Friday, November 14, 2014

Surat Cinta Yang Telah Pergi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
  1. Saya membaca semula "post-post" lama dalam blog ini setelah selesai segala urusan di pejabat. Apabila dibaca entri pada Januari 2009, timbul perasaaan rindu kepada sebuah tempat yang menjadi tempat berteduh selama hampir 3 tahun. Saya terkenangkan bilik A-3A-9001, Hub Residence, University Of Alberta, Edmonton, Canada.
  2. Saya gemar melihat tingkap setiap kali bangun pagi ketika musim sejuk. Bunga-bunga salji yang terhasil di cermin tingkap sungguh indah sekali walaupun kedudukannya tidak teratur. Hebat sungguh ciptaan Allah. 
  3. Salji yang turun seolah-olah menjadi irama dan melodi yang indah dalam hidup ini sepanjang musim sejuk. Bunga-bunga salji pula seperti surat cinta dari langit. Subhanallah. Pastinya syurga di sana nanti lebih indah.
  4. 3 tahun sudah berlalu namun kenangan di Edmonton sungguh indah. Saya rindu kamu!!

Surat cinta dari langit

Sekian

~~Mohd Akmal Mehat~~