Pages

Thursday, February 26, 2009

Permintaan daripada ASiSKL

Salam rakan-rakan,

Saya ingin memohon kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang berada di perantauan agar menyahut permintaan pihak pengurusan Sekolah Menengah Sains Alam Shah. Sebagai pelajar, agak sukar untuk kita memberi sumbangan kewangan kepada alma mater yang tercinta namun kita boleh menyumbang menggunakan pelbagai cara yang relevan. Dibawah ini saya sertakan surat permintaan Encik Ahmad Shafrin kepada semua insan yang pernah bergelar pelajar ASiS.

Assalamualaikum pada semua OASIS,

Pihak sekolah bercadang untuk menayangkan video berupa ucapan dan kehidupan OASIS di seluruh dunia pada Makan Malam Amal dan Anugerah Cemerlang yang akan diadakan pada bulan April nanti.

Oleh itu, pihak sekolah memohon jasa baik semua OASIS di luar negara untuk menghasilkan video tersebut dan masukkan dalam youtube atau kirimkan dalam bentuk CD. "Duration" sekitar 2-3 minit. Jangan lupa email kepada "admin.asiskl@gmail.com" apabila video tersebut telah di"upload" ke dalam youtube atau telah siap dalam bentuk CD. Harapnya dalam pertengahan bulan Mac video tersebut siap.

Sila sampaikan maklumat ini kepada kawan-kawan yang lain yang cikgu tak dapat alamat email mereka. Harap projek ini akan berjaya. Terima kasih.

Daripada

Cikgu Ahmad Shafrin bin Abdul Aziz
b.p Pengetua
Sekolah Menengah Sains Alam Shah
Kuala Lumpur

p/s: pohon kerjasama rakan-rakan untuk 'post' surat ini di blog masing-masing agar permintaan dapat dibaca dengan lebih meluas



Sunday, February 22, 2009

Hari yang berlalu...

Salam rakan-rakan,

Syukur alhamdullilah rancangan pelajar University of Alberta dan University of Saskatchewan berjalan dengan lancar.

16 Februari 2009

  1. Kami bertolak ke Windsor Park untuk mengambil Sulaiman tepat jam pukul 4 pagi. Pemandu kereta pada waktu tersebut ialah saudara Shakir.
  2. Setalah 30 minit perjalanan dari Edmonton, saudara Shakir hanya ditemani oleh alat GPS manakala rakan-rakan yang lain termasuk saya sedang enak diulit mimpi.
  3. Kami dijangka tiba di Banff National Park dalam jam 8.50 pagi. Pada jam 6.30 pagi, hampir kesemua orang dalam kereta sudah terjaga dari tidur.
  4. Kami berhenti seketika di sebuah stesen minyak untuk menunaikan solat subuh dan mengisi tangki minyak yang hampir kosong.
  5. Alhamdullilah, kami tiba di Lake Louise Ski Resort tepat jam pukul 9.03 pagi. Kelihatan kawasan meletak kereta sesak dipenuhi oleh pengunjung-pengunjung walaupun Lake Loise Ski Resort baru sahaja dibuka pada jam 9.00 pagi.
  6. Saya, Rahman dan Sulaiman hanya membeli tiket 'ski lift' sahaja kerana kami sudah mempunyai 'snowboard' sendiri. Manakala Shakir hanya membeli tiket untuk 'T-Bar Area' kerana hatinya gundah gulana teringatkan seseorang. Khusairie terpaksa menyewa 'snowboard' manakala Fayuti pula memilih untuk bermain 'ski'.
  7. Kami bermain di 'resort' berkenaan sehingga jam 4.00 petang lalu terus bergerak ke pekan Banff yang terletak 50 km dari 'resort' bagi mencari hotel yang ditempah.
  8. Waktu malam kami dihabiskan dengan merehatkan badan dalam kolam renang, kolam air panas dan 'dry sauna' yang disediakan oleh pihak hotel. Kemudahan ini sedikit sebanyak melegakan otot-otot yang kejang setelah bermain di kawasan yang lasak hampir satu hari
  9. Sebelum melelapkan mata, kami semua bersetuju untuk tidak pergi ke Lake Louise pada keesokan tetapi memilih Sunshine Village Ski Resort.

