Pages

Sunday, December 29, 2019

Batu Caves

Jalan sesak.
Manusia menuju destinasi.

Kita raikan perbezaan.
Tapi sesekali mengakui.

Satu demi keharmonian.
Kedua kesan kepada akidah.

Manusia

Saturday, December 28, 2019

Tsunami

Bangun pagi.
Kotak tv ada rancangan dokumentari.
Kisah berkisar tentang tsunami di Malaysia.

Tsunami besar hampir 15 tahun lalu.
Masih lagi teringat detik saya melawat tugu peringatan tsunami di Kuala Kedah.
Dimana sampan sampan bersusun bagi menggambarkan suasana sebenar selepas tsunami.

Asalnya dibawa pergi ke tempat berkenaan kerana diajak oleh seorang juruteknik berstatus pomen.
Dalam perjalanan pulang, dia mengajak saya untuk melawat tugu peringatan yang yang kebetulan berada dalam laluan yang sama.

Melihat tugu berkenaan terus terlintas rasa gerun dengan kemusnahan yang dibawa oleh bencana alam berkenaan.
Sekurang kurangnya tugu itu memberi ingatan yang tsunami pernah membadai pesisir laut Kedah.

Dan sekarang saya pula sedang membaca mesej antara saya dan Pomen Zaidi. Ia bukan tugu tetapi cukup sebagai ingatan kepada yang masih hidup.

Semoga tenang di sana, Pomen Zaidi



Sunday, December 15, 2019

Joy

Bulan Disember sinonim dengan Krismas
Santa gemuk berbaju merah.
Pokok Krismas yang besar.

Joy yang cuba ditonjolkan itu boleh terasa.
Kepada orang bergelar Muslim.
Terutamanya kepada kanak kanak.

Dahulunya Krismas lebih ditunggu.
Tarikhnya sentiasa semasa cuti akhir tahun.
Ketika inilah penuh dengan rancangan kartun.

Berbeza pula hari raya.
Dimomokkan dengan iklan duka.
Si ibu rindukan anak anak.
Anak perantau yang lupa kampung.

Iklan seperti ini tiada pula sewaktu Krismas
Yang ada hanyalah mesej gembira.

Bukankah hari raya adalah kemenangan
Dimana kita harus bergembira



Wednesday, December 11, 2019

BBW 2019

Kuantiti buku yang sama.
Tempat yang sama.
Harga sedikit naik.

Dahulu jalan sesak teruk kerana BBW.
Sekarang tidak seteruk dahulu.

Pertamanya kerana pengurusan lebih baik.
Keduanya kerana pengunjung yang tidak seramai dahulu.

Mungkin sudah sejuk di mata rakyat Malaysia.
Atau mungkin kerana BBW sudah kerap dibuat di hampir setiap negeri.

Skala di negeri lain tidak semega di Mines.
Tetapi ia mungkin mengurangkan momentum.

Percaya atau tidak.
BBW pun terpaksa berubah mencari pelanggan.

Tidak seperti satu masa dahulu.
Pelanggan berpusu mencari mereka.

Selamat datang ke disruptive world.
Dan juga era kemelesetan ekonomi.

Sunday, December 8, 2019

Melaka

Sebuah kota yang pernah gah.
Menjadi rebutan kolonial.

Pusat perdagangan yang tersohor.
Lokasi transit kapal laut.

Kini kelihatan lesu.
Hanya tinggal sejarah.

Sekali imbas.
Bagai tidak percaya kota ini pernah berkuasa dan terkenal.

Serba serbi tak kena.
Cuma berimaginasi tetapi masih sama.

Ini harga sebuah sejarah.
Yang lalu tidak bermakna tiket berjaya.

Inilah sejarah.
Dimana empayar hancur kerana khianat.



Tuesday, December 3, 2019

ATM

Seperti yang ditulis sebelum ini.
Geram dengan gelagat manusia.
Saat mereka menggunakan ATM.

Berulang kali kad dicucuk untuk semak baki.
Kesannya orang di belakang menunggu lama.

Semak baki pertama tetapi tiada.
Dicubanya kali kedua.
Sehingga ketiga.

Terasa ingin melenting dan menegur.
Tetapi dalam saat yang sama terdetik rasa besimpati.

Mungkin mereka benar benar berharap duit itu.
Atau mungkin dijanjikan gaji mingguan.

Wallahualam.
May Allah ease their burden

Sunday, December 1, 2019

Saturday, November 30, 2019

Sebulan

Lagi sebulan sebelum menjengah 2020.

