Pages

Tuesday, August 31, 2010

Korea Selatan Bahagian 4

Salam.

  • Maafkan saya kerana hampir terlupa bercerita tentang pengalaman berada di Korea Selatan.
  • Bahagian kali ini masih lagi tertumpu di Pulau Jeju. Tumpuan bakal diberikan pada Jeju City.
Tempat-Tempat yang dilawati

1)Sebuah pantai yang tidak diketahui namanya.

2)Tanjung yang terbentuk daripada batuan gunung berapi

3)Gunung Seongsan

4)Museum of Trick Art

5)Terowong lahar gunung berapi

6) Selamat Tinggal PULAU JEJU!!!


p/s: Jeju City lebih sesak daripada bandar Seowigpo.

p/s/s:Terdapat banyak outlet barangan berjenama di sini tetapi harga mahal.

p/s/s/s: Pengalaman yang menarik di Pulau Jeju,

31 OGOS 2010

Salam.

MERDEKA!!! MERDEKA!!MERDEKA!!!

  • Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-53 kepada tanah air yang tercinta.
  • Alhamdullilah negara kita sudah bebas daripada cengkaman penjajah secara fizikal namun rasanya pemikiran dan ideologi kita masih belum merdeka sepenuhnya.
  • Semoga rakyat Malaysia sentiasa bermuhasabah dengan kemerdekaan yang dikecapi pada hari ini supaya kesenangan hari ini dapat dinikmati oleh generasi akan datang.
  • SELAMAT HARI MERDEKA!!!!

p/s: Cuma tinggal 12 hari sahaja lagi di bumi Malaysia. :((

p/s/s: Kesilapan yang berlaku bukan hanya untuk dikesali sahaja tetapi untuk dijadikan pengajaran yang berguna pada masa depan.

Sunday, August 29, 2010

KAin Pelikat

Salam,

Satu peristiwa di bulan Ramadan.....Di saat umat Islam ingin menunaikan solat Terawikh.

* Di satu sudut masjid... Seorang lelaki memandang ku dengan penuh tajam*

Encik A: Assalamualaikum adik.

Saya: Waalaikumussalam pokcik.

Encik A: Kain pelikat baru ke ni dik?

Saya: Tak jugak. Awat?

Encik A: Pernah pakai kain pelikat tak sebelum ni?

Saya: Pernah tapi sangat jarang. Baru malam ni pakai plak..

Encik A: oooooOOOoooOOOOoooOOOoooOOOO.. patut la pun.... ikat kain pelikat mcm budak belajar....

Saya: *panas telinga kejap* OKEY!!! jadik?

Encik A: Meh pakcik nak tolong pakaikan...

Saya: Baiklah... *dengan muka segan**saya mmg tidak suka memakai kain pelikat*

Encik A: Begini caranya *sambil menunjukkan cara beliau*

..................Setelah 3 minit berlalu.............

Encik A: Kenapa tak jadik jgak yea? Selalu pakcik buat msti jadik...

Saya: Mana la saya tau...

Encik A: Kita cuba lagi

.............Setelah 3 minit....................

Encik A: Hummmmmm.... Kamu ikat la ikut cara kamu....

Saya: TERIMA KASIH ENCIK!!!!!!

~~Sekian~~

p/s: aku x suka pakai kain pelikat tp x bermakna aku x reti ikat kain pelikat... aku tgok kain pakcik tu lagi berterabur... Sebab nak jaga hati dia, aku kasik la dia peluang nak ajar aku... Last2 dia pun rasa cara dia tue lgsung x cun....

p/s/s: Member aku cakap pocik tue gay.... aku x sure la plak... x baek bersangka buruk.... dun wori saya masih teruna.... :D

Tuesday, August 17, 2010

Roda

Salam,

  • Hidup ini umpama roda. Hari ini kita mungkin di atas tapi esok kita mungkin dibawah. Jadi mari kita sentiasa beringat dalam menjalani kehidupan.
  • Saya tidak meminati alam mistik dan tidak terlintas untuk mengetahui lebih lanjut. Namun begitu, saya percaya dengan kewujudan makhluk-makhluk halus dalam dunia yang didiami oleh manusia.
  • Rakan-rakan yang dihormati, jika saya ada membuat silap salah, saya ingin memohon ampun dan maaf diatas kelemahan diri ini. Jika kita pernah mempunyai seteru, saya amat berbesar hati agar masalah itu dapat diselesaikan dengan cara yang yang baik dan menguntungkan.
  • Saya tidak menagih hadiah mahupun ganjaran namun saya pinta rakan-rakan untuk mendoakan kesihatan saya.
  • Terima kasih..

