Pages

Saturday, November 30, 2019

Sebulan

Lagi sebulan sebelum menjengah 2020.

Dibesarkan dengan Wawasan 2020.
Pada masa kecil terasa tempoh itu terlalu lama.

Akhirnya 2020 akan muncul juga.

Samakah imaginasi dahulu dengan realiti.

Friday, November 29, 2019

Alps

Satu tempat yang ingin dituju.
Semoga ada rezeki.

Ada orang rezekinya belajar di perantauan.
Pulang bekerja di tanah air.

Yang lain pula rezekinya belajar tempatan.
Akhirnya menetap di perantauan.

Rezeki masing masing.

Thursday, November 28, 2019

Bonding

Sudah besar rupanya dia.
Masa berlalu.

Benda yang jauh dengan kita adalah masa.
Bila ia pergi.
Pasti tidak kembali.

Boleh menyesal tapi akhirnya kena redha.

Saat sibuk bekerja lewat malam.
Pintu bilik anak terkuak.
Sepasang mata mengintai kegelapan.

Muncul sambil menggosok mata.
Duduk baring atas peha.

Si anak mahukan perhatian.
Kebetulan perut kelaparan.
Diajak anak keluar makan.

Si anak terlompat keriangan.
Dalam kereta tidak habis bercerita tentang kegembiraannya.
Bersama sendirian dengan seorang ayah.

Hadiah untuk anak adalah masa kita.



Sunday, November 24, 2019

Kellie Castle

Bagaimana agaknya hidup di zaman dulu.
Penuh dengan norma feudalisme.

Saat mereka yang atas berdehem.
Yang bawah terpaksa teruja.

Saat mereka melihat bintang.
Yang lain bukan setakat nak memahami.
Malah mungkin tiada masa.

Harga bangsawan


Friday, November 22, 2019

Hungry

Hungry man is an angry man.
Perut lapar.
Hati panas.

Antara peraturan yang perlu diamalkan.
Jangan pulang ke rumah dalam keadaan lapar.
Samada suami atau isteri.
Walaupun niat menahan lapar adalah untuk makan bersama keluarga.

Tetapi manusia tidak tahu apa yang berlaku.
Perut yang terlalu lapar akan membuat kita mudah hilang sabar.
Terutama apabila jangkaan tidak seindah yang disangka.

Sebaiknya jika terlalu lapar bagi yang bekerja.
Makan benda yang ringan seperti roti atau biskut atau coklat atau kuih.
Cukup sekadar menghilangkan kebuluran.

Pulang ke rumah.
Bersama suami/isteri masak di dapur.
Jika kedua-duanya bekerja tentu keletihan.
Jika isteri suri rumah sekalipun pasti ada keletihannya di rumah.

Jika tidak punya kekuatan.
Makan di luar atau bungkus sahaja ke rumah.

Jika tidak mampu dari segi kewangan.
Duduk berbincang.
Cari solusi bagaimana untuk menyiapkan makanan.
Mungkin secara giliran.
Atau bekerjasama bermula dari hujung minggu siapkan bahan masakan.



Thursday, November 21, 2019

Simpati

Oct 10 2019.

Sudah lebih sebulan sejak akhbar Melayu itu ditutup.
Dahulu pernah terdengar yang manusia akan membicarakan sesuatu isu secara aktif hanya untuk maksima 2 minggu sahaja.
Selepas itu, mereka akan mula beralih kepada isu lain.

Disebabkan itu dalam pemasaran.
Ianya perlu dilakukan secara aktif selama sekurang-kurangnya 2 minggu supaya lekat dalam ingatan pengguna.
Setelah itu, teknik dan pengisian perlu diolah supaya memberi nafas baru.

Pernah ke pasaraya besar?
Walaupun frekuensi mereka merombak barisan rak tidak sekerap 2 minggu.
Namun perubahan perlu dilakukan secara berkala untuk mengekalkan tarikan kepada pembeli mereka.

Beberapa hari selepas penutupan akhbar Melayu tersebut.
Banyak berita di pelusuk dunia.
Menceritakan nasib malang yang menimpa pekerja.
Tak kurang juga dengan berita palsu yang ada jutawan bermurah hati untuk membantu.

Seakan memberi harapan kepada mereka.
Bagi kita tiada apa.
Tetapi bagi tekak yang haus, itulah benda yang ditagih.

Hari demi hari.
Sebenarnya tiada pun yang kisah.
Semua sibuk dalam perlumbaan hidup yang tidak berkesudahan.

