Pages

Sunday, December 25, 2022

Final

This is the final blood donation for 2022.
The good news is Midvalley has allocated a new and bigger space for the donation suite.

The space could accomodate up to 6 people at a time..

See you in the next 3 months

Monday, November 28, 2022

Metro Prima

My first house in Malaysia.
I live here with two friends.

The rental rate back in 2011 was RM 600. 
The picture was taken during the New Year Eve.

Apparently, I do not have many photos when living here.

Sunday, November 27, 2022

Drawer

May Allah ease their hardship.
O Allah please cure them.

Friday, November 25, 2022

Tenacity

Perjuangan yang panjang melebihi 20 tahun.
Dari no.5 akhirnya ke no.10

Semoga hari yang lebih baik untuk semua.
Jom kita terus bergerak ke hadapan.

Thursday, November 24, 2022

PM tepi

PM tepi upgraded to real PM
Alhamdullilah

Tuesday, November 22, 2022

Headphone

I have been looking for a headphone.

Suddenly she bought one for me.

Thanks so much.


M & A

Episod rundingan masih berlangsung.
Namun ada antara mereka tak sedar dengan akta yang mereka sendiri luluskan.
Rundingan cuba dibuat secara pintu belakang.

Malah semakin angkuh.
Jelaslah warna dan belang masing-masing.
Yang suci seperti tahi.
Yang tahi pula dipuji seperti bidadari.
Ramai cuba merisik si tahi.

Inilah perangai sang penguasa.
Ada kuasa menyusahkan.
Mereka hilang kuasa lagi menyusahkan

Hung Parliment

It has been 3 days since the General Election (GE 15).

Malaysians have decided yet the government could not be formed.

We are still waiting for the Prime Minister to be sworn in.

How important this appointment to the rakyat?

It is HUGE.

Monday, November 21, 2022

Mom

Selamat Hari Lahir kepada insan yang bersusah payah melahirkan saya.
Terima kasih atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan sepanjang nafas dikandung badan.

Melihat kesabaran seorang ibu banyak mengajar saya untuk menjadi seorang ayah yang lebih baik kepada anak-anak.


Sunday, November 20, 2022

iPad Mini

 After a hunting for two weeks. I'm defeated by this fruit.


,


Saturday, November 19, 2022

Undi

Saya memilih undi.
Undi tak sama seperti memilih teman hidup.
Sampai saat perlu juga memilih dengan pilihan yang ada.
Mungkin pilihan yang ada hanya lesser evil.


Bundle

Nasi lemak bundle.
Port nasi lemak di Jitra.
Jika hadir pada waktu petang dan masih ada bungkusan nasi lemak. Ianya adalah makanan baharu bukannya lebihan dari pagi.
Nasi lemak akan di topup dengan kerap dari pagi sampai petang.
Ini merupakan lokasi kegemaran sejam 17 tahun yang lalu.

Harga sebungkus nasi adalah RM 1.20
Pada tahun 2010 jika tidak silap harganya adalah RM 0.70


Friday, November 18, 2022

PRU 15

I'm back at the hometown to fulfill the duty as a Malaysia.
It has been 10 years since I cast my first vote in 2013.

Thursday, November 17, 2022

Grand Orient Hotel

A small hotel with a mini water park.
Kids were happy during the stay.


Tuesday, November 15, 2022

Old drama

Once upon a time, they did not even care about their young ones.

Now they are the oldies and longing for attention from the former.

Emotional pocket is not build up in a mere moment. It takes more than finite time and tireless commitment.

Is it wise for them to play the victim card?
I remember one said that, "My happiness is mine. I don't care about others."

Now the same person blaming every single person for the so called neglection and loneliness.

How funny.

Wish them all the best. More drama will eventually enlarge the emptiness.


Monday, November 14, 2022

Sunday, November 13, 2022

Last Night

I had a dream at last night.
I visited my old school.
My parent was there.

