Pages

Saturday, December 27, 2008

Boxing day

Mari keluar membeli belah sambil menumbuk orang lain....

Selamat mengeringkan poket yang sememangnya sudah kering.

Barang yang ingin dibeli

1. External hard drive
2. TV plasma. ( Terasa seperti membazir)

Saya akan cuba mengawal diri daripada berbelanja berlebihan kerana saya banyak menghabiskan duit pada "boxing day" tahun lepas..





Friday, December 26, 2008

Andai kau tahu segalanya...

Salam Rakan-Rakan,

Saya baru sahaja mendapat berita yang rakan saya bernama Hilmi baru sahaja selesai menjalani pembedahan membuang apendiks. Saya berharap beliau sembuh sepenuhnya sebelum sesi universiti musim sejuk bermula. Ini merupakan kes kedua apendiks yang melibatkan rakyat Malaysia di Edmonton. 

Sebaik sahaja mendapat berita tersebut, saya termenung seketika memikirkan faktor yang menyebabkan masalah apendiks. Saya masih teringat kata-kata guru saya yang mengatakan apendiks tidak mempunyai fungsi yang khusus dalam mekanisme tubuh badan manusia. Dalam erti kata lain ketiadaan apendiks tidak akan menjejaskan mekanisme tubuh badan manusia. Namun begitu, apendiks pasti mempunyai fungsi khusus yang belum didedahkan oleh manusia kerana setiap ciptaan Allah pasti ada manfaatnya. Saya berharap rakan-rakan yang mempunyai maklumat mengenai penyakit ini dapat berkongsi bersama secebis ilmu tersebut.


Penulis berasa hairan dengan sikap segelintir masyarakat yang bersikap pelik dan ganjil dalam meneruskan hidup mereka. Malah golongan gemar menyalahkan pihak lain di atas kegagalan yang dialami oleh mereka.

Kisah seorang penglipur lara

Seorang penglipur lara dengan bangganya mencanangkan kepada satu dunia bahawa beliau akan membinan sebuah kerajaan yang unggul setelah menjatuhkan sebuah pemerintahan yang zalim di negaranya. Kisah ini dicanangkan sehingga ke merata tempat oleh sang penglipur lara dengan sepenuh hati. Yang menariknya pengikut-pengikutnya menaruh sepenuh kepercayaan kepada penglipur lara walaupun harapan itu belum pasti. Namun si penglipur lara ini tidak berputus asa memberi harapan palsu kepada pengikutnya.

Penglipur lara ini mengatakan bahawa beliau mampu menubuhkan sebuah kerajaan kerana mempunyai bilangan ahli parlimen dari pihak lawan yang cukup untuk berpaling tadah ke partinya. Bagi pengikutnya, beliau merupakan seorang patriot yang amat disegani dan mempunyai kepimpinan tahap tinggi. Persoalannya, mengapa sang pelipur ini tidak meminta ahli parlimen terbabit meletak jawatan agar pilihanraya kecil dapat dijalankan dengan segera? Ternyata sang pelipur yang selalu megkritik kerajaan hanya seorang yang bacul dan hanya mampur berkata-kata kosong. Malah rakan seperjuangan beliau yang selalu merantau dengan roket juga mengkritik mengatakan tindakan melompat parti adalah satu tindakan yang tidak terhormat.

Tetapi yang uniknya, rakan seperjuangan yang bermain bulan ternyata menyokong cara penglipur lara terbabit. Malah media mereka digunakan untuk menghentam pihak lawan dengan menyatakan bahawa pihak lawan pernah menggunakan taktik yang sama terhadapa mereka. Persoalannya, apa beza kita dengan seorang pencuri jika kita pun seorang pencuri. Renungkanlah.

Dalam dunia tanpa sempadan hari ini, saya pasti rakyat mampu mengakses maklumat dengan mudah dan mereka mampu menggunakan akal fikiran mereka bagi membezakan anatra hitam dan putih. Yang menariknya, media A dituduh sebagai melaporkan cerita-cerita yang tidak benar dan hanya melaporkan perkara buruk tentang kem penglipur lara.
 
Adakah kem penglipur lara begitu maksum sekali? Adakah media pihak penglipur lara itu wahyu ALLAH? Jawapannya TIDAK.... Begitu juga keadaanya dengan pihak A kerana tiada seorang manusia pun yang sempurna dari kesilapan.

Apabila media A melaporkan kepincangan pihak penglipur lara, maka media terbabit dituduh sebagai pembelit. Namun apabila media penglipur lara melaporkan  sesuatu yang masih tidak pasti kesahihannya,pengikutnya dengan sepenuh hati percaya apa sahaja yang dilaporkan oleh media mereka.


Saya bukan mengatakan yang pihak A sempurna dan saya juga tidak menyokong sepenuhnya kepimpinan pihak A dalam menerajui negara. Namun inilah yang dikatakan demokrasi yang memberi kuasa kepada rakyat untuk memilih. Pihak A sudah dipilih oleh rakyat untuk memerintah jadi kita sebagai rakyat haruslah menerima keputusan majoriti rakyat.

Begitu juga kisahnya di pihak penglipur lara, mereka juga telah berjaya mempunyai beberapa kerajaan sendiri yang membuktikan sokongan rakyat kepada mereka. Kemenangan mereka juga tidak harus disangkal kerana rakyat telah bersuara dalam pilihan raya yang lepas. 

Saya rasa saya harus meletakkan noktah disini kerana isu ini jika dihuraikan pasti mengundang pelbagai reaksi dari pelbagai pihak.

Saya kecewa dengan pihak A tetapi saya kesal dengan pendekatan penglipur lara. Ini pegangan saya, jadi saya pinta rakan-rakan untuk menghormatinya. Yang pastinya pilihanraya umum dan 16 September sudah berlalu namun pahat masih berbunyi walaupun rumah sudah siap dibina.


P/s : saya tidak menyokong mana-mana pihak pada ketika ini kerana perjuangan kedua dua pihak ternyata mengusutkan pemikiran saya.

P/s/s: saya berharap seorang insan akan mengubah senario yang berlaku pada hari ini.

p/s/s/s: Jangan saman saya dan jangan hanya tahu menghentam tanpa sebab kerana ini yang dikatakan kebebasan bersuara

p/s/s/s/s: kepada manusia yang memanggil pihak lain sebagai beruk-beruk di jalanan. Sedarlah yang hukum Allah bukan tanggungjawab satu pihak tetapi tanggungjawab semua muslim.

Friday, December 19, 2008

Asam Garam.

Salam rakan pembaca,

Peperiksaan....

Sudah lama agaknya blog ini sunyi tanpa sebarang berita. Seolah-olah blog ini dilanggar oleh garuda yang kelaparan.

Saya tidak mampu meluangkan masa yang secukupnya untuk mengemaskini blog ini kerana kesibukan yang melanda diri akibat peperiksaan akhir semester. Syukur alhamdullilah, saya berjaya menjalani musim peperiksaan pada kali ini dalam keadaan yang lancar. Sebagai seorang pelajar saya telah berusaha dengan sebaik-baiknya dan kini hanya berserah kepada ketentuan Illahi.

Apabila bercakap mengenai peperiksaan, saya pasti ramai yang mengeluh dan merungut mengenai persediaan menghadapi peperiksaan. Dengan erti kata lain, kebanyakan pelajar membenci peperiksaan walaupun pada hakikatnya mereka sedar peperiksaan adalah asam garam kehidupan seorang pelajar. Seharusnya kita bersyukur kerana kita telah diberi peringatan awal berupa tarikh peperiksaan yang membolehkan kita bersedia secukupnya itu menghadapinya. Namun begitu, apakah persediaan kita bagi menghadapi ALLAH? Saya yakin kita pasti akan kelam kabut umpama cicak kehilangan ekor jika kita mampu mengetahui tarikh kematian kita. Sudah pasti, semua insan termasuklah saya sendiri akan meluangkan sepenuh masa bagi memohon keampunanNYA.

