Pages

Monday, June 21, 2010

Hipotesis

Salam rakan-rakan,

  • Saya pasti rakan-rakan yang terdedah dengan sistem pendidikan Malaysia kenal atau mungkin memahami maksud hipotesis.
  • Dalam bahasa yang lebih mudah, hipotesis adalah kesimpulan awal mengenai sesuatu perkara yang belum pasti kesahihannya.
  • Jika hipotesis benar dan sahih maka ia akan diterima sebagai kesimpulan akhir. Jika pemerhatian/kajian menunjukkan sebaliknya maka hipotesis ditolak.
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
  • Saya bukan pelajar yang bijak kerana tidak mendapat 5A dalam UPSR :((
  • Saya masih teringat dengan format soalan peperiksaan bagi subjek Sains dimana pelajar dikehendaki untuk mengisi laporan sains yang kosong.
  • Antara maklumat yang perlu diisi adalah objektif, hipotesis, pemerhatian dan kesimpulan.
  • Oh ya. Sains merupakan subjek kegemaran saya ketika di bangku sekolah rendah (*rasanya saya adalah anak emas guru Sains di sekolah :)) *)
  • Di bahagian soalan eksperimen, saya gemar untuk mengisi hipotesis kerana jawapan yang mudah menggunakan perkataan "Semakin". Pelajar tidak dikehendaki memberi jawapan yang tepat kerana hipotesis adalah kesimpulan awal.
  • Contoh hipotesis yang digunakan semasa UPSR. "Semakin bertambah jarak semakin bertambah masa perjalanan". Jawapan seperti, "Semakin bertambah jarak semakin berkurang masa perjalanan " juga diterima sebagai jawapan yang betul.
  • Namun begitu jawapan yang diberi harus mempunyai kaitan dengan soalan yang diberi. Jawapan seperti "Semakin bertambah jarak semakin banyak motosikal di atas jalan" adalah contoh respon yang kurang cerdik.
Universiti

  • Di peringkat universiti, saya tidak pernah memberikan hipotesis seperti yang pernah digunakan semasa di peringkat UPSR.
  • Saya merasa agak janggal jika menggunakan format seperti berikut pada peringkat ini. Malah, saya tidak pernah melihat contoh hipotesis sedemikian sepanjang belajar di universiti.
  • Mungkin cara menulis hipotesis dengan lebih mudah diterapkan di peringkat awal bagi memupuk minat terhadap subjek Sains.
Hipotesis Merapu
  • Disebabkan hipotesis belum terbukti benar maka saya ingin membuat beberapa hipotesis secara semborono. (*notis: sila skip jika tidak berminat untuk baca*)
  1. Semakin bertambah kekacakkan Akmal, semakin bertambah bilangan peminat beliau.
  2. Semakin bertambah kekacakkan Akmal, semakin bertambah bilangan musuh-musuh lelaki beliau.
  3. Semakin bertambah kekacakkan Akmal, semakin bertambah kekeliruan beliau membuat pilihan
  4. Semakin berkurang kekacakkan Akmal, semakin bertambah kedukaan hati gadis-gadis.
  5. Semakin berkurang kekacakkan Akmal, jumlah peminat beliau tetap tidak berubah.
  6. Semakin bertambah kekacakkan Akmal, semakin banyak surat yang diterima dalam peti surat beliau.
  7. Semakin bertambah kekacakkan Akmal, semakin poyo la beliau sehingga menulis perkara tidak berilmiah seperti ini.
  • hoho... tamat dengan hipotesis yang merapu. Rupanya saya masih ada bakat menulis hipotesis setaraf UPSR... (*bangga siot*)

~Sekian~~

p/s: Aku tgh bosan tahap gaban

Saturday, June 19, 2010

I will give you more :-)

Salam,

  • Alhamdullilah. Saya sudah selesai menjawab peperiksaan "Organizational Behavior" dengan jayanya.. :)
  • Sebentar tadi saya pergi ke kedai buku di HUB MALL untuk menjual semula buku teks yang berjasa pada saya. Harga belian semula buku tersebut agak mendukacitakan iaitu CAD 24.50 sedangkan harga pasaran sekitar CAD 100. Namun begitu, saya tetap mahu menjualnya kerana rak buku saya tidak lagi mempunyai ruang untuk buku tersebut. Tambahan, ini merupakan subjek bukan kejuruteraan yang terakhir buat saya.
Ini kisahnya

