Pages

Wednesday, April 28, 2010

Bukan cerita hantu

Salam,

Rakan-rakan pernah tak terserempak dengan hantu?
Dalam post ni saya nak cerita ttg kisah misteri yang berlaku di sekolah lama saya dahulu.

Begini ceritanya....

"Akmal2x... Akmal............ Akmal..... Bangun kejap...." bisik seorang warden kepada saya.. Saya pun terjaga daripada tidur saya yang nyenyak sambil menenyeh mata saya.
Saya lihat jam di tangan baru pukul 3 pagi.
Lalu saya pun bertanya, "Cikgu nak minta tlg ape tgh2 malam buta nie?"
"Saya nak minta awak teman saya meronda sekolah... Boleh?," jawab guru berkenaan.
"Alaa cikgu.. esok x bleh ke?" balas saya dgn nada mengantuk.
"Kamu nak ikut atau tidak? kalo x nak pg tido saja!" balas guru dgn agak keras.
"Ok saya ikut tapi x kan saya seorang saja? Macam mana dgn 2 orang lg rakan saya nie?" respon saya dgn setelah berasa agak tercabar.
"Kamu nak ikut atau tidak?" jawab guru tersebut.
"Baiklah!" jawab saya.

Semasa menuruni tangga asrama saya hanya mendiamkan diri sahaja kerana masih tidak pasti tujuan rondaan itu. Sampai sahaja di bawah saya agak pelik kerana tidak melihat motosikal guru terbabit yang selalu digunakannya jika melawat asrama. Entah mengapa saya langsung tidak bertanya.

"Malam ni kita pergi ke kawasan library sebab saya rasa ada pelajar merokok di sana," ujar guru berkenaan.
"Biar betul nak pg kawasan tue. Bukan ke ?" jawab saya agak tersekat.
"Kamu takut ke? Kalo takut, pergilah tidur.." balas guru tersebut tanpa sempat saya menghabiskan kata2 saya.

Saya akui saya agak takut kerana kawasan terbabit tersangat gelap dan dikatakan "keras".
Namun saya cuba memujuk diri saya mengatakan saya seorang yang berani dan saya akan OK kerana guru tersebut berjalan bersama-sama saya.

Sampai sahaja di pertengahan jalan, guru tersebut menghentikan langkahnya.
Beliau meminta saya berjalan seorang diri ke kawasan itu kerana beliau akan mengawal di pertengahan jalan jika ada pelajar "rokok" yang cuba melarikan diri.
Saya sangat terkejut dengan permintaan tersebut memandangkan saya agak penakut.
"Kamu takut ke?" cabar guru tersebut.

"Eh tidak!!... Saya okey je... tapi betul ke ada bdk yg berani merokok kat tempat camtu," balas saya.
"Awak pergi. Saya tunggu di sini. Check kawasan tue elok2. Dan jangan wat bising. Nampak ape2, bagi salam, " arah guru tersebut.


Saya pun melangkah kaki dengan berat.. Dalam hati saya agak menyesal kerana tidak menolak permintaan cikgu tersebut daripada awal.
Mungkin kerana ego dan "pride", saya cuba melakukan sesuatu yang sukar untuk diri sendiri.
Saya hanya berdoa dalam hati agar tiada perkara buruk yang bakal berlaku.
Setelah selesai meronda kawasan tersebut dengan penuh ketakutan, saya pun berjalan meluru ke pondok pengawal yang tidak berapa jauh dari situ.
Harapan saya untuk menghilangkan sedikit ketakutan dalam diri saya.
Malangnya pondok tersebut gelap gelita kerana pengawal sedang tidur nyenyak.
Ketika itu, saya baru teringat yang guru saya sedang menunggu saya di pertengahan jalan.
Saya agak berat hati untuk berpatah balik kerana saya perlu melalui kawasan yang sama sekali lagi.

Kali ini saya berjalan dengan agak pantas. Entah mengapa saya merasakan seperti ada sesuatu yang sedang merenung saya.
Saya cuba menenangkan diri dengan mengatakan guru saya tidak jauh dari situ.
Malang sekali lagi....
Tiba sahaja di lokasi dijanjikan, guru saya tiada disitu.
Darah gemuruh tiba2 dirasakan dalam kepala saya.

