Pages

Friday, December 29, 2017

Hari Minggu Terakhir 2017

Salam,


  • Hari ini merupakan Jumaat terakhir bagi tahun 2017 yang bermakna hari bekerja terakhir. Alhamdullilah.
  • Bulan Disember tahun ini banyak dengan 'long weekend' yang membuatkan tempoh hari bekerja dalam seminggu menjadi pendek. Alhamdullilah.
  • Kata orang diari lama sudah boleh ditutup dan diari baru sudah boleh dibuka. Alhamdullilah. Walau apa pun kita masih ada nyawa dan daya untuk terus melangkah ke hadapan dan melakar kejayaan.
  • Dalam hari berganti hari sebenarnya saya sendiri akan menjangkau umur 30 tahun. Masa untuk mengucapkan selamat tinggal pada era 20-an. 

Azam 2018.

  • Kalau mengikut 'timeline' masa muda remaja, ada satu target besar yang masih belum tercapai iaitu status 'Professional Engineer' sebelum umur 30 tahun. 
  • Jika nak 'list down' azam lain mungkin terlalu banyak. Yang pasti tahun hadapan sasaran untuk mendapat P.Eng perlu dicapai. Insya Allah.
Sekian. Terima kasih.

~~Akmal~~


p/s: Alhamdullilah. Kita perlu sentisa bersyukur dengan nikmat kurniaan-NYA.

p/s/s: Kepada anak muda. Jangan takut buat kesilapan kerana memang ini waktu untuk belajar. 

Sunday, September 3, 2017

Gunting Rambut

Assalamualaikum

Abe : hang sekarang ni umuq berapa?

Akmal: 29 tahun. Awat?

Abe: sudah berapa lama ang dok mai gunting rambut kat aku ni?

Akmal : Sejak dari form 2 (14 tahun)

Abe : Wow. Dah lama ya. Setia sungguh ang dengan kedai ni. Gaya potong rambut sama.

Akmal : Aah bang. Dekat 15 tahun juga tu. Abang pun rambut dah takda. Saya pun perut dah ke depan sikit. Hehe.

Abe : hehe. Terima kasih.

Terharu abang India kedai gunting sebab saya jadi pelanggan tetap sejak dari 15 tahun lepas.

Masa belajar di Canada pun rasanya ada 1-2 kali sahaja saya gunting di sana. Selainnya saya gunting rambut di Jitra juga. ( Alasan simpan rambut panjang)

Kenapa bilik abang India tu? Entah..

Mungkin saya memang seorang yang konservatif.

Bila gunting di kedai beliau sambil merenung cermin, teringat pula Akmal yang berumur belasan tahun masa tu.

Kedai gunting langsung tak berubah cuma sekarang ada tambah satu aircond.

Sekian. Terima kasih.

P/s : post ditulis guna blogger apps. So editing pun agak teruk. Ok la dari takda apa2.

P/s/s: nak rajinkan diri menulis la. Insya Allah.

~Tyrox SaN~

Monday, August 28, 2017

Itu Lumrah....

Assalamualaikum,

Lumrah manusia itu sukakan benda yang cantik.
Pelik jika tiba-tiba kita suka benda yang hodoh.
Walaupun definisi cantik itu subjektif.
Tetapi majoriti ada pendapat yang serupa.

Lumrah manusia untuk memilih.
Kita memilih kerana diberi pilihan.
Lainlah jika tangan diikat.
Jadi pilihlah yang lebih baik.



Salahkah untuk manusia mengikut lumrah?
Oh tidak sama sekali.
Gunakan akal yang bijaksana supaya tidak lupa diri.


Lumrah itu biasa......


~Tyrox San~