Saya hanya ingin memesan sesuatu kepada rakan-rakan. Sesungguhnya peperiksaan itu asam garam sebagai pelajar namun KEMATIAN itu adalah PASTI. Mari kita sama-sama memperbaiki kelemahan diri agar kita tergolong sebagai hamba-hambaNYA yang beriman.


ARTIS BARU DI JERMAN...

Sila tonton video di bawah ini. Penyanyi tersebut merupakan sahabat saya yang sedang melanjutkan di Jerman.



p/s : doakan kejayaan saya di University of Alberta..

Wednesday, November 19, 2008

Edisi Siasat

Salam rakan pembaca,

1. Saya agak tertekan kerana gagal melakukan yang terbaik untuk kerja makmal E E 240 pada pagi tadi. Ini disebabkan kegagalan saya memahami arahan dengan sebaiknya dan disebabkan oleh kekurangan tenaga pengajar pada hari ini.

2. Hari ini Robert Fedosjeves digantikan oleh saudara PAYAM menyebabkan satu kelas tidak memahami material yang cuba disampaikan beliau. Beliau hanya tahu tersengih di hadapan kelas dan membuat riak muka yang malas apabila ditanya soalan kepada beliau.

3. Ketika melayari youtube sebentar saja tadi, saya menemui sesuatu yang agak menarik untuk dikongsi bersama rakan-rakan. Sila tonton video di bawah.





4. Saya rasa nak memberi penendang tahap kelima kepada manusia seperti di atas ini. Beliau tidak sepatutnya mengambil kesempatan terhadap kesusahan orang lain

Friday, November 14, 2008

Seloka

Bijan bercuti ke Bagan Datok,
Mencari satay berkuah kari,
Jangan disentuh daging katok,
Jika daging halal boleh dicari,

Ah Chong dipukul hingga berbirat,
Dipukul sampai malam buta,
Jangan diguna alasan darurat,
Bagi menghalalkan cara kita.

Kera disuruh memetik kelapa,
Kerja dibuat dengan taat,
Jangan kamu berbuat lupa,
Haloween ditegah khutbah Jumaat,

Hang Tuah bertarung atas talam,
Abang Razly orang Sabah,
Kenapa mesti ke kelab malam,
Jika masjid tersergam indah.

Istana Meranti asasnya kayu,
Dikawal oleh pengawal perkasa,
Kalau kamu anak melayu,
Jaga adab sepanjang masa.

Pak Samad terbatuk-batuk,
Anak ayam berlari-lari,
Kalau kamu sudah terhantuk,
Cepatlah bangun buktikan diri.

Zorro itu orangnya kacak,
Ali berhijrah dari Kelantan,
Dimana saja Bumi dipijak,
Jangan kamu lupa daratan.

Zaid Ibrahim orang Umno,
ISA tetap dianggap salah,
Jangan malu dianggap kuno,
Dalam menegakkan hukum Allah,

Smallville versi baru Superman,
Mampu bergerak macam kilat,
Wahai teman orang budiman,
Berhenti merokok sebelum terlambat,

Dalam hidup mesti bersabar,
Piko dan Shakir sudah bertegur sapa,
Azam dibuat dengan berkobar,
Tapi hancur kerana alpa,

Bila belajar jangan malas,
Jika tidak hidup menderita,
Kalau ada terasa pedas,
Ampun maaf saya pinta.

Nukilan: Mohd Akmal Mehat

p/s: Fikirkanlah motif kita sejenak
p/p/s: pengawas pusat sumber (cilok dari azraf)
p/p/p/s: Tyrox San bercadang untuk menghasilkan sebuah syair untuk topik seterusnya.
p/p/p/p/s: Saudara Bijan akan menjadi model utama bagi topik yang akan datang.

Thursday, November 13, 2008

Luluh

Oh insan,
Dulunya kau hanya insan kerdil,
Yang tidak bisa mengenal dunia,
Yang mentah dengan permainan licik syaitan.

Oh insan,
Kau berjaya kerana DIA mengizinkannya,
Kau berjaya berkat doa ibu bapa mu,
Kau berjaya kerana kegigihanmu.

Oh insan,
Kau diberikan pena emas oleh rakyat,
Yang percaya kau insan yang terpilih,
Yang percaya kau mampu mengegar dunia.

Oh insan,
Hari ini kau melangkah laju di Bumi Allah,
Langkah mu bergaya tapi ia longlai,
Longlai dek pupusnya jati diri mu.

Oh insan,
Jangan kau lupa menoleh ke belakang,
Kerana tanpa sejarah dirimu tidak bermakna,
Kerana sejarah banyak menghukum kealpaan manusia.

Oh insan,
Janji manis mu bak tebu di bibir mulut,
Begitu mudah kau menabur janji pada ketika dulu,
Begitu mudah juga kau mengkhianatinya,

Oh insan,
Di mana ruang kau berada,
Kau hamba Allah,
Kau umat Muhammad,
Kau rakyat Malaysia.

Oh insan,
Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
Tapi jangan kamu menggadai harga dirimu,
Kerana adaptasi mu itu sudah menyimpang.

Oh insan,
Kau mencari kesenangan dunia,
Namun kau lupa keredhaan Illahi.
Hari ini kau gembira,
Jangan esok kau menangis seorang diri.

Oh insan,
Jangan pisang berbuah dua kali,
Kerana kegalalan membawa erti tangisan ibu bapa mu,
Janji palsu mu tidak akan bererti lagi.

Oh insan,
Bangkit dari tidurmu,
Kerana masa terus berlalu tanpa kau sedari,
Bangkitlah insan...

Nukilan : Mohd Akmal Mehat




Monday, November 10, 2008

Peti merah!!!!

Salam rakan pembaca?

Apa khabar saudara/saudari semua? Saya harap semuanya dalam keadaan dalam sihat sejahtera atau dalam ayat karangan bahasa inggeris "pink of health".

Apabila disebut sahaja perkataan "pink of health" ini, saya berasa agak kelakar kerana pernah diseru dengan bersungguh-sungguh oleh guru bahasa inggeris untuk menggunakan ayat ini dalam karangan berformat surat tidak formal. Katanya ayat tersebut berbunga dan boleh meninggikan markah karangan yang dihasilkan tetapi kebenarannya tidak dapat saya pastikan.

Surat ku padanya.....

Pernahkah rakan-rakan menulis surat kepada seseorang yang diminati/dicintai ketika berada di bangku sekolah???? Saya mengaku pernah menulis surat kepada seorang gadis ketika berusia 14 tahun (kategori: cinta monyet). Nama gadis tersebut ialah %%^%^%^. Akibat terikut dengan gaya penulisan menggunakan ayat "pink of health" , saya telah menggunakan yang ayat tahap formal hingga ke akhir surat tersebut.

Seorang rakan saya turut membantu saya menggarap surat kepada gadis tersebut. Entah di mana silapnya, kami menulis surat tersebut seolah-olah menulis kertas peperiksaan PMR. Setelah selesai menulis surat terbabit, kami berdua membaca bagi mengesan sebarang kesilapan dan bersyukur kerana tiada kesalahan bahasa yang wujud dalam surat itu. Kami berdua berasa bangga kerana berjaya menghasilkan surat yang begitu formal dalam bahasa inggeris untuk seorang gadis.