Thursday, November 10, 2022

Suasana

Bendera dan poster ada.

Cuma ianya tidak meriah seperti dahulu.

Mungkin kerana menyokong aspirasi ESG.

Atau sebenarnya tiada dana seperti satu ketika.


Saturday, November 5, 2022

fantasi

Hidup dalam fantasi saat yang lain bahagia dalam realiti.

Mungkin yang zahir itu menyakitkan.
Maka dia hidupkan fantasi sebagai teman.

Harapnya dia tidak terkapai dalam dunia mimpi.

Wednesday, November 2, 2022

Covid 19

Akhirnya tumpas juga.

Kuarantin seminggu.

Semoga sihat.

Tuesday, November 1, 2022

Conference

It's good to be back in a physical conference.

I could see a lot of familiar faces.


Hey you!!!!




Sunday, October 30, 2022

Tablet

I have made my conclusion.
It seems like I would resort to the "fruit" thingy.


Wednesday, October 26, 2022

Optometrist

Mata terbukti rabun.
Kanta yang ditempah mengambil masa selama sebulan untuk disiapkan.

Semoga penglihatan bertambah baik.

Tuesday, October 25, 2022

hurt

Are you hurting someone?
Yes.

Are they comfortable around you?
No.

How do you know?
They don't said it but the gestures said a lot.

Are you pathetic?
Yes.

Are you a joke?
Yes.

Do they mind?
No.

What is your choice?
Be gone.

What do you wish for?
Be gone very soon.

Do you plan to return soon?
Be gone for eternity.

Would they be happy?
Yes.

How do you know?
My absence would only bring more happiness.

Why?
I'm the cause of this despair.

Do you hate yourself?
Yes I do.

Are you tired?
They are tired with me.

Do you blame anyone?
No.

Would you cry?
....

Would you die?
We would..



Tenang

Alangkah indahnya hidup hanya menggunakan sms konvensional.
Waktu kerja pula berakhir setakat 5 petang sahaja.
Tiada mesej bertalu di waktu malam
Alhamdullilah


Monday, October 24, 2022

A journey for growth

Accept the weakness but don't stop improving.

Insya Allah all the hard works will be paid off. Amiin

Sunday, October 23, 2022

Saturday, October 22, 2022

Friday, October 21, 2022

Senyum

Biar pahit

Biar manis

Saat kita berpaling ke belakang. 

Senyumlah.


Jika ia tidak indah.

Ianya adalah pengalaman hidup.

Yang paling penting, kita sudah melangkah ke hadapan.


Jika ia indah.

Ingat lah tidak semua benda itu kekal.

Jadikan ia sebagai semangat untuk terus cipta memori indah.



Sunday, October 16, 2022

ASCARD

Lawatan ke alma mater.
Melalui koridor yang sama ianya menggamit memori.
Tempat mungkin kekal atau berubah.
Tetapi memori itu terasa masih kekal.

Sudah 18 tahun berlalu sejak kaki ini melangkah masuk ke tempat ini.





Monday, October 10, 2022

Bubar

Parlimen bubar pada hari ini.
Maka bermula episod pertarungan politik.

Apa yang menarik.
Tiada lagi tugas bilik gerakan pada tahun ini.

Wednesday, September 28, 2022

SKS Airways

Subang - Redang



Duration            :1 hour

Weather             : Sunny

Flight Capacity : Only 3 empty seats

Experience        : Smooth take off, cruising and landing

Price                   : RM 600 (I bought the ticket at the very last minute)


Redang - Subang


Duration            :1 hour & 30 min

Weather             : Cloudy, light rain

Flight Capacity : Only 4 passengers

Experience        : Rough take off, bumpy cruising and smooth landing

Price                   : RM 99 (I got promo ticket)

Monday, September 26, 2022

Wednesday, September 21, 2022

Nemo

Nemo Chalet, Pulau Perhentian, Terengganu.

