Pages

Sunday, December 29, 2019

Batu Caves

Jalan sesak.
Manusia menuju destinasi.

Kita raikan perbezaan.
Tapi sesekali mengakui.

Satu demi keharmonian.
Kedua kesan kepada akidah.

Manusia

Saturday, December 28, 2019

Tsunami

Bangun pagi.
Kotak tv ada rancangan dokumentari.
Kisah berkisar tentang tsunami di Malaysia.

Tsunami besar hampir 15 tahun lalu.
Masih lagi teringat detik saya melawat tugu peringatan tsunami di Kuala Kedah.
Dimana sampan sampan bersusun bagi menggambarkan suasana sebenar selepas tsunami.

Asalnya dibawa pergi ke tempat berkenaan kerana diajak oleh seorang juruteknik berstatus pomen.
Dalam perjalanan pulang, dia mengajak saya untuk melawat tugu peringatan yang yang kebetulan berada dalam laluan yang sama.

Melihat tugu berkenaan terus terlintas rasa gerun dengan kemusnahan yang dibawa oleh bencana alam berkenaan.
Sekurang kurangnya tugu itu memberi ingatan yang tsunami pernah membadai pesisir laut Kedah.

Dan sekarang saya pula sedang membaca mesej antara saya dan Pomen Zaidi. Ia bukan tugu tetapi cukup sebagai ingatan kepada yang masih hidup.

Semoga tenang di sana, Pomen Zaidi



Sunday, December 15, 2019

Joy

Bulan Disember sinonim dengan Krismas
Santa gemuk berbaju merah.
Pokok Krismas yang besar.

Joy yang cuba ditonjolkan itu boleh terasa.
Kepada orang bergelar Muslim.
Terutamanya kepada kanak kanak.

Dahulunya Krismas lebih ditunggu.
Tarikhnya sentiasa semasa cuti akhir tahun.
Ketika inilah penuh dengan rancangan kartun.

Berbeza pula hari raya.
Dimomokkan dengan iklan duka.
Si ibu rindukan anak anak.
Anak perantau yang lupa kampung.

Iklan seperti ini tiada pula sewaktu Krismas
Yang ada hanyalah mesej gembira.

Bukankah hari raya adalah kemenangan
Dimana kita harus bergembira



Wednesday, December 11, 2019

BBW 2019

Kuantiti buku yang sama.
Tempat yang sama.
Harga sedikit naik.

Dahulu jalan sesak teruk kerana BBW.
Sekarang tidak seteruk dahulu.

Pertamanya kerana pengurusan lebih baik.
Keduanya kerana pengunjung yang tidak seramai dahulu.

Mungkin sudah sejuk di mata rakyat Malaysia.
Atau mungkin kerana BBW sudah kerap dibuat di hampir setiap negeri.

Skala di negeri lain tidak semega di Mines.
Tetapi ia mungkin mengurangkan momentum.

Percaya atau tidak.
BBW pun terpaksa berubah mencari pelanggan.

Tidak seperti satu masa dahulu.
Pelanggan berpusu mencari mereka.

Selamat datang ke disruptive world.
Dan juga era kemelesetan ekonomi.

Sunday, December 8, 2019

Melaka

Sebuah kota yang pernah gah.
Menjadi rebutan kolonial.

Pusat perdagangan yang tersohor.
Lokasi transit kapal laut.

Kini kelihatan lesu.
Hanya tinggal sejarah.

Sekali imbas.
Bagai tidak percaya kota ini pernah berkuasa dan terkenal.

Serba serbi tak kena.
Cuma berimaginasi tetapi masih sama.

Ini harga sebuah sejarah.
Yang lalu tidak bermakna tiket berjaya.

Inilah sejarah.
Dimana empayar hancur kerana khianat.



Tuesday, December 3, 2019

ATM

Seperti yang ditulis sebelum ini.
Geram dengan gelagat manusia.
Saat mereka menggunakan ATM.

Berulang kali kad dicucuk untuk semak baki.
Kesannya orang di belakang menunggu lama.

Semak baki pertama tetapi tiada.
Dicubanya kali kedua.
Sehingga ketiga.

Terasa ingin melenting dan menegur.
Tetapi dalam saat yang sama terdetik rasa besimpati.

Mungkin mereka benar benar berharap duit itu.
Atau mungkin dijanjikan gaji mingguan.

Wallahualam.
May Allah ease their burden

Sunday, December 1, 2019