Pages

Saturday, February 27, 2021

True

It has been confirmed.

The rumors are true.

He is taking the helm

Thursday, February 25, 2021

Speculation

Rumours said that he is coming back.

We shall wait and see.

Tuesday, February 23, 2021

Disrupted Plan

Saya sepatutnya berkunjung ke negara kangaroo pada minggu hadapan.
Setakat hari ini, pintu sempadan negara masih lagi tertutup rapat.
Pandemik COVID-19 masih lagi mengganas di seluruh pelusuk dunia.

Tiket penerbangan dibeli daripada AirAsia.
Pada permulaan pandemik, mereka masih lagi menawarkan 'full refund' secara tunai.
Setelah itu mereka mengubah pendekatan melalui 'credit account' dengan tempoh sah sehingga 2 tahun.

Berita yang kurang baiknya.
Saya dimaklumkan oleh pihak AirAsia yang tempahan tiket saya tidak boleh dibatalkan/ dipindakan kerana pihak AirAsia sedang membuat pengstrukturan semula hutang (liquidation?)

Ada potensi wang yang dibayar terbang melayang bersama AirAsia.
Mudah sahaja untuk AirAsia isytihar muflis di kemudian hari.
Esoknya mereka boleh pula wujudkan syarikat dengan nama baharu.



Monday, February 22, 2021

SPM 2020

Saya tidak dapat memejamkan mata yang sudah letih.
Pusingan bilah kipas siling diperhati. Bilangan pusingan lengkap (360 darjah) cuba dikira dalam satu minit namun gagal kerana kelajuan kipas pada setting tertinggi.

15 tahun yang lalu.

Saya resah untuk memejamkan mata.
Terbayang diri yang belum bersedia untuk menjawab soalan SPM 2005.
Kertas pertama merupakan subjek Bahasa Melayu.

Jantung berdegup.
Saya bingkas bangun untuk meneguk air kosong.
Kedua-dua rakan sebilik sudah hanyut dibuat mimpi.

Saya cuba intai tingkap. Luar koridor kelihatan sunyi tanpa bunyi.
Bilik bacaan yang selalunya dipenuhi rakan pelajar juga gelap gelita.
"Aku juga yang bagi arahan bilik bacaan perlu tutup tepat jam 12 malam," gumam dalam hati.

Saya kembali merebahkan badan atas tilam. Tangan cuba meraba buku yang terletak atas lantai.
"Eh tak boleh jadi ni. Esok mesti mengantuk kalau tidur lagi," bebel saya keseorangan.
Setelah hampir sejam, mata akhirnya berjaya ditutup dan lena sehingga pagi.

SPM 2020

SPM 2020 adalah unik kerana tarikh peperiksaan dalam tahun 2021. Ini bermakna tahun 2021 menyaksikan dua peperiksaan SPM. Semuanya gara-gara pandemik COVID-19.

Tidak dapat dibayangkan tekanan yang dialami pelajar SPM 2020. Saya pasti sebahagian daripada mereka sudah hampir putus harapan. SPM tidak mudah. Satu peperiksaan yang sukar saya lupakan sehingga hari ini.

Semoga berjaya kepada semua calon SPM 2020.

May Allah ease your hardship. Insya Allah.

Gambate.


Ikhlas daripada


SPM 2005

Sunday, February 21, 2021

Thoughts

It keep lingering the brain.
It had disabled the active functions.



Saturday, February 20, 2021

Bahulu

Semasa kecil dahulu.
Jiran di kampung merupakan penjual kuih bahulu yang diusahakan oleh sepasang suami isteri tua.
Mereka hanya tinggal berdua sahaja manakala anak cucu tingal di kota raya.

Kisah bahulu ini bermula dengan aktiviti masak gotong royong antara keluarga saya dan penjual kuih (Cik Tom).
Pada tahun 1996, tiada lagi akses internet malah agak mustahil untuk menemui komputer di rumah orang kebanyakan.
Pada satu hari, Cik Tom datang singgah ke rumah bersama satu buku resipi. Pada waktu itu resipi samada dalam kepala orang-orang tua atau dari buku resipi. Tiada resipi dari hujung jari.

