Pages

Monday, February 28, 2011

Hidup Ini dan Kejuruteraan Elektrik II

Assalamualaikum,

  • Jika terdapat lif dan tangga, saya pasti ramai yang akan menggunakan lif berbanding memerah keringat menaiki tangga.
Litar Pintas (Short Circuit)
  • Saya pasti rakan-rakan juga pernah membaca akhbar harian yang melaporkan sesuatu kejadian kebakaran disebabkan oleh litar pintas.

~Litar normal dan litar pintas~
  • Litar pintas merupakan litar yang mempunyai rintangan rendah (hampir kepada kosong) antara dua terminal.
  • Arus elektrik akan mengalir melalui laluan yang mempunyai kurang rintangan elektrik. Ini bermakna litar pintas merupakan laluan kegemaran/keutamaan arus elektrik.
  • Bagaimana kejadian ini berlaku? sebagai contoh, litar yang beroperasi telah dibasahi oleh air. Air yang mengandungi mineral tertentu akan membolehkan pengaliran arus elektrik. Namun disebabkan, rintangan yang disediakan oleh air adalah lebih rendah berbanding wayar elektrik maka arus akan mengalir melalui air tersebut. Seterusnya litar pintas boleh berlaku dan mengakibatkan bahana(*masih terdapat banyak contoh lain*)
  • Kedengaran seolah-olah arus elektrik ini berfikiran secara logik iaitu dengan mengambil laluan yang paling kurang rintangan.
  • Namun laluan yang diambil oleh arus tersebut merupakan laluan membunuh dari aspek kejuruteraan elektrik.
Tiada Jalan Mudah

  • Tiada jalan mudah/cepat/pintas untuk kita mencapai sesebuah kejayaan.
  • Jika dilihat pada kesan litar pintas, kita sebagai manusia harus bermuhasabah diri akan definisi usaha dan kejayaan.
  • Sesungguhnya, kejayaan itu memerlukan usaha yang berterusan. Rintangan diperlukan bagi memberi ujian kepada diri sendiri dalam menggapai sesebuah objektif.
  • Jika voltan bersamaan dengan arus didarab dengan rintangan. Maka sesebuah kejayaan akan berhasil setelah kita meletakkan usaha dalam sesuatu pekerjaan.
  • Jika litar pintas berlaku akibat rintangan yang hampir kepada kosong maka kita juga harus beringat hidup tanpa dugaan atau usaha berkemungkinan perjuangan kita mempunyai kesudahan yang sama.
  • Sesebuah rintangan mungkin kelihatan berat dan perit namun jika kita secara konsisten memberi usaha yang berterusan (voltan yang tetap) insya allah , arus elektrik mampu melaluinya dengan mudah.
~~Sekian~~

p/s: Jangan merungut akan ujian yang menimpa diri kita. Lagi besar rintangan lagi besar nilai voltan.

p/s/s: Ucapkan alhamdullilah disaat kita diuji supaya kita tidak mudah lupa akan kedudukan kita sebagai hamba Allah yang kerdil

p/s/s/s: Amalkan gaya hidup sihat. Cuba gunakan tangga berbanding lif untuk bergerak. Badan akan lebih sihat. Insya Allah

Sunday, February 27, 2011

Hidup ini dan Kejuruteraan Elektrik

Assalamualaikum,

  • Setiap jurutera perlu melakukan kerjanya dengan penuh integriti agar keselamatan awam tidak tergugat dek kecuaian atau sikap tamak haloba sesetengah indvidu.
  • Seseorang jurutera juga terikat pada undang-undang negara, peraturan badan kejuruteraan dan juga etika ketika menjalankan tugas mereka.
Canadian Electrical Codes (CEC)

  • Buku ini menjadi rujukan tetap bagi seorang jurutera elektrik di Kanada ketika membuat perancangan bagi sesuatu projek.
  • Para jurutera elektrik dingatkan untuk sentiasa patuh dengan semua kod yang terdapat dalam buku tersebut walaupun ada di antaranya kelihatan tidak begitu penting sama sekali.
  • Realitinya buku ini bukan hanya sekadar rujukan tetapi sebenarnya merupakan buku yang mengandungi hukum dan peraturan menjalankan kerja-kerja kejuruteraan elektrik.
  • Selain itu juga, seorang jurutera juga perlu mematuhi undang-undang kerajaan setempat dan peraturan badan profesional.
  • Saya percaya rakan-rakan bersetuju yang setiap masyarakat memerlukan peraturan bagi memastikan kestabilan dan keharmonian.
  • Kegagalan jurutera untuk mematuhi mana-mana peraturan akan mengakibatkan lesen untuk menjalankan tugas sebagai seorang jurutera elektrik ditarik balik dengan serta merta.
  • Malah seorang jruutera berkemungkinan dibawa ke muka pengadilan andai kata kerja yang dilakukan ternyata menjejas kredibiliti jurutera lain atau menjejaskan keselamatan awam.

Penulis Canadian Electrical Codes

  • Buku ini ditulis oleh barisan jurutera pakar yang sudah lama berkecimpung dalam bidang kejuruteraan elektrik.
  • Jurutera elektrik diyakinkan bahawa perkara-perkara yang ditulis oleh pakar-pakar berkenaan adalah benar dan berasaskan fakta. Kebanyakan jurutera elektrik hanya mengikut segala peraturan tanpa soal kerana percaya kredibiliti para penulisnya.
  • Jika ada yang mempersoalkannya,mereka disogok dengan kejayaan, kajian, latar belakang pendidikan para penulis buku berkenaan. Akhirnya seseorang jurutera elektrik akan akur peraturan dan etikan yang ditulis oleh seseorang yang lebih berpengalaman daripada beliau.
  • Sebagai contoh, seorang jurutera elektrik pasti akan akur dengan kehebatan penulis berkenaan setelah melihat jurutera pakar merupakan insan yang mencipta reaktor nuklear atau berpengalaman 20 tahun dalam menyelesaikan masalah berkaitan penjanaan kuasa elektrik.
Al-Quran
  • Kitab ini diturunkan oleh ALLAH S.W.T. bagi umat manusia sejagat melalui Rasullah S.A.W.
  • Allah S.W.T berjanji akan memelihara isi kandungan Al-Quran sehingga hari kiamat.
  • Sesetengah kandungan CEC amat sukar untuk difahami oleh jurutera elektrik apatah lagi untuk dibaca oleh seorang insan yang tiada asas elektrik. Namun begitu, isi kandungan Al-Quran boleh difahami oleh setiap hamba Allah yang mampu berbahasa Arab (*terjemahan pun banyak di pasaran*)
  • CEC juga hanya sesuai digunakan di Kanada setelah mengambil kira faktor geografi,politik dan ekonomi yang berbeza bagi setiap negara. Al-Quran pula sudah diturunkan pada satu ketika dahulu malah kandungannya sesuai untuk kegunaan umat manusia di seluruh pelusuk dunia.
Double Standard "Manusia"