Saturday, August 14, 2010

Correlle

Salam,

  • Pernah dengar tentang pinggan mangkuk Correlle?
  • Saya hanya mengetahui tentang istilah ini setelah berada di Kanada. Set pinggan mangkuk ini sangat mahal kerana kualiti dan kecantikannya.*kononnya menjadi pujaan suri rumah*
  • Di rumah saya tiada pinggan Correlle kerana ibu saya pasti tidak akan melaburkan sebegitu banyak duit untuk mengalas makanan di rumah.
  • Namun begitu, saya membeli 2 kotak Correlle untuk dibawa pulang ke Malaysia pada tahun lepas selepas melihat beberapa rakan yang lain membelinya untuk ibu mereka. Set ini agak murah di Kanada berbanding di Malaysia.
  • Disebabkan saya pun ketandusan idea bagi mencari idea dan melihat beg saya masih mempunyai ruang yang kosong maka saya pun membeli set ini.
  • Tahun ini saya membeli 2 lagi set Correlle kerana beg saya mempunyai banyak ruang kosong. Secara keseluruhannya, saya telah membeli 4 kotak set pinggan Correlle.
Correlle

  • Set pinggan ini terkenal kerana ketahanannya. Dikatakan pinggan ini tidak akan pecah jika dihempas ke atas lantai.
  • Ia juga amat tahan dengan masa seperti corak dan warnanya tidak akan pudar walaupun setelah digunakan hampir 10 tahun.
  • Selain itu juga, ia juga mempunyai ketahanan terhadap "microwave" dan "dishwasher".
  • Kualiti yang digembar-gemburkan ini yang menyebabkan harganya melambung seperti bola sepak yang ditanduk Encik Akmal ketika perlawanan Piala Dunia.. :P
Ujian Ketahanan

  • Saya telah membaling pinggan yang dibeli ke lantai beberapa kali. Hasilnya, kualiti yang diceritakan itu benar.
  • Masih kurang berpuas hati, saya melempar pinggan berkenaan umpama membaling cakera ke dinding. Jawapannya, pinggan ini masih tidak pecah.
  • Akhirnya saya pun percaya set Correlle ini amat berkualiti dan mencadangkan kepada rakan-rakan yang dikenal. Mereka hanya melahirkan rasa kagum terhadap set ini.
  • Ujian kedua dilakukan ke atas gelas Correlle. Hasilnya gagal!!!!!.. Bila diperiksa hanya bahagian gelas dihasilkan di China dan mempunyai kualiti yang rendah.
  • Semalam, emak saya secara tidak sengaja menjatuhkan mangkuk Corelle.. Hasilnya PECAH juga. Setelah diperiksa bahagian mangkuk dihasilkan di USA.
  • Kurang berpuas hati,saya membuat kajian di Internet. Rupa-rupanya jaminan kualiti gempak Correlle hanya sah pada pinggan bukannya pada mangkuk dan gelas.
  • Jadi sila berhati-hati dengan mangkuk dan gelas walaupun anda mempunyai set Correlle.
~~SEKIAN~~

Thursday, August 12, 2010

Salam Perantauan



Salam,

  • Bangun sahaja dari tidur pagi tadi, saya mendapat sms daripada kakak saya yang memaklumkan gambar saya di ruangan Salam Perantauan Utusan Malaysia.
  • Saya agak terkejut kerana saya baru sahaja menghantar gambar berkenaan.
  • Terima kasih Utusan Malaysia!

Monday, August 9, 2010

Emma Watson

Salam,

  • Semasa saya berumur 16 tahun, saya adalah peminat Emma Watson (*pemegang watak Hermione dalam siri Harry Potter*).
  • Minat ini barangkali dipengaruhi oleh tarikan filem Harry Potter yang merupakan filem kegemaran saya.
  • Ketika itu, saya menampal poster Harry Potter dalam loker asrama saya (* dalam poster terdapat gambar Emma Watson*). Namun tindakan saya melekat poster tersebut mengundang rasa tidak puas hati seorang pelajar senior.
  • Pelajar tersebut merupakan peminat besar (*die hard fan*) Emma Watson. Rupanya dalam loker beliau terdapat banyak gambar Emma Watson (*sekurang-kurangnya saya hanya menampal 1 poster Harry Potter sahaja*)
  • Beliau memberi amaran kepada saya untuk menanggalkan poster tersebut dengan mengatakan hanya beliau boleh menyimpan sebarang gambar Emma Watson (*masa ni rasa nak gelak skit melihat gelagat senior*)
  • Keesokan harinya beliau datang semula ke loker saya dengan membawa gunting. Beliau memberi amaran untuk mengunting poster tersebut sebaik selesai kelas prep malam.
Perang Mini