  • Setelah bersetuju dengan harga belian yang agak murah itu. Seorang pekerja wanita yang agak berusia mengambil kad kredit saya untuk memasukkan nilai kredit ke dalamnya.
  • Tiba-tiba saya tergerak untuk berbicara dengan makcik tersebut. Akibat leka bersembang, makcik itu pun terlupa tujuan asalnya untuk memasukkan nilai kredit dalam kad kredit saya.
  • Melihatkan kedai yang agak lengang, saya pun melayan bicara makcik itu dengan senang hati tanpa rasa gusar mengganggu pelanggan lain.
  • Beliau banyak bercerita tentang kisah hidupnya dan anak-anaknya. Manakala, saya pula banyak bercerita tentang pengalaman saya melawat beberapa negara.
  • Perbualan kami terhenti seketika apabila seorang pelanggan memasuki kedai untuk menjual buku teksnya. Saya melihat jam tangan dan baru tersedar yang saya berbual dengan makcik itu hampir 20 minit.
  • Makcik itu meneruskan tugasnya untuk memberi nilai kredit pada saya tetapi beliau berkata "I will give you more" dengan senyuman.
  • Jika sebelum ini, beliau hanya bersetuju membeli buku saya pada harga yang disebut terdahulu namun kini beliau menawarkan harga sebanya CAD 68.00 (* bodohlah kan kalo saya tolak*)
  • Saya agak terkejut kerana pertambahan nilai yang agak ketara namun bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. Pada waktu itu, saya terasa betapa besarnya kekuasaan yang Maha Esa.
  • Setelah itu, saya berlalu meninggalkan kedai berkenaan dengan hati yang senang sambil tertanya sikap saya pada hari ini yang secara tiba-tiba menjadi sangat peramah.

~~Sekian~~

p/s: Syukur alhamdullilah.

Friday, June 18, 2010

Tempat-tempat impian

Salam,

  • Semasa saya kecil dahulu, saya selalu mengimpikan untuk menjejakkan kaki ke luar negara terutamanya negara barat.(* pengaruh media*)
  • Alhamdullilah, saya sudah melawat beberapa tempat yang satu masa dahulu pernah menjadi mimpi saya.

Tempat yang sudah dilawati

  • Vancouver + Victoria Island
  • Banff + Jasper National Park
  • Montreal
  • Quebec City
  • Toronto
  • Niagara Falls
  • Tokyo
  • San Francisco
  • Las Vegas + Hoover Dam
  • Hollywood
  • Hong Kong
Tempat yang ingin dilawati dalam masa terdekat tetapi masih belum dicapai

  • Seoul (Insya allah dalam beberapa ketika lagi)
  • Jeju Island
  • Eropah ( Insya allah untuk "summer" tahun hadapan)
  • Singapore(Ogos 2010)
Tempat yang ingin dilawati tetapi agak mustahil dicapai dalam masa terdekat.

  • Makkah + Madinah
  • Mesir + Turki
  • New Zealand + Australia
Perantau

~Sekian~

p/s: aku dah x sabar nak "ON" vacation mode

Wednesday, June 16, 2010

Sembang

Salam,

Piala Dunia 2010
  • Piala Dunia 2010 sangat menyakitkan hati disebabkan bunyi yang bising daripada penonton yang menggunakan "Vuvuzela".
  • Saya bersetuju dengan pendapat Presiden FIFA yang kita harus menghormati budaya rakyat Afrika Selatan namun budaya tersebut menjejaskan keselesaan orang lain.
  • Jika begitu rasanya rakyat Malaysia boleh bermain kompang sepanjang perlawanan atas nama budaya.
  • Saya tidak mempunyai pasukan pilihan untuk menjuarai kejohanan kali ini. Saya hanya menonton perlawanan yang ditayang di televisyen sahaja tanpa ada semangat melihat kemenangan mana-mana pihak.
  • Walaubagaimanapun, saya berharap pasukan yang bukan pilihan kejohanan untuk menjuarai Piala Dunia 2010. Barulah dikatakan kejutan.
Peperiksaan

  • Hari Jumaat ini merupakan peperiksaan bagi subjek "Organizational Behavior" namun saya hanya mengulangkaji secara ala kadar sahaja setakat ini.
  • Sila doakan saya rakan-rakan.
Malaysia