Dan mereka perlu bangkit dan sedar.
Yang orang lain hanya boleh memberi simpati.
Simpati yang ada had.

Akhirnya terserah kepada diri sendiri.
Perlu melangkah.
Ianya berat.
Tetapi perlu untuk anak-anak kecil.


Wednesday, November 20, 2019

Korea

2010
2015

Perhaps I shall visit it again in 2020.




Tuesday, November 19, 2019

Do

"Just Do It".
Tagline jenama terkenal Nike.

Buat sahaja.
Kebanyakan masa dalam hidup ini.
Perlu banyak buat dari bual.

Buat tanpa fikir ada risikonya.
Tetapi tidak buat kerana terlalu berfikir lebih mudarat.
Akhirnya kita wujudkan kaca kerisauan yang tidak berakhir.
Kesannya tiada apa yang tercipta.

Kita masih di situ.
Mencarik satu persatu topik baharu.
Untuk jadi bahan bualan.

Berfikir itu hebat.
Terjemahan usaha itu sebenarnya lebih bermakna.

Monday, November 18, 2019

Orientasi

Hari orientasi KAFA.
Berkenalan dengan guru.
Berkenalan dengan ibu bapa.

Yang lebih utama.
Pembayaran yuran.

Berbeza KAFA di negeri Selangor dan Kedah.
Di Kedah ianya dibuat di setiap sekolah.

Di Selangor dibuat di surau-surau.
Atau bangunan lain.

Di Kedah adalah percuma.
Di Selangor berbayar.

Tidak mengapa berbayar kerana yang bekerja juga perlu duit.
Demi kelangsungan hidup.

Jangan pula dimomokkan orang yang bekerja untuk agama untuk ikhlas.
Kerana mereka tak boleh membeli lampin dengan senyuman ikhlas.


Sunday, November 17, 2019

Aiskrim Goreng

Kali pertama Ahmad di sini adalah semasa lawatan sekolah.
Itu juga kali pertama Ahmad melihat jualan aiskrim goreng.
Mengidam untuk menjamah.
Tetapi tiada wang langsung dalam poket.

Saat rakan-rakan membeli hanya melihat dari kejauhan.
Bila ditanya terpaksa menipu yang diri tidak suka aiskrim yang manis.

Mungkin sumpahan kepada Ahmad.
Dia mempunyai kotak memori lama yang sukar dikeluarkan.


Saturday, November 16, 2019

Gagak

Gagak menanti di atas talian elektrik.
Mata meliar mencari makanan.

Sampah di mata manusia.
Rezeki di mata gagak.

Namun kewujudan gagak tidak disukai manusia.
Walau ianya cerminan sikap manusia.

Gagak itu nampak kotor.
Ia hitam dan busuk.

Ia meratah sampah merata-rata.
Dikeji dibenci manusia.

Namun manusia lupa.
Ia hadir kerana sampah.

Sampah dari manusia.
Yang berlagak sombong dengan minyak wangi.

Padahal mereka setaraf dengan sang gagak.
Cuma mereka pandai berlakon.

Eh tidak manusia pandai bersolek.
Ditenyeh celak.
Disembur wangian.

Maka mereka rasa lebih mulia dari gagak.
Lupakah mereka gagak itu cerminan sikap manusia.
Yang jijik dengan kebersihan

Jemputan

Dia ingin ke suatu tempat.
Namun hanya boleh datang dengan jemputan.

Dia menanti.
Saat jemputan itu hadir.

Kata mereka.
Jika ingin ke sana tanpa dijemput.
Kesalahannya adalah besar.

Akhirnya dia menunggu.
Sedangkan penghuni sekarang rimas dengan kelibatnya.

Mungkin dia perlu ke sana juga.
Tanpa dijemput.

Thursday, November 14, 2019

Hadiah

Sebagai ibu bapa.
Mungkin tertanya tentang hadiah terbaik.
Buat seorang anak.

Hadiah terbaik adalah masa.
Masa adalah perhatian.
Di mana kita sekarang keliru.
Antara masa dan harta benda.

Memberi masa untuk anak melakukan kesilapan.
Jangan mudah melenting.
Supaya mereka tahu tidak mengapa untuk jatuh.
Dan tahu ibu bapa masih menyokong mereka.

Memberi masa seketika untuk berehat.
Melihat mereka membesar.
Bermain bersama mereka.
Bergurau bersama mereka.

