastinya dipesan menu berais.

Airnya sikit. Yang banyak cuma ais sahaja.
2 kali sedut sudah tinggal ais.

Bila tiada rasa tidak puas.
Semua serba tak kena.

Tapi pernahkah melawat kilang ais.
Nescaya hilang selera nak meneguk air sejuk.


Friday, July 12, 2019

Mendengar

Setiap insan punya rasa.
Mereka juga punya kehendak.

Baik dari kaca mata kita.
Mungkin buruk di fikiran mereka.

Mungkin saat ini.
Yang termampu kita beri adalah mendengar.

Bersabarlah.
Kerana yang mendengar itu juga punya rasa.


Wednesday, July 10, 2019

Window Shopping

Dulu tidak mengerti makna window shopping. Dimana cuci mata dan tidak membeli perkara yang sepatutnya. Contohnya, keperluan adalah membeli televisyen tetapi kerana agak mahal maka cuma berjalan-jalan dan akhirnya beli benda yang tidak sepatutnya yang kononnya lebih murah.

Nak tahu makna lebih lanjut maka perlu berkunjung ke IKEA.
Kita akan terasa seperti perlunya angan-angan.
Yang angan-angan perlu wujud dalam diri manusia.

Di mana kita akan rasa inferior dengan rumah sendiri.
Tapi kita masih gembira untuk ada peluang berangan.

Yang mampu akan cuba beli.
Yang kurang mampu akan cuba menikmati dengan mata dan sentuhan.

Unik manusia ini.
Mereka boleh bermimpi tetapi mereka juga pandai memujuk hati.

IKEA pun tahu psikologi manusia.

Harga tilam dan katil tidak murah.
Maka dipromosikan loose item untuk mudah manusia membeli.

Akhirnya paling minimum.
Manusia itu akan beli cawan plastik warna warni.

Atau seketul hotdog atau aiskrim.

IKEA tidak jual barang sebenarnya.
Pengalaman yang dijual di situ.

Tuesday, July 9, 2019

Hyatt Regency Kuantan

Biliknya cantik.
Hotelnya cantik.

Meluru masuk terus ke balkoni.
Gelap gelita di luar.

Rupanya bukan menghadap laut.
Tapi melihat bukit.

Terasa seram sejuk saat memandang ruang hitam.



Monday, July 8, 2019

Tumpang

"Boleh aku tumpang?" soal kepada Faiz.

"Mengapa tak drive atau naik flight?" soal balas Faiz.

"Boleh aku tumpang? Aku nak rehat. Tak boleh tak mengapa," jawapan kepada Faiz.

Ingin berehat. Teringin berehat selamanya.

Rasa tak sesuai dengan seluruh isi dunia ini.

Yakin mereka lebih bahagia tanpa batang tubuh ini. 

SAHM

Sebulan berlalu.
Tahniah kekasihku.

Dulu SAHM yang terbaik.
Sekarang pasti akan beri yang terbaik.

Insya Allah.
Semoga Allah berikan jalan.

Sunday, July 7, 2019

Tersepit

Destinasi sudah kelihatan di hadapan.
Berhenti di persimpangan.
Sedar aku tiada keutamaan berbanding kereta itu.
Kereta kancil itu.

Dia beri laluan.
Dengan isyarat tangan.
Lalu pedal minyak dipulas.

Tiba-tiba.
Kereta kancil itu seakan melompat.
Meluru ke hadapan.
Motor kapcai terus tersepit.

Tapak tangan terasa pedih.
Luka pula mula berdarah.
Lutut terasa sakit.

Bingkas membetulkan motor.
Meluru untuk melepas geram.

Kelihatan seorang tua kurus.
Muka tidak simetri.
Seakan menanggung sakit.
Dia hanya memohon maaf.

Sudah la tu.
Mungkin peringatan untuk diri.
Yang mati itu lebih sukar dan sakit.

Dan nikmat yang terbesar adalah terus hidup.

Saturday, July 6, 2019

Pisau

Belakang pisau jika diasah boleh tajam.