Dibesarkan dengan Wawasan 2020.
Pada masa kecil terasa tempoh itu terlalu lama.

Akhirnya 2020 akan muncul juga.

Samakah imaginasi dahulu dengan realiti.

Friday, November 29, 2019

Alps

Satu tempat yang ingin dituju.
Semoga ada rezeki.

Ada orang rezekinya belajar di perantauan.
Pulang bekerja di tanah air.

Yang lain pula rezekinya belajar tempatan.
Akhirnya menetap di perantauan.

Rezeki masing masing.

Thursday, November 28, 2019

Bonding

Sudah besar rupanya dia.
Masa berlalu.

Benda yang jauh dengan kita adalah masa.
Bila ia pergi.
Pasti tidak kembali.

Boleh menyesal tapi akhirnya kena redha.

Saat sibuk bekerja lewat malam.
Pintu bilik anak terkuak.
Sepasang mata mengintai kegelapan.

Muncul sambil menggosok mata.
Duduk baring atas peha.

Si anak mahukan perhatian.
Kebetulan perut kelaparan.
Diajak anak keluar makan.

Si anak terlompat keriangan.
Dalam kereta tidak habis bercerita tentang kegembiraannya.
Bersama sendirian dengan seorang ayah.

Hadiah untuk anak adalah masa kita.



Sunday, November 24, 2019

Kellie Castle

Bagaimana agaknya hidup di zaman dulu.
Penuh dengan norma feudalisme.

Saat mereka yang atas berdehem.
Yang bawah terpaksa teruja.

Saat mereka melihat bintang.
Yang lain bukan setakat nak memahami.
Malah mungkin tiada masa.

Harga bangsawan


Friday, November 22, 2019

Hungry

Hungry man is an angry man.
Perut lapar.
Hati panas.

Antara peraturan yang perlu diamalkan.
Jangan pulang ke rumah dalam keadaan lapar.
Samada suami atau isteri.
Walaupun niat menahan lapar adalah untuk makan bersama keluarga.

Tetapi manusia tidak tahu apa yang berlaku.
Perut yang terlalu lapar akan membuat kita mudah hilang sabar.
Terutama apabila jangkaan tidak seindah yang disangka.

Sebaiknya jika terlalu lapar bagi yang bekerja.
Makan benda yang ringan seperti roti atau biskut atau coklat atau kuih.
Cukup sekadar menghilangkan kebuluran.

Pulang ke rumah.
Bersama suami/isteri masak di dapur.
Jika kedua-duanya bekerja tentu keletihan.
Jika isteri suri rumah sekalipun pasti ada keletihannya di rumah.

Jika tidak punya kekuatan.
Makan di luar atau bungkus sahaja ke rumah.

Jika tidak mampu dari segi kewangan.
Duduk berbincang.
Cari solusi bagaimana untuk menyiapkan makanan.
Mungkin secara giliran.
Atau bekerjasama bermula dari hujung minggu siapkan bahan masakan.



Thursday, November 21, 2019

Simpati

Oct 10 2019.

Sudah lebih sebulan sejak akhbar Melayu itu ditutup.
Dahulu pernah terdengar yang manusia akan membicarakan sesuatu isu secara aktif hanya untuk maksima 2 minggu sahaja.
Selepas itu, mereka akan mula beralih kepada isu lain.

Disebabkan itu dalam pemasaran.
Ianya perlu dilakukan secara aktif selama sekurang-kurangnya 2 minggu supaya lekat dalam ingatan pengguna.
Setelah itu, teknik dan pengisian perlu diolah supaya memberi nafas baru.

Pernah ke pasaraya besar?
Walaupun frekuensi mereka merombak barisan rak tidak sekerap 2 minggu.
Namun perubahan perlu dilakukan secara berkala untuk mengekalkan tarikan kepada pembeli mereka.

Beberapa hari selepas penutupan akhbar Melayu tersebut.
Banyak berita di pelusuk dunia.
Menceritakan nasib malang yang menimpa pekerja.
Tak kurang juga dengan berita palsu yang ada jutawan bermurah hati untuk membantu.

Seakan memberi harapan kepada mereka.
Bagi kita tiada apa.
Tetapi bagi tekak yang haus, itulah benda yang ditagih.

Hari demi hari.
Sebenarnya tiada pun yang kisah.
Semua sibuk dalam perlumbaan hidup yang tidak berkesudahan.