Memberi masa untuk mendengar.
Saat mereka merintih.
Saat mereka berceloteh.
Supaya mereka tahu ada rakan baik di rumah.

Sifirnya mudah.
Jika kita tiada masa untuk anak-anak.
Maka tiada masa mereka untuk kita.

Usah diprovok dengan hukum.
Atau nasihat dari agamawan.
Jika kita sendiri tidak ingin memberi sedikit masa untuk anak-anak.

Sedikit tetapi ingatan itu kekal dalam hati mereka.
Bukan membenci.
Tetapi tiada ikatan untuk dipegang.
Kerana tiada memori yang dicipta.

Anak-anak hanya milik kita semasa kecil sahaja.
Menginjak dewasa mereka mula melakar laluan sendiri.
Berbekal dengan ilmu dan tunjuk ajar kita.




Wednesday, November 13, 2019

11.11

Promosi tahunan.
Potongan harga.
Hadiah percuma.
Tetapi sebenarnya masih berbayar.

Siapa mahu beri percuma?
Peniaga tidak mahu untung.

Benar potongan harga lebih banyak.
Dalam bahasa lain.
Margin keuntungan peniaga berkurang.
Akhirnya pembeli masih membayar.

Berbaloi bunyinya barang berharga RM 1000.
Cuma perlu dibayar RM 500.

Betul jika ianya memang keperluan.

Tetapi pembaziran RM 500 jika membeli tanpa sebab.

Oleh yang demikian, berbelanja secara berhemah.

Tuesday, November 12, 2019

Gambar

Ahmad masih ingat lagi peristiwa 25 tahun lalu.
Cikgu tadika meminta semua murid menyerahkan borang pembayaran gambar graduasi Tadika.
Ahmad tidak ingat berapa harganya.
Yang pasti ada beberapa jenis harga mengikut pakej.

Pertama paling mahal iaitu gambar dalam bingkai kayu.
Kedua adalah gambar dalam fail keras dengan logo tadika.
Ketiga yang paling murah adalah sekeping gambar sahaja tanpa sebarang aksesori.

Dalam perjalanan pulang sebenarnya Ahmad susah hati untuk memberitahu emak.
Risau emak akan terbeban walau untuk gambar paling murah sekalipun.

Akhirnya emak tahu jua dari jiran.
Telahan Ahmad benar yang emak sebenarnya tidak mempunyai duit.

Bagi sesetengah orang sebenarnya, wang mereka hanya sekadar kais pagi makan pagi sahaja.
RM 10 pun sebenarnya besar bagi sang miskin.

Dan hari ini.
Masih ada lagi insan yang berduka cite kerana gambar graduasi.

Terkadang niat kita nak meraikan.
Cuma ada yang kurang mampu kerana faktor kewangan.

Semoga urusan dipermudahkan.




Monday, November 11, 2019

Jiran

Pulang dari berkelana.
Terpandang pintu hadapan rumah sebelah.
Kelihatan kosong tanpa barang.
Rupanya jiran sudah berpindah.

Rasa ralat mula menjengah.
Berjiran hampir 1.5 tahun.
Namun sebenarnya nama beliau tidak diingati.

Padahal sudah pernah ziarah rumahnya.
Open house Aidilfitri.

Orangnya ramah dari Kelantan.
Hampir setiap minggu cuti panjang.
Pasti ada saudara memenuhi rumahnya.

Hanya bertegur sapa saat bertemu.
Terutamanya di lift.

Hakikat rumah di atas angin.
Atau sebenarnya diri sendiri yang tak pandai hidup bermasyarakat.

Sesungguhnya diri ini tergolong dikalangan orang yang rugi.

Semoga beliau dan keluarga bahagia.
Dipermudahkan urusan.
Dikurniakan jiran yang lebih baik.

Dan semoga diri ini pula beroleh rezeki.
Jiran yang baik baik.

Sunday, November 10, 2019

Delay

Hujan lebat.
Pesawat terpaksa menunggu di landasan.
Awalnya cuma 10 minit untuk menunggu cuaca yang lebih baik.
Berlarutan sehingga satu jam.

Waktu dijadualkan mendarat.
Akhirnya menjadi waktu pesawat berlepas.

Tidak mengapa.
Yang penting berada dalam keadaan selamat.

Majalah penerbangan dibaca dari kulit ke kulit.
Tidak pernah lagi saya membaca majalah airlines.

Mungkin hikmahnya hari ini.
Dapat membaca.

