Pages

Friday, January 31, 2020

Singkat

Apabila menjengah ke tahun baru maka sedarlah yang berlalu dengan pantas.
2019 berlalu dengan sekejap sahaja.
2020 pula hadir.

Yang lebih buat kita terpana apabila melihat bulan Januari pula kian berakhir.
Laungan tahun baru masih jelas kedengaran.
Senarai harapan dalam buku azam kelihatan tak berganjak.
Muncul pula Februari.

Benarlah kata yang menjauhi kita adalah masa.
Ia sentiasa pergi.

Friday, January 24, 2020

Ujian

Kesusahan itu ujian.
Kesenangan itu juga ujian.

Kesusahan itu juga nikmat.
Dan tentu jua juga ia nikmat.

Bergantung pada cara penilaian masing maaing.
Ada orang rasa sedih saat kehilangan sesuatu.

Ada pula masih tersenyum kerana peluang yang pernah ada sebelun hilang.


Sunday, January 5, 2020

Novel

Dulu dia pelik.
Melihat manusia lenyap dalam dunia khayalan.
Imaginasasi yang direka penulis.

Tetapi benarlah mereka memang ada dunia sendiri.
Sehingga lupa realiti.


Saturday, January 4, 2020

Matang

Ilmu boleh dicari.
Adakala dengan pemerhatian.
Kebiasaannya melalui pembelajaran formal.

Yang paling mahal adalah melalui pengalaman.
Kita nampak.
Kita lalui.
Kita rasa dan sedar.

Cuma tidak semua pengalaman baik.
Ada juga sebaliknya.

Dahulu kita melihat sesetengah manusia.
Dengan trait tertentu maka kita tertanya.

Saat itu kita memerhati.
Belajar dan buat hipotesis

Saat itu mereka mengalami.
Belajar dan sedang perbaiki.
Atau mungkin sudah terima.
Atau mungkin sudah putus asa.

Harga sebuah pengalaman

Friday, January 3, 2020

Van Sekolah

Telahan Ahmad benar kali ini.
Atok benar benar terlupa untuk ambil Alia pulang dari sekolah agama.

Ahmad terus meloncat dari tepi semak dan berlari ke arah van.
Niat asal bersembunyi kerana tidak mahu Alia atau Atok melihat kelibatnya.

Atok kelihatan bersalah sambil tergaru garu kepala cermin van diketuk oleh Ahmad.

"Sorry encik. Saya lupa Alia," ujar Atok.

Ahmad menarik nafas cuba menahan marah. Lalu hanya senyuman kelat dibalas.

Alia pula muncul dalam keadaan kebingungan yang dia sebenarnya hampir tertinggal van sekolah.

Van Atok berlalu bersama Alia menuju ke rumah transit di mana Iris dan Maya ada bersama.

Ahmad akan menjemput mereka pulang dari situ jika ikut perancangan tahun ini.

Ahmad mengurut dadanya. Peristiwa itu menyebabkan degupan jantungnya menjadi laju. Rasa pedih mula dirasa.

Thursday, January 2, 2020

Sekolah

Hari pertama persekolahan 2020.
Alia akan ke sekolah rendah.
Iris pula masih di tadika yang sama cuma berbeza kelas.
Maya pula bertukar taska baharu untuk lebih dekat dengan Iris.

Seperti disangka pada hari pertama.
Iris yang menangis walaupun sebenarnya ke sekolah yang sama.

Alia pula lebih kuat dari yang disangka oleh Ahmad.
Dia langsung tidak menangis.
Jelas riak kerisauan di wajahnya.
Tetapi Alia steady.

Hanya sesekali matanya meliar mencari kelibat Ahmad.
Cuma Alia seorang yang pendiam.
Membisu seribu bahasa dalam kelas.




Wednesday, January 1, 2020