Pages

Wednesday, March 31, 2010

Tidur Ayam

Salam,

Aku saje nak bagitau yang aku tidur ayam dalam kelas hari ini,
Bukan nak berlagak tapi aku memang sangat jarang dalam kelas,
Kalau ikut hati memang mengantuk,
Tapi aku memang tak suka tidur bila cikgu mengajar.

Baru tadi aku tau yang tidur ayam dalam kelas sangat best,
Aku tak mengantuk sangat pun tapi aku pejam juga mata,
Sebab hari ini memang aku takde mood,
Risau tentang "lab design" yang tak siap lagi.

Tidur ayam tue maksudnya tidur tak nyenyak la kan?
Sebab aku bleh dengar suara cikgu,
Tapi aku dengar suara dia dalam khayal,
Macam mat pit tengah "high" kena dadah.

Asal aku pejam mata je,
Aku rasa macam aku tgh bermimpi,
Mimpi yang aku rasa "best",
Tapi aku tak ingat jenis mimpi tue.

Jadi aku cuba tidur balik,
Lepas tue aku mimpi lagi,
Tapi aku terjaga balik,
Dan tak ingat apa2 tentang mimpi tue.

Sebab aku yakin mimpi tue "best",
Aku cuba tidur lagi,
Ya.. aku mimpi lagi,
Tapi aku tak ape yang aku mimpi.

Itulah kerja aku hari ini,
Masa dalam kelas electronics selama sejam,
Aku mimpi pastu terjaga,
Pastu aku pun tak ingat apa mimpi aku.

Setelah berkali-kali tidur,
Berkali-kali juga aku mimpi,
Tapi aku masih tak tahu peristiwa mimpi tue,
Yang aku tau. Mimpi tue best.


  • Cakap tentang mimpi indah.. baru aku teringat dengan sebuah cerita yang pernah aku tonton ( tak ingat dah kot tajuk).
  • Dalam mimpi tue, gadis tue macam tak bahagia dengan kehidupan sebenar dia..
  • Tapi dia sangat bahagia bila dapat tidur sebab mimpi yang indah. Dia rasa dihargai dalam mimpi sampai satu tahap dia dah berputus asa untuk hidup dalam alam yang nyata.
  • Akibatnya. dia pun asyik ambil ubat tidur sampai la satu hari dia pun pergi untuk selamanya.
  • Masa tue baru lah orang2 yang pernah menyakiti dia sedar apa yang dorang pernah buat dekat si gadis malang nie.
  • Tapi bagi aku, gadis tue pun bengong. Mana bleh tido setelkan masalah... Haish..

~tamat~

Lagu


Monday, March 29, 2010

Menjala

Salam,

  • Semalam saya telah memasak roti jala dek kerana bosan pada hujung minggu tetapi malas hendak mengulangkaji.
  • Hendak ringkaskan blog, saya cuma nak kongsi resipi dengan rakan-rakan terutama yang masih bujang dan belajar di perantauan.
  • Ringkas sahaja untuk membuat roti jala ni cuma kena la rajin sedikit untuk mencuba.
Resipi

Bahan A

  • Tepung gandum ( tak pasti berape berat... saya pakai baling je dalam mangkuk.. rsanya dalam 600g kot)
  • Garam ( satu sudu teh)
Bahan B

  • 3 biji telur
  • 1 tin susu cair( saya guna tidak sampai satu tin pun)
  • Air (kalo rsa adunan pekat sangat... tambah je air...)
  • Pewarna kuning
Bahan C

  • Ballon Whisk
  • Acuan roti jala( kalau yang ada acuan khas, memang terbaiklah... Tetapi sesiapa yang tiada boleh menggunakan tin susu atau botol air yang ditebuk beberapa lubang.