  • Seorang jurutera elektrik akur dengan setiap peraturan yang ditetapkan terhadap profesion beliau. Kandungan CEC diaplikasi dalam kerja harian bagi mengelakkan komplikasi yang serius pada masa depan.
  • Namun begitu, kebanyakan manusia lupa untuk membaca dan mematuhi isi kandungan Al-Quran. Kitab ini bukan sahaja mengandungi peraturan malah peringatan akan setiap perbuatan yang dilakukan oleh setiap insan di bumi Allah ini.
  • Jurutera elektrik mengikut setiap peraturan yang terdapat dalam CEC tanpa banyak kerenah atau soal. Namun terdapat ramai manusia yang masih cuba mempertikaikan isi kandungan Al-Quran hanya kerana peringatan yang diberi tidak bertepatan dengan selera nafsu mereka.
  • Jurutera pakar elektrik diberi pengiktirafan tinggi atas segala kerja yang dilakukan oleh mereka. Jarang sekali pihak lain mempertikaikan kerja-kerja mereka setelah melihat kehebatan mereka menghasilkan produk atau menyelesaikan masalah. Hasil kerja mereka menjadi standard kepada semua jurutera elektrik yang mahu berkecimpung dalam bidang ini.
  • Manusia hanya akan memberi pengiktirafan setelah melihat bukti yang berada di hadapan mata. Penulis CEC diberi pengiktirafan kerana hasil kerja mereka yang terbukti membawa manfaat kepada masyarakat. Namun begitu masih ramai insan yang mempertikaikan kandungan Al-Quran dengan mengatakan tiada bukti kebesaran Allah yang nyata.
  • Mungkin hamba Allah ini terlupa untuk melihat wajah mereka di cermin pada setiap hari sehingga terlupa betapa indahnya ciptaan Allah S.W.T.
  • Jika reaktor nuklear yang indah memerlukan seorang jurutera pakar elektrik. "Assignments" memerlukan usaha daripada seorang pelajar. Masakan pula alam yang indah ini tercipta tanpa seorang pencipta?
  • Sebenarnya kita membuta tuli apabila mengikut undang-undang ciptaan manusia tanpa banyak soal. Buktinya, sudah berapa banyak pindaan perlembagaan dilakukan bagi sesebuah negara? CEC juga sentiasa dikemaskini hampir setiap tahun bagi memastikan sebarang kesilapan dapat diperbetulkan bagi kebaikan manusia sejagat.
  • Persoalannya, sudah berapa kali kandungan Al-Quran diubah?
~~Sekian~~

Friday, February 25, 2011

Provokasi

Assalamualaikum,

  • Saya bukanlah seorang yang bijak pandai membuat keputusan seperti sesetengah pihak.
  • Namun saya amat gemar untuk mendengar sesuatu pendapat/pandangan orang lain.
  • Mendengar tidak bermakna saya akur dengan pendapat yang diutarakan oleh pihak tersebut.
  • Saya mengakui akan sikap saya yang gemar melakukan provokasi ketika ingin mendapat sesuatu pendapat daripada sesuatu pihak.
  • Tindakan ini dibuat oleh saya agar pihak-pihak yang berkenaan akan berusaha sedaya upaya bagi mempertahankan pendirian mereka. Provokasi yang dilakukan oleh saya bukannya bermakna saya membangkang atau menidakkan kebenaran namun bagi membolehkan saya mendengar hujah-hujah yang bernas daripada pihak yang berkenaan.
  • Sebagai contoh dalam suatu konteks masyarakat terdapat dua entiti iaitu pihak A dan pihak B. Masing-masing mempunyai pendirian yang tersendiri dan cuba meyakinkan orang lain agar menyertai perjuangan mereka.
  • Apabila saya bertemu dengan pihak A, saya akan bercakap dengan mereka seolah-olah saya menyokong pihak B secara habis-habisan. Saya akan cuba menyerang agenda/objektif perjuangan bagi mendengar hulubalang pihak A berhujah bagi mempertahankan pendirian mereka. Perkara yang sama dilakukan oleh saya apabila bertemu dengan pihak B.
  • Saya hanya mempersoalkan dan menyerang agenda mereka agar saya boleh mendapat jawapan dan membuat penilaian.
  • Saya tidak cuba menghasut mereka untuk membenci sesama lain atau cuba menjadi batu api. Saya cuba untuk menggunakan seluruh pancaindera ketika berdepan dengan sesuatu konflik.
  • Listen to others.... Consider their thoughts.... But listen to your heart.... And believe in yourself...
~~Sekian~~

p/s: Dalam dunia yang banyak dengan penipuan.. mungkin kita harus berusaha sedikit untuk mencari maklumat yang benar.

p/s/s: Boring melihat pihak bertelagah. Jika masing-masing berjuang demi kebaikan.. mengapa mesti terlalu banyak muslihat dan tipu helah?