Dan mereka perlu bangkit dan sedar.
Yang orang lain hanya boleh memberi simpati.
Simpati yang ada had.

Akhirnya terserah kepada diri sendiri.
Perlu melangkah.
Ianya berat.
Tetapi perlu untuk anak-anak kecil.


Wednesday, November 20, 2019

Korea

2010
2015

Perhaps I shall visit it again in 2020.




Tuesday, November 19, 2019

Do

"Just Do It".
Tagline jenama terkenal Nike.

Buat sahaja.
Kebanyakan masa dalam hidup ini.
Perlu banyak buat dari bual.

Buat tanpa fikir ada risikonya.
Tetapi tidak buat kerana terlalu berfikir lebih mudarat.
Akhirnya kita wujudkan kaca kerisauan yang tidak berakhir.
Kesannya tiada apa yang tercipta.

Kita masih di situ.
Mencarik satu persatu topik baharu.
Untuk jadi bahan bualan.

Berfikir itu hebat.
Terjemahan usaha itu sebenarnya lebih bermakna.

Monday, November 18, 2019

Orientasi

Hari orientasi KAFA.
Berkenalan dengan guru.
Berkenalan dengan ibu bapa.

Yang lebih utama.
Pembayaran yuran.

Berbeza KAFA di negeri Selangor dan Kedah.
Di Kedah ianya dibuat di setiap sekolah.

Di Selangor dibuat di surau-surau.
Atau bangunan lain.

Di Kedah adalah percuma.
Di Selangor berbayar.

Tidak mengapa berbayar kerana yang bekerja juga perlu duit.
Demi kelangsungan hidup.

Jangan pula dimomokkan orang yang bekerja untuk agama untuk ikhlas.
Kerana mereka tak boleh membeli lampin dengan senyuman ikhlas.


Sunday, November 17, 2019

Aiskrim Goreng

Kali pertama Ahmad di sini adalah semasa lawatan sekolah.
Itu juga kali pertama Ahmad melihat jualan aiskrim goreng.
Mengidam untuk menjamah.
Tetapi tiada wang langsung dalam poket.

Saat rakan-rakan membeli hanya melihat dari kejauhan.
Bila ditanya terpaksa menipu yang diri tidak suka aiskrim yang manis.

Mungkin sumpahan kepada Ahmad.
Dia mempunyai kotak memori lama yang sukar dikeluarkan.


Saturday, November 16, 2019

Gagak

Gagak menanti di atas talian elektrik.
Mata meliar mencari makanan.

Sampah di mata manusia.
Rezeki di mata gagak.

Namun kewujudan gagak tidak disukai manusia.
Walau ianya cerminan sikap manusia.

Gagak itu nampak kotor.
Ia hitam dan busuk.

Ia meratah sampah merata-rata.
Dikeji dibenci manusia.

Namun manusia lupa.
Ia hadir kerana sampah.

Sampah dari manusia.
Yang berlagak sombong dengan minyak wangi.

Padahal mereka setaraf dengan sang gagak.
Cuma mereka pandai berlakon.

Eh tidak manusia pandai bersolek.
Ditenyeh celak.
Disembur wangian.

Maka mereka rasa lebih mulia dari gagak.
Lupakah mereka gagak itu cerminan sikap manusia.
Yang jijik dengan kebersihan

Jemputan

Dia ingin ke suatu tempat.
Namun hanya boleh datang dengan jemputan.

Dia menanti.
Saat jemputan itu hadir.

Kata mereka.
Jika ingin ke sana tanpa dijemput.
Kesalahannya adalah besar.

Akhirnya dia menunggu.
Sedangkan penghuni sekarang rimas dengan kelibatnya.

Mungkin dia perlu ke sana juga.
Tanpa dijemput.

Thursday, November 14, 2019

Hadiah

Sebagai ibu bapa.
Mungkin tertanya tentang hadiah terbaik.
Buat seorang anak.

Hadiah terbaik adalah masa.
Masa adalah perhatian.
Di mana kita sekarang keliru.
Antara masa dan harta benda.

Memberi masa untuk anak melakukan kesilapan.
Jangan mudah melenting.
Supaya mereka tahu tidak mengapa untuk jatuh.
Dan tahu ibu bapa masih menyokong mereka.

Memberi masa seketika untuk berehat.
Melihat mereka membesar.
Bermain bersama mereka.
Bergurau bersama mereka.