Tiba-tiba telinga saya seperti mendengar bunyi motosikal dari arah pejabat sekolah.
Mata saya juga seolah-olah dapat kelipan lampu belakang motosikal.
Yakin itu adalah guru saya yang menanti di hadapan pejabat,
Saya berlari dengan pantas kerana dalam fikiran saya hanya mahu mendapatkan guru tersebut
disebabkan ketakutan yang amat sangat.

Sebaik sahaja saya tiba di hadapan pejabat.
Tiada sesiap di situ.
Saya hanya dapat mendengar bunyi air dari sebuah kolam di hadapan pejabat.
Saya kebingungan tetapi sedikit lega kerana tempat tersebut dilimpahi cahaya lampu.
Saya agak pelik dengan kejadian yang berlaku.
Adakah guru saya meninggalkan saya kerana menyangka saya sudah pulang ke asrama?
Adakah beliau berada di library kerana mencari saya?
Atau sebenarnyaaa............ tiba2 saya berasa seram sejuk.

Tanpa berfikir panjang.. saya terus membuka langkah seribu ke asrama saya.
Sampai sahaja di bilik dengan keadaan termengah-mengah.
saya cuba menggerakkan rakan saya namun beliau enggan bangun daripada tidur.

Sedar sahaja...
Rakan saya mengejutkan saya untuk solat subuh.
Kebiasaanya saya akan bangun lebih awal untuk membunyikan siren asrama.
Pada ketika itu, saya cuba meyakinkan diri yang kejadian semalam.
Hanya permainan guru saya untuk menguji keberanian saya.
Saya hanya tersenyum memandangkan saya agak yakin saya telah lulus.

Setelah peristiwa itu.
Saya langsung tidak bertanya kepada guru berkenaan tentang perkara tersebut.
Namun pada suatu hari rakan saya mengatakan sesuatu kepada saya....
Saya hanya tergamam seketika.......


~~The EnD~~

p/s: haish... bila tulis balik cerita nie... bulu roma aku meremang ttba je.... xkan sampai kanada kot "bnda " tue nak ikut aku... hehehe

p/s/s: kalo korang rasa x sedap hati.... Jgn wat sumtink even korang rasa ko patut wat demi tnggungjawab korang...

p/s/s/s: ni salah satu cerita sahaja.. yg laen tue... biar je la berlalu... hoho...


*aku suka sgt gambar nie*




p/s/s/s/s: Ayat popular skunk ni => dalam hati ada taman.... Tapi ak rsa cam xde hati sbb hati dah dicuri... :P

Tuesday, April 27, 2010

Yang ketiga....

Salam,
  • Tetiba saya rasa cam xde life sebab malam ni lgsung x pegang buku... :)) (* mcm la selama ni rajin sgt*). Dalam rumah ini cuma saya seorang sahaja yang selesai exam... Yang lain masih ade exam pada hari esok jadi x bnyak benda yang bleh saya lakukan secara solo.
  • Oh yea... tajuk "orang ketiga" bukan bermaksud orang ketiga dalam sebuah hubungan tetapi merujuk kepada rakan saya yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan.
  • Beliau merupakan rakan saya yang ketiga (*dari batch ASiS*) yang mendirikan masjid. Secara jujur saya x berapa rapat dengan rakan ini tapi ape pun saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU kpd Pok Yok(*nama sebenar dia x diketahui sbb semua orang panggil dia Pok Yok je*)
  • Jika saya tidak silap, antara semua bekas pelajar ASiS, hanya pelajar dari batch saya sahaja yang sudah mendirikan rumah tangga.(* saya tumpang gembira saje sebab yang kawin tu kawan2 saya bknnya saya*)
  • Akhir kata, saya mendoakan Pok Yok bahagia bersama insan yang tersayang hingga ke akhir hayat. Semoga dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.
p/s: hurm... sorang demi sorang bdk batch aku dah kawin... bile agaknya ketua batch nak kawin ek?  :P

Yeay!

