Pages

Wednesday, August 31, 2022

Golden Sands Resort

Mudah untuk mencari makanan di sini.
Ada gerai nasi berlauk yang murah dan sedap hadapan hotel.

Nasi Campur Ibu Mertua

Monday, August 29, 2022

Mengejar Bintang

Sukar melihat bintang di langit malam.
Sekiranya ada pencemaran cahaya lain atau cuaca mendung.

Biarlah ada berjuta bintang di galaksi yang nun jauh di sana.
Masih sukar untuk kelihatan dengan cahaya depan mata.

Langit malam yang gelap dan tenang juga yang terbaik bagi merenung bintang.
Bintik-bintik kecil bercahaya nampak indah dan tersusun.

Adakalanya kita perlukan malam yang gelita untuk menghayati keindahan langit.
Adakalanya kita juga diuji untuk terus melihat hikmah hidup.

Terlalu fokus yang kecil tetapi besar di depan mata.
Sehingga kita terlupa yang besar tapi perlu dikejar supaya ia besar di mata kelak.


Sunday, August 28, 2022

Funtasia.

Pulang ke kampung.
Si kecil merayu untuk singgah di taman air.

Si besar terpaksa akur.
Si besar rasa tidak seronok kerana tidak berbaloi.
Si besar merenung wajah si kecil.

Si kecil hanya ketawa, melompat dan sebarang masalah.
Si besar kembali senyum.
Benarlah kebahagiaan si kecil lebih besar ertinya kepada si besar.


Sunday, August 21, 2022

Gasing

Sendirian.

Mendaki Bukit Gasing.

Lelah walau hanya separuh jalan.

Badan sudah lemah.




Saturday, August 20, 2022

School Trip

So today they went for a school trip.
The eldest is the happiest as she woke up the earliest.

Kids are so pure and innocent.
I had not joined any trip since my kids time.
Mostly because I realized that my parent could not afford to pay it.

I would hide the invitation letter for school trip. I guess that how I cope with it.

Luckily, I had a good friend that would always stay by my side. His name is Sayuti.

Sometimes I felt bad as Sayuti truly can afford it.



Thursday, August 18, 2022

Lelaki

Susuk tubuh itu yang wajib gagah.
Walau pada hakikatnya dia pun tak berdaya.
Dunia mahu mereka terus bekerja.

Lelaki itu tiada siapa yang kesah.
Biarlah dia terluka.
Kerana dia perlu kuat untuk pulih.

Eh lelaki jangan kau mengeluh.
Dunia adalah tempat kau bekerja.
Dosa orang disekeliling pun tanggungjawab kau.

Kerehatan seorang lelaki itu mungkin hanya di dunia abadi.
Di dunia jangan pula berhenti.
Kelak akan menyusahkan keluarga sendiri.



Tuesday, August 16, 2022

Azizi

Mendapat perkhabaran berita kematian.
Perginya seorang kenalan.
Tidak begitu rapat namun ingatan tentangnya masih segar.
Seperti baru bertemu semalam.

Pagi ini berkesempatan untuk menziarahi beliau buat kali terakhir..

Semoga pemergiannya diredhai Allah.
Ya Allah Ampunkanlah dosanya.

Monday, August 15, 2022

24th

Kali ke 24.
Mungkin kedengaran janggal.
Tapi perasaan nikmat tatkala melihat darah mengalir keluar dari badan.

Namun masih takut jarum sehingga ke hari ini.
Sentiasa memalingkan kepala saat jarum dimasukkan ke urat lengan.

Semoga terus istiqamah membantu insan yang lebih memerlukan.

Sunday, August 14, 2022

KLCC Park

Tempat yang menarik untuk bersantai bersama anak-anak.
Percuma namun parking perlu dibayar.


Saturday, August 13, 2022

Burger

Era inflasi.
Adakah makanan murah masih ada?

Masa sekolah rendah dahulu.
Burger RM 1 sudah dianggap mewah.
Kalau lalu di hadapan gerai burger semasa pasar pagi. Jika emak bertanya samada lapar nak makan burger. Saya hanya akan menggeleng kepala kerana risau harga burger terlalu mahal. Lebih baik menahan lapar.

setelah hampir 2 dekad, rata-rata harga burger daging biasa adalah sekitar RM 3.50-4.00.

Terasa luar biasa apabila berjumpa kedai yang masih menjual pada harga RM 2. Semoga penjual terus dimurahkan rezeki.

Thursday, August 11, 2022

Friday, August 5, 2022

Mata Pelik

"Kenapa mata you pelik?
Tengok la elok-elok."

Tak mengapa. Mereka mungkin tak tahu.