Setelah memasukkan surat tersebut ke dalam peti surat merah, saya menyedari surat terbabit hanya sesuai untuk digred oleh seorang pemeriksa kertas peperiksaan. Saya dan rakan saya hanya mampu menahan ketawa apabila mengenangkan surat yang dihasilkan kami berdua. Namun yang merasa kesan tentulah saya kerana saya dengan bersahaja meletakkan nama penuh saya mengikut format surat tidak formal. Ketika itu saya hanya mampu berdoa yang si dia tidak akan membuka mulut kepada orang lain tentang surat terbabit. Jika diikutkan hati saya pada ketika itu, peti surat merah harus dikumpil atau diletupkan bagi menghalang surat tersebut sampai ke tangan penerima.


Setelah peristiwa tersebut saya pergi ke sekolah dengan perasaan gementar kerana risau gadis terbabit menghebohkan berita itu kepada pelajar lain. Setelah seminggu berlalu, saya menerima sepucuk surat di bawah meja tulis saya. Surat tersebut sangat ringkas sekali dan ianya bertulis " Saya suka ayat awak!!!!!" Saya tidak menyangka seorang gadis dari kedah membalas surat menggunakan panggilan awak bukannya hang (panggilan awak di kedah).

Surat ringkas terbabit telah membuatkan saya tersenyum seorang diri sepanjang persekolahan pada hari tersebut. Namun begitu, saya merasa kecewa apabila si dia seolah mengelak dari bertembung saya pada hari itu. Ini menyebabkan saya merasakan surat ringkas bukan ditulis oleh gadis itu tetapi dihasilkan oleh rakan-rakannya.

Kalau tidak mencuba, peluang kita mungkin tidak hadir selamanya. Tetapi kita mempunyai peluang jika kita melakukan percubaan bagi merealisasikan impian kita. Sebaik sahaja saya tiba di rumah, saya menerima panggilan dari gadis terbabit. Saya tergamam kerana hampir patah hati mengenangkan kasih yang tidak berbalas namun semuanya berubah dengan surat terbabit.
Atas sebab-sebab yang tertentu saya hanya mampu berkongsi memori tersebut setakat ini sahaja. Pengalaman tersebut hanya boleh dikenang sebagai memori indah ketika bangku sekolah. Saya sudah mempunyai hidup saya sendiri dan saya percaya gadis tersebut juga mempunya hidup yang lebih indah pada ketika ini.

Sila dengar lagu ini kerana ia mungkin mengingatkan kita pada kenangan lalu. Jangan dibiarkan kenangan itu berlalu begitu sahaja tetapi jadikannya sebagai pedoman bagi meneruskan hidup.



P/s:

1) Jangan dilepaskan peluang di hadapan mata jika kita yakin pada kemungkinan dan risiko yang ada.

2) Saya bahagia dengan hidup saya pada ketika ini....

3) Jangan membenci kenangan lalu kerana setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.

4) Saya bukan jiwang!!!!!!.

Dinosaur

Salam rakan-rakan

  1. Adakah dinosaur wujud pada satu ketika dahulu di muka bumi ini
  2. Apakah rupa dinosaur menyamai gambar-gambar yang dilihat oleh kita di buku-buku fiksyen Sains?
  3. Bagaimana dinosaur pupus dari muka Bumi?
  4. Adakah dinosaur wujud sebelum atau selepas Nabi Adam A.S ?

Saya tidak boleh memberi jawapan yang tepat terhadap soalan-soalan di atas. Walaubagaimanapun, saya ingin mengajak rakan-rakan untuk berfikir sejenak bagi mencari jawapan yang tepat.

Walaupun saya tidak pasti dengan kewujudan dinosaur tetapi saya meminati spesis dinosaur yang bernama T-Rex. Nama TyroX diolah dari nama T-Rex.

Tanpa membuang masa, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi beberapa gambar yang diambil ketika lawatan ke DrumHeller yang juga dikenali sebagai bandar dinosaur di Kanada..

Gambar......





Pelik benar wajah aku





Amirah bersama kamera barunya.

Gadis-gadis dinosaur






Oh shakir


Royal Tyrell Museum




Pemuda di jalanan





Gunakanlah Colgate




Jumpa kawan lama

Sebelum dimakan kawan lama






Di sebuah lembah misteri


P/S:

1. Saya memang tidak pandai bergaya di hadapan kamera
2. Misai sudah dicukur...
3. Selamat malam
4. Merancang untuk ke kelab malam bersama Azraf. hahaha


Monday, October 27, 2008

Sonata di Edmonton

Salam rakan pembaca,

  • Semalam iaitu hari Sabtu (25 Oktober 2008) salju halus turun dari langit biru Edmonton
  • Mungkin sudah tiba masanya untuk saya mengeluarkan baju musim sejuk bagi menyambut kedatangan musim sejuk di sini.
  • Walaupun hanya salju halus yang kelihatan namun suhu sudah pun mencecah 0 darjah Celsius. Suhu semasa ketika saya sedang menulis bersamaan dengan -1 darjah Celsius tetapi langit kelihatan cerah dan cantik.
  • Semalam, kami semua lari lintang pukang apabila angin sejuk yang kencang secara tetiba bertiup di kawasan kami bermain bola.
  • Hari ini merupakan hari terakhir untuk pameran/festival/karnival/lelongan barangan musim sejuk di Sportex Edmonton. Saya tidak berkesempatan untuk menjejakkankaki ke sana kerana sibuk menyiapkan kerja rumah dan mengulangkaji untuk peperiksaan.
  • Saya nak beli SNOWBOARD pada tahun ini walau apa jua berlaku.
  • Esok merupakan hari terakhir peperiksaan pertengahan tahun.



Video....

Kepada sesiapa yang selalu buat muka tidak percaya dengan kesejukan musim sejuk di Edmonton, sila tonton video ini.

Monday, October 13, 2008

Comel



Bahagian tidak lengkap



Bahagian lengkap



Video kegemaran sepanjang zaman oleh saudara Rahman

LUtuT

Salam,

Saya mungkin terpaksa menghabiskan masa seharian di rumah kerana kesakitan yang dialami pada bahagian lutut masih belum pulih sepenuhnya. Kesakitan yang di alami menyebabkan kaki saya tidak boleh dibengkokkan dan mahupun diluruskan sepenuhnya. Saya baru sahaja bercakap dengan Leonora (Penolong Pengurus Winners) mengenai kesakitan yang dialami oleh saya dan beliau terus melarang saya daripada hadir ke tempat kerja.

EBAY.......

Saya agak gemar membeli belah menggunakan ebay kerana harga yang ditawarkan agak berpatutan. Saya sudah membeli 2 "memory stick" daripada ebay untuk kegunaan psp dan kamera digital. Namun begitu, satu daripada "memory stick" tersebut adalah barangan tiruan yang menyebabkan kamera saya gagal berfungsi dengan sebaiknya. Kebanyakan gambar yang ditangkap akan rosak dengan sendirinya. Malah, masa yang diambil untuk memindahkan fail-fail ke komputer juga panjang. Saya menasihatkan rakan-rakan agar berhati-hati ketika membeli barangan daripada "ebay" kerana kita mungkin ditipu oleh anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab.

Faktor kesakitan lutut.

Kesakitan lutut ini berlaku ketika bermain bola sepak pada hari Jumaat yang lepas. Entah di mana silapnya pada hari itu, saudara Ali Ashraf seolah-olah naik minyak seumpama seladang jantan apabila beliau gagal menyumbatkan gol bagi pasukannya. Ali merupakan ayam tambatan bagi pasukan yang disertai oleh beliau, Razly dan Rahman. Status sedemikian mungkin menyebabkan Ali merasakan tekanan yang amat sangat untuk menyumbat sebutir gol.