Salam,

  • Exam dah habis pagi tadi.... :))
  • Jadi bermula plan musim panas saya dan rakan-rakan yang berada di perantauan.
  • Lusa saya akan bergerak ke National Park untuk hiking dan selepas itu akan terbang ke bahagian timur Kanada.
  • Ramai yang bertanya samada saya "jadi" balik atau tidak seperti yang ditulis pada post yang terdahulu. Sila tunggu dan lihat saje la yea... Kalo saya ada tulis post tentang KOREA or MALAYSIA, maksudya saya sudah dalam perjalanan pulang atau sudah berada di Malaysia.
  • Exam hari ini = SANGAT SUSAH kalo nak banding dengan "paper2" lain bagi semester ini. Rasanya ini kali pertama saya x nampak mana2 rakan keluar sebelum waktu peperiksaan tamat. (* saya paling benci kalo exam yang sepatutnya menguji konsep pemahaman bertukar menjadi exam berkonsep HAFALAN.*)
  • Setakat ni saya dah dapat 2 gred dan masih menunggu lagi 4 gred. Harapnya semester ini lebih baik daripada semester lepas. Dah malas nak fikir sangat tentang gred. Sekarang ni waktu untuk bercuti!!










Sunday, April 25, 2010

Summer dah tiba.....

Salam,

  • Kejap je masa berlalu...... Sekarang dah habis pun musim sejuk di Edmonton.. Rasanya mcm baru semalam saya melawat Sunshine Village Ski Resort untuk bermain snowboard.
  • Nak cakap skit je ttg " summer".
Best = Summer
  • Suhu warm... Panas juga tapi x sepanas malaysia rasanya...
  • X payah pakai baju tebal2x lagi. bubbye winter coat.
  • Bleh pakai selipar. :))
  • Bleh jogging kat luar
  • Banyak festival waktu summer.
  • X perlu rush untuk kejar waktu sembahyang, kalo waktu winter agak kelam kabut dengan kelas dan waktu sembahyang yang sangat pendek.
  • Banyak gadis2 cantek ttba muncul sekelip mata mnjadikan Edmonton terutamanya padang rumput kelihatan sangat indah sekali (*ni dalam khutbah jumaat lepas*)
  • Tanda berakhirnya "regular academic season"... Bermulanya cuti super panjang sampai SEPTEMBER!!! hoho
  • Waktu yang amat sesuai untuk berkelah, BBQ dan camping.
  • Bleh maen bola almost setiap petang dekat depan HUB.
  • Waktu siang yang panjang => banyak aktiviti bleh wat...
Yang agak kurang best ttg summer

  • Matahari terbit awal sgt... haish.... jadik subuh pun awal.... :((
  • Kalo puasa waktu summer sgt la menguji iman sebab tempoh yang panjang.
  • Sindrom kulit berminyak n jerawat mula menyerang..
  • Badan sudah mula berpeluh x mcm winter di mana baju sntiasa kering...
  • Waktu tido jdi makin pendek (*padahal bangun lewat jgak.... tp feel so bad bila bangun tgk matahari dah terpacak*)
Khutbah Jumaat yang lepas
Hidup di Kanada pada musim panas,
Bukan satu perkara yang mudah bagi seorang hamba yang bernama lelaki,
Terlalu banyak benda yang x sepatutnya dilihat boleh dinikmati,
Perkara ini benar-benar menguji keimanan dan kesabaran kita,
Jaga pandangan mata dan anggap ia sebagai satu ujian daripada ALLAH S.W.T,
Jika kaum hawa bleh memakai hijab ketika musim panas,
Sanggup berkorban demi agama yang tercinta,
Demi menjaga maruah dan kehormatan diri,
Mengapa kaum adam tidak boleh sama-sama berkorban,
Dengan menjaga pandangan mata,
Ke atas sesuatu yang bukan hak,
Insya allah.

*camni la lebey kurang ayat khutbah jumaat yang lepas.... saya tambah la skit bagi nmpak sedap n berbunga.... tapi mesejnya tetap sama.... *

p/s: Lepas ni kalo pergi jogging. aku kena pandang bawah or tgk GPS la yea... :))

p/s/s: Sesuatu yang indah itu tidak semestinya baik untuk diri kita....

p/s/s/s: Tahniah dan terima kasih kepada gadis/wanita yang sedia memakai hijab bagi menjaga kehormatan dan maruah diri.. Saya sangat menghormati wanita yang sanggup melakukan perkara ini di saat wanita lain menganggapnya sebagai kolot...

p/s/s/s/s: SETINGGI-TINGGI tahniah kepada wanita yang tinggal di negara sekular/ Barat tapi tidak segan silu memakai hijab. Saya tahu bukan mudah untuk memakainya ketika masyarakat memandang serong terhadap ISLAM. Terima kasih yea sebab tabah menjalani hidup sebagai wanita mukmin.

p/s/s/s/s/s: Satu lagi final exam.... yeahhhhhhhhhhhh...



