Pages

Tuesday, September 24, 2019

Pejabat Baharu

Hari ini secara rasmi bekerja di pejabat baharu.
Sepatutnya berpindah dari minggu lepas.
Tetapi baru ada kesempatan.

Pejabat baharu nampak lengang.
Hanya berisi dengan perabot.
Penghuninya hilang.


Monday, September 23, 2019

Maya

Maya.
Budak kecil tetapi tembam yang suka makan.

Kebanyakan masa dia dilihat dengan makanan.
Jika tiada makanan maka jari akan masuk dalam mulut.

Perut lapar.
Maka dia akan mengamuk.

Jika tiada yang melayan maka di ke peti ais.
Selongkar sendirian sehingga jumpa makanan.


Sunday, September 22, 2019

Demam

Iris demam lagi.
Demam berulang dalam masa dua minggu.

Iris nampak kurus.
Lemah tak bermaya.

Saat demam anak-anak selalunya menjauhi Ahmad.
Kerana saat ini Ahmad kena memainkan watak yang tidak disukai.
Memaksa anak-anak makan ubat.

Itu la erti sebuah tanggungjawab.
Tak semua amanah akan menghasilkan senyuman.
Namun hidup mesti diteruskan.


Saturday, September 21, 2019

Tiket Murah

Bersengkang mata di malam hari.
Mencari tiket penerbangan murah.
Di saat promosi BIG SALE AIR ASIA.
Hampa.

Harga tidak semurah mana.
Perlu menunggu lagi setahun.
Sedangkan hati membara ingin berkelana.
Mungkin belum rezeki.

Sesungguhnya jika kamu ada masa berfikir tentang cuti.
Maka kamu masih lagi bertuah.
Kerana ada insan berfikir untuk cara mencari duit esok hari.
Hakikat hidup kais pagi makan pagi.

Alhamdullilah.

Friday, September 20, 2019

Bersih

Jam 4 pagi.
Bunyi hujan membasahi atap.

Syukur.
Langit kelihatan biru.
Awan mulus gebu di angkasa.

Hirupan udara terasa segar.
Sungguh aku rindu perasaan ini.

Hampir 3 minggu tak melihat langit.
Dek jerebu dari Indonesia.

Tapi.
Kekal hanya 2 jam.

Jerebu kembali merajai angkasa.
Matahari pun kembali pudar.

Manusia.
Berapa banyak lagi kemusnahan.
Yang perlu dicipta.
Sebelum kamu sedar Bumi ini sudah tua.

Maka jangan kamu terkejut.
Saat bumi menghukum kamu.
Atas isi bumi mula menjauhi kamu.
Bukan merajuk tetapi mati sebelum masanya.

Thursday, September 19, 2019

Panggilan akhir

"Panggilan akhir untuk penumpang penerbangan FY1422 ke Pulau Pinang."

Ahmad berlari sekuat hati saat mendengar pengumuman itu. Ya dia sudah terlewat.

Namun hatinya sedikit lega kerana memilih Subang Skypark untuk penerbangan awal pagi ini. Kalau di KLIA atau KLIA2 pasti lebih kelam kabut hidupnya.

Saat tiba di pemeriksaan keselamatan kelihatan barisan panjang kerana cuma ada satu laluan yang beroperasi.

"Panggilan akhir untuk penumpang bernama Ahmad Bin ......... bagi penerbangan....."

Pengumuman ini membuatkan hati lebih tidak keruan.

Secara tersipu Ahmad memohon pada penumpang lain yang sedang beratur dan memberi isyarat untuk memotong garisan.

Syukur. Tiada halangan atau pandangan janggal daripada mereka. Mungkin mereka faham atau siapalah Ahmad untuk membaca hati mereka.

Sebaik melabuhkan punggung dalam kapal terbang, Ahmad terus melelapkan mata kerana terlalu letih dengan peristiwa pagi ini.


Wednesday, September 18, 2019

Empathy

Ada waktu kita berharap orang berempati pada kita.
Tanpa kita sedar.
Yang kita mungkin tidak mendengar pun kisah orang lain.
Langsung kita menghukumnya.

Resmi dunia.
Adakalanya kita akur dengan ketetapan penguasa.
Biar dituduh sebagai alat.
Namun yang pasti kita bekerja bukan kerana penguasa
Tetapi kerana Allah dan keluarga.