Akibatnya, Ali bermain dengan agresif umpama sang harimau mengejar sang kancil di hutan belantara. Tidak cukup dengan menggasak pemain lawan, beliau membentes secara keras untuk mendapatkan bola dari pihak lawannya. Kami semua agak gusar melihatkan cara permainan Ali yang agak agresif kerana Ali seolah-olah menganggap permainan tersebut sebagai sesuatu yang amat serius.

Disebabkan Ali menunjukkan wajah yang amat serius dan bengis ketika bermain, kami semua hanya mampu membisu seribu bahasa. Rahman dan Razly yang merupakan ahli pasukan Ali terpaku apabila melihat Ali membentes Shakir hingga berguling-guling macam tenggiling. (Bak kata Sin Chan)

Sesunguhnya malang tidak berbau wangi mahupun busuk. Ketika saya membawa bola ke arah pintu gol, Ali meluru dengan laju ke arah saya untuk merampas bola. Ali tersepak kaki saya yang menyebabkan saya hilang kawalan lalu rebah atas tanah. Disebabkan lutut saya mendarat terlebih dahulu, impuls yang dirasai pada bahagian berkenaan menyebabkan kesakitan yang amat sangat. Setelah itu, permainan terpaksa dihentikan di mana Ali hanya memandang dari jauh dengan muka bersalah. Saya pula tidak mampu berdiri kerana mahupun membengkokkan kaki kanan saya.


Kami semua tidak menyangka seorang sahabat yang begitu murah dengan senyuman dan lembut hati boleh bertukar menjadi seorang yang amat agresif. Kemungkinan besar tekanan dalam pelajaran menyebabkan Ali memilih untuk menyalurkannya di padang. Namun begitu, teknik mengurangkan stressnya membawa bahana kepada orang lain. isk2





Cerita lagi


Sebenarnya cerita diatas hanya rekaan semata-mata. Saya mengalami kesakitan lutut kerana kesilapan yang dilakukan oleh diri sendiri ketika di atas padang.

Ketika itu, saya mendapat lorongan yang cantik dari Muhaymin. Melihatkan batang gol yang kosong, saya membawa bola dengan laju dan cuba merembat dengan menggunakan kaki kiri walaupun pada hakikatnya saya hanya cekap bermain dengan kaki kanan sahaja.

Akibat mendaratkan kaki kanan secara "terlalu" lurus, hentakan yang dialami pada bahagian lutut menyebabkan saya hanya mampu "tersenyum" sebelum rebah ke Bumi. Disebabkan kesilapan saya, rakan-rakan yang bersungguh-sungguh ingin bermain bola pada petang itu terutamanya Ali terpaksa menghentikan perlawanan lebih awal.

Sehingga hari ini iaitu hari Ahad bersamaan dengan 12 Oktober 2008, kaki kanan saya masih belum pulih sepenuhnya. Saya berharap kaki ini akan sembuh kelas bermula pada hari Isnin ini.

ECE 200

  1. Tajuk yang dipilih untuk dipersembahkan dihadapan 60 orang pelajar UoA dan Dr. Y Li ialah "Stun gun and the effects on the human body".
  2. Sesiapa yang mempunyai sebarang cadangan mengenai tajuk ini, saya pinta kerjasama untuk berkongsinya dengan saya.




P/S:
  1. Saya memohon maaf kepada Ali kerana membuat cerita dongeng menggunakan nama beliau.
  2. Sebenarnya saya hanya ingin menggambarkan semangat juang rakan-rakan saya ketika bermain bola walaupun berpuasa Syawal dan suhu persekitaran pada ketika itu adalah 1 darjah Celcis
  3. Ali masih Single..... cepat2 sebelum terlambat..... rugi kalau terlepas seorang lelaki seperti beliau. hehe.
  4. Istilah batang gol merujuk kepada pokok yang dijadikan sebagai gol memandangkan bilangan pemain yang agak kecil
Persahabatan merupakan ikatan yang amat berharga dalam hidup seorang insan



Sunday, October 12, 2008

Dari IKEA ke HUB residence

Berat keseluruhan 500 kg



Cadar khas dari Malaysia


Meja




Pokemon dapat sahabat baru

Fall 2008



Cameron Library


Jauh


Dekat



Lelaki Metroseksual di Edmonton


p/s: Bila pokok-pokok di Edmonton hanya tinggal batang kayu sahaja, ia bermakna musim peperiksaan pertengahan semester..

Selamat Hari Lahir

Gambar sahaja

SELAMAT HARI LAHIR TYROX SAN



Terima kasih Min dan Ali


Ketawa mengalahkan orang yang sambut hari jadi



Terima kasih Abang Safwan kerana KABSA



p/s: terima kasih kepada semua......

Topik Lapuk

Salam,

Saya semakin malas nak tulis blog jadi saya hanya meletakkan gambar untuk tatapan rakan-rakan pembaca.

MALAM RAYA

Shakir sedang menggoreng


Meja yang bersih

Penulis sedang ........




PAGI RAYA

Ini hasilnya

Shakir nampak rakus


Wednesday, October 8, 2008

Topik Kosong

Saya suka E E 240
Saya suka E E 240
Saya suka E E 240
Saya suka E E 240
Saya suka E E 240
Saya suka E E 240
Saya suka E E 240
Saya suka E E 240
Saya suka E E 240
Saya suka E E 240
Saya suka E E 240
Saya suka E E 240
Saya suka E E 240

Robert Fedosjevs
Robert Fedosjevs
Robert Fedosjevs
Robert Fedosjevs
Robert Fedosjevs
Robert Fedosjevs
Robert Fedosjevs
Robert Fedosjevs
Robert Fedosjevs
Robert Fedosjevs
Robert Fedosjevs
Robert Fedosjevs
Robert Fedosjevs

Assignment terlalu mudah untuk diriku
Assignment terlalu mudah untuk diriku
Assignment terlalu mudah untuk diriku
Assignment terlalu mudah untuk diriku
Assignment terlalu mudah untuk diriku
Assignment terlalu mudah untuk diriku
Assignment terlalu mudah untuk diriku
Assignment terlalu mudah untuk diriku
Assignment terlalu mudah untuk diriku
Assignment terlalu mudah untuk diriku
Assignment terlalu mudah untuk diriku
Assignment terlalu mudah untuk diriku
Assignment terlalu mudah untuk diriku
Assignment terlalu mudah untuk diriku
Assignment terlalu mudah untuk diriku
Assignment terlalu mudah untuk diriku
Assignment terlalu mudah untuk diriku
Assignment terlalu mudah untuk diriku
Assignment terlalu mudah untuk diriku


Hidup tanpa tekanan sambil menyebut "eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee"
Hidup tanpa tekanan sambil menyebut "eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee"
Hidup tanpa tekanan sambil menyebut "eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee"
Hidup tanpa tekanan sambil menyebut "eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee"
Hidup tanpa tekanan sambil menyebut "eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee"'
Hidup tanpa tekanan sambil menyebut "eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee"
Hidup tanpa tekanan sambil menyebut "eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee"
Hidup tanpa tekanan sambil menyebut "eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee"
Hidup tanpa tekanan sambil menyebut "eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee"
Hidup tanpa tekanan sambil menyebut "eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee"
Hidup tanpa tekanan sambil menyebut "eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee



Jangan antar kertas kosong tapi antar kertas lukisan doraemon.

Jangan antar kertas kosong tapi antar kertas lukisan doraemon.

Jangan antar kertas kosong tapi antar kertas lukisan doraemon.

Jangan antar kertas kosong tapi antar kertas lukisan doraemon.

Jangan antar kertas kosong tapi antar kertas lukisan doraemon.