Gratuity

Assalamualaikum,

  • Alhamdullilah saya sudah selamat pulang dari Toronto pada hari Rabu yang lalu. Terima kasih kepada pegawai yayasan dan juga para pelajar University of Toronto atas layanan baik yang diterima oleh kami.
TIPS(Gratuity)

  • Pemberian "tips" merupakan satu tradisi bagi negara barat termasuklah Kanada.
  • Tips bererti "extra rewards" yang diberikan oleh pelanggan kepada pekerja-pekerja yang memberikan khidmat yang baik. Ini bermakna pemberian tips adalah secara sukarela bukannya suatu kewajipan.
  • Namun disebabkan amalan dilakukan selama beberapa dekad maka pemberian hampir menjadi kewajipan/tanggungjawab seseorang pelanggan.
  • Saya kurang bersetuju dengan amalan ini kerana beranggapan para pekerja tersebut hanya melakukan tugas dalam skop kerjaya mereka. Ia bukannya suatu yang luar biasa sehingga perlu dihadiahkan dengan wang tambahan. Mereka sendiri sudah menerima gaji yang sepatutnya daripada majikan mereka.
  • Sebagai contoh, pemandu teksi diberi bayaran tambahan kerana memandu dengan cermat. Adakah ini bermakna tiada tanggungjawab menjaga keselamatan penumpang jika tips tidak disediakan?
  • Seorang rakan saya yang juga rakyat Kanada mengatakan "tips" ini amat diperlukan memandangkan gaji yang diterima oleh para pekerja sektor perkhidmatan adalah rendah.
  • Walaubagaimanapun, saya masih kurang bersetuju dengan sistem pemberian tips kepada pekerja sektor perkhidmatan kerana agak membebankan pelanggan.
  • Bayangkan Encik Paul menjamah selera satu set makanan berharga CAD 100. Harga yang perlu dibayar oleh beliau setelah dicampur cukai perkhidmatan sebanyak 13% adalah sebanyak CAD 113. Jika beliau terpaksa membayar tips tambahan yang kebiasaannya sebanyak 10%-15% maka pada akhirnya jumlah bayaran yang dikeluarkan adalah (100+28%*100) =CAD 128
  • Saya amat kurang senang dengan sikap sesetengah pekerja yang seolah-olah memaksa pelanggan membayar tips sedangkan bayaran tambahan itu perlu dilakukan atas dasar kepuasan yang diterima oleh para pelanggan.
  • Kesimpulannya, makanan di Malaysia lagi murah dan sedap.

Friday, February 18, 2011

Ingat mati

Assalamualaikum,

  • Insya Allah saya akan bertolak ke bandar Toronto pada malam esok.
  • Pengangkutan udara merupakan cara terbaik untuk bergerak dari Edmonton ke Toronto kerana saiz negara Kanada yang besar. Masa penerbangan antara Edmonton ke Toronto adalah selama lebih kurang 6 jam.
Kisah lama
  • Saya masih teringat akan pengalaman sewaktu mula-mula menggunakan kapal terbang. Perasaan takut akan kematian setelah memikirkan nahas yang mungkin berlaku seperti tidak boleh dielakkan.
  • Seolah-olah sudah menempah tiket antara hidup dan kematian, ternyata ia banyak mendekatkan saya dengan Allah. (* bila rasa nak mati baru teringat amal ibadat yang sikit*)
  • Perkataan maaf juga diungkapkan dari bibir agar kesilapan terhadap insan-insan lain dilangsaikan sebelum bertemu Maha Pencipta.
  • Semasa berada dalam kapal terbang, saya hanya berdiam diri dan cuba berzikir kerana perasaan takut yang menyelubungi diri pada ketika ini.
  • Saya akan tersenyum lega dan memanjatkan kesyukuran sebaik sahaja Kapten memberitahu tentang pendaratan kapal terbang.
Kisah kini.
  • Saya sudah banyak kali menggunakan kapal terbang untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain.
  • Perasaan takut saya juga tidak seperti dahulu. Malah saya amat gembira melihat kapal terbang memecut laju atas landasan bagi pelepasan.
  • Situasi ini agak menggembirakan saya namun hari ini baru saya sedar yang saya tidak lagi mengingati kematian seperti satu masa dahulu. Sedangkan setiap insan mesti beribadah seolah-olah tiada lagi hari esok untuknya.
  • Jika dahulu saya akan berdiam diri dan mengisi masa dengan berzikir ketika penerbangan. Namun sekarang, saya berseronok dengan menonton filem dan hiburan yang disediakan dalam kabin.
  • Tidak salah sebenarnya untuk merehatkan diri dengan menonton hiburan sedemikian namun saya agak kesal dengan perubahan diri saya. Seolah-olah mati itu tidak pasti lagi setelah rasa takut akan penerbangan mulai pudar.
  • Sepatutnya saya sedar yang Malaikat Maut boleh mengambil nyawa saya pada bila-bila masa termasuk pada saat saya sedang menulis ini.
  • Amalan yang dilakukan secara giat dan aktif ketika pada saat dahulu tidak lagi diamalkan pada hari ini.
  • Saya semakin kurang mengingatiNYA :'(
~~Sekian~~

p/s: Bekerja/belajar seolah-olah kamu akan hidup selama 1000 tahun. Beribadah seperti tiada lagi hari esok untuk kamu.

p/s/s: Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

p/s/s/s: Janganlah kita bertangguh untuk bertaubat kerana tiada siapa yang tahu ajalnya.

Thursday, February 17, 2011

Kisah 4 tahun yang lalu

Assalamualaikum,

  • Hampir 4 tahun yang lepas, saya merupakan pelajar tahun pertama kejuruteraan.
  • Saya pernah berasa untuk berputus asa akibat tidak mampu memahami bahan-bahan yang disampaikan oleh professor.
  • Akibatnya saya mula ponteng beberapa kelas seperti "Calculus" kerana saya kehilangan motivasi apabila melihat pelbagai "Theorem" yang memeningkan kepala.
  • Kebiasaannya, saya akan pergi ke bangunan "Student Union" ketika ponteng sesuatu kelas bagi membuang masa dengan tidur.
  • Saya mengaku yang perlakuan pada ketika itu amat negatif dan hampir-hampir memusnahkan pengajian saya disini. Entah di mana silapnya, saya seolah-olah berharap untuk gagal pada ketika itu agar saya dipanggil pulang oleh penaja ke Malaysia.
  • Tiada langsung motivasi untuk bergerak ke hadapan. Tiada langsung usaha cuba memahami "calculus " pada saat itu.
  • "Ponteng dan tidur" sudah menjadi kebiasaan kononnya untuk melegakan stress daripada melihat bahan pembelajaran.
~~Ini bangku yang pernah menjadi port tidur saya~~

Student Union Building

  • Hari ini saya pergi ke bangunan ini untuk mendapatkan maklumat tentang "graduation photos".
  • Setelah melihat seorang pemuda berbaring di bangku tersebut maka saya pun teringat akan kisah lama yang pernah dilalui satu masa dahulu.
  • Pada waktu yang sama hampir 4 tahun yang lepas, seorang pemuda lebih sanggup dibuai mimpi daripada mengerah otaknya bekerja keras dalam kelas.
  • Saya bersyukur di saat saya terlena dan hampir putus asa, keputusan "Midterm" yang amat teruk pada ketika itu telah memberi pukulan yang kuat kepada saya.
  • Alhamdullilah, saya masih berada di sini dan akan menamatkan pengajian tidak lama lagi.
~~Sekian~~

p/s: Don't ever give up.

p/s/s: You might want to give yourself some space or time. However, how long and how much do you need because no one will wait for you.