Nama saya GIANT... bleh berkenalan.??? hahaha


Saturday, April 24, 2010

Lucy.... eh Lucky....

Salam,

LucKy
  • Tadi saya pergi "groceries store" untuk beli susu lembu. Owh yea, air kegemaran saya adalah air susu (* sehari lebey dari 4 gelas rasanya saya minum susu*)
  • Lepas bayar susu tersebut abang "cashier" kasik saya kad mcm lucky draw/gores dan menang/ koyak dan menang (*lebey kurang la kan*)
  • Tapi lepas koyak kad tu, saya x menang ape pun. Rasanya sejak "Safeway Store" ni wat peraduan camni saya x penah menang ape2 pun walaupun dah ada kat Kanada selama 3 tahun.
  • Bila difikirkan balik rasanya memang dalam seumur hidup saya, x pernah lagi rasanya saya menang mana "lucky draw".
  • Dulu masa di ASiS ada peraduan teka bilangan gula2 dalam balang kaca... Saya pun jawab tapi x mengharap pun menang sebab rasanya mmg x lucky kot insan bernama akmal dalam benda2 cmni. Last2, jawapan saya betul jadik saya pun dapat la balang gula2 itu.
  • Tapi, balang tue cuma ada separuh je gula2 daripada bilangan asal coz cikgu2 dan adik2 dah makan gula2 tue sebab lapar masa nak sediakan hamper bagi Minggu Sains. :((
  • Cikgu saya ckp bila dia tau saja yang menang tue ialah Akmal, dia pun cakap " Jom la kita makan gula2 nie... Akmal mna suka gula2...." (*xpe2... saya x marah*)
  • Rasanya itu saje kot pertandingan "lucky" yang pernah saya menang... Pertandingan lain cam kuiz n bla2 tue ade la (*saya xde loser sgt seyh*)

~~end~~




p/s: haish.... 15 orang teka lagu untuk post nie... tapi xde satu pun yang betoi.... :)) selamat duit

p/s/s: ramai yang teka wali band.. haish.. best ke band nie?

Wednesday, April 21, 2010

Kenape ni akmal?

Salam,

  • Semalam masa otw balik dari naek basikal, saya singgah di McD. Lepas penat mengayuh basikal mendaki bukit rasanya mmg best kalo boleh teguk air nestea dgn ais. (*ni bukan point cerita sebenar yea*)
  • Selesai makan, saya pun bergerak pulang ke rumah dgn basikal. Sampai saja di rumah, saya baru sedar yang saya tertinggal "U-Lock" basikal saya di luar McD. Jadi saya pun berpatah balik ke McD untuk ambil benda tue. Mujur xde sape ambil buang "U-Lock" tu dalam tong sampah.
  • Sampai saja ke rumah, baru je nak bkak pintu rumah. Saya tersedar yang saya tertinggal beg saya di McD pula(* wallet, phone*) dalam beg tue. isk2x.
  • Secara segan saya pun pergi semula ke McD untuk ambil beg tu. Masuk je dalam McD, nampaklah beg saya tersadai atas kerusi. Fuhhh.
  • Dapat saja beg tue, perkara pertama saya buat saya tanya cashier McD tue ade x orang sentuh beg saya.. Dia cakap dia pun x pasti sebab dia bz... (*ok yea cik kak*)
  • Then, saya pun telefon company credit card saya tanya samada wujud transaksi utk 30 minit yang lepas. Alhamdullilah.. xde ape2 yang mencurigakan so saya pun bergerak la pulang.
  • Dalam hati saya terfikir apa yang x kena dgn saya sehingga menjadi seorang pelupa. Sebab asyik fikir tentang benda ni saya pun terlepas lampu isyarat untuk melintas. Sedar2 je lampu isyarat dah tukar jadik merah. Mujur saya cuma menunggang basikal, kalau guna kereta mesti dah kena maki kot.
  • Lastly sampai jugak la rumah dgn selamat tanpa ada barang yang tertinggal. Perut pun rsa lapar balik sebab berulang alik 2 kali ke McD (*kalo setiap kali ulang dapat free meal x pe la kan*)
~End~

