Pages

Tuesday, August 27, 2019

Pengumuman

Kurang bersetuju dengan kaedah pengumuman menggunakan PA sistem di bangunan pejabat.

Boleh diterima jika urusan kecemasan seperti kehilangan anak atau kebakaran.

Selain daripada itu sepatutnya menggunakan papan notis.


Monday, August 26, 2019

Mereka

"Biar betul ke Encik guna motor ni?" soal seorang pekerja kepada Ahmad sambil ketawa kecil.

Biarlah mereka. Yang penting Ahmad dapat pulang awal ke rumah berjumpa Fatin dan anak-anak.

Malu? Entah. Untuk apa kita malu tidak bertempat.

Harapannya semoga perjalanan pergi dan pulang dalam keadaan selamat sahaja.




Sunday, August 25, 2019

Ikhlas Hati

Dalam sehari sebenarnya banyak aktiviti kita.
Dari berjaga, bekerja sehingga pulang di rumah.

Dalam sehari itu juga kita solat sekurang-kurangnya 5 kali.
Memohon ampun dan redhaNya.

Mohon la ampun walaupun belum ada rasa kesal.
Berdoa la walau belum terima hajat di hati.

Kerana kita masih manusia.
Mungkin bukan lagi waktu bertanya mengapa.
Tetapi bagaimana dan bila.

Sebelum pejamkan mata.
Ambil masa untuk muhasabah diri.

Maafkan mereka yang menyakiti kita.
Maafkan mereka.


Friday, August 23, 2019

Tanda

Kucing kencing di pokok untuk sebagai tanda.
Kelak dia tidak sesat.
Kelak tiada kucing lain berani datang.

Bayangkan juga jika kita diminta untuk mencari sebutir gula dalam seguni beras.
Atau sebutir beras merah dalam seguni beras.
Ia tidak mudah.

Bayangkan juga saat kita shopping complex yang besar.
Masuk tanpa langsung cuba mengingati lokasi tempak letak kereta.
Dengan harapan apabila pulang nanti ada masa untuk cari dengan mudah.

Begitulah hidup.
Dunia boleh jadi luas.
Saat kita berjalan.
Kita mungkin sesat.

Maka perlunya tanda.
Tanda untuk kita pulang.
Saat diri mula sesat bagai buih di laut.


Thursday, August 22, 2019

Relatif masa

Seperti yang dikata

Masa adalah perkara yang amat relatif.

Ia bergantung pada sudut pandang individu.


Wednesday, August 21, 2019

Relatif

Jarak itu sama.
Masa pun sepatutnya sama.

Tetapi tempoh adalah relatif kepada sesuatu seperti mana juga kelajuan.

Jarak dari Kuala Lumpur ke Alor Star sentiasa sama. Mungkin setakat hari ini.

Masa yang berlalu setiap saat samada di alor star atau Kuala Lumpur juga masih malar.

Tetapi jika dengan kapal terbang maka kelajuan berbanding daratan ternyata berbeza dengan sebuah kereta.




Tuesday, August 20, 2019

Apam Telur

Masih teringat kuih kegemaran semasa umur 8 tahun.

Pada waktu itu baru sahaja berpindah ke tempat baru. Di hadapan tempat kediaman akan ada seorang makcik yang menjual nasi lemak dan kuih muih.

Harga pada waktu itu adalah RM0.10
Terasa mahal pada waktu itu. Nilai wang juga relatif dengan peredaran masa.

Emak memang akan masak sarapan setiap pagi kerana adik beradik ramai. Mana mungkin mahu membeli. Tetapi suatu hari ketika pulang menemani emak dari kedai runcit disinggahnya pula di gerai makcik itu.

"Teringin nak makan apam telur tak?" soal mak.

Soalan dibalas dengan sengih panjang.

Itulah kali pertama memakan apam telur. Jatuh cinta pada rasanya.