Benarlah kadangkala kita terlalu terburu-buru.
Sehingga terlupa untuk berhenti dan menarik nafas.
Perhatikan sekeliling.
Nikmati apa yang di depan mata.






Saturday, November 9, 2019

Penang Airport

Tiba di Airport 30 minit sebelum pelepasan.
Tidak gusar kerana sudah check in.
Dan tiada bagasi daftar masuk.

Bergegas ke pintu pelepasan.
Polis bertugas mengatakan E boarding tidaj terpakai.
Berkeras mahu salinan yang bercetak.

Berpatah semula ke kaunter check in.
Kiosk layan diri pula rosak.
Barisan panjang menanti.

Kebijakan airlines yang mencampur aduk daftar masuk domestik dan antarabangsa.
Terasa mahu menyembur petugas di kaunter.
Tiba-tiba petugas memanggil penumpang domestik untuk potong barisan.

Alhamdullilah berjaya masuk dalam waktu yang ditetapkan.

Pengajarannya.
Saya perlu datang lebih awal.

Penang Airport perlu improve. Apa guna daftar masuk internet jika masih guna kertas? Perlu guna barcode scanner berbanding conteng boarding pass.

Airlines pula perlu lebih cekap.
Sediakan kiosk lebih banyak.
Maintenance please.







Friday, November 8, 2019

Kapsul


Melangkah masuk ke kapsul.
Teringat watak Bulma dari Dragon Ball.

Manusia hidup dalam kapsul.
Pergi ke mana-mana hanya membawa kapsul.

Saizmya kecil.
Hanya muat untuk seorang sahaja.

Dalamnya cantik dengan lampu.
Umpama bernafas dalam kapal angkasa.

Cuba memejamkan mata.
Terbayang pula saat ditimbus dengan tanah setelah nyawa dicabutnya.

Ruang lebih sempit dan gelap.
Tiada lagi connectivity dengan makluk lain.

Semoga aku, kamu dan mereka.
Tergolong di kalangan orang yang beriman.

Dikurniakan nikmat kubur.
Semoga kubur yang menjadi transit dilapang serta bercahaya.


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا قُبِرَ الْمَيِّتُ ، أَوْ قَالَ : أَحَدُكُمْ ، أَتَاهُ مَلَكَانِ أَسْوَدَانِ أَزْرَقَانِ ، يُقَالُ لأَحَدِهِمَا : الْمُنْكَرُ ، وَالآخَرُ : النَّكِيرُ ، فَيَقُولَانِ : مَا كُنْتَ تَقُولُ فِي هَذَا الرَّجُلِ ؟ فَيَقُولُ مَا كَانَ يَقُولُ : هُوَ عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ ، أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ . فَيَقُولانِ : قَدْ كُنَّا نَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُولُ هَذَا ، ثُمَّ يُفْسَحُ لَهُ فِي قَبْرِهِ سَبْعُونَ ذِرَاعًا فِي سَبْعِينَ ، ثُمَّ يُنَوَّرُ لَهُ فِيهِ ، ثُمَّ يُقَالُ لَهُ : نَمْ
MaksudnyaApabila mayat (atau seseorang daripada kamu) telah dikuburkan, datanglah kepadanya dua malaikat hitam kebiru-biruan, seorang daripada keduanya dikenali dengan Malaikat Munkar dan seorang lagi dengan Malaikat Nakir. Keduanya berkata: “Apakah yang hendak engkau katakan mengenai lelaki ini?
Dia berkata: “Dia adalah hamba Allah dan utusan-Nya. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba-Nya dan utusan-Nya.” Keduanya berkata: “Sungguh, kami telah tahu bahawa engkau akan mengatakan demikian itu.” Kemudian dilapangkan baginya di dalam kuburnya sepanjang 70 hasta kali 70 hasta. Kemudian diberi cahaya baginya di dalamnya. Kemudian, dikatakan kepadanya: “Tidurlah engkau.”
Riwayat al-Tirmizi (1071) dan Ibn Hibban (3117)



Thursday, November 7, 2019

Transit

Malam ini tukar angin.
Cari tempat yang ala kadar.
Untuk merehatkan badan.



Wednesday, November 6, 2019

Kumar 2

Sudah hampir 2 tahun Ahmad tidak berhubung dengan Kumar.

Mesej yang dihantar tidak dibalas.
Panggilan telefon juga tidak berjawab.
Setelah beberapa ketika tahulah Ahmad yang nombor telefon Kumar sudah berubah.