Setelah sepakat akhirnya ibu, nenek dan Cik Tom bersetuju untuk membuat kuih bahulu mengikut buku resipi Cik Tom. Seingat saya bahulu dimasak menggunakan sabut kelapa sebagai bahan bakar. Bahulu yang dimasak ternyata sedap yang mempunyai bentuk ikan dan kandis.

Bermula dari saat itu, Cik Tom menyedari yang beliau mempunyai bakat dan resipi yang betul untuk membuat bahulu yang sedap. Keluarga saya pula berhenti setakat itu sahaja.

Saya gemar bermain di hadapan laman rumah Cik Tom. Setiap waktu itu juga Cik Tom akan menyajikan kuih bahulu yang baru siap dibakarnya. Saya menjadi saksi improvement terhadap ruang dapur Cik Tom. Bermula dari satu ketuhar kecil sehingga beberapa ketuhar sehingga ketuhar skala industri. Rezeki Cik Tom masuk mencurah- curah hari demi hari.

Tetapi ini bukan cerita utama. Ceritanya Cik Tom hanya akan menjamu saya kuih bahulu setelah suaminya keluar untuk penghantaran bahulu ke kedai-kedai. Pak Teh (suami) agak lokek tentang perkara ini.

Sekiranya ibu meminta saya membeli kuih bahulu, kebiasaannya saya akan mengintai samada kereta Pak Teh ada di hadapan rumah atau tidak. 

Kini semua hanya tinggal kenangan.
Kelurga saya tidak lagi tinggal di situ.
Kali terakhir saya bersua dengan Cik Tom adalah semasa majlis perkahwinan hampir 10 tahun lalu.

Terima kasih Cik Tom untuk bahulu yang pernah disajikan satu masa dahulu.


Friday, February 19, 2021

Thursday, February 18, 2021

Mata

yang jelas di mata tak tentu benar.
inikan pula yang tersembunyi.

Wednesday, February 17, 2021

Riba

Bunyi mudah namun ianya dosa besar.

Cuba semak.

Perlindungan diri masih insurans atau sudah berstatus Takaful.

Simpanan KWSP sudah bertukar ke status syariah.

Kad kredit dalam dompet. Syariah atau konvensional?

Pinjaman institusi kewangan?


Nampak kecil.

Jom kita cuba comply sebaiknya.

Tuesday, February 16, 2021

Taman Jaya 2

Someone lost her live.

Cause has yet to be determined.

What a sad day.


Monday, February 15, 2021

Daun baru

Akhirnya daun lama tergugur.
Diganti dengan daun baru.

Tiap kali ada perubahan.
Akar dan batang mula berkata-kata.
Ada yang baik.
Ada yang sinis.

Biar apa pun harapan kepada ekosistem.
Sebenarnya mereka hanya melihat apa kebaikan kepada diri sendiri sahaja.
Batang hanya mahu serat kukuh supaya tidak tumbang.
Akar hanya baja dan air yang mencukupi.
Jarang sekali mereka berfikir tentang purata pengeluaran oksigen harian.

Sunday, February 14, 2021

Gong Xi Ang Pow

Antara kebaikan SSPN

  • Pelepasan Cukai. Pada permulaan diperkenalkan ianya berjumlah RM 3,000 bagi tahun taksiran. Selepas itu naik ke RM 6,000 dan sekarang RM 8,000.
  • Dividen munasabah. (sekitar 4%)
  • Geran sepadan bagi pendeposit yang layak.
  • Cabutan atau kempen bagi pendeposit. Selalunya kempen ini dibuat semasa Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, bulan kemerdekaan dan hujung tahun. Nasihat saya, simpanlah dalam SSPN semasa tempoh ini kerana jika murah rezeki mungkin dapat hadiah wang tunai tambahan.



Saturday, February 13, 2021

Bad Dream

I had a bad dream.

The dream ended with chaos and blood,

Friday, February 12, 2021

Restoran Rasmeena

Underrated mamak's restaurant located in Bangsar.
Decent taste and reasonable price.

 

Thursday, February 11, 2021

Getting Old

Saya gemar mendengar lagu dari stesen radio LiteFM.
Saya mula mendengar stesen ini sejak dari umur 16 tahun.
Disaat itu rakan rakan sebaya lebih gemar mendengar ERA, Hot, Hitz dan Mix.

