Pages

Monday, February 24, 2014

Shhh.. Tiada siapa tahu.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


"Saya berjanji akan menjadi seorang pekerja yang baik, amanah, jujur dan blabla"

Ini merupakan salah satu respon yang popular bila kena temuduga untuk kerja.

  • Hampir semua orang yang bekerjaya pernah melalui sesi temuduga. Pada masa itu, semua janji ditabur seperti kita yang akan kawal segala keputusan/output. Sampai kekadang kita terlupa bahawa sebagai manusia, kita cuma boleh berusaha tetapi hasil hanya ALLAH yang tahu.


"Relaks la bro. Kerja jangan stres sangat. Jom lepak minum dulu "

Ini pula dialog sesetengah pihak setelah bekerja buat sesuatu tempoh

  • Saya berpendapat tiada masalah bagi seseorang pekerja itu mengambil OFF TIME ketika bekerja SELAGI beliau tidak mengganggu kerja orang lain dan TIDAK MEMERLUKAN beliau bekerja pada waktu yang tetap. Rehat sebentar selama beberapa minit dan diganti semula selepas itu sepatutnya tidak menjadi masalah. Walaubagaimanapun, kita seharusnya bekerja dengan pada waktu yang ditetapkan supaya pulang ke rumah sebaik sahaja waktu kerja tamat. Insya Allah rumah tangga lebih bahagia + hidup ceria.
  • Perkara yang menjadi masalah apabila kita MEMBUANG MASA dengan sesuka hati di tempat kerja. Waktu kerja bermula 8 pagi tetapi kerja hakiki kita hanya bermula pada jam 9 pagi. Selepas itu, disambung dengan sesi berborak dan juga melayari internet.
  • Sebenarnya banyak penyelewengan waktu yang berlaku dalam seharian (*nak tulis panjang sangat*). Mungkin majikan tidak nampak tetapi ALLAH nampak.


1 document pending for user

Status notification printer 
  • Pernah kita tanya samada dokumen yang dicetak itu berkaitan kerja atau peribadi? Tak mengapa sebab orang lain tak tahu. Tak mengapa sebab orang lain pun guna juga? 
  • Pernah kita dengar bahawa benda yang paling BERAT adalah AMANAH? 
  • Jangan kerana sehelai kertas A4 dicetak hitam putih maka kita berputih mata untuk ke syurga ALLAH.

~~Sekian~~

p/s: Kerja itu ibadah.