  • Bila Encik Akmal balik Malaysia? Jawapannya sila tunggu dan lihat.
  • Yang pastinya saya bakal terlepas Karnival ASiS pada tahun ini lagi :(( Bila agaknya dapat mencari masa yang sesuai untuk berjumpa guru-guru dan rakan-rakan.
  • Saya akan menggunakan nombor telefon bimbit yang sama sepanjang saya berada di Malaysia pada kali ini. Nombor 012-470****. Jika rakan-rakan tidak mempunyai nombor saya, sila mesej saya di Facebook.
  • Aktiviti di Malaysia? Hurm. Belum dirancang lagi.. Saya tiada setiausaha untuk merancang aktiviti saya dengan lebih awal.
Korea

  • Korea Selatan memang hebat kerana mengalahkan Greece.
  • Korea Utara pun hebat kerana bersaing dengan mantap menentang Brazil
  • Saya harap dua negara Korea ini tidak bergaduh semasa saya melawat Korea Selatan tidak lama lagi. Kepada Encik Korea Utara, sila jangan tembak kapal terbang saya nanti, kalau nak tembak,sila tembak kapal perang Amerika Syarikat.
  • Saya berharap percutian kali ini bersama Najib Rosman dan Hadyan Hakim akan menjadi memori yang indah memandangkan tahun depan merupakan tahun terakhir saya berada di perantauan. Insya allah.
~~Sekian~~

p/s: Areda... aku malas nak reply award ko tue lagi... soklan dia ttg diri sndiri tue mmbuatkan aku jdik poyo bila jawab.. kalo aku poyo.. ko serang aku plak nnti.. hahahaha

Saturday, June 12, 2010

Permulaan yang membosankan

Salam,

  • Perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 agak membosankan. Walaubagaimanpun, gol yang dijaringkan oleh Afrika Selatan amat cantik sekali.
  • Selesai sahaja perlawanan, saya dan beberapa rakan pergi berenang di kompleks sukan sementara menunggu perlawanan bola yang seterusnya (Perancis vs Uruguay).
  • Semasa menonton perlawanan tersebut saya membuat keputusan untuk membuat kek pisang memandangkan bahan-bahan yang diperlukan sudah tersedia di dapur.
Resipi

Bahan A
3 biji telur
2 cawan gula
1/2 sudu teh soda bikarbonat

Bahan B
Pisang yang dilecek (* lebih kurang 4-5 biji*)
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan mentega atau minyak masak

Cara-Cara

1. Mix bahan A sampai kembang
2. Masukkan minyak dan mix
3. Masukkan pisang yang dilecek dan mix
4. Masukkan tepung dan mix
5. Masak dalam oven pada suhu 150 Celcius/ 356 Farenheit selama 45-50 minit

Tips
1. Guna pisang dengan lebih banyak jika mahukan rasa yang lebih enak (* Pisang Kanada kurang manis*)

2. Gunakan mentega

3. Kek yang sangat mudah!!




p/s: Kek yang dibuat kurang manis disebabkan saya mengurangkan kuantiti gula daripada 2 cawan kepada 1 cawan.

Friday, June 4, 2010

3 June 2010 (*Mountain Time*)

Salam rakan-rakan,

QUAECUMQUE VERA


  • Ayat di atas ialah motto University of Alberta yang bermaksud "Whatsoever things are true".
  • Syukur alhamdullilah, majlis konvokesyen para pelajar Malaysia generasi pertama di sini berjalan dengan lancar pada petang tadi.
  • Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ariff Shazwan, Ahmad Sulaiman, Budi Kastulani, Wan Akmal dan Mahfuzah atas kejayaan merangkul segulung ijazah kejuruteraan daripada salah sebuah universiti terbaik di dunia.
  • Mahfuzah merupakan graduan Kejuruteraan Awam dangan Persekitaran manakala yang lain merupakan graduan Kejuruteraan Petroleum.
  • Sebagai seorang junior dan rakan, saya hanya mampu tersenyum melihat detik-detik manis dalam kehidupan seorang yang bergelar penuntut universiti. Keperitan yang dilalui selama 4 tahun akhirnya dihadiahkan dengan segulung ijazah.
  • Alam pekerjaan pastinya akan lebih mencabar tetapi saya yakin kejayaan yang diraih oleh rakan-rakan saya pada hari ini akan dijadikan azimat bagi menempuh rintangan yang menanti di masa depan.
  • Semakin kita berusia, semakin bertambah tanggungjawab yang wajib dipukul. Saya berharap rakan-rakan akan terus melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan dalam menjalankan amanah kepada agama, bangsa dan negara.
  • Tahniah sekali lagi diucapkan kepada kumpulan pertama pelajar Malaysia di University of Alberta.
Cubaan menjadi seorang ayah...
Group pics.
Generasi pertama pelajar Malaysia di University of Alberta
Ariff Shazwan (Mode senget.. )
Ahmad Sulaiman
Buku acara konvokesyen dan tiket!