Setiap hari teringin nak beli dan makan tetapi risau mak akan marah. Simpanan duit saku ada dalam tabung tetapi masih lagi tidak kesampaian. Seperti ada satu struggle dalaman untuk meminta dan tidak berani pula untuk memandai kerana sebab yang tidak diketahui.

Akhirnya, berpindah ke tempat lain.

Dan apam telur pertama akhirnya menjadi yang terakhir.

Apabila sudah menganjak dewasa cuba mencari apam yang punya rasa sama tetapi kecewa.

Masih mencari jika terus diberi rezeki.


Monday, August 19, 2019

AOR

Tatkala pesawat melalui ruang udara Alor Setar. Kelihatan limpahan lampu yang jelas dari daratan.

Tempat ini nampaknya lebih maju dari dahulu. Mungkin selama ini tidak melihat dari udara.

Kebanyakan masa jika di sini hanya di atas Bumi.

Itulah. Terkadang kita perlu ubah cara pandang kita.

Berbeza samada atas bawah.

Berbeza apabila memimpin dan dipimpin.

Ada peluang dan upaya. Cuba ubah persepsi kita dan lebih merasai sesuatu dari sudut yang satu lagi.



Tuesday, August 13, 2019

Fajr

Serupa tetapi tidak sama.
Permulaan kitaran alam baharu.

Bersyukur dengan peluang yang diberi.
Untuk terus berjuang dalam realiti.


Monday, August 12, 2019

Senja

Senja nan merah.
Siapa suka senja?
Aku suka warna merah seakan pudar.
Saat senja memunculkan diri.

Selang beberapa minit.
Sang hitam datang berganti.
Benar yang mentari masih ada.
Selagi belum tiba kiamat.

Allah ciptakan senja dengan jelas.
Diseru pula dengan laungan azan Maghrib.
Agar hambaNya sedar malam menanti.
Satu kisah putaran alam yang normal.

Burung-burung berkicauan.
Mencari jalan pulang.
Mereka mungkin tidak berakal.
Tapi mereka tahu peraturan alam.

Di dimensi yang lain.
Sang insan yang berakal.
Ada yang terkejar kerana senja.
Yang lain pula terus alpa.

Sungguh Dia mencipta sesuatu dengan bijksana.
Takkan senja yang indah hanya hiasan.
Untuk manusia berfikir.
Dan beriman dengan kekuasaanNya.

Ia ibarat pemisah antara realiti dan dan harapan.
Atau mungkin alam hidup dan mati.
Ada yang tersenyum menanti malam.
Ada yang berharap siang lebih panjang.

Namun mereka lupa ia bukan fajar.
Ia terlalu singkat bila tiba waktunya.
Maka saat itu hanya untuk yang terpilih mengenang.
Sebuah realiti yang hidup atau kosong.

Sunday, August 11, 2019

Korban

11 Ogos 2019. Petaling Jaya


Salam Aidiladha.

Apakah pengorbanan bagi diri kamu?

Saturday, August 10, 2019

How are you today?

Hello fighters,

You are strong. So be stronger.

You are not alone. Let's talk.





Friday, August 9, 2019

Kepura puraan

Berapa ramai yang sebenarnya hidup di luar realiti?

Kerana dunia maya tak sama dengan realiti.

Bukti bahagia dengan gambar manis di Facebook.

Sah penyayang dengan berkongsi artikel tentang perikemanusiaan.

Untuk siapa dan apa kamu jadi begitu?

Thursday, August 8, 2019

Jangan putus asa

"Alia. Berapa 5 tambah 5?" soal Ahmad kepada anak sulungnya.

Ahmad cuba mengalih perhatian Alia yang asyik terlompat atas katil sehingga menggangu Iris membuat kerja sekolah.

Mendengar soalan tersebut, Alia terus terduduk dan menjawab 10 sambil mengira dengan jari.

"Macam mana Alia kira tu. Berapa 5 tambah 5?" soal Ahmad sekali lagi ingin kepastian.