Namun kini, saya lebih gemar mendengar KlasikNasional.
Bukan lagu yang dicari tetapi irama muzik yang seakan memberi ketenangan jiwa.
Saat mendengar lagu sayup saya dapat membayang datuk yang bersila atas pangkin dengan cerut di mulut.

Benarlah. saya sudah tua.
Fizikal sudah tua.
Jiwa juga menjadi tua.
Semoga pahala pula telah beranak pinak.

Wednesday, February 10, 2021

Sang Penguasa

Wahai penguasa
Jangan hanya kamu berkata-kata
Tarik la nafasmu sedalamnya
Duduk sebentar

Lihatlah sekelilingmu.
Kamu hidup di mana sebenarnya?
Jeriji emas mungkin
Dengan makanan berhiaskan emas.

Dunia ini besar.
Bukan setakat dikalangan elitis kamu sahaja.
Penasihat kamu hanya berkata apa yang enak di halwa telinga kamu.
Bangunlah.

Lihat apa kerosakan yang berlaku.
Berapa ramai merangkak cuba meneruskan hidup.
Ini bukan jenaka lagi.

Kamu tidak punya masa?
Kamu tidak sempat melihat kata-kata nista terhadap kamu di alam maya?
Tetapi kamu sempat mengembara ke seberang?

Dengarlah.
Rakyat pun tidak mengharap kamu jadi tuhan.
Mereka pun tidak meminta kamu melonggokkan emas.
Mereka hanya mahu kejujuran dan ketelusan.

Cukuplah.
Dengan peraturan 2 alam.
Jangan disakitkan hati rakyat jelata.
Mereka penat membanting tulang.
Kena fikir pula apa lagi kebodohan yang akan terus dibuat oleh kamu.

Kasihanlah.
Kepada sang pekerja.
Penat mereka perlu mencari alasan untuk menegakkan benang basah.
Untuk mu sang penguasa.

Sedarlah.
Sedarlah.
Cukup cukuplah.

Tuesday, February 9, 2021

Lakonan

Ramai manusia hanya berlakon.
Berlakon pandai.
Berlakon bodoh.

Akhirnya mereka pun tak kenal diri.
Kerana mereka hanyut dalam pentas.

Yang acah pandai.
Petah berkata kata.
Mengkritik orang.
Maka mereka nampak sangat berkarisma.

Yang berlakon bodoh.
Bagai diserang amnesia.
Sepatah ayat pun belum tentu diambil tahu.
Akhirnya orang lain perlu menggalas tugas

Monday, February 8, 2021

U Turn

As expected, they made the u turn.

As much I want our leader to be smart and competent.

I strongly believe the very basic quality of a leader is the one with bold and firm decision.


We cannot have Plan A in the morning but overturned it to be Plan B,C,D afterwards.

A leader must believe in his decision.

 

Sunday, February 7, 2021

Hilang

Tapi aku sakit bila ramai keji
Sakit aku bukan sakit dihati
Jadi sakit aku pendam sendiri
Rasa sakit ini tak akan berhenti

Mengerti
Kuterpaksa hadap walau penat lari
Ku terpaksa jatuh bila penat diri
Ku terpaksa hilang walau ramai cari

Saturday, February 6, 2021

Lari

Aku lupa ingatan
Jadi tolong ingatkan
Saat luar kawalan
Jadi tolonglah pesan
Tolonglah aku kawan
Aku ni manusia
Ku buat kesilapan
Ku manusia biasa



Friday, February 5, 2021

Solat Jumaat

Setelah berbulan.
Masjid di Kuala Lumpur dibuka semula.
Selangor masih ditutup.

Alhamdullilah.

Side Income

Zaman kini ramai orang yang mempunyai pendapatan tambahan.
Samada untuk menampung keperluan hidup yang tinggi.
Atau sebagai persediaan ke arah "financial freedom"

Antara pendapatan tambahan yang selalu dibuat adalah ejen insurans, ejen unit amanah dan mungkin juga ejen emas.
Ada juga yang menjana pendapatan yang lumayan dari pelaburan hartanah samada melalui jualan atau sewaan.

Berusahalah selagi ada kudrat.
Selagi tidak bertentangan dengan agama dan undang-undang.

Namun mungkin ada perkara yang kita semua terlepas pandang.
Kita sering menganggap pendapatan ini sebagai sampingan dek status kita sebagai pekerja yang menerima gaji dari sesuatu syarikat/organisasi.
Akibatnya apabila membuat pengisytiharan pendapatan kepada Lembaga Kutip Wang.
Kita hanya mengisi pendapatan bergaji sahaja.