Pemandu-pemandu

Kaki Gunung
Beratur menunggu T-BarKetika berada dalam gondola

Di salah satu puncak
17 Februari 2009

  1. Kami bertolak dari hotel pada jam 11.00 pagi dan tiba di Sunshine Village pada jam 11.25 pagi. Kami agak kagum melihat 'resort' ini yang tenyata lebih besar daripada Lake Louise
  2. Pada hari ini, Shakir hanya mahu menikmati pemandangan yang indah lalu beliau enggan bermain 'snowboard'.
  3. Setelah menaiki gondola selama hampir 20 minit kami tiba di stesen yang menghubungkan jalan-jalan 'ski' yang utama. Namun begitu, saya kurang berpuas hati dengan beberapa jalan yang terlalu landai hingga memaksa kami membuka 'snowboard' untuk bergerak.
  4. Saya,Sulaiman,Rahman dan Khusairie telah berjaya menawan salah satu puncak tertinggi di Sunshine Village dan berjaya menuruni cerun yang sangat curam dalam keadaan selamat.
  5. Ketika perjalanan pulang dari tengah gunung kami memilih untuk tidak menaiki gondola sebaliknya menggunakan denai sempit yang agak merbahaya. Akibatnya, beberapa rakan dan saya menghadapi masalah ketika menuruni denai sempit berkenaan. Silap langkah boleh menyebabkan kami terbabas ke dalam gaung pada bila-bila masa.
  6. Sebaik sahaja tiba di kaki gunung, saudara Shakir sudah menanti dengan sabar. Kami terus bergerak ke Banff Upper Hot Spring yang terletak tidak jauh dari situ.
  7. Agak meloyakan apabila memasuki bilik menukar pakaian kerana ramai LELAKI berbogel tanpa seurat benang.
  8. Setelah selesai aktiviti kami di situ kami terus bergerak ke bandar Calgary. Syukur alhamdullilah, kedatangan kami disambut dengan makanan yang disediakan oleh rakan-rakan yang belajar jurusan perubatan di University of Calgary.


3 orang pemain 'snowboard'
Khusairie.... lihat dadanya..


Apabila Fayuti terhempas ketika terbang

Sebelum menaiki gondola

18 Februari 2009
  1. Kami bertolak dari rumah rakan-rakan di Calgary pada jam 7.00 pagi ke Konsulat Amerika Syarikat untuk menyelesaikan urusan visa saya
  2. Sebaik sahaja selesai urusan visa, kami terus bergerak pulang ke Edmonton dan berjaya tiba di HUB MALL pada jam 12.45.


Video yang dihasilkan oleh saudara Rahman

PENGHARGAAN.

  1. Kesemua rakan-rakan yang terlibat dalam menjayakan rancangan ini
  2. Khusairie dan Fayuti yang sudi datang dari Saskatoon.
  3. Rahman, Shakir, Fayuti, Sulaiman, Khusairie kerana berkongsi gambar.
  4. Zaki,Budin, Bulat,Mustaq, Acap dan Mas.

p/s: insya allah jika ada kesempatan saya akan berkongsi lebih banyak gambar,video dan cerita mengenai perjalanan kami.

Saturday, February 14, 2009

Kesal

Salam rakan-rakan,

Apakah yang akan dilakukan oleh rakan-rakan seteleh menyedari kesilapan lalu tetapi rakan-rakan tiada upaya untuk membetulkannya?

Sebagai insan biasa saya melakukan kesilapan seperti insan-insan yang lain. Namun begitu, saya amat kesal apabila kesilapan itu dilakukan ketika diri ini bergelar seorang pemimpin. Memang benar seorang pemimpin juga manusia yang tidak lari daripada kesilapan tetapi seorang pemimpin harus mempunyai tahap kewajaran yang tinggi kerana tindakannya akan memberi impak kepada komuniti.

Ketika saya bergelar ketua pelajar di Sekolah Menengah Sains Alam Shahs beberapa tahun lepas saya banyak menerima ucapan "Assalamualaikum" daripada rakan-rakan terutamanya dari rakan-rakan yang lebih muda. Bayangkan jumlah salam yang wajib dijawab dalam sehari memandangkan jumlah rakan-rakan yang ramai.

Hukum menjawab salam yang didengari adalah wajib. Pada bulan yang pertama saya menjawab salam yang diterima dengan sebaik yang mungkin. Namun selepas itu adab saya menjawab salam amat saya kesali. Yang lebih saya kesalkan adalah dengan sikap saya yang tidak mampu membetulkan keadaan ini.