Alia pun menunjukkan cara pengiraan menggunakan jari tangan kepada Ahmad. Teknik yang sama diajar oleh Ahmad sejak dari 5 bulan lalu. Cuma Alia tidak pernah menunjukkan minat saat Ahmad mengajarnya. Alia asyik merungut stress dan matematik itu susah.

"Ya Allah. Rupanya Alia faham selama ini," bisik hati Ahmad.

Benarlah. Kita jangan mudah putus asa dengan anak. Mereka adalah benih yang perlu disuburkan oleh kita.


Wednesday, August 7, 2019

11 tahun

Rupanya sudah lebih 11 tahun sejak kali pertama blog ini diwujudkan.

Nama yang diberi ialah Pena Retak kerana saya gemar bermonolog sebenarnya dan merasakan penulisan saya tidak sehebat mana. Maka sesuai la dipanggil sesuatu yang retak tetapi masih berusaha untuk berkata.

Selepas hampir seabad, ternyata dunia blog banyak mengalami perubahan. Facebook benar benar ubah landskap manusia berinteraksi di Internet. Friendster pula telah menjadi sejarah.

Wordpress juga telah berubah sangat menarik. Terlintas untuk berpindah tetapi blog ini ada nilai sentimental terhadap penaretak yang menulis.

Pernah satu ketika dahulu blog ini menggunakan ragooze.com namun akhirnya kembali semula ke ragooze.blogspot.com

Pernah juga hampir kehilangan blog ini kerana domain tidak dibayar namun syukur ia masih ada untuk tatapan diri.

Biarlah blog ini kekal sebagai tapak nukilan bagi insan yang marhaen ini. Bukan untuk sesiapa tetapi untuk diri sendiri. Supaya diri yang akan datang boleh melihat semula perjalanan hidup.

Tahun 2012 dan 2016 sepi tanpa sebarang penulisan. Rasanya 2012 adalah kemuncak facebook dan WhatsApp.

Cuba untuk menulis tetapi ternyata tiada upaya. Sibuk dengan hal dunia yang lain.

Cuba melawat bloglist yang ada. Tiada lagi rakan rakan yang aktif menulis di blog. Sunyi sepi.

Kalau ada pun cuma promosi produk.

Saya percaya tiada lagi orang yang membaca Pena Retak. Tidak mengapa.

Semoga momentum ini sentiasa tinggi.

Dari seorang insan yang bukan penulis.

Akmal

Tuesday, August 6, 2019

Biar sedikit

Bilangan penulisan tahun 2019 melebihi tahun 2010 yang merupakan tertinggi sebelum ini.

Menulislah biar sedikit.

Kerana tulisan itu hidup sampai bila bila.

Saat kamu sudah tiada upaya untuk berbicara maka biarlah tulisan itu berkata kata.


Monday, August 5, 2019

Pernah - Azmi

Current Playlist.


Ada apa kau bertemu dia
Mungkinkah kau ingin bagi cintamu?
Jika memang kau bagi cintamu
Masih pantaskah kujaga hatiku?
Ingatkah semua kata yang kau ucap dulu?
Kau berjanji untuk setia
Kini kutanya ke mana janji itu kau buang?
Pernah sakit tapi tak pernah sesakit ini
Karena pernah cinta tapi tak pernah sedalam ini
Aku ingin semua cintamu hanya untukku
Memang 'ku tak rela kau bagi untuk hati yang lain
Jika memang kau bagi cintamu
Ke mana janji itu kau buang?
Ho-oo-ooo ...
Kau buat 'ku menangis tanpa air mata
Sampai kuteriak pun sudah tak ada suara
Ho-oo-ooo ...
Pernah sakit tapi tak pernah sesakit ini
Karena pernah cinta tapi tak pernah sedalam ini
Aku ingin semua cintamu hanya untukku
Memang 'ku tak rela kau bagi untuk hati yang lain
(Pernah sakit, pernah cinta)
Aku tak rela kau bagi untuk hati yang lain

Sunday, August 4, 2019

Manoj

Rimman@hotmail.com

Ahmad masih lagi ingat alamat emel yang diberi oleh lelaki India pada tahun 1999.