Wednesday, February 16, 2011

Lebih Baik Berdiam Diri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Segelintir manusia gemar berkata-kata tentang sesuatu seolah-olah mereka arif tentang semua benda. Ada pula pihak yang gemar membesar-besarkan cerita agar mereka kelihatan hebat dengan versi cerita baru mereka. Namun apa gunanya jika perkara yang dituturkan hanya dusta semata-mata? Perlukah mencari dosa secara percuma sedangkan amal ibadat tidak sebanyak mana pun?

1) Malaysia vs Negara Luar

  • Golongan ini bercerita seolah-olah mereka pernah menetap di negara luar. Tanah air sendiri dikeji dan dibandingkan dengan negara luar dengan sesuka hati.
  • Negara luar seperti Kanada dilambung tinggi kerana kononnya pemerintahan bebas rasuah jika dibandingkan dengan Malaysia.
  • Polis Malaysia dikatakan kejam dan zalim dalam mengendalikan sesuatu amanah.
  • Mereka ini hanya berkata-kata sedangkan mereka sendiri tidak pernah menetap di negara luar yang dipuji secara melambung tersebut.
  • Pernahkah mereka melihat polis negara luar mengendalikan sesuatu kes? Jangan hanya mencaci polis Malaysia hanya dengan melihat kehebatan polis luar yang dilaporkan di portal berita sampah.
  • Mereka yang mengeji kononnya sistem kesihatan Malaysia teruk mungkin tidak pernah merasai pengalaman bermalam di hospital Kanada? Ya mereka hanya percaya pada portal berita yang pandai membuat cerita kartun.
  • Ironinya, perkara buruk di negara sendiri diperbesar-besarkan agar dapat membuka kelemahan sesuatu pihak. Namun perkara yang baik di negara luar yang mampu dilakukan secara individu tidak pula cuba dijadikan teladan. Mengapakah aspek kebersihan di negara barat yang sangat bagus tidak begitu diamalkan oleh rakyat Malaysia? Bagaimana pula dengan budaya membaca? Takkan budaya membaca dan kebersihan juga perlu diterapkan oleh kerajaan sedangkan ia merupakan tanggungjawab individu. Saya tidak pernah melihat kempen khusus oleh kerajaaan Kanada bagi perkara kecil seperti ini.
  • Oh ya, mereka ini hanya tahu membuka kelemahan orang lain tanpa mengetahui mereka sebenarnya sedang membuka pekung di dada.
2) Saya juga budak "OVERSEAAA"
  • Benar yang suhu di negara barat lebih rendah berbanding di Malaysia. Syukur alhamdullilah dapat juga saya merasa 4 musim yang berbeza di Kanada.
  • Namun perlukah mereka ini membesar-besarkan perihal kehidupan di negara luar agar ia kelihatan "booombastic" dan menarik? Tidakkah ia menipu?
  • Sebagai contoh, tidak usahlah menipu dengan mengatakan U.K.(*contoh sahaja*) terlalu sejuk sehingga terpaksa memakai pakaian tebal dan penutup telinga ketika berada dalam rumah. Mungkin mereka ini tidak hidup di kawasan yang didiami manusia tetapi tinggal di kawasan beruang kutub agaknya.
  • Sebelum saya bercerita, suhu di Kanada adalah sangat ekstrem dan boleh mencapai sehingga -45 Celcius( yea saya maksudkan negatif bukannya positif). Namun saya hanya memakai sehelai baju dan seluar sekadar untuk menutup aurat ketika saya berada di rumah. Saya tinggal di rumah yang mempunyai "heater" bukannya di "igloo". Saya percaya negara barat seperti U.K., Australia juga mempunyai heater di rumah mereka sedangkan suhu mereka jauh lebih tinggi daripada suhu Kanada.
  • Mereka mungkin berasa seronok apabila melihat orang-orang yang kurang arif terlopong mendengar cerita "boombastic" mereka. Persoalannya, mengapa kita ingin memberi fakta yang salah? Tidakkah kita cuba memperbodohkan orang lain?
3) Electrical Engineering
  • Saya kadangkala panas hati dengan insan yang kurang arif dalam "Electric Engineering" namun bercerita sambil mendabik dada seolah-olah mereka tahu segalanya. Saya bukanlah seorang yang bijak tetapi sudah semestinya saya amat tidak bersetuju dengan pembohongan fakta berkaitan bidang saya yang dibuat oleh segelintir pihak agar mereka kelihatan "cool".
  • Hukum ohm yang mudah langsung tidak dapat dijelaskan maka amat kelakar apabila mereka ini boleh bercakap dengan tentang mencipta loji kuasa elektrik. Mungkin mereka tidak pernah mengetahui "pain in the ass" untuk memahami/mengaplikasi ilmu yang dipelajari.
  • Tetapi yang pastinya mereka ini mempunyai ilmu yang tinggi dalam seni pembohongan dan memperbodohkan orang.
  • Mereka hanya mengambil kursus berkaitan elektrik di pusat kemahiran(*saya tidak merendahkan mereka yang mengambil kursus elektrik asas*) tetapi berbohong tentang aspek kejuruteraan elektrik supaya kelihatan hebat di mata rakan-rakan.
  • Mungkin rakan-rakan yang tidak mengetahui akan terlopong mendengar cerita namun saya pastinya tidak dapat menerima pembohongan tersebut. Saya sendiri tidak pernah menggunakan fakta yang betul agar kelihatan hebat di mata rakan-rakan saya.
  • Mengapa mesti berbohong? Hinakah bercerita kisah sebenar tentang ilmu yang diperoleh daripada kursus asas elektrik? Mungkin ilmu yang dipelajar tidak mampu menandingi tahap "engineer" namun ia pasti membawa manfaat kepada diri dan masyarakat? Mengapa mesti berdusta lagi?
~~Sekian~~

p/s: suhu di Edmonton pada waktu ini adalah -10 Celcius.. Saya hanya memakai seluar pendek dan sehelai baju nipis!!!!!

p/s/s: Lebih baik berdiam diri daripada berdusta

p/s/s/s: aku x kesah korang nak puji negara luar lebey or nak keji government Malaysia... Tapi tolong jgan kasik fakta yang salah.. x malu ke dok tuduh orang macam2 sedangkan benda mudah mcm buang sampang dalam tong pun ramai yang x paham bahasa...