Cara-cara

  1. Sebaiknya ayak tepung gandum dengan penapis ( tetapi saya tidak buat pun... malas). Gaulkan garam dengan tepung yang sudah halus mulus. Selepas itu buat lubang di bahagian tengah adunan.
  2. Masukkan bahan B ke tengah adunan dan kacau dengan ballon whisk. Jika terlalu pekat, tambahkan air secukup rasa.
  3. Kacau lagi dengan penuh perasaan sehingga adunan tidak lagi berketul... Tambah pewarna kuning..
  4. Panaskan kuali dengan sedikit minyak ( ratakan minyak guna tisu) dan masukkan adunan ke dalam acuan.
  5. Apabila kuali sudah panas, pusingkan acuan atas kuali bermula dari bahagian luar hingga ke bahagian tengah kuali. Biarkan seketika untuk adunan masak ( rasanya kurang dari 20 saat, hati2 jangan sampai hangit.)
  6. Angkat juraian roti jala, dan gulung untuk mendapat bentuk seperti yang dilihat di kedai.
  7. MAkan dengan kuah kari ayam/daging ( kalau tak tahu masak kuah kari.. Sila cari resipi di Internet)
Sebelum

Selepas
Percubaan pertama=> FAILED (tebal)
Comot kan budak-budak lelaki buat kerja di dapur?
Produk akhir
Tips
  • Pewarna kuning boleh digantikan dengan serbuk kunyit tetapi jangan dimasukkan terlalu banyak kerana rasanya akan terjejas. Serbuk kunyit dimasukkan bersama2 dengan bahan A.
  • Adunan boleh dibuat tanpa menggunakan susu cair... Susu cair akan menambah "rasa lemak" pada roti jala. Jadi, terserah pada citrasa masing-masing.
  • Gunakan ballon whisk untuk menggaul adunan bukannya sudu ataupun "electric mixer". Ada terbaca dalam satu forum, kalau "electric mixer" digunakan maka adunan akan menjadi pelik. Kalau rasa nak gaul adunan sampai 2 jam atau sampai tangan kejang, sila gunakan sudu atau senduk :)).
  • Jika tiada acuan khas, sila gunakan akal yang kreatif untuk menggunakan botol air yang ditebuk (agak leceh tetapi OK). Pastikan lubang yang ditebuk cukup besar untuk memudahkan aliran keluar adunan. Jika adunan agak sukar untuk mengalir keluar, ini bermakna rakan-rakan perlu menambahkan air.
  • Pastikan ketika membuat juraian roti jala, rakan-rakan tidak membuat di tempat yang sama sebanyak berkali-kali ( jika roti jala tebal....susah nak masak.... komfem tak sedap).

Selamat Mencuba...
~~TaMMaT( ejaan cerita P. RAmlee)~~

Lagu

Ramai dah rasanya tahu tentang lagu ini.


p/s: Final exam dah dekat..... adussss

p/s/s: pakman tempe belanja makan ayam HUSKY hari nie.

p/s/s/s: Canada Revenue Agency cakap aku masih ade tax return yang belum aku dapat... :))

p/s/s/s/s: areda!!! aku bukan tiru lagu ni dari blog ko tau... hoho..