Jangan terkejut sekiranya Lembaga Kutip Wang tiba-tiba muncul dengan meminta bayaran tambahan kerana pendapatan sampingan kita.
Sekiranya telah dikesan oleh Lembaga Kutip Wang, maka cuba berbincang dengan berhemah berkaitan jadual pembayaran yang sewajarnya.

Thursday, February 4, 2021

Taman Jaya




Kalau kau rasa tak dihargai
Tutuplah mata peganglah hati
Kalau kau rasa diri kau sunyi
Jangan bersedih aku disini

Wednesday, February 3, 2021

PKP

Dilanjutkan lagi tanpa sebarang strategi dan pelan yang jelas.

Tuesday, February 2, 2021

Growing Up

Part of growing is to watch your beloved kids are getting bigger and taller.

Another chapter is looking at your parents going through their day to day chores with extra hardship.

Additionally, it also means having more and more white hairs replacing your black.


Growing up is not an achievement but a long journey.

Now you understand the real reason behind mom's nagging years ago.

You started to relate why dad didn't talk much whenever he came home.


Life would be hard if we live it with regret.

Things happen for reasons.

Best is to view every mistakes as lesson.

Monday, February 1, 2021

Hari Wilayah

1 Februari merupakan Hari Wilayah Persekutuan.
Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya.
Mengimbau memori hampir 16 tahun yang lalu.

2005

Seusai solat maghrib di surau, seorang rakan datang ke arah saya. Tarikh itu merupakan 31 Jan 2005.
Beliau memberitahu yang PK HEM ingin bertemu dengan saya di luar surau.

Saya dimaklumkan oleh PK HEM yang sekolah kami dijemput untuk menyertai perbarisan Hari Wilayah yang akan diadakan di Dataran Merdeka. Jumlah peserta yang diperlukan adalah seramai 60 orang. Saya masih boleh ingat yang saya berdebar apabila mendengar perkataan 'ESOK' dan 'PERBARISAN'. Mana mungkin dapat saya dan rakan sempat berlatih untuk perbarisan esok dalam tempoh yang singkat. 

PK HEM hanya tersenyum melihat saya cemas dan beliau hanya ketawa apabila saya memohon kebenaran untuk membuat latihan kawad sehingga lewat malam.

"Bertenang Ahmad. Ini perbarisan biasa bukannya kawad. Beratur di Dataran Merdeka sahaja dengan peserta lain. Jangan risau," ujar PK HEM sambil menepuk bahu saya.

"Make sure cari pelajar yang luar dari KL Selangor. Beri mereka peluang untuk lihat Dataran Merdeka. Esok minta semua orang berkumpul di hadapan dewan sekolah selepas subuh ya," sambung PK HEM sambil menghidupkan motorsikalnya.

Benar kata PK HEM. Esoknya tiada kawad cuma perbarisan biasa sahaja. Kami tidak bergerak pun sebenarnya. Hanya berbaris mengikut agensi dan menunggu Tan Sri Isa Samad (Menteri Wilayah) bergerak ke arah kami dan bersalaman. Acara selesai dalam masa sejam dan perbarisan kami bersurai tanpa perlu berjemur di bawah terik matahari.

Sementara menunggu ketibaan bas sekolah, kami berjalan-jalan di sekitar Dataran Merdeka. Rata-rata rakan yang turut serta merupakan dari Tingkatan 4 dan berasal dari Pantai Timur. Mereka baru sahaja mendaftar di sekolah kurang dari sebulan yang lalu. Mungkin tidak semua tetapi kebanyakannya menjejak kaki buat kali pertama di Dataran Merdeka. 

Saya masih lagi teringat saat pertama menjejak kaki di Dataran Merdeka. Peristiwa tersebut berlaku pada tahun 2004 iaitu semasa partandingan King of The Road Adidas. Ianya merupakan hari pertama saya melihat Bangunan Sultan Abdul Samad dengan mata kasar sendiri.

Perkara yang kecil bagi kita mungkin besar ertinya kepada orang lain. 
Begitu juga sebaliknya.
Raikanlah pendapat.
Enjoy every little moment.

Dataran Merdeka. 6 September 2020.