Tuesday, February 15, 2011

Valentine Day

Assalamualaikum,

*short post*

  • Today is Valentine day in Canada.
  • I'm pretty sure that every Muslim realizes celebrating Valentine is haram. (*Use your Mr. Google to find tonne of articles on this issue*)
  • Hub Residence(*this is my on campus residence*) administration was serving free cookies and fruit punch to everyone for about an hour between 11 am to 12 pm.
  • I don't celebrate Valentine but thanks to HUB for giving me free cookies :-)
  • HUB MALL = student residence + shopping mall + International student center + busiest public transit center in Edmonton. Such a nice place :)
View from my "crib"
Maple leaf cookies?

~~Sekian~~

p/s: because we can't eat flowers..

Monday, February 14, 2011

Insanity!!

Assalamualaikum,

  • Want a healthy body?
  • Want to increase fitness level?
  • Nice and tight abs?
  • Strong arm?
  • Looking for full body workout?
Then, I would suggest you to try "Insanity" by Shaun T.


Features

  • 60 day program.
  • 40 minutes per day
  • 6 days in a week.
  • Totally INSANE!!!
  • Suitable for men or women.
Reminder

  • Don't ever give up throughout this program.
  • Your body will feel good after 1st week of program. Don't stop!!! Keep doing it.
  • Whenever you feel like giving up, think about your target. It's not about nice body but a health and fit body.
  • While this program is great, you have to control your diet too. Take more protein and carbohydrate. Say NO to fat.
Personal Experience

  • INSANE!!! feel like giving up on my 1st day.
  • back pain + muscle pain + dizzy + loss appetite in my 1st week.
  • 2nd week= much better.
  • I did this program just for fitness purposes only. Friend of mine asked me to do it with him as he is so determined to lose his weight before going back to Malaysia.
  • Oh yea.. My friend had lost 7 kg in 3 weeks!!!
  • It's all about "willpower". Everyone can do it.
~~End~~

p/s: badan cergas = minda cerdas.

p/s/s: berat aku x ilang sbb aku mmg dah kuruih

p/s/s/s: Jangan hanya menunggu "Valentine" yang haram untuk menghargai pasangan hidup "halal" anda :)

Friday, February 11, 2011

Abu dan Mat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

*Sambungan kisah Abu dan Mat*

Mat: Kasar betul la ayat ko nie.... Aku member dengan ko almost 10 tahun ko bukan xleh cakap elok2x kat aku... ni bukan cara Rasullah berdakwah la bro.

Abu: hehehe.. kasar ek? aku ingat orang macho cam ko ni yang bisa mengaku juara rempit kalis suma benda... :PP

Mat:yela... ayat ko menusuk kalbu.. mentang2 ko x isap rokok.. sedap la ko ckp.

Abu: Alaa Mat bukan slalu kan? antara semua luka yg ko dapat time rempit, yg mana satu ko paling ingat? yang paling sakit kan? ko mesti dah malas amik corner sampai lutut terkoyak sebab kes ko patah kaki aritu...

Mat: Meghajok r aku dengan ko.. kang aku ckp mesti aku kena lagi..

Abu: Kita kawan selama 10 tahun kan? Dah berapa kali aku nasihat ko dengan cara lemah lembut supaya berhenti merokok.. Banyak kali kan...

Mat: hehehe....ade ek?

Abu: tue la ko.. bila aku cakap elok2 bukan ko nak dengar pun.. yang ko tau sengih pastu hembus asap tu kat muka aku.. cool kan?

Mat: Aku tau rokok ni bahaya... bukan aku xleh baca kat kotak rokok nie.. terang2 ni haaa "merokok membahayakan kesihatan"

Abu: Alhamdullilah sebab ko sedar benda tu... tapi kat rokok tue pun tulis "Merokok membunuh" kan? x kasar ke ayat tue mat? dah berapa ribu kotak ko beli selama nie.. x cukup kasar ke ayat tu mat? ke ayat aku lagi kasar dari fact kat kotak tue?

Mat: alaaa.. aku beli bukan aku bca benda tue pun.. hari-hari dah aku tgok benda yang sama je.. tapi aku tau la merokok tue merbahaya.. terfikir jugak nak berhenti merokok.

Abu: Then ko tau yang merokok tu juga haram?

Mat: Itu fatwa negara lain kan? Mesia x kuar lagi kan fatwa tue?

Abu: Ko nak bagi sedap diri ko.... sbb tue cakap mcm tue.. sedangkan ko tau benda tue salah atau tidak kan? Eh nak tanya lagi nie... Apa beza gambar yang SLR dan kamera biasa amik?

Mat: SLR gambar dia jelas. compact ni plak blur...

Abu: Aku harap la ko tgok benda nie cam ko guna SLR la jgak.. Apsal benda yang jelas camni ko xleh trima tp dalam masa yang sama ko ngaku suka benda yg jelas.. Sudah jelas kan hukumnya haram kenapa masih bersembunyi di sebalik pendapat yang samar tentang rokok?

Mat:Hurm bro.. tapi ko kena tau yang hidayah tu milik Allah.. bukannya milik aku atau ko.

Abu: yea aku tau.. aku cuma nak ko reflectkan SLR dalam hidup ko... Dah mengaku sukakan benda yang jelas, jadinya cuba apply dalam hidup skali yea bro :) Hidayah milik Allah tetapi kalau kita tidak berusaha, susah jugak kan nak dapat hidayah?

Mat: Aku sedang berusaha la nie... ko tue jgn pandai tembak aku je... cube la doakan aku sekali... ni tidak ntah ape kena ko malam nie... siap baling bom wooo.... terguris hati aku :(

Abu: Ko ingat x lagi masa ko sounds si Ali masa ko mintak donation untuk Palestin? Ali cakap cukuplah sekadar berdoa kesejahteraan mereka. Pastu ko balas "Cukupkah sekadar berdoa sedangkan kita ada kemampuan untuk menyumbang sedikit tenaga dan wang?" Ko nak aku ulas panjang2 lagi ?