p/s/s/s/s/s: blog ni dah mcm caca merba... ayat pakai hentam je.. kejap saya... kejap aku.. aduss.


~~~~~Jika aku bukan pelita yang menerangi malam, memadailah aku menjadi kunang-kunang yang menerangi di kegelapan.~~~


Sunday, March 28, 2010

Kau bulan dan kau matahari

Salam rakan-rakan,

* kali ini aku x nak wat bullet style format*

Ayah dan Ibu.... ANak mu ini sudah dewasa.

Apabila seorang insan itu meningkat dewasa,
tanggungjawab beliau terhadap diri, agama, keluarga dan juga negara semakin bertambah,
Jika dahulu setiap keputusan yang diambil tidak perlu diberikan penilaian secara terperinci,
Tetapi sekarang setiap keputusan dan tindakan mempunyai harga yang besar untuk dibayar,

Shikamaru berkata pada Naruto,
Jika dahulu kita golongan yang menerima dan dibimbing,
Tetapi sekarang kita sudah dewasa dan harus berfikiran matang,
Kita harus menjadi golongan yang bersedia untuk membimbing generasi yang akan datang.

Seorang ayah menasihatkan anaknya agar sentiasa cekal untuk menuntut ilmu,
Pada ketika itu anak kecil itu membentak kerana masih tidak faham erti dunia yang sebenar,
Kini si anak sudah besar panjang dan malah bersedia untuk bergelar suami orang,
Satu hari nanti anak yang pernah dinasihati akan membimbing anak-anak kecilnya.

Anak kecil mungkin hanya tahu merengek,
Apabila hajat di hati tidak dipenuhi kedua ibu bapa,
Namun kini anak kecil sudah dewasa,
Beliau hanya menangis dalam hati kerana tidak mampu memenuhi hasrat anaknya.

Mak... Saya sudah kehabisan duit untuk bulan ini,
Pinta anak kecil yang hanya tahu meminta duit tanpa terfikir untuk berjimat cermat,
Namun ibu tidak pernah merintih walaupun ibu hanya makan nasi berlaukkan garam,
Ayah yang mendengar khabar susah hati mengenangkan perbelanjaan sekolah anak kecil.

Kini. Anak kecil sudah dewasa,
Beliau sedar bahawa tiada benda yang percuma di muka Bumi ini,
Hendak dipinta bantuan ibu dan ayah sudah mustahil,
Kerana mereka sudah pergi untuk selamanya.

Ayah..... Ibu..... rintih anak yang dengan linangan air mata,
Si anak kesal kerana sentiasa ponteng kelas agama pada satu ketika dahulu,
Kini beliau hanya boleh menyesal kerana tidak mampu menjadi imam solat untuk keluarganya,
Dek kerana kejahilannya dalam ilmu dan ibadat.

Si anak berjalan seorang diri dalam kesesakan kota raya,
Di satu sudut ada orang menangis,
Di satu sudut lain ada orang yang ketawa,
Si anak bingung dan ketakutan melihat ragam manusia.

Ibu... saya rindu dakapanmu,
Dahulu si anak menengking ibu kerana melarang beliau berjinak dengan kebebasan total,
Kini beliau sudah keluar dari kaca perlindungan yang pernah dikawal rapi ibu dan ayahnya,
Maka sedarlah si anak bahawa beliau masih tidak bersedia untuk berdikari.

Ibu,
Terima kasih kerana melahirkan ku ke bumi ini,
Inilah hadiah yang paling istimewa dalam hidupku,
Kau tetap permata di hati ku untuk selamanya.

Ayah,
Aku tahu kau bukan dari kerabat diraja yang mampu memberi kemewahan kepadaku,
Namun tidak sedikit pun ku merasa benci atas kekurangan mu itu,
Terima kasih di atas segala pengorbanan ke atas keluarga ku.



* pelik aku tgk klip video nie... x mcm utk mak n ayah pun... cam utk orang bercinta je*

Saturday, March 27, 2010

Menangis

Salam,

  • Kejap tadi aku ada terbaca blog si polan nie. Pstu ada la dia wat cite ttg dia menangis sebab2 yang tertentu.
  • Ada orang menangis sebab sedih... Ada orang menangis sebab gembira... Ada jugak orang menangis sebab dia terharu.... kadang2x... orang yang xde sebab pun leh menangis.