Yang pastinya mereka mengucapkan salam kepada saya sebagai tanda persaudaraan dan hormat kepada seorang pemimpin. Dek kerana agak keletihan belajar,menjalan tugas-tugas lain dan letih menjawab salam yang begitu banyak pada satu-satu masa, saya hanya menganggukkan kepala dan menjawab salam tersebut dengan begitu perlahan. Hal ini mendatangkan salah faham kepada si pemberi salam yang merasakan saya angkuh kerana tidak menjawab salamnya.

Hal ini disedari oleh rakan-rakan pemimpin saya dan mereka lantas memberi pandangan kepada saya. Mereka mengingatkan saya untuk menjawab salam dengan jelas dan lebih kuat seperti mana yang dilakukan oleh saya sebelum ini. Saya menerima pandangan mereka itu dan cuba memperbaiki kelemahan diri saya tersebut. Walaubagaimanapun, saya masih mengulangi sikap yang sama apabila saya keletihan ketika proses pembelajaran. Keletihan ini ditambah lagi dengan ucapan salam yang perlu dijawab oleh saya apabila berselisih dengan rakan-rakan yang lain.

Seharusnya, saya bersyukur kerana rakan-rakan lain mendoakan kesejahteraan saya dan sepatutnya membalas ucapan salam itu dengan penuh bersemangat. Namun saya kerap mengulangi kesilapan yang sama dalam tempoh saya menjadi pemimpin. Apa yang mampu saya katakan disini saya amat menyesali akan kesilapan yang dilakukan saya pada ketika itu.

Seorang rakan memberi nasihat kepada saya untuk menjelaskan situasi sebenar kepada rakan-rakan lain agar tidak timbul salah faham. Beliau berpendapat rakan-rakan yang lain akan memahami setelah mengetahui perkara yang sebenar. Beliau juga mencadangkan agar saya memohon maaf secara terbuka sekirang ada yang terluka akibat sikap saya tersebut.

Mungkin disebabkan faktor keegoan dan memikirkan kedudukan rakan tersebut yang lebih muda daripada saya maka saya tidak mengendahkan nasihat. Saya berasa kesal kerana meletakkan tahap ego saya di tempat yang tidak sepatutnya.

Saya sedar bahawa kesilapan tersebut tidak mampu diperbetulkan oleh saya lagi dan ianya sudah berlalu beberapa tahun yang lalu.

P/s

Saya ingin memohon maaf kepada rakan-rakan yang tersinggung akibat perlakuan saya ketika menjadi pemimpin pelajar. Saya amat bertuah kerana diberi peluang untuk memimpin rakan-rakan yang bijaksana dari seluruh pelusuk negara. Terima kasih kerana tidak putus-putus memberi salam kepada saya walaupun ada ketikanya rakan-rakan sendiri seolah - olah tidak mendengar ucapan salam dijawab oleh saya.

Cuba fikirkan

Salam rakan pembaca,

syukur alhamdulillah kerana saya telah selesai menduduki peperiksaan pertengahan semester. Walaubagaimanapun saya agak kurang berpuas hati dengan prestasi yang ditonjolkan oleh saya pada semester ini. Saya yakin dan percaya bahawa semua yang berlaku ini pasti ada hikmah disebaliknya. Jika ingin dikatakan saya tidak mengulangkaji pelajaran dengan baik, saya rasakan saya telah melakukan yang terbaik tetapi seperti ada sesuatu yang tidak kena pada musim peperiksaan kali ini. Mungkin Allah ingin memberi peringatan kepada saya yang lalai mengingatiNya dalam kehidupan seharian.

E E 231

Ini merupakan subjek yang mudah kerana ianya hanya berkaitan analisis nombor sahaja. Namun begitu soalan yang muncul dalam peperiksaan tidak semudah seperti yang dijangka. Ia merupakan soalan yang mencabar tetapi saya masih boleh menjawab. Namun apa yang dikesalkan apabila saya gagal menjawab bahagian paling mudah dek kerana kegagalan saya mengingati formula yang betul

E E 238

Subjek ini lebih sukar daripada E E 231 tetapi saya agak berpuas hati dengan tahap kesukaran soalan yang dibuat oleh pensyarah. Namun begitu, saya berkemungkinan hilang banyak markah hanya kerana kesalahan saya menyalin semula persamaan yang disediakan.

