Pages

Monday, July 19, 2010

Korea Selatan Bahagian 3

Salam.

  • Kami telah menyewa sebuah kereta mini KIA PICANTO selama 48 jam bagi memudahkan pergerakan kami di Pulau Jeju.
  • Pergerakan kami pada hari pertama tertumpu kepada kawasan Seowigpo.
Ringkasan.

  • Hotel yang didiami bernama Daekuk Isleinn Hotel. Bilik agak kecil tetapi masih boleh memuatkan kami dan beberapa beg yang besar.
  • Kami terpaksa berpatah semula ke lapangan terbang setelah tiba di hotel bagi menyewa kereta. Perjalanan antara Seowigpo ke Jeju City mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit.
  • Banyak kawasan tarikan di Pulau Jeju terdapat di kawasan Seowigpo.
  • Tambang teksi di Pulau Jeju amat berpatutan berbanding yang ditawarkan di Seoul.
  • Jalan raya di Pulau Jeju amat memudahkan pelancong asing kerana terdapat papan tanda yang banyak dan diletakkan di tempat yang sesuai.
  • Namun begitu, banyak persimpangan besar di Seowigpo tidak mempunyai lampu trafik yang memerlukan pemandu bersikap lebih berani. Jika di Malaysia hanya terdapat simpang empat tetapi di Seowigpo terdapat simpang enam.
Tempat-Tempat yang dilawati.

  • Lebuh raya tepi pantai Jeju yang cantik
  • Tokong orang Mongolia
  • Muzium Teddy Bear
  • Taman Rama-rama
  • Spirited Garden (* dikatakan taman bonsai tercantik di dunia*)
  • Suwolbong Volcanic Deposits(*Jeju Geopark*)
  • Jeju World Cup Stadium
  • Cheongjiyon Waterfall (*Jeju Geopark*)
Gambar-Gambar

1) Selamat Datang ke Pulau Jeju :))

2) KIA Picanto

3) Spirited Garden


4) Pesisir pantai Pulau Jeju


6) Suwolbong


7)Cheonjiyon Waterfall


8) Jeju World Cup Stadium


9) Tokong Mongolia

10)Muzium Teddy Bear dan Taman Rama-Rama

11) Pemandangan di Seowigpo pada waktu malam

~~Akan bersambung~~


p/s: Keindahan Pulau Jeju mengubat duka pada hari-hari sebelumnya

p/s/s: Letih siot nak resize gambar2 ni semua... tenet kat mesia benar2 menguji kesabaran

p/s/s/s: KREDIT untuk gambar-gambar diatas.. Terima Kasih SAUDARA NAJIB ROSMAN

Saturday, July 17, 2010

Tagged

1. Thank and link the person that tagged you..
Nor Adawiyah. Mekasih!!! Jangan sedey sebab aku wat benda ni lambat skit :PP

2. Tag 15 bloggers you've recently discovered and think fantastic...
Aku malas.....

4. State 7 things about yourself.
1)Aku sangat suka minum susu..

2) Aku takut dengan ketinggian!

3)Aku sangat geli dengan cicak dan lipas... yuxx

4) Sudah berjaya berhenti tabiat buruk beliau iaitu "GIGIT KUKU" . hoyeay

5)Masa kecik dlu aku suka kaler "purple" disebabkan kedudukan pensel warna tersebut yang agak "lonely". (Paham x? cth.. merah-pink, kuning ngan oren, purple??? xdekan?)

6)Aku ada 5 orang kakak jadi masa kecil aku agak ehem2.. skit je la.

7) Aku seorang yang pemalu..... Percaya x?


Kedai Kopi

Salam,

  • Saya pasti rakan-rakan pernah minum di kedai kopi di mana terdapat warga lelaki yang berhenti seketika untuk menghilangkan dahaga.
  • Agak pelik kerana ramai orang lelaki yang dahaga berbanding wanita jika dilihat daripada bilangan pengunjung yang berada di kedai kopi.
  • Persoalannya, sedap sangatkah kopi yang diminum yang dibancuh di kedai berbanding yang dibancuh oleh isteri di rumah.
  • Setelah diamati rupa-rupanya kedai kopi menyediakan pelbagai jenis kopi yang "menarik"
Kopi GELI