Present Value vs Future Value
  • Future planning itu penting tapi kita jangan sampai terlalu rasa bebanan yang melampau dek kerana masa depan yang tidak boleh dijangka. Memang benar, sediakan payung sebelum hujan bermakna bersiap sedia sebelum kesusahan. Tetapi xde plak peribahasa sediakan nuclear bunker untuk selamat dari ancaman nuklear.(* mmg la bleh bina tapi ade ke orang bina bunker ni kat umah dia???? sebab ape x mampu kot....*)
  • Point saya kita boleh merancang tapi jangan sampai melampau hingga menimbulkan kesusahan kita pada masa yang akan datang. Be extraordinary is GOOD but please be WISE!!
  • Seperkara lagi, kita seharusnya cuba mengikis perasaan yang takut yang kadangkala menyekat kebahagiaan kita. Sebagai contoh dalam cerita adamaya episod 9, Maya x mau beritahu parent ttg kehamilan sebab takut keguguran. Tapi suami dia optimis ckp semua itu rezeki Illahi, jika ada rezeki ade la.
  • Kalau kita terlalu takut mmg rasanya kita xkan melangkah ke depan... Ye la... watpe pergi fly jauh2 ke kanada nnti ttba fail x pasal2 mak bapak kena sembunyi dalam reban ayam (*kalo pikir camni la kan.. adusss... mmg ade bdk failed tapi kita jgn anggap itu sebagai rantaian kegagalan*)
  • Hargai apa yang ada di depan mata.... hargai orang di sekeliling kita especially insan-insan yang tersayang. Insya allah jika kita hargai ape yang ada pada hari ini maka ia akan jadi lebih bermakna di hari yang mendatang. Sebagai contoh, jika kita bertemu dengan seseorang xkan kita asyik nak fikir... Rsanya orang ni hot x lg untuk 20 tahun akan datang lg? Eh.. ntah2x kalo aku dah keja nnti aku jumpa yang lagi lawa, mesti nyesal aku... n bla2x.
  • Bagi saya, ape yang ada hargai la sebaik mungkin. Hidup penuh dengan pilihan tapi kita juga perlu membuat dengan bijak. Pilihan yang ada mungkin banyak tetapi barangkali kita cuma diberi satu peluang sahaja. Jadi think wisely. Jangan satu hari nnti impian "fairy tale" kita bertukar menjadi "nightmare" sebab lupa nak berpijak di bumi yang nyata dan asyik fikirkan tentang masa depan.
  • Be optimis!!! Pisang xkan berbuah dua kali.. Ini peribahasa yang kononnya kita x patut lakukan kesalahan yang sama. Oppps jgn lupa yang kita ni manusia bukannya tuhan. Yang berlalu biarkan ia berlalu. Jika kesalahan yang sama berulang jangan kita rasa tertekan sebaliknya jadikan ia sebagai penanda kematangan kita dalam menjalani hidup. Xde manisnya sebuah kejayaan tanpa kegagalan. Mungkin beberapa kegagalan diperlukan untuk mencapai sebuah impian. "Keep and open mind, expect mistakes and learn from them, listen and consider to all but follow your own intuition."


"Dear God the only thing I ask of you is
To hold her when I'm not around,
When I'm much too far away"

p/s: satu exam dah habis hari ini.

p/s/s: Aku malas nak hidup dalam penafian... Jika itu yang dirasakan, aku akan ikut ape yang dirasakan betul.. Hidup ni sekali... Ia bukan game or bukan drama...

p/s/s/s: Kalo korang perasan la kan... setiap post aku ada lagu. okes.... sape yang bleh teka ape lagu yang aku nak letak utk next post... aku ksik HADIAH + CAD 20... okes? Cara nak jawab... send kat ym or emel ( orang yg aku kenal aka mmber) ATAU tulis kat komen dgn valid id korang(everyone).

p/s/s/s/s: Hints.... korang leh agak genre aku kan? Band lelaki dari Indonesia.

p/s/s/s/s/s: senang je kan? aku x mintak korang link aku... aku x mintak korang klik ads... saje nak kasik gift kat pembaca blog aku...

Tuesday, April 20, 2010

See that guy? He is Crazy!!