Thevenin tidak memeningkan tetapi menyenangkan
Thevenin tidak memeningkan tetapi menyenangkan

Thevenin tidak memeningkan tetapi menyenangkan
Thevenin tidak memeningkan tetapi menyenangkan

Thevenin tidak memeningkan tetapi menyenangkan
Thevenin tidak memeningkan tetapi menyenangkan

Thevenin tidak memeningkan tetapi menyenangkan
Thevenin tidak memeningkan tetapi menyenangkan

Thevenin tidak memeningkan tetapi menyenangkan
Thevenin tidak memeningkan tetapi menyenangkan


Guna Norton untuk bunuh virus
Guna Norton untuk bunuh virus
Guna Norton untuk bunuh virus'
Guna Norton untuk bunuh virus
Guna Norton untuk bunuh virus
Guna Norton untuk bunuh virus

Sunday, September 21, 2008

Pagi yang indah

Salam Rakan Pembaca,

Akhir Ramadan

Hari ini genap 20 hari umat Islam di Kanada menunaikan ibadah puasa Ramadan. Saya yakin rakan pembaca pasti pernah mendengar perihal 20 malam terakhir di bulan Ramadan. Umat Islam digalakkan untuk menggandakan ibadah dalam tempoh ini bagi mendapatkan manfaat dari LailatulQadar. Ibadah yang dilakukan pada malam ini menyamai dengan ibadah yang dilakukan selama 1000 bulan. Oleh yang demikian, saya menyeru rakan-rakan untuk mengisi malam-malam terakhir Ramadan ini dengan sebaik-baiknya kerana kita tidak pasti samada jasad kita masih bernyawa untuk menyambut kedatangan Ramadan yang akan datang. Jika sebelum ini kita tidak berupaya untuk melakukan solat sunat terawikh, saya berdoa agar kita semua dibukakan hati oleh Allah S.W.T bagi merebut peluang keemasan di ambang perpisahan kita dengan Ramadan. Jika rakan-rakan berminat untuk mendapatkan bukti mengenai kewujudan Lailatul Qadar, sila klik sini (kredit untuk ahlami)

Seorang rakan saya pernah berkata," Hipokrit benar orang yang datang terawikh di akhir Ramadan sedangkan orang tersebut tidak pernah datang di awal Ramadan". Pada pendapat saya, tanggungjawab kita sebagai muslim di Bumi ini adalah beribadah kepada Allah S.W.T. Samada ibadah tersebut diterima oleh Allah S.W.T atau tidak ianya bukan urusan kita sebagai insan yang kerdil. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah terhadap hamba-hambaNYa. Secara perbandingan, jika kita ditawarkan kebijaksaan yang tinggi di saat-saat akhir sebelum mengambil peperiksaan, sudah tentu kita akan mengambil peluang tersebut walaupun pada hakikinya kita tidak meletakkan usaha yang konsisten sejak permulaan semester bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang. Sekali lagi, saya menyeru rakan-rakan untuk meluangkan masa bagi menggandakan ibadah kita di akhir Ramadan.

Hujung Minggu

Sahabat saya, Ali Ashraf baru sahaja tiba di rumah dari Misericordia Community Hospital yang terletak berhampiran West Edmonton Mall. Beliau meluangkan satu malam di hospital berkenaan bagi menemani Encik Mazri yang dibawa ke hospital kerana mengalami kesakitan dalam perut. Ali nampak keletihan kerana beliau tidak melelapkan mata sepanjang malam bagi menenangkan Encik Mazri yang menanggung kesakitan dalam perut. Alhamdulillah, tepat jam 10 pagi tadi, Encik Mazri sudah dimasukkan ke bilik pembedahan.

Kisah Paramedik.

Semalam. saya agak menggelabah apabila mendengar Encik Mazri mengerang kesakitan sambil memegang perutnya dalam bilik Razly. Encik Mazri datang ke rumah kami untuk menunaikan solat terawih secara berjemaah tetapi beliau tidak terus pulang ke rumahnya kerana badannya yang kurang sihat. Kami semua menyangka masalah yang dihadapi oleh Encik Mazri itu hanya masalah kecil seperti senak perut atau sakit perut.

Disebabkan Encik Mazri tidak mampu mengagahkan dirinya untuk bergerak, saya dipinta oleh rakan-rakan untuk menelefon ambulan (juga dikenali sebagai Emergency Medical Services). Operator kecemasan memaklumkan pasukan paramedik sudah bergerak ke rumah saya bagi memberi perkhidmatan kecemasan. Ini merupakan kali pertama, saya menelefon ambulan dalam hidup saya.

Selang 10-15 minit, pihak paramedik tiba di rumah bersama alat-alat seperti dalam siri " E.R". Saya agak kagum dengan mana-mana insan yang menyarungkan pakaian seragam khas ketika berkerja seperti paramedik dan polis. Terdetik dalam hati untuk mengambil gambar ketika pasukan paramedik tersebut memeriksa Encik Mazri. Namun hasrat berkenaan terpaksa dibatalkan kerana tindakan itu agak kurang sopan di kala Encik Mazri sedang mengerang kesakitan yang amat sangat. Kami semua hanya terpaku di muka pintu tatkala paramedik memeriksa dan menyoal Encik Mazri.

Selepas itu, kami dimaklumkan yang Encik Mazri terpaksa dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut. Namun begitu, paramedik terbabit memohon Encik Mazri menuruni tangga setinggi tingkat tiga kerana mereka tidak dibenarkan menggunakan pengusung di kawasan tangga atas sebab-sebab keselamatan.

Walaupun bilangan kami agak ramai untuk membantu Encik Mazri namun kami tidak mampu berbuat apa-apa kerana lebar tangga yang kecil. Sebaik sahaja sampai ke ambulan berkenaan, Ali mengiringi Encik Mazri ke hospital.

Awal pagi tadi, Ali menelefon saya bagi memaklumkan keaadan Encik Mazri. Beliau mengalami kesakitan yang amat sangat kerana masalah apendiks. Mari kita mendoakan keselamatan Encik Mazri sepanjang pembedahan sedang yang berlangsung pada ketika ini. Mudah-mudahan beliau pulih sepenuhnya dalam tempoh masa yang singkat.

Kerja....

Saya pula akan bergerak ke West Edmonton Mall bagi melakukan rutin hujung minggu saya sebagai seorang pekerja Winners. Insya allah saya akan singgah sebentar di hospital bagi melawat Encik Mazri ketika perjalanan pulang dari West Edmonton Mall


~~TyRoX SaN~~

Thursday, September 18, 2008

Drama

Winter Sonata

Can't return to my side, it's impossible now
I console myself that I should stop loving you now
If I can't meet you again,
I really hope to forget you, to forget the entire you in my heart
Every time I want to smile, you let me cry
You make my everything go wrong
Every time I think of you, all my defences gave way
Tried hard to forget you, but I just can't
If I can't meet you again,
I really hope to forget you, to forget the entire you in my heart
Every time I want to smile, you let me cry
You make my everything go wrong
Every time I think of you, all my defences give way
I tried hard to forget you, but I just can't forget
I never know it is so hard to love someone
Every time I want to smile, you let me cry
You make my everything go wrong
Every time I think of you, all my defences gave way
Tried hard to forget you, but I just can't


Petikan kata-kata Yujin yang menyentuh perasaan:

  • I love the same person twice. The only thing I can think of is having him back alive. I don't care if he doesn't love me or if he can't remember. I just want him to live..... Mom, you said I'd pay a price. I'll pay the price..
  • I love you... I will continue to love you.Just keep me in your memory because I'll carry our memories to my grave.