Memberi masa untuk mendengar.
Saat mereka merintih.
Saat mereka berceloteh.
Supaya mereka tahu ada rakan baik di rumah.

Sifirnya mudah.
Jika kita tiada masa untuk anak-anak.
Maka tiada masa mereka untuk kita.

Usah diprovok dengan hukum.
Atau nasihat dari agamawan.
Jika kita sendiri tidak ingin memberi sedikit masa untuk anak-anak.

Sedikit tetapi ingatan itu kekal dalam hati mereka.
Bukan membenci.
Tetapi tiada ikatan untuk dipegang.
Kerana tiada memori yang dicipta.

Anak-anak hanya milik kita semasa kecil sahaja.
Menginjak dewasa mereka mula melakar laluan sendiri.
Berbekal dengan ilmu dan tunjuk ajar kita.




Wednesday, November 13, 2019

11.11

Promosi tahunan.
Potongan harga.
Hadiah percuma.
Tetapi sebenarnya masih berbayar.

Siapa mahu beri percuma?
Peniaga tidak mahu untung.

Benar potongan harga lebih banyak.
Dalam bahasa lain.
Margin keuntungan peniaga berkurang.
Akhirnya pembeli masih membayar.

Berbaloi bunyinya barang berharga RM 1000.
Cuma perlu dibayar RM 500.

Betul jika ianya memang keperluan.

Tetapi pembaziran RM 500 jika membeli tanpa sebab.

Oleh yang demikian, berbelanja secara berhemah.

Tuesday, November 12, 2019

Gambar

Ahmad masih ingat lagi peristiwa 25 tahun lalu.
Cikgu tadika meminta semua murid menyerahkan borang pembayaran gambar graduasi Tadika.
Ahmad tidak ingat berapa harganya.
Yang pasti ada beberapa jenis harga mengikut pakej.

Pertama paling mahal iaitu gambar dalam bingkai kayu.
Kedua adalah gambar dalam fail keras dengan logo tadika.
Ketiga yang paling murah adalah sekeping gambar sahaja tanpa sebarang aksesori.

Dalam perjalanan pulang sebenarnya Ahmad susah hati untuk memberitahu emak.
Risau emak akan terbeban walau untuk gambar paling murah sekalipun.

Akhirnya emak tahu jua dari jiran.
Telahan Ahmad benar yang emak sebenarnya tidak mempunyai duit.

Bagi sesetengah orang sebenarnya, wang mereka hanya sekadar kais pagi makan pagi sahaja.
RM 10 pun sebenarnya besar bagi sang miskin.

Dan hari ini.
Masih ada lagi insan yang berduka cite kerana gambar graduasi.

Terkadang niat kita nak meraikan.
Cuma ada yang kurang mampu kerana faktor kewangan.

Semoga urusan dipermudahkan.




Monday, November 11, 2019

Jiran

Pulang dari berkelana.
Terpandang pintu hadapan rumah sebelah.
Kelihatan kosong tanpa barang.
Rupanya jiran sudah berpindah.

Rasa ralat mula menjengah.
Berjiran hampir 1.5 tahun.
Namun sebenarnya nama beliau tidak diingati.

Padahal sudah pernah ziarah rumahnya.
Open house Aidilfitri.

Orangnya ramah dari Kelantan.
Hampir setiap minggu cuti panjang.
Pasti ada saudara memenuhi rumahnya.

Hanya bertegur sapa saat bertemu.
Terutamanya di lift.

Hakikat rumah di atas angin.
Atau sebenarnya diri sendiri yang tak pandai hidup bermasyarakat.

Sesungguhnya diri ini tergolong dikalangan orang yang rugi.

Semoga beliau dan keluarga bahagia.
Dipermudahkan urusan.
Dikurniakan jiran yang lebih baik.

Dan semoga diri ini pula beroleh rezeki.
Jiran yang baik baik.

Sunday, November 10, 2019

Delay

Hujan lebat.
Pesawat terpaksa menunggu di landasan.
Awalnya cuma 10 minit untuk menunggu cuaca yang lebih baik.
Berlarutan sehingga satu jam.

Waktu dijadualkan mendarat.
Akhirnya menjadi waktu pesawat berlepas.

Tidak mengapa.
Yang penting berada dalam keadaan selamat.

Majalah penerbangan dibaca dari kulit ke kulit.
Tidak pernah lagi saya membaca majalah airlines.

Mungkin hikmahnya hari ini.
Dapat membaca.