Salam,

  • Pagi tadi saya pergi belajar di "library" dengan seorang rakan saya yang juga berasal dari Afrika tapi dia sudah mendapat "canadian citizenship"
  • Tengah dok syok stadi, ttba dia cubit lengan saya dan tunjukkan tangan ke arah seorang pemuda. Pastu dia cakap "See that guy? He is Crazy!".
  • Saya pun blurr la ttba cakap orang tue gile. Then dia pun ckp laki tu gila sebab dia dah kawin masa umur dia 22 tahun.... (*ooooo. gitu rupanya*)
  • So, saya pun cakap la kat dia xde salahnya kalo nak kawin jika kedua2 sudah bersedia ke arah tue n jika kita sudah bertemu dgn orang yang kita mimpikan.
  • Tapi rakan saya ini x berpuas hati sebab dia cakap umur yang masih muda patut digunakan untuk berseronok dan carik duit (*part carik duit tue stuju.. tp part nak seronok... t'pkir gak sampai tahap mana nak seronok kan.... mayB saya dan dia drp culture yang berbeza*)
  • Perkara pokoknya di sini, kalo kawin x bermakna kita hilang fun or freedom tetapi lagi banyak keberkatan yang kita bakal perolehi. Insya allah... Jika kita buat sesuatu yang baik, maka ganjaran yang baik bakal diterima, sebaliknya terimalah ia sebagai ujian dari Pencipta terhadap hambaNya.
~~end~~




p/s: dulu kalo ALI ( *mmber aku yg paling suka+paling semangat ckp ttg kahwin*) sebut ttg kawin je pun aku rasa nak marah sbb aku rasa xde sebab nak kawin masa umur muda. tapi skunk aku dah x rsa ape2 malah aku rsa stuju je dgn ALI... :)) bukan sebab aku rasa nak kawin tapi setuju yang perkahwinan itu permulaan bagi sebuah hidup yang lebih penuh keberkatan cuma kita je yang pikir benda tu mcm menyusahkan... Kawal nafsu atau biar nafsu kawal kita? sendiri mau ingat la kan.

p/s/s: wooot2x..... aku dah pening..... kejap synchronous,kejap induction, kejap switch, kejap logic, kejap control, kejap lagi aku biol........ tp dun wori aku x de la smpai nak bunuh diri....

p/s/s/s/s: hari ini genap la seminggu bdk depan umah aku bunuh diri... huhu.. haish.... nak ckp rest in peace cam x ptut je sbb dia yg x syng nyawa.. No comment....

p/s/s/s/s/s: Adamaya episod 8 dah kuar.....

Monday, April 19, 2010

Short Update

Salam.....

Short Update:

  • Hari nie stadi Electric Machine dan Digital Logic Design....
  • Semakin lama ditenung buku, rasa mcm kena sedut dalam blackhole ( *mcm la saya pernah disedut blackhole*)
  • Serabut + Serabut.....
  • Doakan saya rakan-rakan untuk hari Selasa ni.
Oh Ibu... Ni bukti anak mu stadi bukan jual minyak :))
Shakir yang terlalu letih stadi atau "jual minyak" ???

p/s: Adamaya best sebab ada Lisa Surihani.. :P

p/s/s: Stadi2x.

Sunday, April 18, 2010

Bleh reverse x?

Salam.

  • Kadang2x saya rasa bagus jga kalo masa nie bleh di"reverse"kan... So bila kita wat salah, kita bleh je mula dari awal dan cuba elakkan bnda yang x elok drp berlaku.
  • Tapi kalo itu kesnya rasanya mmg saya xkan blajar erti hidup la kan.
  • Smlm hari jumaat, saya mmg sngguh malas bila hari jumaat.. Bukan la mksud saya jumaat ni bukan hari yang kurang baik cuma mood untuk bercuti akan mmbuatkan saya tawar hati untuk memegang buku.
  • Contoh smlm, kononnya tido awal untuk bangun dalam pukul 5 pagi. Tapi akhirnya dok guling2 atas katil smpai la pukul 11.
  • Smpai sekarang pun x start stadi lagi, siap bleh tulis blog lagi.
  • Hari isnin lepas saya rasa mcm tarik exam saya sangatlah lambat lagi... Tapi bila wat calculation dengan masa yang ada, terasa masa yang ada amat singkat.
  • Doakan saya untuk exam "Electric Machine" pada hari isnin ini.