Nota:

Buat sesetengah pembaca, lirik lagu di atas mahupun petikan kata-kata Yujin pasti tidak memberi sebarang kesan. Namun begitu, saya sebagai peminat drama ini merasa tertarik dengan jalan cerita ini yang menyentuh perasaan walaupun pada hakikatnya cerita ini agak berbelit. Jalan ceritanya yang agak kompleks dan penuh dengan konflik inilah yang telah membuatkan drama ini menjadi kegilaan ramai penonton di seluruh dunia.

Pesanan:

  • Jangan asyik melayan drama Korea jika saudara/saudari mempunyai kerja yang perlu diselesaikan kerana drama-drama ini akan menimbulkan semangat ingin tahu yang akhirnya mengakibatkan ketagihan drama.
  • Jangan taksub dengan drama yang ditonton dan cuba mempraktikkannya secara total dalam kehidupan seharian kerana batas agama yang dianuti oleh kita.
  • Anggap drama hanya sebagai hiburan sampingan. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Budaya yang baik harus diaplikasikan dalam kehidupan seharian manakala budaya yang bertentangan dengan agama mesti dijauhi tanpa sebarang kompromi.

~~Penulis keletihan setelah bertungkus lumus menyiapkan dua kerja rumah dalam satu malam

Wednesday, September 17, 2008

Satu Impian Satu Kehidupan..

Salam rakan pembaca,

Sebelum memmbuka bicara, saya ingin mengucapkan," Selamat menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadan al- Mubarak". Tahun ini juga merupakan tahun kedua bagi saya dan rakan-rakan berpuasa di Edmonton,Alberta,Kanada. Namun begitu, waktu berpuasa agak panjang pada tahun ini kerana awal Ramadan jatuh pada penghujung musim panas. Seperti yang sedia maklum, waktu siang lebih panjang daripada waktu malam pada musim panas.

Semester baru....

Semester baru sudah bermula hampir dua minggu. Ini bermakna sudah 2 minggu saya tinggal di rumah baru yang terletak dalam kampus. Walaupun rumah ini tidak sebesar rumah yang didiami oleh saya ketika musim panas lalu, namun harga dan lokasi membuatkan kediaman ini menjadi rebutan ramai pelajar. Sewa bulanan bagi unit yang mempunyai 4 bilik tidur hanya CAD 362.00 yang ternyata amat murah jika dibandingkan dengan rumah-rumah di sekitar University of Alberta. Sewa ini juga meliputi kos utiliti seperti air, elektrik dan gas. Saya amat berpuas hati untuk tinggal di rumah ini biarpun terpaksa melabur sejumlah wang untuk membeli perabot untuk bilik tidur.

Apabila direnungkan kembali, saya merasakan cuti musim panas lalu berlalu dengan pantas sekali. Rutin harian saya pada ketika itu adalah bekerja hampir setiap di Winners. Apabila pulang dari kerja, saya dan rakan saya iaitu Razly akan menghabiskan masa lapang dengan sesuka hati. Waktu untuk tidur dan bermain ketika semester akademik terpaksa dikawal kerana menyedari kerja-kerja rumah dan laporan makmal sentiasa membelenggu diri. Malah saya yakin rakan pelajar terpaksa memikirkan perihal peperiksaan yang sentiasa membuatkan kita semua berwaspada.Situasi ini ternyata berbeza ketika musim panas yang lalu. Saya dan rakan gemar meluangkan masa untuk menonton drama-drama Korea apabila pulang dari tempat kerja. Aktiviti hujung minggu pula diiisi dengan lawatan berbayar ke panggung wayang dan berjalan-jalan di sekitar Edmonton. Suasana seperti itu benar-benar memberi keselesaan kepada saya kerana tidak perlu memikirkan tanggungjawab sebagai pelajar yang perlu mendapat keputusan cemerlang bagi setiap semester sebagaimana yang ditetapkan oleh Yayasan Tenaga Nasional.

Syukur ke hadrat illahi kerana doa dimakbulkan ketika musim panas yang lalu. Elaun sara hidup bagi pelajar tajaan Yayasan Tenaga Nasional telah dinaikkan setaraf dengan elaun yang dinikmati oleh pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam. Terima kasih.


Peristiwa Semalam

iPod yang digunakan oleh saya selama hampir setahun gagal berfungsi secara tiba-tiba. Ketika itu saya cuba untuk mengubah lagu yang dinyanyikan oleh Utada Hikaru kepada lagu yang seterusnya. Saya cuba berfikiran optimis dengan menganggap masalah tersebut dapat diselesaikan apabila iPod saya disambungkan ke komputer. Jangkaan saya meleset sama sekali kerana masalah terbabit tidak dapat diselesaikan walaupun saya sudah mencuba untuk "restore" iPod saya.

Dalam kesedihan pasti ada sinar harapan. Saya berasa gembira apabila mendapati "warranty" yang ditawarkan oleh Apple Canada masih sah sehingga 30 Disember 2008. Hati berasa sukacita apabila memikirkan pihak Apple akan menggantikan iPod yang rosak ini dengan iPod yang baru. Buat pengetahuan rakan pembaca, polisi "warranty" di Kanada amat menyenangkan para pengguna. Sekiranya barang yang dibeli rosak dalam tempoh "warranty", barang gantian akan diberikan tanpa banyak soal.

Impian untuk mendapat iPod baru lebur pada jam 11.45 malam (15/09/2008) lebur apabila iPod saya secara tiba-tiba dapat berfungsi dengan baik tetapi saya kehilangan kesemua data yang disimpan dalam iPod. Secara purata iPod saya mengambil masa selama hampir 10 jam untuk di"restore" oleh komputer........

Sebuah Impian.

Setiap individu mempunyai impian masing-masing kerana impian yang membuatkan kita bersemangat untuk meneruskan satu kehidupan.

Contohnya:

1) Saya mempunyai impian untuk menjadi seorang jurutera elektrik yang disegani dalam bidang profesional dan bidang sosial. Saya juga berharap dapat memiliki gelaran IR. dalam usia 30-an

2) Paklah mempunyai impian untuk kekal berkuasa sebagai Perdana Menteri sehingga tahun 2010.

3) Anwar Ibrahim mempunyai impian mengubah Malaysia pada 16 September 2008 walaupun secara hakikinya tarikh tersebut sudah berlalu. Beliau mungkin akan melakukan perubahan pada impian tersebut agar ianya dapat dicapai jua.

4) Seorang bapa membanting tulang siang malam kerana mengimpikan keluarga yang bahagia dan selesa buat isteri dan anak-anaknya.


Jadi, setiap individu bermula dari rakyat biasa dan pemimpin negara pasti mempunyai impian tersendiri dalam kehidupan seharian. Impian masing-masing pasti tidak akan berkubur dengan begitu sahaja walaupun setiap individu diasak dengan pelbagai rintangan dalam mencapai sasaran terbabit.

Contoh:

a) Impian asal saya yang ingin bergelar seorang juruterbang tetapi impian ini terpaksa ditangguhkan kerana kos untuk bidang terbabit agak tinggi. Namun begitu, saya berusaha untuk memastikan impian ini dapat dicapai di masa depan.

b) Impian asal Anwar Ibrahim ternyata lebur. Yang pastinya beliau tidak akan membiarkan impian tersebut berkubur begitu sahaja setelah mencanangkan cita-cita ke seluruh dunia.


Di saat setiap individu termasuk saya memikirkan soal impian yang besar masih terdapat yang hanya mengimpikan sesuap nasi untuk diri dan keluarga. Saya pasti insan-insan ini juga mempunyai harapan untuk menjalani hidup yang selesa seperti jiran tetangga mereka. Namun begitu, insan-insan yang kurang bernasib baik ini hanya mampu menjadikan impian terbabit sebagai sebuah harapan yang tidak kunjung tiba kerana kehidupan mereka yang umpama " Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang."