"Kumar sebenarnya kena masuk lokap. Lepas itu kena buang kerja. Sebab kes minum daun ketum. Ponteng kerja," ujar bapak kepada Ahmad sambil menghirup air kopi.

Sekarang barulah Ahmad tahu mengapa Kumar menjauhkan diri.

Ahmad masih ingat saat dia menemani Kumar ke sesi temuduga di majlis daerah.
Peristiwa itu hampir 4 tahun yang lalu.
Terpancar seribu harapan di bola mata Kumar.

Benarlah sejak dari tamat persekolahan lagi, Kumar tidak mempunyai kerja yang tetap.
Kadang-kadang memandu lori.
Adakala menoreh getah.
Pastinya anak muda seperti dia bercita-cita besar.

"Kumar. Aku yakin hang boleh dapat ni. Ingat niat hang nak bantu keluarga," ucap Ahmad sambil menepuk bahu Kumar yang melangkah ke bilik temuduga.

Dari riak wajah Kumar sebaik melangkah keluar bilik temuduga.
Ahmad agak yakin Kumar berjaya.

Mengapa Kumar?

"Hang mungkin bersalah dengan undang-undang tetapi itukah sebab hang menghilang?" bisik hati Ahmad.

Tuesday, November 5, 2019

Secangkir cawan

Kita berlari laju.
Sudah laju kita mahu pecut lagi.

Akhirnya kita terperangkap dalam perlumbaan.
Mengejar sesuatu yang kita pun kurang pasti.

Terkadang kita terlupa tujuan asal kita berjalan.
Hasratnya untuk capai sesuatu sahaja.

Namun manusia sukar berpuas hati.
Bagus untuk terus maju.

Namun terlupa hakikat kehidupan.

Berhentilah sebentar.
Lihat apa yang tertinggal.

Pejamkan mata sebentar.
Dengar hembusan angin.

Ia wujud tetapi kita yang terlalu alpa.

Lihat apa yang mungkin kamu lukai.
Tanya diri sendiri.

Untuk apa kamu begini.
Untuk siapa kamu terus begini.

Tiada salahnya kamu berhenti seketika.
Mungkin sedikit terlewat.
Namun kamu tidak hilang segalanya.

Rehat.
Minumlah secangkir cawan.
Bertenang seketika.


Monday, November 4, 2019

Legal

Pelacuran adalah sah di Kota Singa.
Di mana premis, pekerja dan majikan mempunyai lesen.
Dengan cara demikian maka penindasan terhadap pelacur dapat dikurangkan.
Malah dapat mengawal penularan wabak penyakit kelamin kerana pelacur tertakluk kepada peraturan kesihatan yang lazim bagi pekerjaan berisiko.

Dalam satu sudut dilihat seperti baik.
Kerana jika dihalang pun masih ada pelacuran secara haram.
Sudut gelapnya mereka akan sentiasa ditindas.
Dan penyakit pun berleluasa.

Saat mula menerima hakikat itu.
Maka sebenarnya kita sudah menerima normalisasi.
Tidak betul menjadi normal.
Atas tiket kemanusiaan.

Asasnya pelacuran itu sendiri haram.
Betul yang membuatnya legal mengurangkan kadar jenayah dan sebagainya.
Tapi sebenarnya kita sudah berputus asa.
Menerima normalisasi.

Jangan mudah hukum pelacur.
Benar mereka mungkin terdesak kerana wang.

Sepatutnya yang berkuasa cuba cipta peluang pekerjaan
Bukannya biar mereka menjual diri.

Jika wujud sindiket.
Perangi habis habisan.
Ia tak mudah tetapi jangan mengalah.
Bukan akhirnya sindiket jadi halal.
Lalu kerajaan pula berseronok dengan hasil cukai tambahan.

Yang individu pula perlu dididik.
Diri mereka terlalu berharga.
Untuk dinodai lelaki hidung belang.
Atas nama perniagaan yang dikaburi normalisasi.

legal brothel house at Geylang, Singapore


Sunday, November 3, 2019

Pulang

Sehebat mana negara orang.
Pasti tak setara tanah air.


Saturday, November 2, 2019

Singa

Kota singa.
Negara yang secara teori.
Tiada sumber mentah.

Tapi mereka pandai mengolah.
Mengolah sehingga mereka lebih maju.

Benar syurga itu tak terbayang oleh akal.
Tapi syurga dunia boleh dicipta oleh manusia.
Hikmah akal kepada manusia.


Friday, November 1, 2019