Lelaki tersebut bernama Manoj merupakan rakyat negara India yang kebetulan melawat rakannya di Malaysia. Rakannya yang bernama Sabrina itu pula merupakan sahabat baik kepada kakak Ahmad.

Manoj berada di rumah keluarga Ahmad kerana kakak sulung Ahmad akan melangsungkan pernikahan dalam masa 3 hari. Pertama kali melihat Manoj, Ahmad cuba mengelak diri kerana tidak yakin untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

"Aku mesti cuba," bisik hati Ahmad.

"Hi, how are you?" sapa Ahmad kepada Manoj yang kelihatan duduk berseorang di sofa.

Tanpa disangka itu merupakan perbualan pertama Ahmad dalam bahasa Inggeris dengan seorang bukan rakyat Malaysia.

Pada usia 11 tahun di sebuah pedalaman itu merupakan pencapaian besar bagi Ahmad.

Mulai dari saat itu, Ahmad telah memperoleh keyakinan yang bahasa Inggeris sebenarnya tidak sukar. Kita tidak perlu terlalu takut.

Ahmad masih lagi teringat janji Manoj yang ingin memberi hadiah komputer kepada Ahmad jika dia kembali semula ke Malaysia dalam terdekat. Malangnya ia tidak pernah berlaku mungkin kerana Sabrina juga tidak lagi berkawan dengan Manoj seperti diberitahu oleh kakak Ahmad.

Ahmad sentiasa ingat alamat emel Manoj namun dia tidak tahu untuk menulis atau mengakses Internet pada waktu itu.

Setelah beberapa tahun, Ahmad cuba menghantar emel kepada rimman@hotmail namun gagal kerana emel seperti tidak lagi aktif.

Sahabat antarabangsa pertama Ahmad ialah Manoj seorang rakyat India.

Terima kasih atas pengalaman

Friday, August 2, 2019

Lebih tua

Orang muda perlu hormat yang lebih tua. Ini antara nasihat yang kerap dititipkan terhadap anak-anak muda.

Mengapa agaknya kita perlu hormat yang lebih tua? Kerana mereka pandai?

Sebenarnya, pengalaman hidup mereka lebih daripada kita yang lebih muda.

Secara ringkas, orang yang sudah berkahwin lebih tahu susah senang alam hidup bekeluarga berbanding orang bujang.

Beza antara tua dan muda adalah pengalaman yang diperoleh daripada perbezaan umur.

Saya masih teringat dengan seorang rakan sekerja yang ketika itu menghampiri umur hampir 56 tahun. Dari segi darjat dan pangkat memang benar saya berada lebih tinggi daripadanya.

Setiap kali terpandang melihat susuk tubuh tua itu kelihatan seperti dia menggalas batu yang berat. Perubahan sikapnya amat ketara dalam masa beberapa bulan.

Setelah bersemuka dengannya barulah saya tahu yang dia sedang berhadapan dengan krisis yang berpunca daripada kealpaan diri. Akibatnya, wang simpanan malahan harta yang bakal menjadi tabung persaraan lenyap. Keluarganya juga musnah sama sekali.

Mungkin dia telah mendapat balasan yang sepatutnya tetapi saya percaya pengalaman yang dilaluinya sungguh perit.

Itu bezanya kita dengan orang yang terdahulu. Jika ada rezeki, kita mungkin hanya perlu belajar dari pengalaman orang tua tanpa perlu melalui detik hitam itu.

Kepada orang tua. Terima kasih atas nasihat dan ingatan pengalaman kamu. Semoga Allah juga ringankan beban kamu.


Thursday, August 1, 2019

Tidak tahu

Kita takut apabila kita tidak tahu.

Takut untuk mati kerana tidak tahu lagi nasib dan sakitnya.

Takut untuk mencuba kerana tidak pasti apa masa depan menanti.