  • Ape pun reason utk menangis, harap2 kita menangis atas faktor2x yang berbaloi/penting. Nanti pelik pula org tengok kita asyik menangis kan? Yang penting2 jgn sia-siakan air mata utk benda yang xde faedah.

  • Nak nangis pun byk cara jgak kan... Ada orang nak nangis pun kena bagitau dekat satu dunia yang dia tgh sedih... Tak cukup dgn tue, siap tnjuk bukti lagi. Agaknya ada faedah kot kalau wat cmtue... atau mungkin rasa bahagia...
  • Sesetengah orang pula kalo nak menangis, dia kena menangis depan orang yang dia sayang mcm keluarga, kawan rapat atau "sahabat". Mungkin dengan cara mcm ni, dia akan rasa lebih selamat.... Jangan sampai nangis dekat orang yg salah sudahlah, kang ade plak yang nak amik kesempatan.
  • Ada orang plak bila nak menangis, dia wat muka macho n cool.... Orang ckp ape pun dia senyum je... Tapi bila dah duduk sorang2x, runtuh juga tembok macho n menangis sorang2x.
~Habis Cite orang menangis~~


Aku pun nak cite kesah nanges bleh tak??
  • Point aku sebenarnya, aku rasa cam nak menangis tahap dewa waktu tgk movie "Alice in Wonderland" minggu lepas dengan Piko
  • Mata aku memang merah n berair masa tengok movie.. Kepedihan yang dirasa memang sangat azab kot.
  • Movie ni tersangat la bosan ( point of view aku even ramai cakap best) sampai aku dah rasa nak kiok sejak dari 10 minit pertama lagi...
  • Sebab dah bayar tiket 3D( mahal cam hampes) so terpaksa la jgak kot bkak mata luas2x. Nasib baik la movie ni 3D kalo tak mmg dari awal lagi aku berambus dari wayang.
  • Bila aku pandang ke kanan je... Member aku si Piko dah tido nyenyak dengan mulut ternganga cam badak air.
  • Jadi, kalo ada sape2x yang sakit insomnia, aku rsa crita ni tersangat la seswai utk jdik ubat orang2 yang sakit ssah nak tido nie.

~Lagu minggu ini~




P/s: moody.....................
p/s/s: friendly reminder... x kesah la korang nak claim yg internet ni satu benda yang private ke hape ke.... fact yg korang x ptut deny---> internet bukan tempat yang private... so sendiri mau ingat la kan.....

Sunday, March 14, 2010

Muzik



Salam rakan-rakan,

  • Mendengar muzik merupakan salah satu hobi saya sejak dari kecil. Rasanya dalam sehari, saya pasti akan mendengar sekurang-kurangnya satu lagu.
  • Jika masih kecil dahulu, saya hanya mendengar lagu daripada radio sahaja tetapi sering sahaja diganggu oleh kakak-kakak saya memandang hanya terdapat 1 buah radio dalam rumah kami pada ketika itu.
  • Kadang-kala, saya akan mendengar lagu dari kaset-kaset milik kakak saya walaupun pada ketika itu saya langsung tidak memahami lagu bahasa Inggeris yang dimainkan.
  • Setelah umur meningkat, walkman "cikai" berharga RM 10 mula popular di pasar malam. Kelebihan walman ini, pengguna tidak perlu untuk mengubah frekuensi secara manual tetapi hanya perlu menekan butang "scan" dan stesen akan dipilih secara automatik. Walaupun cuma berharga RM 10 (besar kot nilai ni pada ketika itu), saya terpaksa menyimpan duit untuk 2 bulan bagi membeli walkman ini.
  • Selepas itu, era "discman" mula popular di Malaysia tetapi saya tidak pernah memiliki "discman". Saya bersyukur kerana tidak tidak membeli discman disebabkan era "discman" sudah tenggelam dek pengenalan mp3.