Lebih menyedihkan, di saat kita enak diulit mimpi setelah kekenyangan dengan makanan berbuka puasa masih terdapat yang kesejukan di tepi jalan menagih simpati dari insan lain. Hati seorang ibu/bapa pastinya hancur luluh apabila si anak merengek kelaparan. Namun apakan daya, dek kesempitan hidup yang melampau, si ibu hanya mampu memeluk anaknya yang semakin kehilangan berat dari hari ke hari.

Saya pernah merungut kepada ibu saya kerana hanya menyediakan makanan yang ringkas untuk saya. Ibu cuba memujuk saya dengan menjelaskan bahawa beliau kehabisan wang dapur bagi bulan berkenaan. Namun begitu, darah muda ini cuba memberontak walaupun si ibu cuba untuk memujuk anak kecilnya. Sekarang saya sedar betapa bertuahnya diri ini kerana mempunyai keluarga di saat insan lain menangis kerana kehilangan insan tercinta. Sekurang-kurangnya saya mampu menikmati makanan walaupun secara ala kadar sedangkan insan yang kurang bernasib baik merintih dan menangis ketika menyuapkan sisa makanan orang lain ke dalam mulut anak mereka.

Gambar: 23 orang rakyat Indonesia mati ketika berhimpit-berhimpit bagi mendapat wang zakat dari seorang hartawan di Indonesia.

Tragedi meyayat hati ini ternyata menyentuh hati masyarakat terutamanya bagi umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa. Demi mendapatkan wang zakat yang bernilai RM 16( jumlah yang kecil bagi sebahagian besar rakyat Malaysia) , nyawa sebahagian daripada golongan ini tergadai. Sememangnya kita terutama rakyat Malaysia amat bertuah kerana masih mampu makan dan minum dengan secukupnya walaupun kadar kemiskinan di Malaysia masih tinggi.

Bulan Ramadan Bulan Mulia.

Ibadah zakat yang diwajibkan dalam Islam kepada golongan yang berkemampuan bertujuan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik menjalani kehidupan yang lebih selesa terutamanya pada Hari Raya Aidilfitri. Oleh itu, janganlah kita mengelak diri daripada mengeluarkan zakat kerana ianya bukan hanya untuk meringankan beban golongan ini malah ibadah ini merupakan salah satu daripada Rukun Islam.

Marilah kita membanyakkan ibadah sunat seperti bersedekah dalam bulan Ramadan. Jika kita risau wang yang kita sedekahkan akan disalahgunakan oleh sesetengah pihak, kita boleh menyalurkan sumbangan secara terus ke pada pihak yang memerlukan seperti anak yatim, ibu tunggal mahupun masjid. Walaupun sumbangan tersebut tidak mampu memberi kemewahan kepada golongan sasaran namun ia mampu meringankan beban mereka dalam menjalani kehidupan seharian.

Kemiskinan membawa kepada kekufuran. Namun ia tidak bermakna golongan miskin adalah golongan kufur. Setiap insan haruslah berusaha untuk memajukan diri dan keluarga agar tidak dihimpit kemiskinan. Kemiskinan akan membataskan kemampuan seseorang untuk beribadah kepada yang Maha Esa dengan sempurna malah boleh menjejaskan institusi kekeluargaan.

Sehubungan dengan itu, saya ingin menyeru rakan-rakan pembaca untuk tidak melupakan saudara-saudara kita yang berada dalam kesusahan kerana ianya menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh kita di dunia dan akhirat. Hidup ini umpama roda. Ada masanya kita berada di atas tetapi ada masanya juga kita akan berada di bawah cuma kita tidak mengetahui bila waktu tersebut bakal menjelma.



Penulis bersama Ali Ashraf selepas sesi fotografi untuk Salam Perantauan



P/s : Selamat Hari Jadi kepada Ahmad Fuad Fudhail

~~TyRoX SaN~~

Saturday, August 23, 2008

Khas untuk sahabat saya

Salam rakan pembaca,

Pada kali ini, saya tidak akan mengulas sebarang isu mahupun kehidupan seharian saya di perantauan.

Sebaliknya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi sebuah video yang menjadi kegemaran sahabat saya



Sesi temuramah secara maya.

1. Mengapa saudara meletakkan video ini dalam blog?
*Saya tidak boleh meletakkan video ini dalam laman web "HOT fm"

2. Bukankah mahligai (sebuah bangunan) sepatutnya dibina daripada konkrit atau kayu?
*Inilah yang dikatakan unsur metafora. Kalau tidak tahu apakah definisi terbabit, sila ambil SPM sekali lagi.

3.Kenapa wanita itu bertindak dengan kejam terhadap lelaki yang berwajah sedih tersebut?
* Kalau wanita itu tidak kejam mesti lagu ini tidak akan lahir.

4. Kenapa lagu ini menjadi kegemaran rakan saudara?
* Beliau memberitahu saya yang lagu ini amat menyedihkan.

5. Adakah lagu ini mempunyai kaitan dengan hidup saudara atau rakan saudara?
* Jika anda berminat menjadi krew Melodi. Sila hubungi TV3.ok?

6. Perlukah saya menangis jika saya merasakan video ini amat memilukan?
* Adakah awak ketawa bila awak gembira?

7. Jika lagu ini menjadi kegemaran rakan saudara. Mengapa saudara perlu meletakkannya dalam blog saudara? Adakah saudara juga menggemari lagu ini?
* Saya sebagai pemilik blog ini boleh meletakkan sebarang artikel/video/gambar dan sebagainya selagi ianya tidak bercanggah dengan undang-undang. Saya tidak menggemari lagu ini tapi telah mendengar berkali-kali dalam usaha merasakan "feeling" sedih yang disebutkan oleh rakan saya.

8. Adakah "feeling" terbabit berjaya dirasai oleh saudara?
* Saya cuba mendengar dengan "feeling" tapi merasa geli hati apabila menonton ekspresi penyanyi tersebut.

9. Apakah tujuan penyebaran video ini?
* Saya ingin berkongsi video ini dengan rakan pembaca. Saya jamin video ini tidak mengandungi unsur-unsur ganas atau seks. Sesuai untuk ditonton oleh umum.

10. Siapakah rakan saudara itu?
* Biarlah rahsia....

11. Bilakah "post" seterusnya akan dikeluarkan oleh saudara?
* Tiada jaminan.

12. Adakah saudara akan mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik sebagaimana yang disarankan oleh seorang pemilik blog sempena hari kemerdekaan.
* Saya tidak menjumpai bendera Malaysia yang dibawa oleh saya pada tahun lalu. Oleh yang demikian, tiada tindakan yang akan diambil oleh saya kerana saya tidak mempunyai bendera.

13. Adakah saudara berasa mengantuk pada ketika ini?
* Ya. Selamat malam. Semoga awak berjaya menjadi wartawan MELODI.

Monday, August 4, 2008

Domain

Salam diucapkan kepada semua rakan pembaca yang setia,

Saya ingin memaklumkan yang laman blog "Pena Retak" boleh dilayari melalui alamat:

www.ragooze.com

Namun begitu, kepada rakan-rakan yang gemar menggunakan alamat yang terdahulu iaitu www.ragooze.blogspot.com, anda masih boleh berbuat demikian.

Terima kasih..

~~TyRoX~~

Monday, July 21, 2008

Graviti???????

Salam Rakan Pembaca,

Kenapa agaknya buah kelapa jatuh ke tanah (bergerak ke bawah) bukannya memecut ke arah langit (bergerak ke bawah).