Benarlah kadangkala kita terlalu terburu-buru.
Sehingga terlupa untuk berhenti dan menarik nafas.
Perhatikan sekeliling.
Nikmati apa yang di depan mata.






Saturday, November 9, 2019

Penang Airport

Tiba di Airport 30 minit sebelum pelepasan.
Tidak gusar kerana sudah check in.
Dan tiada bagasi daftar masuk.

Bergegas ke pintu pelepasan.
Polis bertugas mengatakan E boarding tidaj terpakai.
Berkeras mahu salinan yang bercetak.

Berpatah semula ke kaunter check in.
Kiosk layan diri pula rosak.
Barisan panjang menanti.

Kebijakan airlines yang mencampur aduk daftar masuk domestik dan antarabangsa.
Terasa mahu menyembur petugas di kaunter.
Tiba-tiba petugas memanggil penumpang domestik untuk potong barisan.

Alhamdullilah berjaya masuk dalam waktu yang ditetapkan.

Pengajarannya.
Saya perlu datang lebih awal.

Penang Airport perlu improve. Apa guna daftar masuk internet jika masih guna kertas? Perlu guna barcode scanner berbanding conteng boarding pass.

Airlines pula perlu lebih cekap.
Sediakan kiosk lebih banyak.
Maintenance please.







Friday, November 8, 2019

Kapsul


Melangkah masuk ke kapsul.
Teringat watak Bulma dari Dragon Ball.

Manusia hidup dalam kapsul.
Pergi ke mana-mana hanya membawa kapsul.

Saizmya kecil.
Hanya muat untuk seorang sahaja.

Dalamnya cantik dengan lampu.
Umpama bernafas dalam kapal angkasa.

Cuba memejamkan mata.
Terbayang pula saat ditimbus dengan tanah setelah nyawa dicabutnya.

Ruang lebih sempit dan gelap.
Tiada lagi connectivity dengan makluk lain.

Semoga aku, kamu dan mereka.
Tergolong di kalangan orang yang beriman.

Dikurniakan nikmat kubur.
Semoga kubur yang menjadi transit dilapang serta bercahaya.


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا قُبِرَ الْمَيِّتُ ، أَوْ قَالَ : أَحَدُكُمْ ، أَتَاهُ مَلَكَانِ أَسْوَدَانِ أَزْرَقَانِ ، يُقَالُ لأَحَدِهِمَا : الْمُنْكَرُ ، وَالآخَرُ : النَّكِيرُ ، فَيَقُولَانِ : مَا كُنْتَ تَقُولُ فِي هَذَا الرَّجُلِ ؟ فَيَقُولُ مَا كَانَ يَقُولُ : هُوَ عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ ، أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ . فَيَقُولانِ : قَدْ كُنَّا نَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُولُ هَذَا ، ثُمَّ يُفْسَحُ لَهُ فِي قَبْرِهِ سَبْعُونَ ذِرَاعًا فِي سَبْعِينَ ، ثُمَّ يُنَوَّرُ لَهُ فِيهِ ، ثُمَّ يُقَالُ لَهُ : نَمْ
MaksudnyaApabila mayat (atau seseorang daripada kamu) telah dikuburkan, datanglah kepadanya dua malaikat hitam kebiru-biruan, seorang daripada keduanya dikenali dengan Malaikat Munkar dan seorang lagi dengan Malaikat Nakir. Keduanya berkata: “Apakah yang hendak engkau katakan mengenai lelaki ini?
Dia berkata: “Dia adalah hamba Allah dan utusan-Nya. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba-Nya dan utusan-Nya.” Keduanya berkata: “Sungguh, kami telah tahu bahawa engkau akan mengatakan demikian itu.” Kemudian dilapangkan baginya di dalam kuburnya sepanjang 70 hasta kali 70 hasta. Kemudian diberi cahaya baginya di dalamnya. Kemudian, dikatakan kepadanya: “Tidurlah engkau.”
Riwayat al-Tirmizi (1071) dan Ibn Hibban (3117)



Thursday, November 7, 2019

Transit

Malam ini tukar angin.
Cari tempat yang ala kadar.
Untuk merehatkan badan.



Wednesday, November 6, 2019

Kumar 2

Sudah hampir 2 tahun Ahmad tidak berhubung dengan Kumar.

Mesej yang dihantar tidak dibalas.
Panggilan telefon juga tidak berjawab.
Setelah beberapa ketika tahulah Ahmad yang nombor telefon Kumar sudah berubah.