  • Selesai sahaja kelas prep malam, beliau datang semula ke loker saya untuk melaksanakan janjinya. Entah mengapa saya dengan berani melawan beliau dan memberi amaran kepada beliau untuk tidak bersikap angkuh dan melarang beliau mengusik barang saya.
  • Beliau beredar tetapi berkata akan membawa rakan-rakannya pada keesokan harinya.
  • Saya masih enggan menanggalkan poster tersebut walaupun dinasihatkan beberapa sahabat. Saya bukan mahu mempertahankan poster tersebut tetapi tidak senang dengan sikap senior terbabit yang cuba bermain dengan ugutan.
  • Esoknya, beliau datang dengan beberapa senior yang lain dan meminta saya membuang poster tersebut. Namun, saya sudah memaklumkan rakan-rakan saya tentang ugutan senior terbabit
  • Akibatnya berlaku episod tolak menolak antara saya dan senior tersebut. Setelah rakan-rakannya masuk campur dalam drama kami, rakan-rakan saya juga menyerbu untuk membantu saya. Maka terjadi drama yang lebih menarik.
  • Akhirnya, kami berhenti dan tertawa kerana bergaduh disebabkan poster.
  • Setelah bermaafan, senior dan rakan-rakannya beredar. Selepas hari berkenaan, beliau tidak pernah lagi ke loker saya untuk menanggalkan poster Harry Potter.
~~Sekian~~

p/s: cam budak-budak x pg skolah plak bila dipikirkan balik.... hahaha

Friday, August 6, 2010

Di Sebalik Peristiwa.....

Salam,

  • Sepatutnya saya sudah berada di Johor Bahru pada hari ini kerana saya merancang untuk ke Singapura pada hari Sabtu dan Ahad.
  • Namun begitu, rancangan ini dibatalkan setelah mengambil beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.
  • Saya agak kecewa kerana rancangan tersebut tidak berjalan dengan lancar namun di sebalik peristiwa pasti wujud hikmah.
Hari Jumaat

  • "Beep2x....."bunyi mesej yang diterima daripada kakak saya pada awal pagi.
  • Mesej tersebut mengingatkan saya tentang tarikh hari lahir bapa saya.
  • Saya bersyukur kerana saya tidak berada di Johor Bahru atau Singapura pada hari ini. Hati ayah saya pasti berkecil jika melihat anaknya bersuka ria di selatan pada ulang tahun kelahiran beliau.
  • Kesungguhan saya untuk menyenangkan hati rakan-rakan saya menyebabkan saya terlupa akan perkara yang lebih penting. Alhamdullilah Allah telah memberi peringatan kepada saya.
Selamat Hari Jadi ABAH

  • Ayah saya seorang lelaki biasa yang tidak mempunyai kuasa ajaib seperti "Superman" tetapi saya berbangga kerana ayah saya memerah keringat sebagai manusia biasa bagi membesarkan tujuh orang anak.
  • Ayah saya tidak pernah mengajar saya untuk hidup dengan selesa dan mewah. Semasa kecil saya sentiasa beringat tentang kesempitan hidup. Syukur alhamdullilah, rezeki saya semakin bertambah dari hari ke hari.
  • Ayah saya seorang yang sangat garang tetapi saya tahu beliau berbuat demikian untuk mendidik anak-anaknya. Terima kasih abah.
  • Selamat Hari Jadi ABAH!!!!

Thursday, August 5, 2010

Keyakinan Dalam Doa

Salam rakan-rakan,

  • Saya ingin memetik hadis yang berbunyi:
Dari Anas r.a katanya:Rasulullah saw bersabda:”Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu berdoa dengan kalimah:”Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku!” Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa.”