Adakala kita rasa semua serba tak kena.
Tetapi ada waktunya kita perlu menyerah.
Kerana kita belum ada posisi di sana.
Sesungguhnya ujian bagi penguasa adalah kita.
Dan ujian bagi kita adalah penguasa.

Bersabarlah.
Fikirkan yang baik-baik sahaja.
Buang jauh-jauh persepsi serong.
Kerana setiap insan ada peranan dalam sesuatu organisasi.

Insya Allah apabila tiba waktunya.
Kita ubah yang mudarat kepada lebih baik.

Semoga Allah berikan kekuatan.
Kepada yang bersabar.
Kepada yang kelihatan akur.
Dan kepada yang ingin membuat perubahan.


Tuesday, September 17, 2019

2.50 pagi

Jarum jam terus berdetik.
Tidur rasa tak lena.

Perut terasa memulas.
Bagai mesin basuh yang tersekat.

Semoga peristiwa ditahan wad tak berulang.
.

Sunday, September 15, 2019

Pelangi

Pelangi itu cantik.
Tapi dirosakkan oleh geng LGBT.

Dahulu percaya ada harta karun misteri.
Di pangkal pelangi.

Dahulu juga takut untuk tunjuk jari.
Katanya jari kudung.
Macam macam betul orang lama.
Yang muda ikut walau hati memberontak.

Dulu mana ada google.
Apa yang kita dengar maka benarlah.

Aiskrim Walls yang paling murah.
Berwarna pelangi.
Namanya rainboe paddle pop.

Rasa masih sama sejak 26 tahun yang lalu.
Sejak kali pertama dibelanja mak.

Tak ingat berapa harganya pada waktu itu.
Sekarang RM 1 jadi masih lagi murah.

Dahulu teringin nak makan Cornetto tapi mahal.
Pernah sekali mak offer.
Adik ambil Cornetto.
Saya pegang Cornetto juga tapi bila tengok harga saya letak semula.

Sengih dan cakap kat mak yang saya memang suka Rainbow je.
Cornetto tak best walau tak pernah rasa pada waktu itu.

Sudah menginjak dewasa.
Cornetto sudah mampu dibeli.
Tapi masih mencari Rainbow bila mengidam.

Kerana memori itu tiada harga.
Mungkin juga lebih tinggi inflasi bagi yang percaya.



Saturday, September 14, 2019

Negara

Hanya kerana sesuatu tempat ada nama Negara.
Bukanlah bermakna ia mesti gah dan dan hebat.
Nama itu hanya bermakna rasmi.
Menjadi tempat rujukan bagi bidangnya.

Berbeza dengan keadaan hampir 15 tahun lalu.

Thursday, September 12, 2019

Jerebu

Bau asap yang kuat,
Sinar mentari seakan pudar,
Dihalang oleh partikel halus.

Jerebu datang kembali,
Acara tahunan,
Hadiah dari negara jiran.

Jaga kesihatan semua


Tuesday, September 3, 2019

Najib

Nama seorang sahabat yang dikenali oleh Ahmad. Perkenalan bermula di pejabat kerana terlibat dengan persiapan acara syarikat.

Rupanya Najib berasal dari hometown yang sama dengan Ahmad.

Najib seorang yang baik walaupun tubuh badan tinggi.

Cuma satu yang Ahmad tidak gemar tentang Najib. 

Setiap kali keluar makan bersama walaupun diajak oleh Ahmad, pasti akan dibayar oleh Najib. Jika berkeras pun pasti Najib akan menang. 

Sehingga hari ini Ahmad masih belum ada peluang belanja Najib.


Monday, September 2, 2019

Keriangan Bakal Bermula

Bangun pagi.
Dapat mesej dari seorang rakan yang sedang bercuti di New Zealand.
Mesej berbunyi, "Keriangan bakal bermula". Mesej disertakan dengan beberapa keping gambar.

Terus memori hampir 10 tahun yang lalu datang menerjah minda.

Di zaman Facebook mempunyai had untuk menulis status, sebarang penulisan yang panjang terpaksa ditulis dalam notes.

Tajuk keriangan bakal bermula merupakan tajuk wajib setiap kali menulis perancangan roadtrip untuk bermain snowboard di Rockies Mountains.

Keriangan bakal bermula.





Sunday, September 1, 2019

Old Wing

Dah terlalu lama tidak ke One Utama.
Hingga tidak tahu mana Old Wing.
Akhirnya tertukar.
Akibat menapak dengan jauh.