"Kumar sebenarnya kena masuk lokap. Lepas itu kena buang kerja. Sebab kes minum daun ketum. Ponteng kerja," ujar bapak kepada Ahmad sambil menghirup air kopi.

Sekarang barulah Ahmad tahu mengapa Kumar menjauhkan diri.

Ahmad masih ingat saat dia menemani Kumar ke sesi temuduga di majlis daerah.
Peristiwa itu hampir 4 tahun yang lalu.
Terpancar seribu harapan di bola mata Kumar.

Benarlah sejak dari tamat persekolahan lagi, Kumar tidak mempunyai kerja yang tetap.
Kadang-kadang memandu lori.
Adakala menoreh getah.
Pastinya anak muda seperti dia bercita-cita besar.

"Kumar. Aku yakin hang boleh dapat ni. Ingat niat hang nak bantu keluarga," ucap Ahmad sambil menepuk bahu Kumar yang melangkah ke bilik temuduga.

Dari riak wajah Kumar sebaik melangkah keluar bilik temuduga.
Ahmad agak yakin Kumar berjaya.

Mengapa Kumar?

"Hang mungkin bersalah dengan undang-undang tetapi itukah sebab hang menghilang?" bisik hati Ahmad.

Tuesday, November 5, 2019

Secangkir cawan

Kita berlari laju.
Sudah laju kita mahu pecut lagi.

Akhirnya kita terperangkap dalam perlumbaan.
Mengejar sesuatu yang kita pun kurang pasti.

Terkadang kita terlupa tujuan asal kita berjalan.
Hasratnya untuk capai sesuatu sahaja.

Namun manusia sukar berpuas hati.
Bagus untuk terus maju.

Namun terlupa hakikat kehidupan.

Berhentilah sebentar.
Lihat apa yang tertinggal.

Pejamkan mata sebentar.
Dengar hembusan angin.

Ia wujud tetapi kita yang terlalu alpa.

Lihat apa yang mungkin kamu lukai.
Tanya diri sendiri.

Untuk apa kamu begini.
Untuk siapa kamu terus begini.

Tiada salahnya kamu berhenti seketika.
Mungkin sedikit terlewat.
Namun kamu tidak hilang segalanya.

Rehat.
Minumlah secangkir cawan.
Bertenang seketika.


Monday, November 4, 2019

Legal

Pelacuran adalah sah di Kota Singa.
Di mana premis, pekerja dan majikan mempunyai lesen.
Dengan cara demikian maka penindasan terhadap pelacur dapat dikurangkan.
Malah dapat mengawal penularan wabak penyakit kelamin kerana pelacur tertakluk kepada peraturan kesihatan yang lazim bagi pekerjaan berisiko.

Dalam satu sudut dilihat seperti baik.
Kerana jika dihalang pun masih ada pelacuran secara haram.
Sudut gelapnya mereka akan sentiasa ditindas.
Dan penyakit pun berleluasa.

Saat mula menerima hakikat itu.
Maka sebenarnya kita sudah menerima normalisasi.
Tidak betul menjadi normal.
Atas tiket kemanusiaan.

Asasnya pelacuran itu sendiri haram.
Betul yang membuatnya legal mengurangkan kadar jenayah dan sebagainya.
Tapi sebenarnya kita sudah berputus asa.
Menerima normalisasi.

Jangan mudah hukum pelacur.
Benar mereka mungkin terdesak kerana wang.

Sepatutnya yang berkuasa cuba cipta peluang pekerjaan
Bukannya biar mereka menjual diri.

Jika wujud sindiket.
Perangi habis habisan.
Ia tak mudah tetapi jangan mengalah.
Bukan akhirnya sindiket jadi halal.
Lalu kerajaan pula berseronok dengan hasil cukai tambahan.

Yang individu pula perlu dididik.
Diri mereka terlalu berharga.
Untuk dinodai lelaki hidung belang.
Atas nama perniagaan yang dikaburi normalisasi.

legal brothel house at Geylang, Singapore


Sunday, November 3, 2019

Pulang

Sehebat mana negara orang.
Pasti tak setara tanah air.


Saturday, November 2, 2019

Singa

Kota singa.
Negara yang secara teori.
Tiada sumber mentah.

Tapi mereka pandai mengolah.
Mengolah sehingga mereka lebih maju.