~~Sekian~~

p/s: Konvokesyen di Kanada kurang meriah tetapi ringkas dan tidak membosankan.

p/s/s: Gambar adalah ehsan daripada kamera Ammar Azili dan Ariff Shazwan.. Halal yea kawan2x.

p/s/s/s: Tetiba terasa macam aku plak grad hari nie.. hoho... x sabar seyh nak grad!!!

Thursday, June 3, 2010

3 Jun 2010(Waktu Malaysia)

Salam,

  • "Cheesecake oreo" yang dibuat semalam sudah boleh dimakan pada hari ini!!
  • Saya bukan peminat "cheesecake" tetapi tiada salahnya untuk mencuba memasak makanan baru kan?
Resipi
Bahan A (bahagian "base" kek)
1 bungkus oreo
1/4 mentega cair

Bahan B
3 ketul "cream cheese Philadelphia" (8 oz kot kalo 1 ketul)
1/2 cawan gula halus ( nak guna lebih pun xpe... dapat kencing manis jgn saman saya yea?)
1 sudu teh esen vanila (saya skip bahan ni sebab malas nak beli)

Bahan C
3 biji telur ( Kalo korang guna 4 ketul cheese... so guna la 4 biji telur.. okes?)

Cara memasak.

1. Untuk bahan A,blender oreo sampai hancur atau gunakan "oreo baking crumbs" (saya guna oreo crumbs). Patahkan 20 oreo kepada beberapa bahagian kecil.

2. Satukan 1 + 1/4 cawan kisaran oreo dengan 1/4 cawan mentega cair. Selepas itu, tekan campuran ini sehingga padat di bahagian dasar acuan yang digunakan. (*Digalakkan menggunakan loyang berbentuk bulat saiz 9 inci*). Biarkan campuran tersebut seketika.

3. Panaskan oven pada suhu 350 Farenheit atau 180 Celcius.

4. Blend bahan B menggunakan mixer sehingga sebati.

5. Masukkan telur satu persatu dan blend sehingga hampir sebati (* mksudnya x perlu untuk blend sampai kembang yea... Agak2 je.*)

6. Tuang setengah daripada adunan ke dalam loyang. Lepas tue taburkan serpihan kecil oreo yang dipatahkan di "step 1". Selepas itu, tuang baki adunan di atas serpihan2 oreo tadi.

7. Masak selama 40-50 minit. (* korang kena la rajin periksa kek ni.. kalo x boleh hangit*)

8. Selepas itu, biarkan kek sejuk selama lebih kurang 30 min dalam oven dengan pintu oven sedikit terbuka.

9. Sejukkan dalam peti ais untuk sekurang-kurangnya 4 JAM!!!.

10. SIAP!!!

Tips.
1. Cara nak mudahkan untuk blend adunan. Potong cream cheese kepada beberapa bahagian kecil. Lepas itu panas kan cream cheese dalam "microwave" selama 20 minit untuk melembutkannya.

2. Sila PASTIKAN oven betul-betul mencapai suhu yang ditetapkan sebelum memasukkan kek ke dalam oven

3. Bagi mengelakkan kek daripada menjadi hangit di bahagian atas. Aluminium foil boleh digunakan untuk menutup bahagian atas kek kira-kira 10 minit sebelum selesai membakar kek.

4. Digalakkan menggunakan loyang berbentuk bulat saiz 9 inci yang mana bahagian sisinya bersifat mudah alih. Pastikan bahagian sisi ini hanya dikeluarkan apabila kek sudah disejukkan sekurang-kurangnya 4 jam.



~~Sekian~~

p/s: Selamat Hari Lahir kepada insan yang lahir pada 3 June 1988.

p/s/s: Selamat Hari Lahir kepada adik lelaki saya "Mohd Jasmi" yang lahir pada 5 June 1991.

p/s/s/s: Selamat Hari Lahir kepada semua yang lahir pada bulan Jun

p/s/s/s/s: Aku xtau nak cakap kek ni sedap ke x sebab aku mmg x suka cheesecake. Tapi "Pakman" cakap kek ni sedap.. :))

p/s/s/s/s/s: Budak2 Edmonton... 1st come 1st serve... sape nak makan dtg je rumah aku... kalo habis sori yea