E E 250

Ini merupakan subjek lanjutan bagi subjek E E 240 yang diambil oleh saya pada semester lepas. Saya amat membenci subjek E E 240 pada satu ketika dahulu namun saya mula menyukainya setelah memahami subjek ini dengan sebaik-baiknya. Walaupun saya kurang menggemari pensyarah E E 250 tetapi memandangkan ianya merupakan subjek kesukaan saya pada semester ini, saya memperuntukkan masa hampir setiap hari untuk mengulangkaji subjek ini. Malah saya juga membuat nota tambahan yang diolah daripada kelas apabila pulang ke rumah. Secara terus terang, ini merupakan subjek yang diharapkan saya akan melonjakkan CGPA saya. Namun begitu, kesemuanya serba tidak kena ketika peperiksaan pada pagi tadi. Saya gagal menjawab soalan litar frekuensi kompleks walaupun ianya merupakan soalan termudah berbanding soalan-soalan lain.Saya hanya mampu terpana melihat wajah pensyarah saya ketika beliau mengutip kertas peperiksaan dari tangan saya yang masih mencuba untuk menjawab soalan terbabit. Soalan berkenaan bernilai 40 %!!! bayangkan berapa banyak markah yang sudah lesap tanpa sempat pensyarah saya memeriksa kertas berkenaan.

Kesimpulan.....

Manusia tidak selalunya akan berada di atas puncak kerana pada satu ketika kita boleh tergelincir walaupun kita telah mengambil langkah berjaga-jaga yang sepatutnya. Ujian daripada datangAllah dalam pelbagai bentuk dan kita sebagai hambaNya harus menghadapinya dengan penuh rasa tabah. Saya berharap agar saya dapat membaiki kesilapan saya ini agar pembelajaran saya di sini dapat berjalan dengan baik. Sekurang-kurangnya saya masih ada peluang untuk membetulkan keadaan ini daripada menjadi lebih parah.

Saya juga harus bermuhasabah diri bagi mengenal pasti punca kesilapan saya. Sepatutnya sebagai manusia kita harus bermuhasabah diri setiap hari agar hari esok lebih baik daripada hari ini.Saya bersyukur kerana diberi peringatan daripadaNYA lebih awal sebelum nasi menjadi bubur.



p/s: markah maksimum yang mampu saya dapat untuk E E 250 adalah 40%. sedih....

Tuesday, February 3, 2009

Ada apa dengan 6?

*Amaran: Penggunaan ayat tidak formal

Apa kaitan dengan 6?
  • Aku bangun pagi pukul 6... ye la sangat
  • Aku tido selama 6 jam sehari.... x smpai 6 jam pun aku rasa kecuali hari sabtu
  • Aku ada 6 isteri.... eh maksimum 4 saja dalam satu-satu masa
  • Aku ada 6 telefon bimbit.... mati aku nak bayar bill tepon kat sini
  • Aku ade 6 kalkulator...... jap.btoi kot. 3 kalkulator saintifik, 1 grafik, 1 kalkulator kat henpon, 1 kalkulator dalam laptop.
  • Aku ada 6 seluar jeans.. jap nak kira.Aku ada 5 jeans sahaja.Seluar khakis boleh kira x?
  • Aku ada 6 pen.... ooooo. semestinya lebih.
  • Aku ada 6 deria.... 5 deria biasa. 1 deria luar biasa.(rahsia)
  • Berat aku 6 X 10 kg.... oh tidak. lebih kurang dari tu.sape nak angkat aku? kalo cakir aku x nak.
  • Kawan aku mempunyai 6 petak di perutnya. Namanya Cakir kesuma. eh silap. Shakir Sofian
  • Markah E E 250 yang aku dapat tadi 6 X 10 / 100....... rendah gila
  • CGPA semester lepas 0.6 x 4 + 3 + 2 x 7 = x payah sebok la
  • Aku ada bela 6 jin..... Aladdoo, Alagappas, Alabodoo, Alakotoo, Alaminyatoo, Alagataloo.. sumanya jin dari Algeria
  • Tarikh lahir aku 6 + 20 september 1988
  • Matlab mempunyai 6 huruf
  • Aku mempunyai lebih 6 X 1000 dollar.... haha. jangan percaya ok.

p/s: aku baru terbaca blog azwan ali. satu ayat je aku bleh cakap.. DISGUSTING.
p/s/s: Jom bangun pukul 6 pagi esok.