Small but beautiful chalet. 
Clean and well upkeep.
The receptionist was friendly.
The only cons would be the absence of in house restaurant. However, a food court at Kampung Nelayan is nearby.







Sunday, September 11, 2022

Jatuh Cinta

Apa perasaan kamu tatkala jatuh cinta lagi?
Sedangkan kamu sudah punya komitmen.
Nak tinggal yang lama dikata tak setia.
Namun hati telah terusik..

Dengan kenaikan OPR dan pendapat sang suri untuk simpan wang bagi tujuan lebih baik.

Maka tempahan Xpander terpaksa dibatalkan.

Thursday, September 8, 2022

OPR 2.5

As expected, Bank Negara has increased the OPR by 25 points.

Wednesday, September 7, 2022

Mask Free

After almost 2.5 years, the government has lifted the mandatory requirement for mask.

It sounds like a good news but hopefully people would not take it forgranted. 

Monday, September 5, 2022

Kerja

Agama untuk kamu tahu yang tiada apa yang kekal dan hari pembalasan itu MANDATORI.

Maruah untuk kamu uphold urusan harian dengan amanah. Bukan sekadar menolak kerja dan membiarkan kebejatan berlaku di hari kelak. 

Kompetensi untuk membezakan kamu dengan orang lain. Kerana kompetensi la kamu berada di tempat itu bukan orang lain. Maka hiduplah dengan hakikat itu dan zahirkannya.



Sunday, September 4, 2022

Laman MBPJ

Dulunya aman.
Menjadi tempat singgah hampir setiap hujung minggu.

Sekarang sudah viral.
Dengan kehadiran foodtruck.

Orang mula ramai.
Kebersihan pun mula terabai.


Saturday, September 3, 2022

Friday, September 2, 2022

Rokiah

Duduk termenung.
Teringat kepada seorang guru bernama Rokiah. 
Dia mengajar English di sekolah rendah.

Dia sangat digeruni kerana kelihatan garang.
Hakikatnya dia memang garang.

Ada seorang murid yang rapat dengan dia.
Murid itu seorang yang gagap.
Berbahasa Melayu pun sangkut.
Apatah lagi nak berbahasa Inggeris.

Tetapi Cikgu Rokiah tidak berputus asa.
Dia yakin anak muridnya akan berjaya.

Satu hari Cikgu Rokiah minta anak murid itu untuk public speaking di perhimpunan.
Anak murid itu merayu kerana ketakutan.
Si gagap mana mungkin boleh bertutur di hadapan khalayak.

Cikgu Rokiah tahu murid itu gagap.
Dia meminta murid itu berlatih di hadapannya selama beberapa hari.

Awalnya nampak kelam tetapi gagap makin terkawal.
Akhirnya murid dapat bertutur English di perhimpunan dengan lancar.

Sejak dari itu, si gagap lebih berkeyakinan untuk bertutur di hadapan orang ramai.

terima kasih cikgu rokiah

Thursday, September 1, 2022

Struggle

"You look great.
You have bright future ahead.
You are more than capable."

"He looks fine.
He will be okay.
It won't burden him"



In the end of the day.
No one knows you better than yourself.
It really vital to have regular self care.


Wednesday, August 31, 2022

Golden Sands Resort

Mudah untuk mencari makanan di sini.
Ada gerai nasi berlauk yang murah dan sedap hadapan hotel.

Nasi Campur Ibu Mertua

Monday, August 29, 2022

Mengejar Bintang

Sukar melihat bintang di langit malam.
Sekiranya ada pencemaran cahaya lain atau cuaca mendung.

Biarlah ada berjuta bintang di galaksi yang nun jauh di sana.
Masih sukar untuk kelihatan dengan cahaya depan mata.

Langit malam yang gelap dan tenang juga yang terbaik bagi merenung bintang.
Bintik-bintik kecil bercahaya nampak indah dan tersusun.