Mat: haaa.. cukup2x.. ni komfem ni tembak aku balik la kan?

Abu: hehe.. aku tegur ni bro... free je .. x mintak donation pun... Aku cakap agak kasar sebab aku rasa selama ni aku dah byk tegur ko + kempen kerajaaan + ceramah tentang rokok + iklan anti rokok = sudah sangat banyak untuk... tapi ko makin ensem dok isap rokok...

Mat: yela2x....tapi kan Abu.. ramai je orang kita dok isap rokok nie...so bukan aku sorang je la yang wat benda salah kan? hehe

Abu: kenapa mesti mereka? kenapa bukan kita? Sharing is caring ek?

Abu: Eh bro... Kalo aku nak bukak "Restoran Babi Halal" kat pekan nie ok tak? Khas untuk penggemar daging babi.

Mat: ko jangan wat kerja gila Abu.. benda tue haram kot.. sedap2 ko je nak bagi dia halal.. kalo ko wat cmtu.. bukan setakat aku... satu kampung pergi berdakwah dekat ko. Daging babi itu kotor bro dan haram... cuba ko check google tentang babi... memang logik la babi tue diharamkan.

Abu: laaaaa... aku ingat selama ni ko x reti nak Google... pernah carik tentang rokok? pernah tengok bahan2 dalam rokok?

Mat: ni laen bro.. mana ade orang Islam bukak kedai jual babi.. xpenah lagi orang wat.. rokok ni lain.. ramai orang hisap rokok tapi hidup bahagia je... cakap mati pucuk tapi aku tgok ramai je dapat anak.... anak kembar lg kot member aku dapat. hahaha.

Abu: kire selama ni kita buat something sebab persepsi la yea? Jika kita tinggal dalam komuniti yang mengamalkan zina maka kita pun boleh mengamalkan zina. macam itu ke bro? Cuba tanya diri sendiri.. Kita hidup berlandaskan ape? kenapa kita solat yea? kita solat sebab semua orang solat? Ingat bro.. Kebiasaan yang berlaku dalam sesuatu masyarakat tidak bererti ia benar dari segi Islam.

Mat: Headshot lagi...

Abu: Aku faham ko nak aku ckp lemah lembut... Tapi ko bukan saudara baru dalam Islam kan? Ko cerdik pandai... ko pandai Google... ko boleh membaca tulisan... ko bleh mendengar nasihat... ko tau babi itu haram... Sampai bila harus aku mendodoi ko dengan kata-kata manis wahai sahabat?

Nota: Mungkin dosa merokok tidak sebesar dosa berzina dan lain-lain dosa besar tetapi Ibn Abbas r.a menegaskan bahawa dosa kecil pasti menjadi dosa besar apabila berterusan atau kesannya benar-benar memudaratkan.

~~Sekian~~~

p/s: Terserah kepada setiap individu untuk mendengar dan menilai...

p/s/s: Ade beza ke terjun bangunan dan mati terus dengan makan racun sedikit demi sedikit... Sama saja sebenarnya.. cuma persepsi yang menghalalkannya...

kalau masih sudi membaca lagi

Thursday, February 10, 2011

Sebab ia percuma

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

*Dialog rekaan*

Abu: Eh Mat.. Apsal ko beli SLR?

Mat: Pergh abu.. kalo ko menghargai seni mesti ko angkat gak kot. Gambar yang SLR amik cantik cam pemandangan yang dilihat oleh mata manusia. memang cun la abu.

Abu: Tapi kan Mat. Bukan ke SLR tu mahal x beragak kan? X rasa membazir ke Mat?

Mat: Benda baik mesti mahal bro... kalo nak murah.. ko pakai kamera besa sudeyh... hehe.

Abu: Ko sayang x SLR ko tue?

Mat: hoit Abu... ini macam bini aku tau... mahal benda ni aku beli... dah lepas shoot aku lap2 skit dia punya lens.. kena gna kain spesel bro. bukan pakai hentam je.. pstu kena la tutup lens tue dengan cover dia.... then baru simpan dalam beg nie.. benda mahal bro.

Abu: ko cakap SLR terbaik sebab gambar yang SLR amik kaw2 mcm pemandangan mata manusia kan? kalo cmtu aku x yah la gna SLR... baek aku tgok dengan mata aku je.. hehehe.. btoi la ape ko ckp tue... mmg gambar dia cantik tp kalo mata kita ni x berfungsi dengan baek xde makna gak SLR tue kan?

Mat: tau xpe. sbb tue aku jga dia elok2 supaya dia bleh berfungsi dengan cantik dan bagi manfaat kat aku dan negara.. haha.. poyo x ayat aku?

Abu: Ceh.. Ko jga SLR baek gila.. tp ko jga x mata ko?

Mat: ni aku pakai spek rayban ni sbb x nak silau la..

Abu: bukan la bro.. mksud aku ko jga x nikmat Allah tue? Mata ko tue mmg digunakan untuk kebaikan or sebaliknya... Mata yg ko gna utk shoot SLR tue rasanya bagi manfaat ke? gambar ape yg ko amik selama nie bro? Kalo ko jga lens tue cantik bagi cantik kaw2, cmna plak ko jga mata tue?

Mat: hurmmm...

Abu: Memang la ko dilahirkan dengan mata yang sempurna tanpa bayaran. ko sayang SLR tue sebab mahal kan? mata tue anugerah Allah kan? kita x bayar pun langsung walau sesen. bayangkan kalo 1 hari nikmat yang percuma ni pemilik dia tarik balik daripada kita? Xkan nak tunggu Allah letak bayaran bagi sebiji mata baru kita nak pelihara mata kita nie kan bro?

Mat: Alaa bro.. jangan serius sangat... hehe

Abu: Mat.. aku bukan nak tembak ko sbb ade kamera mahal.. itu rezeki ko.. aku pun hepi sbb ko bleh shoot gambar aku.. hehe.. tp aku nak ko pikir tentang hidup erti hidup kita nie. Aku nak tanya nie.. Kalo aku pinjam kamera ko, then secara x sengaja adik aku bagi calarkan kamera mahal ko?

Mat: hahaha.. komfem la aku x marah.. cuma aku nak terajang ko je..

Abu: Kalo aku bayar ganti rugi ok? ko bleh beli baru kan?

Mat: Ko bayar duit mesti la aku senyum kat ko.. hehe.