Mari kita dengar jawapan dari beberapa watak:

Insan A : Kelapa jatuh dengan kehendak Illahi
Insan B : Kelapa tidak memecut ke atas sebab ianya tidak dilengkapi dengan roket.
Insan C : Dah sampai masanya untuk kelapa itu rebah ke BUMI.
Insan D : Saya baru belajar di sekolah sebentar tadi mengenai fenomena ini. Ianya disebabkan tarikan graviti.
Insan E : Kelapa itu jatuh kerana digigit oleh "beruk-beruk di jalanan". ooops.
Insan F : Kelapa itu merasakannya nyawanya terancam di atas pokok lalu terpaksa mencari perlindungan di atas tanah. Siapa ancam awak selama ini wahai encik kelapa? (Soalan saya )
Insan G : Ini fenomena biasa.. Hampir kesemua benda akan jatuh pada akhirnya. Yang naik hanya harga barang..... Betulkah?? (soalan saya)
Insan H : Kelapa itu tidak menyukai rakan-rakannya dan pemimpinnya yang lemah. Tapi benarkah pemimpin di atas tanah itu lagi baik???? (Ini soalan saya)


Apakah jawapannya?

Pada pendapat saya yang kurang arif jika dibandingkan dengan manusia yang pandai berkata-kata, saya merasakan jawapan yang diberikan oleh insan A,B,C dan D diterima sebagai jawapan yang tepat.

Jawapan yang diberikan oleh insan E,F,G dan H adalah merupakan senario yang berlaku pada hari ini di sebuah tempat. Minta maaf kerana saya tidak akan mengulas lebih lanjut kerana mungkin wujud sesetengah pembaca yang tidak gemar untuk berkongsi pendapat secara kritis tetapi lebih sanggup menghukum orang lain. Oleh yang demikian, saya merasakan hal-hal ini tidak patut dibincang di blog saya kerana saya tidak berminat mengotori laman blog saya ini dengan penyakit manusia yang serius. Selepas ini, mungkin ada beberapa pembaca yang budiman akan meninggalkan komen yang mengatakan saya pengecut kerana tidak berani berperang sedangkan saya sudah mula berkata-kata mengenai ketajaman pedang. Kepada insan-insan ini saya hanya mampu berkata, "Saya hanya mengatakan pendapat saya secara umum tanpa mendatangkan mudarat kepada insan-insan yang terbabit. Pendapat itu diberikan setelah memahami kapasiti saya sebagai insan biasa dan warganegara. Pendapat-pendapat berkenaan mungkin akan mendatangkan mudarat mahupun kebaikan sekiranya ianya diulas dengan lebih mendalam. Oleh yang demikian, saya enggan mengulas senario yang dialami insan E,F,G dan H tetapi memilih untuk menyebut beberapa inti pati dengan harapan para pembaca sendiri menggunakan kebijaksanaan masing-masing bagi menyiasat dan menilai senario-senario berkaitan. Tingkatkan prestasi dan kurangkan kontroversi".


Insan A,B,C dan D

Pada pendapat saya buah kelapa jatuh ke muka bumi disebabkan oleh fenomena tarikan terhadap semua jirim yang berada di Bumi ini.
Ini bermakna semua jasad di muka Bumi ini akan berada muka bumi secara semulajadi selagi mana jasad itu berada dalam planet ini. Namun begitu, saya bukannya ingin merugkai misteri mahupun fakta saintifik mengenai fenomena semulajadi ciptaan Allah ini. Apa yang menarik perhatian saya adalah mengenai keupayaan manusia melawan graviti. (Ingat!! lawan graviti bukannya melawan kehendak illahi)

Saya ingin membandingkan fenomena ini dengan kehidupan kita sebagai manusia di muka bumi ini. Semua jasad akan merasai tarikan graviti tetapi apakah kita tidak mampu mengurangkan kesan graviti tersebut. Secara umum, kita pasti tidak mampu terbang mahupun terapung-terapung di angkasa disebabkan tarikan graviti ini. Namun begitu, seekor burung yang mempunyai sayap pelepah mampu meluncur laju di angkasa. Menyedari kelebihan yang terdapat pada burung maka manusia telah menggunakan akal fikiran mereka untuk mencipta teknologi yang mampu mengatasi tarikan graviti.

Pengajaran

Berdasarkan fenomena tersebut saya ingin katakan yang manusia BERUPAYA mengubah nasib dirinya sendiri. Jika kita malas berusaha kita pasti tersembam dikala insan lain mengorak langkah yang lebih jauh. Janganlah kita asyik menyalahkan fenomena graviti ciptaan Illahi jika pada suatu hari kita terjatuh ke dalam longkang ketika berjalan ke sesuatu tempat. Manusia dikurniakan pancaindera dan akal yang ternyata amat hebat berbanding makhluk ciptaan Allah yang lain. Namun begitu, manusia mempunyai kelemahan yang nyata iaitu NAFSU. Tetapi ingatlah rakan-rakan yang nafsu hanya sebahagian dari kejadian manusia bukannya kiblat kehidupan seharian jadi janganlah kita biarkan NAFSU ini menjadi raja dalam dalam hati kita.

Jika sang burung mampu terbang di angkasa mengatasi graviti kerana ciri istimewa yang terdapat pada dirinya. Sebagai manusia jika kita mahu mencapai sesuatu kita juga harus melengkapi diri dengan sikap-sikap yang mahmudah. Agak mustahil untuk kita mendapat pertolongan orang lain jika kita sendiri kedekut menghulurkan tangan meringankan beban orang lain. Agak mustahil untuk kita mendapat A+ dalam peperiksaan jika kita enggan mengubah sikap kita yang pemalas kepada rajin mengulangkaji. Renungkanlah.

Kapal terbang merupakan teknologi yang membuktikan keupayaan akal manusia dalam mengubah sesuatu untuk perkembangan tamadun manusia di Bumi ini. Adakah kapal terbang yang membawa manusia merentasi benua itu terbina dengan sendirinya? Sudah tentu tidak.. Walaupun percubaan awal manusia untuk mengatasi graviti membuahkan kegagalan namun begitu berkat ketabahan dan kesabaran golongan ini telah memberikan kesenangan pada masa kini. Kita tidak akan mendapat apa-apa hasil sekiranya kita hanya berpeluk tubuh mengikuti peredaran zaman. Kesemua insan terutamanya para pelajar seharusnya sedar yang kita tidak akan mendapat gula untuk dibancuh bersama teh sekiranya kita tidak mahu menggerakkan langkah ke kedai untuk membelinya. (Melainkan pelajar ini anak tauke kilang gula ataupun ibu/bapanya tolong belikan gula padanya).

Qada dan Qadar sememangnya ketentuan Illahi dan hanya DIA yang mengetahui segalanya. Jika kita berumah di tepi pantai selalu dilanda ombak besar adakah kita hanya akan menyerahkan mempertaruhkan masa depan keluarga kita dengan berharap pada nasib tanpa melakukan sesuatu.

Rezeki di Tangan Illahi.

Seperkara lagi rakan-rakan.
Jangan kita mudah berputus asa sekiranya digelar "bodoh" oleh mana-mana pihak dalam usaha kita mencapai sesuatu impian (selagi impian kita betul dari segi syarak). Contohnya, jika guru kita mengatakan kita lembap ketika sesi pembelajaran, elakkan menyumpah guru berkenaan atau merasa putus asa. Sebaliknya jadikannya sebagai cabaran yang perlu diatasi.(Saya percaya hanya segelintir guru bersikap sedemikian). Individu berkenaan boleh berkata apa sahaja yang digemarinya namun rezeki ditentukan oleh ILLAHI bukannya oleh mana-mana individu.

Disini saya ingin berkongsi kisah beberapa manusia yang pada suatu ketika dahulu dianggap kerdil oleh segelintir individu





~~TyRoX~~