Adakalanya kita perlukan malam yang gelita untuk menghayati keindahan langit.
Adakalanya kita juga diuji untuk terus melihat hikmah hidup.

Terlalu fokus yang kecil tetapi besar di depan mata.
Sehingga kita terlupa yang besar tapi perlu dikejar supaya ia besar di mata kelak.


Sunday, August 28, 2022

Funtasia.

Pulang ke kampung.
Si kecil merayu untuk singgah di taman air.

Si besar terpaksa akur.
Si besar rasa tidak seronok kerana tidak berbaloi.
Si besar merenung wajah si kecil.

Si kecil hanya ketawa, melompat dan sebarang masalah.
Si besar kembali senyum.
Benarlah kebahagiaan si kecil lebih besar ertinya kepada si besar.


Sunday, August 21, 2022

Gasing

Sendirian.

Mendaki Bukit Gasing.

Lelah walau hanya separuh jalan.

Badan sudah lemah.




Saturday, August 20, 2022

School Trip

So today they went for a school trip.
The eldest is the happiest as she woke up the earliest.

Kids are so pure and innocent.
I had not joined any trip since my kids time.
Mostly because I realized that my parent could not afford to pay it.

I would hide the invitation letter for school trip. I guess that how I cope with it.

Luckily, I had a good friend that would always stay by my side. His name is Sayuti.

Sometimes I felt bad as Sayuti truly can afford it.



Thursday, August 18, 2022

Lelaki

Susuk tubuh itu yang wajib gagah.
Walau pada hakikatnya dia pun tak berdaya.
Dunia mahu mereka terus bekerja.

Lelaki itu tiada siapa yang kesah.
Biarlah dia terluka.
Kerana dia perlu kuat untuk pulih.

Eh lelaki jangan kau mengeluh.
Dunia adalah tempat kau bekerja.
Dosa orang disekeliling pun tanggungjawab kau.

Kerehatan seorang lelaki itu mungkin hanya di dunia abadi.
Di dunia jangan pula berhenti.
Kelak akan menyusahkan keluarga sendiri.



Tuesday, August 16, 2022

Azizi

Mendapat perkhabaran berita kematian.
Perginya seorang kenalan.
Tidak begitu rapat namun ingatan tentangnya masih segar.
Seperti baru bertemu semalam.

Pagi ini berkesempatan untuk menziarahi beliau buat kali terakhir..

Semoga pemergiannya diredhai Allah.
Ya Allah Ampunkanlah dosanya.

Monday, August 15, 2022

24th

Kali ke 24.
Mungkin kedengaran janggal.
Tapi perasaan nikmat tatkala melihat darah mengalir keluar dari badan.

Namun masih takut jarum sehingga ke hari ini.
Sentiasa memalingkan kepala saat jarum dimasukkan ke urat lengan.

Semoga terus istiqamah membantu insan yang lebih memerlukan.

Sunday, August 14, 2022

KLCC Park

Tempat yang menarik untuk bersantai bersama anak-anak.
Percuma namun parking perlu dibayar.


Saturday, August 13, 2022

Burger

Era inflasi.
Adakah makanan murah masih ada?

Masa sekolah rendah dahulu.
Burger RM 1 sudah dianggap mewah.
Kalau lalu di hadapan gerai burger semasa pasar pagi. Jika emak bertanya samada lapar nak makan burger. Saya hanya akan menggeleng kepala kerana risau harga burger terlalu mahal. Lebih baik menahan lapar.

setelah hampir 2 dekad, rata-rata harga burger daging biasa adalah sekitar RM 3.50-4.00.

Terasa luar biasa apabila berjumpa kedai yang masih menjual pada harga RM 2. Semoga penjual terus dimurahkan rezeki.

Thursday, August 11, 2022

Friday, August 5, 2022

Mata Pelik

"Kenapa mata you pelik?
Tengok la elok-elok."