Abu: Habis tue ko x sayang nyawa ko? At least SLR tu kalo rosak, ko bleh carik duit n beli yang baru..kalo nyawa? ko nak beli ke? ko ingat Azie yang ngaku tangkap lentok kat ko tue pun sanggup mati utk ko? ko pikir la bro... SLR ko sayang gile... tp mulut ko dok sedap hembus asap rokok? tue ke cara ko sayang nyawa bro.. SLR nak calar pun x berani.. nyawa n tubuh badan yang sihat ko bagi jahanam je... sebab dapat free ke bro?


~~Sekian~~

Tuesday, February 8, 2011

Wishlist

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

  • Terdetik ingin membeli sebuah kamera DSLR sejak beberapa hari yang lepas. Pada mulannya saya hanya menyangka impian tersebut sekadar lamunan namun keinginan ini semakin bertambah.
  • Oleh itu, saya akan mula menyimpan wang bagi membeli kamera ini dalam masa yang terdekat.
  • Saya juga akan memberi tempoh selama sebulan untuk diri sendiri bagi melihat samada keinginan ini hanya sekadar suka-suka atau satu minat yang serius.
  • Saya sebenarnya berminat untuk bermain dengan kamera DSLR kepunyaan rakan-rakan saya namun disebabkan kamera tersebut bukan kepunyaan saya, maka keinginan tersebut sedikit terbantut kerana risau akan mendatangkan kerosakan terhadap kamera mereka.
  • Sudah tentu berbeza sekali jika kita belajar secara percuma dengan belajar menggunakan wang saku sendiri. Kita akan menjadi lebih serius kerana memikirkan pelaburan besar yang telah dibuat bagi mencapai sesuatu.
  • OH yea. Saya bukannya jenis yang mengikut fesyen atau gaya sesetengah individu.Sudah lama sebenarnya saya mula memikirkan untuk membeli kamera DSLR iaitu sejak tahun 2007 setelah melihat kecantikan gambar yang dihasilkan oleh kamera rakan saya,Ariff Shazwan.
~~Sekian~~

p/s: DSLR= big bucks.... start savings :)

p/s/s: Pemilik DSLR x cool pun kot kalo dok bawak kamera kat tengkok ke hulu ke hilir.. tp bila tgkap gambar guna mode auto n gambar cam compact camera.

p/s/s/s: kalo nak cakap aku ni jnis ikut orang rasany dah lama kot aku angkat benda ni since berlambak budak2 kat UoA ni ada DSLR sejak dari aku smpai Kanada. Kalo aku beli skunk ni pun x dah dikira rare or cool kot

Monday, February 7, 2011

Angin yang berbeza

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

*bunyi telefon..........*

Dialog

B: Ang apa habaq la nie? aku dapat no tepon ang kat ****** Awat ang x cakap kat aku ang blaja kat sana?

Akmal: Hurm.... lost contact kot bro... sape nie ek *muka innocent*

B: laaaa ang lupa dah nooo kat aku...aku nie ***** dlu kita naek bas skali p skolah..

Akmal: haaaa... yeaaaa... *x ingat pun* awat ang call aku nie?

B: Weyh. aku la ni minat dgn audio keta.. suma motoshow yg audio speaker boom2x aku pg.. aku nak buh taruk kat keta ****** aku.....

************bla2x...**********************************************************


bla2x.*********************citer ttg keta n audio lagi*****************************

****audio itu dan ini*********************************************selama 15 minit!!!!

Akmal: okes2x.... dah tue ang call aku nak bgtau apa sbnarnya?

B: Ang blaja letrik kan? msti ang reti nak bg speaker aku jdik lg power.. baru menjerit bro!

Akmal: ZzzZZzzzZZZzzZZ.. aku blaja letrik tp aku x reti nak adjust2 speaker kasik letup bro.

B: laaaaaa... aku ingat ang blaja kat kanada power sgt.....

Akmal: *feels annoyed* Apa lg ang nak tnya?

B: Weyh kat sana audio2 suma tue murah x? kalo murah bleh x ang beli utk aku? aku borink dah gna brg2 local nie.

Akmal: helo!!!! helo!!!!! helo!!!! aku x dgr la suara ang bro!! heloooo *letak tepon terus tido*

Angin berbeza

  • Saya amat kurang berminat untuk mengubah sesuatu terutamanya pada kereta dan motosikal kerana saya yakin jurutera yang membinanya telah melakukan yang terbaik dari segi keselamatan dan keselesaan. (*kalau ubah komputer xpe kot*)
  • Semasa berumur belasan tahun, saya hanya memekakkan telinga tatkala rakan-rakan bercerita tentang pengubahsuaian motosikal mereka terutamanya di bahagian ekzos.
  • Saya juga berasa pelik melihat insan-insan yang memasang audio kereta sehingga bunyi dapat didengari oleh pengguna jalan raya yang lain. (*pelik siot*)
~~Sekian~~

120 hari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

  • Masa masih berbaki 120 hari lagi sebelum saya bergelar graduan Kejuruteraan Elektrik dari University of Alberta.
  • Saya juga sudah menerima surat arahan lapor diri daripada penaja saya iaitu Yayasan Tenaga Nasional pada minggu lepas.
  • Saya terfikir untuk melakukan pelbagai aktiviti terakhir sebelum saya meninggalkan bumi Kanada yang banyak mengajar saya erti kehidupan.
120 hari

  • Saya akan mula menjual barangan peribadi saya seperti snowboard, basikal dan perabot rumah.
  • Saya sedang mencari pakej penghantaran barang dari Kanada ke Malaysia. Hajat di hati ingin membeli beberapa barangan elektronik yang harganya mahal di tanah air.
  • Saya sedang memikirkan pakaian yang ingin dibeli bagi kegunaan majlis "Iron Ring for Engineers" dan majlis konvokesyen.
  • Saya masih merancang untuk transit selama seminggu di sesebuah negara dalam perjalanan pulang ke Malaysia seperti yang dilakukan sebelum ini. Hajat melawat China dibatalkan kerana saya malas untuk memohon visa pelawat di kedutaan.
  • Kepulangan saya pada kali ini hampir pasti tidak membawa sebarang cenderahati dek barangan saya sendiri yang sudah terlalu banyak untuk dibawa pulang ke Malaysia.
  • Saya masih berkira-kira untuk mengambil peperiksaan "Fundamentals of Engineering" pada bulan 9 April ini. Kelulusan peperiksaan ini tidak penting bagi jurutera mengamalkan profesionnya di Malaysia dan Kanada namun ia merupakan syarat utama untuk menjadi jurutera di Amerika Syarikat. Saya tiada masalah untuk mengambilnya sebagai sebahagian daripada rancangan masa depan tetapi tarikhnya yang bertindih dengan "final year project presentation" mendatangkan sedikit masalah.
  • Saya hanya mahu mengoptimumkan hari-hari terakhir saya di Kanada dengan sebaik-baiknya kerana saya mungkin tidak berpeluang untuk menjejakkan kaki ke sini lagi pada masa hadapan.
~~Sekian~~