  • Dengar nama kopi ni pun saya dah meremang bulu roma. Itu belum lagi saya baca motto/slogan bagi jenama kopi ini.
  • Terdapat lagi nama kopi yang menggelikan hati seperti Kopi S*p*r, Kopi P*as, Kopi Mak D*r* dan sebagainya. Bayangkan jika sahabat saya yang berbangsa Inggeris bertanya nama kopi ini dan saya terpaksa "translate" nama kopi ini kepada mereka. Agak kelakar kan?
  • Saya pernah bertanya kepada seorang lelaki tentang tabiatnya yang gemar meminum kopi yang menggelikan hati saya ini. Jawapan yang diberi, " Penting ni dik... Kasik kuat performance". Dalam hati kecil terasa ingin saya katakan " Lembik gila ko nie yea!!".
  • Seorang tua pula berkata beliau memerlukan kopi ini bagi menjalankan tugas-tugas harian kerana usia yang sudah tua. Adakah benar kopi yang dicampur sedikit herba memberi tenaga hebat atau sekadar mentaliti yang gemar minum di kedai kopi? Tepuk dada tanya diri.
Minda

  • Usahawan melayu agak kreatif menghasil kopi yang bernama pelik dalam menarik pelanggan yang kebanyakannya golongan lelaki.
  • Namun ternyata kita tidak kreatif kerana masih ketinggalan dari segi pembangunan jika dibandingkan dengan negara-negara maju.
  • Di saat ramai usahawan luar bersikap kreatif mencipta pelbagai benda yang membantu negara, ramai antara usahawan kita berlumba-lumba membuat kopi "seks".
  • Agaknya kalo semua laki bertenaga seperti kuda dalam hubungan seks mungkin negara akan menjadi sangat maju? Tanya kepada penggemar kopi "geli"
  • Di saat kita berbincang dengan panas tentang kesesuaian pendidikan seks pada generasi muda sebenarnya kita terlupa yang masyarakat kita sudah mendedahkan "seks" kepada kanak-kanak yang masih mentah.
  • Mungkin kita beranggapan slogan-slogan "geli" di kopi terbabit sukar difahami oleh kanak-kanak. Jika kita beranggapan begitu maka kita sekali lagi terkhilaf kerana memandang rendah kepada kanak-kanak pada masa kini.
  • Kita ingin membina masyarakat yang punya intelektual tinggi bukannya masyarakat kopi geli.
  • Setiap insan ada alasan tertentu ketika meminum kopi "geli" tetapi jangan kita mudah tertipu dengan kelebihan yang ditawarkan oleh kopi ini. Jangan terkejut jika nikmat yang ditawarkan itu hanya omongan kosong.
  • Diharap usahawan kopi terus menghasilkan kopi yang bermutu tetapi usahlah diletak slogan yang mengeksploitasikan nikmat seks. Perniagaan juga merupakan suatu ibadah jadi kerjakannya dengan hati yang tulus ikhlas
~~SEKIAN~~

p/s: aku geli siot..

p/s/s/: Pakcik yang sudah berumur. Jika rasa kemampuan sudah berkurang, mungkin ini masanya untuk beribadah dengan lebih banyak daripada berfikir tentang nikmat dunia sahaja.

p/s/s/s: Beberapa tahun yang lepas, tiada iklan mengenai jamu/ubat seks di televisyen Malaysia. Namun begitu, iklan ni makin banyak di tv. Ape nak jadi?

p/s/s/s/s: Jika kopi yang dibancuh oleh si isteri kurang sedap. Apa salahnya seorang suami membancuh kopi untuk diri sendiri dan untuk si isteri. Semaikan kembali benih-benih cinta dalam rumah tangga.

p/s/s/s/s/s: Saya singgah di kedai kopi untuk membeli nasi lemak sahaja....

Friday, July 9, 2010

Nafsu

Salam,

  • Saya nak "break" sebentar daripada menulis tentang Korea Selatan.
Malaysia

  • Saya sudah berjumpa ramai kenalan sejak pulang dari Kanada minggu lepas. Cuti pada kali ini lebih menyeronokkan kerana saya tidak perlu melakukan latihan industri seperti sebelumnya.
  • "So far so good" walaupun Malaysia terasa sangat panas.
  • Sejak balik Malaysia juga saya tidak pernah melakukan senaman mahupun ke gimnasium seperti yang biasa dilakukan di Edmonton. (*asyik makan dan tidur shj*)
  • Saya amat tidak suka untuk menceritakan tentang tempat pengajian saya kepada orang-orang lain kerana saya agak malas untuk bercerita dengan panjang lebar.
  • Sebab yang kedua mungkin disebabkan masyarakat kita kadang-kadang terlalu kagum dengan pelajar luar negara. (* x smpai hati nak kecewakan hati makcik2 yang teringin nak bermenantukan saya :PP *)
  • Sebab yang paling "ultimate" adalah ketika terpaksa mendengar soalan yang memualkan daripada lelaki yang berhidung belang.
Hidung Belang