Tak mengapa. Mereka mungkin tak tahu.

Saturday, July 30, 2022

Awan

Saya takut dengan awan di saat meluncur di langit dalam tiub silinder.

Akibatnya perjalanan 55 min terasa seperti 4 jam.

Sebaik kaki menjejak bumi badan terasa penat. 
Keletihan mental kerana risau berlebihan

Wednesday, July 27, 2022

Petronas

Stesen Petronas memang ke hadapan berbanding jenama lain.

Terminal pam yang cantik. Siap dengan tv kecil untuk iklan dan video. Pam pula ringan. 

Jika menggunakan kad. Prosesnya amat laju. Tambahan pula bila guna paywave. Benar-benar pengalaman "contactless"

Monday, July 25, 2022

Inflasi

Akhirnya gerai ini juga mengikut arus.
Harga RM 1.00 yang cuba dikekalkan sekian lama tidak bertahan.

Sekali naik sampai RM 0.30.
Semoga urusan kita semua dipermudahkan.

Sunday, July 24, 2022

Basuh

Semahal mana pun kereta.
Ianya masih perlu dicuci dengan berkala.

Bila agak kali terakhir kita bermuhasabah?
Iman tidak sentiasa tebal..

Saturday, July 23, 2022

Chicken Pox

Virus dah mula merebak dari anak ketiga ke anak kedua.
Doktor minta kuarantin selama 14 hari.

Bila diingat semula. Saya sendiri tidak pernah diserang demam campak sejak kecil.

Friday, July 22, 2022

Penat

Kau duduk dalam kenderaan dengan landasan dengan harapan untuk berehat.

Kau tak perlu khuatir jua tentang navigasi.
Risiko kemalangan juga rendah.

Maka kau berehatlah.
Tetapi tidak.

Kau masih rasa penat.
Penat dengan dunia




Thursday, July 21, 2022

Elevator

Mesin adalah jentera yang memudahkan kerja manusia.
Sukar untuk manusia mencipta bangunan pencakar langit tanpa jentera pengangkat ini.

Ia tidak mustahil tetapi sukar dan perit.
Bayangkan terpaksa menapak anak tangga menggunakan kudrat.

Begitu juga kehidupan.
Ada insan yang boleh naik ke atas dengan selesa dengan satu picitan butang sahaja.
Ada pula yang menahan kesakitan untuk terus melangkah ke depan.

Saat tiba di puncak mungkin orang lain sudah pun terbang jauh.







Sunday, July 17, 2022

Teh O Ais.

Selalunya saya akan minum air kosong sekiranya makan di restoran/ gerai.

Namun adakala saya akan memesan air teh o ais tatkala penjual air persis bertanya air manis. Lebih kepada nak membantu.

Saya lebih gemar air milo ais namun harganya terlalu mahal. Jadinya teh o ais lebih menjadi pilihan.

Tetapi itu pun pada waktu lalu. Tahun 2022, teh o ais sudah berharga RM 2. 

Pada satu waktu dulu harganya cuma 80sen.

Maka tekadnya saya akan sentiasa bawa air masak selepas ini. Mungkin orang lain boleh bantu penjual air. ..



Friday, July 15, 2022

Pisang

Sudah menjadi norm di masjid ini untuk seseorang hamba Allah menyediakan pisang sebagai sedekah.
Datang ke masjid untuk beribadah demi tuntutan agama.
Baliknya pula dengan membuang kulit pisang merata-rata.


Hari Sukan

They are so excited for tomorrow's Hari Sukan.


Thursday, July 14, 2022

Dimsum

Whenever people asked me what is my favorite food, I would quickly answer my mom's nasi lemak.

The second one would be dimsum (halal). I started to fell in love with its taste in 2020.

Back to the nasi lemak. Mom can't no longer cook nasi lemak as it used to be. I tried so many times but I still cannot beat the taste.