Jadual Exam


p/s: Post yang lepas terpaksa dibuang setelah ada pihak yang menegur saya.. Terima kasih.

p/s/s: Xde feeling nak balik mesia lepas pikir ni summer saya yang terakhir di Canada... Tmbah2 bila saya tgk bnyak opening utk research assistant from Electrical Department.

p/s/s/s: saya sedang b'usaha nak refund flight ticket balik mesia dgn travel agent sejak dr smlm... Harapnya bleh refund... :))

Monday, April 5, 2010

Senaman

Salam rakan-rakan,

  • Kebelakangan ni aku dok "post" tentang makanan dan resipi je. So aku rasa kali nie aku rasa nak ckp tentang bnda yang lebih maskulin.
  • Aku rasa semua laki kalau boleh nak ada badan yang sehat. Rasanya kalau diberi pilihan oleh jin Aladdin pun antara perut yang buncit dan "just nice abs", mesti ramai yang pilih yang kedua.
  • Aku pun tergolong dalam kategori yg ingin pilihan yang kedua kerana aku rasa usia yang masih muda ini amatlah tidak sesuai jika perut aku sudah terboyot ke depan(*kalau dah tua pun aku xnak jugak perut ke depan ni*)
  • Badan yang sehat bukan untuk menunjuk atau berbogel di hadapan orang tetapi lebih kepada kebaikan dan keselesaan diri sndiri.
  • Bukan mahu mengeji tapi aku sendiri bleh bayangkan kesusahan orang yang terlebih gemuk dalam hidup seharian.
  • Jadi sebelum aku di pam dengan lemak jadi lebih baik aku buat sesuatu untuk mengekalkan saiz yang ada pada masa kini.
Rutin senaman

  • Sejak suhu di Edmonton semakin panas menjelang ketibaan musim panas, aku sudah mula berjogging antara HUB MALL ke downtown melalui High Level Bridge.
  • Dulu masa musim sejuk, memang terpaksalah untuk guna gimnasium kat bawah rumah yang macam nak hancur je keadaannya.
  • Bagi sape2 yang nak terasa nak bina otot (*especially yang bertubuh besar*) korang mmg xleh skip cardio exercise. X guna la kan kalo badan berketul2 tapi badan langsung tak fit.
  • Banyak lagi kot cardio yang bleh dibuat untuk sehat kan badan cam cycling. Target kita bukan untuk badan yang cantik tapi badan yang sehat dan cergas.
  • Setelah melakukan rutin cardio, barulah korang yang berminat untuk membina otot boleh menumpukan perhatian untuk rutin yang lebih keras (* jangan stop cardio plak yea*)
  • Untuk senaman otot, aku slalu guna youtube sbb wat exercise sambil tgk video memang x borink plus korang akan lebih bersemangat bila pikir orang dalam video boleh wat mesti korang leh wat jugak kan.
  • Dalam fasa permulaan, yang penting jangan push diri over limit. Kalau dah rasa x mampu, berhenti kejap then sambung balik. Yang penting dalam membina otot bukan la jumlah senaman yang dilakukan tetapi konsistensi.
  • Cuba untuk lakukan senaman rutin hampir setiap hari untuk dapatkan hasil yang terbaik.
  • Antara video yang aku selalu guna


Sehari 8 minit sahaja.

Video lain yang patut korang cuba

8 minutes arms

8 minutes leg

8 minutes bun


p/s: Kalo nak hasil yang lebih cepat dan baik.... Pemakanan pun kena dikawal.. Banyakkan makan sayur dan protein dan kurangkan lemak.

p/s/s: kalo yang jenis lemak tepu kumpul kat perut... korang mmg xde cara laen untuk bina otot... buang lemak dulu----> kena rajin wat kardio....

p/s/s/s: korang jugak bleh amik susu dengan tepung protein setiap hari sebelum start wat exercise or makan telur 1/2 masak dengan madu setiap pagi..

p/s/s/s/s: Selamat mencuba menjadi lebih sehat... Target kita bukan nak jdik JACOB BLACK tp jadik lebih sehat dan selesa

Saturday, April 3, 2010

Easter

Salam rakan-rakan,

  • Hari ini 2 April 2010="GooD Friday". Saya tidak tahu dan tidak berminat untuk mengetahui peristiwa yang membawa kepada sambutan "Easter day" ini.
  • Yang penting, hari ini merupakan cuti umum bagi seluruh Kanada. Jadi ini bermakna cuti hujung minggu saya bertambah dari 2 hari kepada 4 hari kerana hari isnin ini juga merupakan "Easter Day".
  • Azam cuti panjang ini= nak belaja tahap hardcore (*cakap senang la kan*).
  • Satu minggu lagi sebelum bermulanya "study week".
Lagu



Lagu feveret masa muda-muda dulu