Benar syurga itu tak terbayang oleh akal.
Tapi syurga dunia boleh dicipta oleh manusia.
Hikmah akal kepada manusia.


Friday, November 1, 2019

Thursday, October 31, 2019

Percuma

Manusia mudah tertarik dengan benda percuma.

Dengan syarat selama ini berbayar.

Nafas percuma.
Degupan jantung percuma.

Jarang kita bersyukur.




Wednesday, October 30, 2019

Lenyap.

Sejarah bukanlah segalanya.
Masa itu yang relatif.

Satu masa dahulu.
Gah dibaca.

Akhirnya lenyap.
Nasib pekerja entah ke mana.

Salah siapa?
Atau itu norma dunia kini.

Utusan.



Monday, October 28, 2019

Akhlak dan Adab

Ada seperti tiada
Fasiliti.
Akhlak.

Tiada terus ada.
Persepsi bukan muslim.


Sunday, October 27, 2019

Deepavali

Selamat Hari Deepavali.

Sejak bersahabat dengan Kumar. Ahmad cuma berkesempatan mengucap selamat deepavali melalui telefon sahaja.

Sebenarnya dari dahulu lagi Ahmad berhasrat untuk menziarahi rumah Kumar pada hari perayaan. Namun hasrat itu disimpan jauh saat melihat respon Kumar.

Padahal memang hampir setiap hari, Ahmad datang ke rumah Kumar untuk mengambilnya sebelum menaiki bas.

Mungkin sebab keluarga Kumar tidak begitu senang. Ahmad pun bukannya kaya tetapi ibu masih lagi berupaya untuk masak juadah istimewa pada pagi hari raya.

Terkadang Ahmad ada anggapan yang Kumar sebenarnya tiada beza hari perayaan dengan hari lain. Mungkin sebab itu dia menjadi segan silu setiap kali mendengar celoteh Ahmad yang ingin menziarahinya semasa Deepavali.

Mudah untuk sesetengah orang berkata, "I don't want to survive. I want to live".

Hidup setiap insan tidak sama.

Ada orang cuma ada pilihan yang dia sendiri pahit untuk telan.

Saturday, October 26, 2019

Hadir

Selamat Hari Lahir Maya

Ahmad loves you.

Forever

Friday, October 25, 2019

Rokok


TBS

Melihat TBS.
Terus teringat memori Hentian Pudu.

Bagai aplikasi langsung sebuah antonim.
Jauh berbeza.

Melihat kemajuan.
Kita sedar manusia tidak berubah.
Tetapi kehendak meningkat dengan masa.

Melihat kemajuan.
Munculnya kepentingan perancangan.
Pembangunan perlu seimbang secara geografi.

Melihat kemajuan.
Perlu ada pemikir yang melihat jauh ke depan.
Supaya pembangunan hadir seiring dengan pertumbuhan negara.

Melihat kemajuan.
Perlu ada yang mencari solusi semasa.
Agar cabaran yang datang tidak bertimbun menjadi bala.

Hebat Allah ciptakan manusia.
Cuma ada insan yang kurang yakin.
Dan pula rasa besar sehingga cuba menongkah langit



Thursday, October 24, 2019

Hujan

Bau hujan memang sedap.
Tapi penunggang motorsikal.
Kena berhati hati.

Jika diteruskan basah kuyup.
Jalan pula licin.
Silap silap tersungkur atas jalanraya.

Maka berhenti la sebentar di bahu jalan.
Ambil masa muhasabah diri.
Sambil bersyukur dengan nikmat Allah.

Masa jerebu selalu dambakan hujan.
Kini ia datang mencurah curah.

Maka biarlah ia membasahi bumi.
Menyegarkan tumbuhan.
Memenuhi empangan tadahan air.




Wednesday, October 23, 2019

Komponen

Yang kita lihat hanya satu atau sebahagian.
Hakikatnya sesuatu benda atau perkara atau cerita.
Punya banyak bahagian atau kisah.

Kita lihat orang menangis.
Dikatanya lemah.
Padahal cerita dari awal lansung tidak diketahui.

Kita lihat orang berjaya.
Namun tangan yang menyokong jarang diraikan.
Acapkali yang berjaya pun terus lupa diri.

Kita petik suis elektrik.
Lampu terus menyala.
Dengan syarat bil elektrik telah dibayar teratur.

Mudahkan hidup ini?

Kita hanya meraikan yang nyata sahaja.
Tetapi kita pun manusia biasa.
Mana mungkin kita nampak benda yang tersembunyi.