Pernah dengar ke?

Tapi ada juga pisau yang langsung tak tajam.

Mungkin kerana tidak diasah.

Atau sebenarnya dia bukan pisau.


Friday, July 5, 2019

Nasi Lemak Pak Nasser

Dihidangkan dalam keadaan panas.
Bijak AirAsia berniaga.

Nak kata murah tidak juga.
Nak kata tak sedap tidak juga.

Yang pasti AirAsia terus untung.
Biar jual tiket RM1 sahaja.





Thursday, July 4, 2019

Usia

Usia mempunyai banyak pengaruh dalam perjalanan hidup kita.
Seiring dengan usia. Sebegitu juga sikap dan kelakuan kita berubah.

Bayi yang sihat dan normal pun tidak akan terus merangkak.
Dia pasti berubah.
Samada jelas di mata atau sebaliknya.

Saat dahulu antara perkara utama apabila pulang ke rumah.
Berfikir komik mana yang perlu dibaca.
Sekarang hanya soalan tentang keluarga yang muncul.
Salah satunya, "Nak makan apa?"

Dahulu dialah seorang suka teknologi.
Bahan rujukan banyak berkisar kepada tentang itu.

Kini dia sedar.
Melangkah kaki ke Digital Mall pun sudah membuat hatinya gugup.

Dia bukan lagi seperti dahulu.
Umpama warga tua yang terkial-kial cuba menggunakan telefon bimbit.

Pada kaca mata mereka.
Dan juga pada kaca mata dia.


Wednesday, July 3, 2019

OD 1411

Badan kapal kelihatan sama seperti pesawat ATR 72-600 yang lain.

Namun pengalaman penerbangan ini berlainan. Ia lebih hidup dari biasa.

Kapten ini lebih memberi daripada kebiasaannya. Sepanjang penerbangan, beberapa kali juruterbang memberi sedikit informasi berkaitan laluan di bawah.

"Di sebelah kanan ialah Pulau Pinang yang dikenali sebagai Pulau Mutiara. Sejarah Pulau Pinang bermula ............," kedengaran suara kapten di corong audio.

Para penumpang yang selalunya hanya termenung sepanjang penerbangan mula melihat ke jendela saat pengumuman dibuat.

Ringkas tetapi pemberiannya mengukir senyuman kepada yang lain.

Sesungguhnya kebaikan dan pemberian itu contagious.



Tuesday, July 2, 2019

Menunggu

Pesawat ke Langkawi dari Subang sepatutnya berlepas pada jam 8.30 pagi. Terdapat kelewatan makanya waktu baru adalah 9.25 pagi. Akibatnya Ahmad terpaksa menunggu. Tiada apa pun dapat dibuat kerana ianya diluar kawalan. Duduk dan menanti adalah reaksi terbaik.

Pesawat menunggu di tepi landasan untuk perlepasan. Namun kerana banyak pesawat yang dalam posisi mendarat maka laluan perlu diberi kepada mereka dahulu. Pendaratan mempunyai prioriti daripada perlepasan mengikut SOP penerbangan.

Selang 4 kapal terbang mendarat, barulah pesawat mendapat pelepasan. Masa pelepasan baharu adalah 9.45 pagi. Kerana menunggu.

Begitu juga dalam kehidupan. Adakalanya menunggu adalah jalan terbaik atau mungkin satu satunya jalan yang kita mampu.

Dan adakalanya setelah lama menunggu kita terpaksa pula memberi prioriti kepada perkara penting. Maka di situ faith kita diuji.

Mahu terus bersabar dan menunggu. Atau cara jalan lain. Tiada yang tahu sebab kita manusia.

Teringat animasi UP. mereka menunggu namun prioriti muncul di pertengahan jalan.



Monday, July 1, 2019

Monument

I'm a no man,
No monument shall be erected,
As soon I will be forgotten.

I'm a no man,
Despise and hated,
As long as I breathe in the air,

I'm a no man,
That you wish for,
Perhaps shall be gone as a phantom.

I'm a no man,
I'm a no man,
I'm a no man.