Sunday, February 1, 2009

Rancangan Budak Alberta bagi suku tahun pertama.

Salam,

  1. Saya akan pergi ke Montreal pada 27 Feb 2009 hingga 1 Mac 2009 bagi menyambut kedatangan dua insan yang berkhidmat dengan Yayasan Tenaga Nasional. Apakah motif lawatan mereka ke Kanada? Encik Azman dan Encik Amir terlalu rindu pada saya sehingga tidak mampu menunggu kepulangan kami pada april/jun tahun ini.
  2. Berita yang menggembirakan saya adalah perjalanan kami ke sana ditanggung sepenuhnya oleh pihak yayasan. Walaupun Montreal terletak dalam Kanada tetapi jaraknya yang jauh membuatkan saya tidak pernah menjejakkan kaki ke sana sejak tiba di Edmonton.
  3. Kami bercadang untuk melancong ke Lake Louise, Banff pada cuti 'reading week' yang akan datang ini. Setakat ini seramai 10 orang termasuk saya telah bersetuju untuk bercuti di sana sambil bermain 'snowboarding'. Kami dijangka menyewa 2 buah kereta untuk bergerak dari Edmonton ke Banfff. Sesiapa yang berminat, sila hubungi Encik Sulaiman dengan menekan mana bahagian tahi lalat di badan.(hauahaua). Sesiapa yang tidak kenal rupa Encik Sulaiman, jangan risau kerana gambar akan di akhir post ini.
  4. Tawaran menyertai program ini hanya sah untuk orang yang berminat sahaja. Kalau setakat sahaja mengalahkan pemidato, sila bercakap seorang diri di hadapan cermin kerana saya tidak berminat mendengarnya.
  5. Sebarang pertanyaan mengenai kos sila majukan kepada Encik Sulaiman. Kalau anda hendak melancong ke tempat lain seperti Vancouver, Bahamas, Montreal, Toronto, Eropah, Saskatoon, atau mana destinasi yang diingini sila lawati agensi pelancongan berdekatan anda. Walaubagaimanapun, anda benar-benar serius bertanya bukan hanya sekadar bercakap 'meletup-letup' agar anda tidak dikenakan sepakan penalti daripada agen-agen yang berkhidmat.

Gambar Encik Sulaiman boleh dijumpai di atas "header" blog saya ini. Beliau merupakan manusia yang paling comel dalam gambar tersebut. Ingat!! Yang comel bukan yang montel. Yang paling tengah sekali.


p/s: Minggu ini ada 'exam' fizik
p/s/s: Seorang manusia berkata tindakan si polan melompat masuk ke dalam kandang saya bukannya tindakan khianat tetapi tindakan yang cerdik. Selepas seminggu manusia yang sama berkata tindakan si polan melompat masuk ke kandang jiran saya adalah tindakan penghinaan terhadap kandang saya. Jiran saya cuba menghuru-harakan kandang saya ini dengan ugutan terhadap kandang saya. Moralnya, bercakap amat mudah tetapi apabila terkena batang hidung sendiri kita jangan berlagak seolah-olah kita ini sentiasa sempurna.

Jin Mata Satu

1.Kenapa dapur berminyak?
a) Pemanasan global
b) Cuaca melampau di Edmonton
c) Ada orang guna tetapi tidak tahu bersihkannya.
d) Ianya proses semulajadi seperti proses pengaratan.
e) Ini semua kerja jin mata satu.

2. Apakah yang patut dilakukan jika dapur berminyak?
a) Keluar riadah dengan snowboard
b) Rilex la dulu. Kasik minyak tue berketul2 cam karat dulu.
c) X perlu susah. mesti ada orang akan bersihkan nanti
d) Ia akan bersih melalui proses penyejatan. cam air la jgak
e) Ini semua kerja jin mata satu.

3. Apakah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan dapur berminyak?
a) Tidak perlu masak. sila beli makanan di luar.
b) Jilat sampai kering.
c) Sapu minyak terbabit di muka sebagai awet muda.
d) Masak guna air kosong.
e) Ini semua kerja jin mata satu