Atau sebenarnya.
Kita cuma perlu terima hakikat.
Ada yang besar maka ada cebisan kecil.
Jangan pula kita menghukum yang kecil.

Kalau kita sendiri mengaku bukan Tuhan.
Mana mungkin kita ada kuasa menghukum semborono.

Saat kita melihat tiang elektrik dengan kabel.
Percayalah yang tanpa komponen-komponen kecil lain.
Tidak bercahayalah rumah rakyat jelata.

Raikan yang kecil.
Kerana mereka juga ada peranan.

Kepada sang kecil pula.
Jangan terlalu merendah diri.
Kerana penciptaan kamu pasti ada tujuan.


Sebahagian komponen talian atas elektrik

Tuesday, October 22, 2019

Hero

Anda boleh menjadi hero.
Dengan menjadi penderma darah.

Ada banyak cara untuk berbuat baik.
Bagi makan kucing.
Bagi makan anjing.

Senyum pun perkara baik.

Dan perkara baik itu tak perlu dihebohkan.
Kerana sudah pasti ada yang menghitung tanpa gagal.

Jadi mari berbuat baik tanpa mengira penghargaan makhluk Allah.

Buat apa menanti makhluk Allah.
Jika pencipta sendiri berjanji akan ganjaran setiap kebaikan.

Semoga kita semua tergolong dalam orang yang cintakan kebaikan.



P/s: mengikut fakta Pusat Darah. Satu beg 450ml dapat menyelamatkan 3 nyawa

Monday, October 21, 2019

Nikmat

Bersyukur dengan sekecil-kecil nikmat.
Di saat kita terima yang sedikit.
Sebenarnya nikmat yang besar.
Adalah tangan yang sihat untuk menerima
Dan ingatan insan pada kita.

Dan bagi diri ini.
Nikmat yang indah pada pagi ini.
Adalah melihat jelas di sebalik visor baru.

Alhamdullilah.
Hadiah untuk diri sendiri.
Kerana masih diberi nikmat untuk hidup.

Alhamdullilah. Terima kasih visor lama.


Sunday, October 20, 2019

Ketinggian

Impian dari kecil menjadi juruterbang.
Walau sedar diri sendiri gayat.

Tapi jangan malu.
Yang penting terus mencuba.

Biar dunia mencemuh ketakutanmu.
Jangan pula kamu berdendam.

Kamu hanya takut.
Bukan bermakna kamu gagal.

Saat mereka rimas.
Katakanlah dalam hati yang kamu mencuba.

Dan biarkan mereka dengan hujah mereka.
Kerana kamu tidak gagal hanya kerana mencuba.

Friday, October 18, 2019

Normalisasi

Melihat kira dan kanan.
Setahun lagi melangkah 2020.

Perkara yang janggal.
Pada masa dulu.

Dilihat indah dan normal.
Muncul penegak dunia terbalik.

Indahnya normalisasi.
Buruknya kebenaran.

Tuesday, October 15, 2019

Monday, October 14, 2019

Menari

Dia menari.
Melompat atas lopak air.


Dia menari.
Di bawah titisan hujan.

Dia menari.
Saat manusia ketawa.

Dia menari.
Tika dunia memecut laju.

Dia menari.
Hingga dia lari dari realiti.

Dia menari.
Dalam bebola kaca ciptaan sendiri.

Dia menari.
Dia menari.
Dia menari.

Tiada siapa peduli.


Wednesday, October 9, 2019

Mimpi

Mail.

"Hang muncul lagi dalam mimpi aku," bisik Ahmad saat sedar dari tidur.

Dia pasti bahagia di sana.
Dia pasti gembira di sana.

Dijemput saat suci bak kain putih.

Kita yang masih hidup pula bagaimana?


Sunday, October 6, 2019

Makanan

Ahmad baru sedar yang beliau sebenarnya mengambil foto makanan.
Tetapi itu semasa di Canada.
Mungkin kerana kesukaran menemui makanan halal.

Kedai burger di hadapan Chinatown. Bisnes hanya bertahan 3 bulan sahaja.

Sandwich telur di Tim Horton. Makan hari-hari boleh muak.

Cookies maple. 

Kedai arab di Food Court Canada Place

Restoran Lebanon di Montreal

Hot Chocolate with whipped cream

Veggie Works dari New York Fries

Kuih apam. tak sedap tetapi cukup untuk lepas rindu

Cinnamon Cake