  • Pertama sekali, mari kita bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang muslim. Ini merupakan nikmat yang sangat besar dalam hidup kita.
  • Seorang ahli perniagaan memberitahu yang rahsia bagi sesebuah kejayaan adalah DUIT(*Doa Usaha Istiqamah Tawakkal*)
  • Walaupun kita mempunyai kelebihan diri yang lebih baik berbanding orang lain namun kesedaran mengenai kekerdilan kita disisi Allah membuatkan kita sedar yang manusia bukannya seorang perancang yang sempurna.(*Kita boleh berusaha menjadi perancang terbaik tetapi kesempurnaan adalah sesuatu yang sukar untuk digapai oleh manusia biasa*)
  • Justeru, kita sebagai umat Islam dinasihatkan untuk sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T dalam kehidupan seharian. Kita juga harus yakin doa tersebut didengari Allah S.W.T dan akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T
  • Namun begitu, kita harus sedar bahawa Allah Maha Mengetahui. Bantuan dan petunjukNya boleh datang daripada pelbagai cara dan kaedah. Mungkin hajat yang diimpikan tidak kesampaian tetapi rancangan Allah terhadap hambaNya adalah yang terbaik.
  • Hadis di atas juga menasihatkan kita agar tidak berdoa dengan bersyarat dengan Allah S.W.T kerana kita hanya hamba yang kerdil dan DIA adalah Pencipta kita.
  • Bayangkan jika kita mempunyai sebuah syarikat yang kaya raya. Seorang pekerja taraf bawahan datang meminta bantuan tetapi memberikan syarat kepada kita. Layakkah pekerja berkenaan?
  • Syukur alhmdullilah, Maha Pencipta amat mengasihi hambaNya. Biarpun kita berbeza pangkat dan darjat namun hanya iman dan taqwa yang membezakan kita disisi Allah S.W.T. Tiada perbezaan kaedah berdoa bagi seorang raja dan seorang pengemis di jalanan.

Ulasan

  • Di saat kita berduka dan mengalami kesusahan,anggap segala dugaan sebagai ujian dari Allah. Kita diuji sedemikian rupa kerana kita mampu mengatasinya dan Allah kasihkan kita sebagai hambaNya.
  • Nasihat seorang pakar daripada kalangan manusia mungkin dikenakan bayaran tetapi petunjuk dan bantuan Allah S.W.T adalah percuma. Namun kita harus berusaha untuk mencarinya dan yakin akan pertolonganNya.
  • Doa adalah senjata orang mukmin. Kita berada dalam kategori insan yang rugi jika kita tidak menggunakan senjata ini sebaik mungkin dalam kehidupan seharian.
  • Yang baik datangnya daripada Allah S.W.T manakala yang buruk daripada kelemahan diri kita sendiri.
  • Seorang insan mungkin dapat membantu kita menyelesaikan masalah tetapi Allah S.W.T. yang memberi kita kekuatan dan keazaman dalam menghadapi rintangan. Masalah itu diselesaikan hanya dengan kehendak Illahi.

~~Sekian~~

p/s: Mari kita berdoa dengan penuh beradab.

p/s/s: Semalam domain kena delete ngan delete sebab x bayar!!! tp arini dah ok... :))


Wednesday, August 4, 2010

Future

Salam,

  • Setiap tahun saya membelanjakan beribu-ribu dollar Kanada bagi tujuan "pelancongan" dan juga "snowboarding".
  • Alam pengajian yang berbaki setahun sahaja lagi membuatkan saya mula memikirkan tentang keperluan bagi masa hadapan.
  • Wang bukanlah segalanya dalam hidup tetapi amat penting dalam menjamin kestabilan hidup.
  • Saya membayangkan lebih banyak wang boleh disimpan jika saya menghentikan perbelanjaan bagi dua tujuan yang disebut sebelum ini.
  • Ini tidak bermakna saya tidak pernah merancang kewangan tetapi saya merasakan keperluan untuk melipat gandakan usaha berkenaan memandangkan saya bakal menjejakkan kaki ke alam pekerjaan..
  • Sekurang-kurangnya, wang yang dikumpul sedikit sebanyak bakal membantu saya bagi memulakan kehidupan baru yang lebih mencabar. Insya allah simpanan ini juga boleh mengelakkan saya daripada dibelenggu hutang bank.
  • Yang paling utama, saya boleh mengelakkan bantuan kewangan daripada ibu bapa saya. Cukuplah rasanya ibu bapa saya membantu hampir 20 tahun dan sepatutnya saya sudah mampu berdikari tanpa bantuan mereka. Insya allah.
Masa Depan

  • Rumah
  • Kereta
  • Simpanan ASB bagi jangka masa panjang
  • Rumah yang ada tangga sendiri :P
Perkara yang terpaksa dikorbankan

  • Snowboarding
  • Travelling
~~Sekian~~

p/s: Travelling cam senang je nak sacrifice... tapi "snowboarding" mcm tersangat memeritkan.. :((