  • Mp3 memang lagi baik dari "discman" atau "walkman" kerana ianya ringan, kecil, dilengkapi dengan radio dan boleh menyimpan koleksi lagu-lagu kegemaran. Mp3 saya yang pertama dibeli ketika saya berumur 18 tahun di PC Fair Kuala Lumpur. Kalau diikutkan hati masa itu mahu sahaja Sony Mp3 dibeli tetapi disebabkan kewangan yang kurang baik, saya hanya membeli jenama "cikai". Sekurang-kurangnya ada juga MP3 walaupun hayat baterinya amat singkat.
Muzik dan Irama.
  • Orang cakap muzik boleh menenangkan jiwa kita dikala kita tidak tenteram. (Hakikatnya membaca Al-Quran adalah cara yang terbaik itu mengubat masalah di hati)
  • Pada zaman sekarang, teknologi benar-benar menyenangkan hidup manusia. Jika dahulu, kita terpaksa meminta kepada tuan kedai muzik untuk memainkan lagu pilihan sebelum membeli kaset ( tuan kedai mesti nak bagi penendang kalau kita minta dia mainkan banyak kaset), tetapi sekarang kita boleh mendengar lagu-lagu tersebut secara percuma di Internet terutamanya Youtube.
  • Dalam sehari rasanya sekurang-kurangnya 10 kali saya akan mendengar lagu daripada Youtube walaupun pada hakikatnya saya sudah mempunyai lagu tersebut dalam komputer saya.
Youtube yang kadang kala melalaikan :))

  • Malah kita juga mampu memuat turun lagu-lagu kegemaran daripada Youtube secara percuma dengan menggunakan perisian dan laman web tertentu ( ini bukan cara yang elok. Jika nak tahu caranya sila cari dengan sendiri di Internet)
  • Saya memilikin sebuah PSP yang dibeli beberapa tahun lepas. Pada mulanya PSP ini digunakan untuk bermain "game" namun lama kelamaan saya menggunakannya lebih kepada MP3.
PSP yang sudah lama tidak digunakan. Ada sesiapa nak beli?

  • Salah satu tabiat saya ketika mendengar muzik adalah kecenderungan untuk mendengar lagu yang sama secara berulang-ulang sehingga saya merasa bosan. Oleh itu, saya tidak pernah mempunyai mana-mana artis kegemaran sehingga kini. Saya akan mendengar mana-mana lagu yang sedap didengar oleh telinga.
Saya pernah menggunakan Ipod dan Sony MP3. Sony MP3 jauh lebih baik daripda Ipod

  • Percaya atau tidak, "play mode" dalam sony mp3 saya adalah "Repeat 1 song" di mana saya akan mendengar lagu yang sama dalam masa beberapa hari walaupun terdapat beratus-ratus lagu dalam mp3 ini.
  • Seperkara lagi, saya berpendapat muzik mempunyai kaitan dengan hati dan perasaan. Sebagai contoh, jika insan yang istimewa mencadangkan lagu kegemarannya, minat kita pada sesebuah lagu yang selama ini tidak digemari boleh bercambah secara tiba-tiba. Malah andai kita tahu si dia mendengar sesebuah lagu, kita pasti cuba mendengar lagu yang sama mungkin untuk cuba menjiwai perasaan orang berkenaan. Secara tidak sedar, kita akan meminati lagu yang sama dengan si dia.
  • Andai kata, saya tertinggal mp3/psp/laptop, saya akan menggunakan telefon bimbit Nokia 5800 XpressMusic bagi mendengar lagu. Kualiti bunyi yang dihasilkan oleh telefon ini sangat mengagumkan tetapi saya jarang menggunakannya semata-mata bagi tujuan mendengar muzik. Dalam erti kata lain, ini merupakan telefon terbaik pernah saya miliki.
Nokia 5800 XM

  • Saya ingin mengingatkan rakan-rakan agar tidak terlalu lalai dengan muzik. Dengarlah muzik pada kadar yang patut tanpa melupakan tanggungjawab pada Allah dan juga sebagai manusia yang berakal sempurna.
  • Jika berasa sedih, jangan didengar lagu yang "super jiwang" supaya hati tidak bertambah menderita. Sebaliknya, luangkan masa bersama rakan-rakan dengan melakukan aktiviti berfaedah bagi mengubat luka di hati. Yang lebih baik, bacalah Al-Quran yang merupakan mukjizat agung Nabi Muhammad S.A.W.
~Sekian~~