  • Antara soalan yang ditanya oleh golongan ini sebaik sahaja mengetahui tempat pengajian saya. "Awek-awek dekat sana hot lagi ke drp awek dekat sini?"
  • Selalunya saya hanya menjawab."Biasalah" dengan nada yang malas.
  • Namun kenafsuan/kegedikan golongan ini kadang-kadang tidak terhenti di situ. Di tanya pula soalan seperti " Tak pernah try main ke dengan *&*&*&?". Apabila melihat orang yang bertanya itu berstatus atuk, saya terasa seperti ingin memberi penendang Jepun.
  • Saya hanya akan cuba mengelak menjawab seperti ini.Namun apabila dielak, mereka akan mengeluarkan suara sumbang yang jauh lebih buruk daripada bunyi cimpanzi.
  • Banyak lagi soalan yang memualkan yang ditanya oleh golongan ini tanpa rasa segan silu. Malah ada yang memesan barang-barang tertentu.
  • Soalan yang ditanya bukannya berkisar kepada pengajian dan cara hidup saya di perantauan tetapi lebih kepada memenuhi fantasi/khayalan mereka.
  • "Jauh perjalanan luas pengalaman" tetapi saya sendiri tidak ingin pengalaman sedemikian.
  • Baik di Kanada mahupun Malaysia, kita masih berdiri di Bumi Allah.
~~Sekian~~

p/s: amat aneh melihat seorang tua dan berkopiah tetapi terkinja bertanya soalan berkisar tentang seks dan pornografi.

p/s/s: Seks itu keperluan tetapi jangan berkiblatkan nafsu semata-mata.

p/s/s/s: Terasa bahagia melihat pasangan mempelai Khairul dan Hanin




Korea Selatan Bahagian 2

Salam rakan-rakan,

  • Sambungan daripada bahagian 1
Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo

  • Setibanya di sini, kami segera mencari makanan bagi mengisi perut. Kami berjaya mendapatkan roti dan air minuman bagi melegakan perut dari sebuah kedai serbaneka.
  • Setelah itu, kami mula mencari tempat untuk merehatkan diri sementara menunggu penerbangan pada awal pagi esok.
  • Jam menunjukkan pukul 11 malam dan 2 rakan saya sudah terlelap akibat keletihan. Di saat saya cuba melelapkan mata, seorang pengawal keselamatan datang menghampiri saya.
  • Beliau cuba berkata sesuatu dalam bahasa Korea namun saya tidak mengerti tetapi masih cuba menjawab dalam bahasa Inggeris. Pengawal itu berlalu setelah gagal berkomunikasi dengan saya.
  • Seketika kemudian, pengawal yang sama datang semula dengan membawa sekeping kertas "CLOSED". Beliau mengarahkan kami keluar daripada lapangan terbang tersebut.
  • Jangkaan saya yang lapangan terbang antarabangsa dibuka 24 jam ternyata tidak mengena pada lapangan terbang Gimpo. Saya cuba berbincang dengan pengawal tersebut namun kami tetap diarah keluar dari kawasan itu.
  • Akibatnya, kami terpaksa duduk di bahu jalan sementara menanti lapangan terbang tersebut dibuka semula. Tambah menyakitkan apabila nyamuk-nyamuk mula menyerang kami.
  • Beberapa teksi juga berhenti bagi menawarkan perkhidmatan "murah" mereka. Walaupun kami menolak, ternyata golongan ini terlalu degil untuk berlalu dengan mudah.
  • Saya tertidur walaupun keadaan yang kurang selesa di atas bangku besi pada tengah malam.
  • Tepat jam 2 pagi, rakan saya menyedari beberapa pelancong Korea memasuki lapangan terbang tersebut. Kami agak terkejut kerana pada awalnya pengawal tersebut menghalau kami keluar seolah-olah tiada seorang pun dibenarkan berada di situ selepas tengah malam.
  • Selepas beberapa ketika, kelihatan sekumpulan pelancong Korea yang lain memasuki lapangan terbang tanpa dihalang pengawal berkenaan.
  • Berang dengan peristiwa itu, kami membuat keputusan untuk meredah masuk lapangan terbang tersebut. Setelah memasuki lapangan terbang dan duduk berhampiran kumpulan rakyat Korea terbabit, pengawal itu tidak pula menghalau kami sebagaimana yang dilakukan sebelum ini.
  • Saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya kami dapat tidur tanpa gangguan pemandu teksi dan nyamuk yang kelaparan.
  • Namun begitu, saya amat kesal akan layanan yang diberikan pengawal tersebut kepada kami.
~~Akan bersambung~~

p/s: masa kena tidur di tepi jalan dengan pelbagai masalah,, mORAL totally DOWN!

