Pages

Saturday, May 16, 2020

Gelap

Apa agaknya rasa hidup sendirian.
Gelap tanpa cahaya.


Friday, May 15, 2020

Strength

Ada saat itu kau hanya mahu bangun sahaja.
Tidak terlintas untuk berjalan.
Apatah lagi untuk berlari.

Acapkali kita meminta supaya diberi kekuatan.
Bukankah setiap dugaan itu sesuai dengan kemampuan diri?

Sebenarnya kita tidaklah begitu kuat.
Mudah kerana urusan dipermudahkan.

Sebenarnya kita bukan baik.
Nampak mulia kerana Allah tutup aib kita.

Sebenarnya kita ini hina.
Terserah samada ingin mendekati Allah atau sebaliknya.

Thursday, May 14, 2020

Monday, May 11, 2020

Bachelor of Science

13 tahun dahulu.
Sebaik tamat semester pertama.
Seorang sahabat memohon untuk kemasukan ke University of Alberta.

Beliau dapat tawaran bersyarat.
Namun tawaran tersebut hanya untuk pengajian di Fakulti Sains.
Keputusan sahabat itu tidak mencapai sasaran markah yang dikehendaki Fakulti Kejuruteraan.

Pelbagai rasa dan macam mula bermain dalam kotak minda.
Mungkin dia tidak berupaya untuk mendapatkan markah tinggi bagi semester kedua.
Sifirnya mudah.
Semester pertama tidak capai sasaran makan semester kedua perlu capai sasaran lebih tinggi.

Rasa ragu-ragu mula menerjah diri.
Bagaimana untuk mencapai sasaran sedangkan subjek semester kedua diketahui lebih sukar.

Gagal ke Fakulti Kejuruteraan bermakna gagal biasiswa.
Biasiswa yang ditawarkan adalah untuk bidang kejuruteraan.

Syukur. Semuanya tinggal satu kenangan manis.
Sahabat itu berjaya mendapat tawaran ke Fakulti Kejuruteraan.



Sunday, May 10, 2020

Negatif

Setelah 4 hari. 
Dapat mesej daripada pejabat kesihatan.

Anda didapati NEGATIF dari jangkitan COVID-19.
Alhamdullilah.

Saturday, May 9, 2020

Ragam

Setelah beberapa hari terkurung dalam bilik kecil.
Dengan makanan dari FoodPa***.
Maka perut pun mula meragam.

Hari sahaja sudah 3 kali berulang alik ke tandas selepas sahur.
Perut agak sensitif dengan makanan yang dibungkus.
Masih teringat lagi tahun lepas.
Dimasukkan ke hospital kerana badan kehilangan air disebabkan cirit birit.

Semoga tragedi sama tidak berulang.

Wednesday, May 6, 2020

Covid 19

Kenangan di masa depan.

6 Mei 2020. Saringan ujian COVID-19 di Klinik Kesihatan Taman Medan, Petaling Jaya.
Banyak ibrah daripada pandemik yang melanda dunia pada tahun 2020 ini.

  1. Setibanya di pintu pagar klinik, nama disemak oleh pegawai bertugas. Saringan dibuat melalui temujanji untuk mengelakkan orang ramai berpusu-pusu.
  2. Setelah itu, beratur di hadapan pagar masuk. Dimaklumkan hanya dibenarkan seramai 50 orang dalam kawasan klinik dalam satu masa. Perkhidmatan klinik yang lain seperti antenatal dan rawatan pesakit luar masih beroperasi seperti biasa.
  3. Jam menunjukkan pukul 10.15 pagi dan matahari semakin meninggi. Bahang panas mula terasa dan dicampur pula dengan situasi berpuasa.
  4. Setelah 15 minit, diminta untuk bergerak ke bangunan belakang klinik yang merupakan pos semenatara saringan COVID 19. 
  5. Maklumat diri dicatat oleh pegawai terlibat. Kelihatan riak penat di wajah petugas kesihatan yang lengkap berpakaian pelindungan diri.
  6. Sebanyak dua sampel diambil iaitu dari tekak dan rongga hidung. Di hidung terasa pedih.
  7. Selesai.





Terima kasih para petugas kesihatan.
Doakan saya sihat walafiat.

Saturday, May 2, 2020

Warm

This is one of the safest place to me.
I felt warm whenever I stepped in.

I feel calm just by looking at the pic.

I miss you A-3A-9001.