Lagu Pilihan( Belle)



Gambar Pilihan (ASiS)
p/s: Tahniah kepada Sekolah Menengah Sains Alam Shah

p/s/s: saya sebenarnya rasa nak........... :))

p/s/s/s: bila aku ckp "belle" lagu pilihan aku hari ini. Agaknya dah brape kali aku dgr lagu tue untuk hari ini saje?

Tuesday, March 9, 2010

Zaman sekolah rendah

Salam rakan-rakan,

  • Korang ingat tak lagi tentang Program Susu Sekolah dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) masa kita dekat sekolah rendah pada satu masa dulu?
  • Dulu masa kecik2, saya belajar di 3 buah sekolah rendah disebabkan faktor pekerjaan ayah sebagai seorang polis. Sekolah yang pertama namanya Sekolah Sri Aman ( penang bukan sarawak),yang kedua namanya Sekolah Kebangsaan Jitra( ni komfem la kat Jitra) dan yang terakhir namanya Sekolah Kebangsaan Binjal ( ni pun kat kedah bukan london).
  • Untuk masa nie saya nak skip dulu cerita tentang sekolah-sekolah nostalgia nie sebab nak bercerita tentang RMT dan Program Susu Sekolah.
RMT dan Program Susu Sekolah

  • Sekarang ni mmg saya kurang pasti samada kedua2 program ni masih berjalan ke tidak di sekolah. Sebab kalo x salah, program susu pernah dihentikan sementara sebab kes keracunan.
  • Saya mmg peminat program susu sekolah sewaktu zaman kecik dulu kerana saya memang suka minum susu sejak dari azali. Satu benda yang menarik tentang susu ni adalah kotak susu yang mempunyai gambar yang cuba memupuk nilai murni dikalangan murid2x sekolah. Antaranya tentang perpaduan rakyat dan aktiviti gotong royong.( Ckp je menarik. Lepas minum susu, lempar dalam tong sampah :P )

Rasanya kotak zaman dulu lagi menarik
  • Masa saya belajar di Sekolah Sri Aman dan Sekolah Kebangsaan Jitra, peluang nak dapatkan susu "free" ni punya la susah mungkin disebabkan sekolah-sekolah ini dalam kategori sekolah bandar. Walhal perkara yang sebaliknya berlaku bagi Sekolah Kebangsaan Binjal yang merupakan sekolah luar bandar( sape cakap sekolah kat kampung koman mmg silap la).
  • Saya masih ingat kenangan di S.K. Sri Aman dimana ketika itu saya masih di darjah satu. Setiap hari Isnin minggu pertama setiap bulan, cikgu mesti akan bawa beberapa kotak susu masuk dalam kelas (Ini rezeki!!). Seperti biasa, beberapa murid yg layak akan dapat susu tersebut dan bakinya terserah pada cikgu berkenaan (Saya dalam kategori x layak).
  • Masa ni bermula plot saya untuk mendapatkan susu tersebut. Untuk hari tue msti saya akan jdik lebih baik dari hari2 yang lain. Saya akan berlakon menenung buku2 lama (even x baca pun) dan duduk diam2 sahaja di kala member2 lain sedang buat bising. Hasilnya, hampir setiap bulan la saya dapat susu tue :))
  • Tetapi bila saya masuk sahaja S.K Binjal, lakonan tue suma x diperlukan lagi sebab stok susu di sekolah tersebut terlalu banyak. Semua murid dapat bawa balik sampai 5 kotak seorang (heaven gile...)
  • Kalo di sekolah2 lain, RMT dikhaskan kepada murid2 t'tentu sahaja tetapi di S.K. Binjal rasanya semua murid mendapat RMT. Jadi kira bersyukur juga la dapat menjadi pelajar di sekolah luar bandar nie ( even pada asalnya, rasa x suka je skolah nie).
  • Terima kasih la kepada Kementerian Pendidikan sebab bagi peluang saya minum susu "free" untuk beberapa tahun lamanya.
  • Bila melangkah sahaja ke alam sekolah menengah, program2 ni sudah tidak wujud.( Rasanya remaja kena minum lagi byk susu kan? :)) )
~tamat kisah susu~~
~Sekian~~

lagu minggu ini




p/s: aku dah makin malas menulis