Thursday, July 8, 2010

Korea Selatan Bahagian 1

Salam rakan-rakan,



  • Syukur ke hadrat Illahi kerana saya sudah selamat tiba di bumi Malaysia yang tercinta pada 29 Jun 2010.

21 Jun 2010 (Waktu Kanada)



  • Kami bertolak ke lapangan terbang pada jam 8.30 pagi. Setelah "check in", kami menunggu sebentar sementara menanti ketibaan pesawat untuk ke Vancouver.

  • Pada jam 12 tengah hari, kami tiba di Vancouver dan terpaksa menanti selama 2 jam untuk penerbangan seterusnya ke Korea Selatan menggunakan pesawat Korean Air.

  • Di saat menunggu ini, kami agak terpana melihat sekumpulan pramugari Korean Air yang mempunyai wajah jelita seperti selebriti Korea. Hati kami semakin gembira apabila memikirkan saat-saat yang bakal dihabiskan di negara tersebut selama hampir 9 hari.

  • Walaupun kumpulan pramugari berkenaan kelihatan sangat cantik namun dapat dilihat yang ianya bukan kecantikan semula jadi tetapi mungkin melalui pembedahan plastik. Seorang rakan pernah memberitahu saya yang ramai rakyat Korea Selatan yang tergila-gila akan pembedahan kosmetik.

  • Perjalanan antara Vancouver ke Seoul mengambil masa kira-kira 13 jam. Tempat duduk, makanan halal, pramugari cantik dan rancangan hiburan yang disediakan oleh Korean Air harus diberi pujian.

22 Jun 2010 ( Waktu Korea Selatan)



  • Pesawat mendarat di Lapangan Antarabangsa Incheon pada jam 5.30 petang.

  • Setelah selesai urusan Imigresen dan Kastam, kami mula merancang perjalanan kami sepanjang berada di Korea Selatan (*oh ya.. urusan di negara Asia amat menyenangkan berbanding negara barat yang sentiasa paranoid akibat keangkuhan mereka sendiri. Patutlah negara barat susah nak dapat anugerah lapangan terbang terbaik dunia*)

  • Agak mengejutkan, harga menyimpan bagasi di Lapangan Terbang Incheon amat mahal jika dibandingkan dengan Lapangan Terbang Narita. Rancangan kami terpaksa diubah disebabkan harga yang amat mahal ini.

  • Setelah berjaya menguruskan masalah bagasi, kami memulakan perjalanan ke Lapangan Terbang Gimpo.(* Penerbangan ke Pulau Jeju pada hari esok terpaksa diambil dari lapangan terbang lain*)

  • Amat mendukacitakan apabila melihat pekerja "Customer Service" yang kurang mahir berbahasa Inggeris malah seperti tidak berminat membantu pelancong asing. Saya hanya berjaya mendapatkan petunjuk yang jelas setelah bertanya hampir 4 orang pekerja "customer sevice" sahaja.

  • Kami juga dipaksa oleh beberapa pemandu teksi ulat yang berlagak samseng. Mereka cuba memaksa kami untuk mengambil teksi untuk pergi ke Gimpo dengan harga yang mahal.

  • Syukur kerana kami dapat melepaskan diri daripada samseng-samseng ini. Saya agak kesal dengan pekerja-pekerja lapangan terbang yang dilihat bersekongkol dengan samseng ini bagi mengenakan pelancong asing.

  • Kami tiba di Gimpo pada jam 10 malam. Kami bercadang untuk tidur di lapangan terbang ini sementara menunggu penerbangan ke Pulau Jeju pada jam 7 pagi esok.

~~Akan bersambung~~


p/s: Hari pertama di Korea Selatan amat mendukacitakan. Kami hampir patah hati untuk melancong di Korea :((


p/s/s: Malam pertama di Lapangan Terbang Gimpo lagi mendukacitakan (* akan diceritakan pada post seterusnya*)


p/s/s/s: Malam pertama .................. (* eh silap... saya masih bujang :P *)