p/s: Februari=Krisis kewangan :(

Sunday, February 6, 2011

Guinness World Record

Assalamualaikum,

Wednesday, February 2, 2011

Resolusi Februari

Salam,

  • Saya gemar mencatatkan sebarang perbelanjaan harian saya dalam buku bajet. Tabiat ini diamalkan oleh saya sejak belajar di Kanada.
  • Ini tidak bermakna saya seorang yang kedekut atau bakhil tetapi langkah ini membantu saya merancang kewangan dengan berkesan.
  • Sekurang-kurangnya saya tidak perlu menyusahkan diri memikirkan aliran wang keluar masuk sekiranya segala rekod ditulis dalam buku yang mudah dirujuk pada bila-bila masa.
  • Sejak dari bulan pertama saya di Kanada iaitu September 2007, saya sudah membuat komitmen untuk mengasingkan elaun sara hidup sebanyak CAD *** sebulan bagi simpanan masa depan. Alhamdullilah sehingga hari ini saya belum pernah menyentuh wang simpanan tersebut.
  • Untuk menyimpan duit memerlukan azam yang kuat. Sebagai contoh jika rakan-rakan menyimpan wang sebanyak RM 50 setiap bulan tetapi pada bulan kedua menggunakan wang tersebut untuk membeli seluar jeans maka simpanan tersebut pastinya terjejas. Simpanan mesti mempunyai target seperti keperluan masa depan atau kecemasan bukannya untuk tujuan bersuka ria.
  • Jika rakan-rakan ingin membeli seluar jeans, maka simpanan berasingan untuk membeli jeans perlu dibuat tanpa menganggu simpanan yang sudah dibuat. Ini amat penting agar kita lebih berdisiplin dalam kewangan.
SEDEKAH

  • Jangan biarkan tangan kiri mengetahui sedekah yang dilakukan oleh tangan kanan. Jadi tidak perlu diceritakan berapa banyak amal jariah yang dilakukan oleh kita dalam kehidupan seharian. Namun tiada salahnya melatih diri melakukan sesuatu kebaikan dengan konsisten. Pernah dengar ungkapan "membaca sekurang-kurangnya sehelai Al-Quran selama setiap hari lebih baik daripada membaca Al-Quran sebanyak 30 juzuk tetapi hanya pada satu malam".
  • Rezeki yang dinikmati oleh hambaNya adalah berkat usaha dan dengan IZINNYA.
  • Andai kata kita mampu menyimpan duit untuk mencapai sesuatu azam demi kepentingan diri sendiri. Kita juga perlu melatih diri untuk menyumbang kewangan untuk membantu insan-insan yang kurang bernasib baik.
  • Di saat kita makan "Sundae McD", ada pihak yang sedang kelaparan di suatu tempat di dunia ini. Pemberian kita mungkin tidak mampu menghapuskan kemiskinan mereka tetapi sekurang-kurangya meringankan penderitaan mereka.
  • Saya menyeru rakan-rakan untuk melatih diri untuk meringankan tangan bagi menghulurkan sumbangan kewangan kepada insan yang memerlukan secara konsisten.
  • Wang RM 10 amat rendah nilainya di MidValley tetapi sangat besar nilainya di masjid dan juga bagi orang-orang yang memerlukannya. Renungkanlah yang memberi rezeki ialah ALLAH bukannya duit yang disimpan oleh kita :)
  • Selamat beramal.
RESOLUSI..

  • Saya jarang "overspending" dalam menguruskan perbelanjaan saya tetapi saya baru sedar yang saya mempunyai satu tabiat yang kurang baik.
  • Walaupun saya mencatatkan perbelanjaan harian saya tetapi saya kurang berhati-hati ketika melakukan transaksi di kaunter menggunakan kad kredit.
  • Ketika membayar barang yang dibeli terutamanya "groceries", saya jarang/hampir tidak pernah melihat harga-harga barang yang dibeli. Saya juga jarang melihat "total price" yang dipamerkan di skrin kaunter. Saya hanya akan memberi kad kredit saya dan seterusnya menandatangani resit tersebut dan berlalu pergi.
  • Apabila tiba di rumah, barulah saya akan mengeluarkan resit tersebut dan mencatatkannya dalam buku saya.
  • Syukur saya masih belum pernah ditipu di sebalik kealpaan saya ketika membeli barang di kedai.(*kalau dah kena baru padan muka kan?*)
  • Tabiat ini hanya berlaku ketika saya membeli "groceries".(* kalau pergi ke kedai sukan or komputer, selalunya akan melihat jumlah harga sebelum membayarnya*)
Kebiasaan

  • Saya akan membelanjakan sekitar CAD 20 setiap kali berkunjung ke "SAFEWAY" untuk membeli "groceries".
  • Saya juga membeli barang yang hampir sama setiap kali ke sana seperti buah-buahan, telur, susu, roti dan sebagainya.
  • Mungkin disebabkan kebiasaan membeli barang yang hampir sama dan harganya yang tidak jauh berbeza pada setiap kunjungan menyebabkan saya kurang memberi perhatian terhadap harga yang perlu dibayar.
  • Namun saya sedar sikap ini tidak membawa manfaat kerana akan mendatangkan bahaya kepada diri saya.
  • Jadi mulai hari ini saya berjanji untuk melihat/mendengar/meneliti harga "groceries" sebelum membayarnya. Insya Allah.
~~Sekian~~

p/s: Assignment x siap lagi dow...

p/s/s: Welcome home!

p/s/s/s: FormSPRING!!! pergh seminggu x bukak ade 20 soalan tetapi aku xkan reply semua yea since soalan cam repetition ngan seblom2 nie plus soalan dtg drp anonymous....